Friday, February 06, 2009

Sabah? Johor Dan Melaka lah...


Sekarang musim bakal-bakal graduan pendidikan isi borang.
Borang temuduga untuk jadi guru.

Permohonan Penempatan / Pelantikan Guru Sandaran Terlatih.

Kawan-kawan aku ada yang dah isi.
Aku masih terbayang-bayang tempat yang aku inginkan.
Aku nak Sabah.
Nak sangat - sangat.

Jadi aku membuat panggilan.
Menelefon Abah tercinta.

Aku : Salam Abah. Apa khabar?
Abah: Baik, ada apa telefon?
Aku : Along nak isi orang posting [Baca sebagai penempatan].
Abah : isi lah.
Aku : Ye lah. Tapi nak isi mana? Nombor 1 Along letak Johor je la (saja, nak bagi keluarga gembira). Nombor 2 nak isi Sabah boleh?
Abah: Nak buat apa Sabah? Isi Melaka la. Kalau nak jauh sangat pun, pilih Perak.
Aku : La, Along nak Sabah...
Abah : Tak payah la pentingkan diri sendiri. Adik-adik kecil lagi. Mak kau pun tengah tak sihat tu.
Aku : Jadi kena isi tu la ye?
Abah : Ye la. Takkan nak isi Chicago, New Jersey pula?
Aku : Ye la. Nanti orang isi. Kirim salam Mak.

Pagi tadi aku telefon Mak.
Mak ada kat rumah.
Demam lagi - tak sihat.

Mak pun suruh ikut apa yang Abah suruh.
Alahai...
Impian aku nak ke Sabah...

14 comments:

i.am.belle said...

oh zara kadang kala kamu kena berkorban. tunggulah akan datang pasti ada lagi peluang itu. insyaallah. ucapkan 'nanti dulu sabah' ye.

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

i.am.belle:

uh3~

ku mau sabah...
alahai...
kena korban sedikit lah agaknya..

harap2 kena posting sana..
hahaha~

i.am.belle said...

hahaha harus berdoa gitu. wish u all the best dahling.

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

i.am.belle:

thanks a lot belle sayang!

hugs!!

F A R Y N said...

sakan sungguh ko nak ke sabah? mbr2 aku yg dapat sabah sume taknak..siap kawen secara emergency nak elak kena posting ke sana...

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

F A R Y N :

huhu~

sangat2 nak...

adakah gajinya boleh buat ku gelap mata japs~

hehehe~

Bunga Binti Nordin said...

sabah best wooo
:)

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Bunga Binti Nordin :

tu lah pasal...

sangat mau pergi..

ewa bulan said...

aii terharu aku ada org cam ko ni..
ko lah cth guru yg patut d kenang.. haha
emm aku ttp ndak phm knapa bah ko mau sabah sgt ni.

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

ewa bulan :

sia memang mau sangat sabah~
sebab sia nda pernah pergi sana..mau belajar juga cara orang sana semua...

amacam ewa?
bleh tak aku pi sabah nih?

ewa bulan said...

mmg ble.. tp restu mak bapak ptg.
kmu doa la byk2.. kalu da takdir kmu g sabah xkn ke mana..
jgn risau bah..

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

ewa bulan :

hehehe~

aku setuju itu..
parent aku kata kalau dapat, bleh pergi..tapi dalam hal nak memohon ni..aik jangan~
haha~

takpe3~
nanti kalau aku dapat Sabah, aku datang jumpa kau bah~

DeeN said...

Ku dulu berikrar begitu. Kalo ku mintak guru, tmpt posting yg pertama adalah Sabah diikuti Sarawak. Tp malangnya ku tak pernah mintak kpli. huhuk!!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

DeeN :

hehehe~

Sarawak mungkin tempat ke 4 atau ke 5 dalam senarai ku...tapi bleh pilih dua jer...kalau boleh, nak letak Sabah no. 1...

alahai~