Monday, February 09, 2009

Kenapa Mesti Dia?


Kawan - kawan datang rumah aku.
Ada majlis kecil-kecilan.
Penatnya badan.

Dia datang juga.
Senior yang aku sayang.
Senior yang baik dengan aku.
Gembiranya hati.

--------------------------------------------------------------------

Malam menjelma.
Senior aku kata dia menumpang tidur di rumah aku.
Aku tanya Mak dan Abah.

Mak kata boleh.
Abah kata boleh.
Aku pelik - ada sesuatu yang tak kena ke ni?

------------------------------------------------------------------------

Senior tidur di rumah aku.
Di kamar aku.
Di sebelah aku.
Apakah maksud ini?

Kenapa mesti dia datang waktu ini?
Waktu yang tidak sepatutnya.
Kami tersenyum.

(setelah diterjemah)

Senior : Awak macam adik saya.

Aku : Awak macam abang walaupun saya tiada abang.

Senior : Awak buat saya gembira sebab ada adik macam awak.

Aku : Sama dengan saya.

Kami tidur.
Tiada apa -apa yang berlaku.

----------------------------------------------------------------

Penggera di telefon berbunyi.
Aku bangun, menutup penggera.
Charl berada di pelukan aku.

"Charl, Zara peluk kamu kuat sangat ke sampai teringat pada Papa kamu yang berada jauh di perantauan bersama isteri dia?"

Charl tidak mampu menjawab.
Badannya yang berwarna merah jambu ku belai.
Charl, mimpi Papa kamu lagi.
Alahai.

Kenapa mesti dia?
Kenapa mesti dia yang bukan kepunyaan aku?
Aduhai.

4 comments:

Cit Mie said...

cian die... :'(

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Cit Mie :

hehehe~

teruk kan ai?

Dakjaat™ said...

senior yang ko sayang? ni mesti suka kat senior tu .. bek ko terus terang ngan dia jer yang ko suke kat dia .. tak kisah la dia lelaki ataupun perempuan .. hahahahah! ;p gilesss!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Dakjaat™ :

hehehehe...

amboi..senaang kau cakap...

hehehe