Friday, February 20, 2009

Cium Aku Kalau Kamu Cinta


Aku duduk dengan dia.
Aku duduk atas kerusi.
Dia pula di atas meja.

Aku senyum - ramai orang dalam perpustakaan ini.
Aku duduk tengok dia.
Aku senyum lagi.
Tangan aku ligat menulis sambil aku tengok dia.

Aku tekun menulis.
Aku sentuh dia.
Dia tetap tengok aku.
Aku teruskan menulis sambil aku pegang dia.
Dia tak menolak.
Aku senyum.

Orang lalu lalang tengok aku dan dia.
Ada juga yang berjalan terus tetapi ada yang menjeling ke arah kami.
Aku hanya tersenyum, dia pula tidak menghiraukan mereka.

Aku sudahkan menulis.
Aku selak baju dia.
Dia tidak menolak.
Aku selak lagi - dia tetap biarkan.
Aku tahu, dia tak akan menolak.
Aku pasti.

Aku pegang dia.
Kemas dan kejap.
Aku menebar pandangan ke sekeliling - tak ramai orang dalam waktu macam ini.
Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.

Aku tengok dia.
Teringin.
Sangat teringin.
Aku senyum.

"Takkan ada orang nampak kan?", aku tanya dia.
Dia tetap tengok aku.
Dia rela barangkali.


Aku lihat sekeliling lagi.

Chup!
Aku cium dia sekali.
Aku senyum.
Aku kemas barang.

Aku bawa dia ke mesin pinjaman keluar.
Letak kad pelajar aku di tempat pengimbas.
Masukkan kata laluan.
Aku letak dia di atas alas hitam.

"Gedebuk"
Mesin baca dia.
Tarik kad pelajar.
Resit dikeluarkan.

Aku pegang dia kejap-kejap.
Bawa dia keluar dari rumah dia buat 10 hari.
Dia tidak kisah.

14 comments:

chocolate said...

buku pon jadi?

18sx...

Nadine said...

bagus entri ni...

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

chocolate:

sayang buku takpe..

=)

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Nadine :

Thanks a lot aunty!

Hugs.

eliza said...

ingatkan cium apa td...roopanya buku...buku apa tu? hee

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

eliza:

hehehe..

buku lima...

ehh..tidak..buku organometallic..

Cit Mie said...

jelesh.. eheee ;D

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Cit Mie :

hahaha~

kamu jeles kepada dia?

meh..ku cium kamu juga~

F A R Y N said...

eleh...dlm buku tu ada pic pakwe yer..
ahhaahaha

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

F A R Y N :

owh..gambar Cristiano Ronaldo..ku tak simpan dalam tu..=)

penjenayah.merah.jambu. said...

kau seperti aku,kuat mencium.
semua mende aku jumpe mao cium..konon tnde betape susahnye mao mendapatkan..
hahahaha..
sengal.
cium buku dengan penuh perasaan dan bila mao pulangkan,mesti dpat slip kompaun.menarik kan?betape sayangnya aku dengan buku-buku itu. :)

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

penjenayah.merah.jambu. :

aku memang kuat mencium..
bukan hanya barang..
tetapi juga orang..

oh ya..
hanya perempuan..
serta Abah dan adik lelaki aku..
hahaha~
yang lain tidak. terima kasih~

khinhooi said...

haih, ingatkan siapa tu.... mesin PSZ kat KL pun keluar bunyi 'gedebuk' kakaka.

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Khin Hooi:

Hahaha~
Bunyi macam itu juga ka?

Hahaha~
dah tu mesin itu ramai orang guna..
huhuhu~