Wednesday, February 25, 2009

Sejuklah Sayang


Tangan aku sibuk mengetuk Sean.
Tugasan yang menghimpit - perut yang berkeroncong aku abaikan.
Apalah perut yang bersenandung berbanding tugasan yang membunuh.

"Sejuklah sayang"
Telinga aku menangkap suara gadis.

"Mari Abang pakaikan baju panas (baca : sweater) ini"
Suara jejaka menusuk telinga aku.

Aku pusingkan kepala aku kurang sembilan puluh darjah arah utara.

Si jejaka memakaikan pasangannya baju panas (baca : sweater) hitam.
Si gadis tersenyum malu.
Bahagia.

Aku panggung kepala ke Sean semula dan tersenyum.
Pasangan bahagia sedang melaksanakan aktiviti mereka.
Mengulangkaji pelajaran barangkali.

Aku kurung telinga aku dengan jeritan Avenged Sevenfold.
Aku tenang dengan jeritan mereka.
Jari aku menekan papan kekunci (baca:keyboard) Sean semula.

Aku juga sejuk. Ada sesiapa mahu pakaikan aku dengan baju panas?
Aku janji, aku juga akan tersenyum malu dan bahagia.

Nota : Aku sedang bertapa di sebuah gua di Pergunungan Alps.

10 comments:

Pali said...

meh sini aku panaskan badan kau dgn 'senaman suami isteri'.

tak perlu selimut, cuma perlukan kulit jer.

hak hak hak~!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Pali:

Hotak lu!

Tak mau aku....

Baik aku jadik ais dalam library nih!

[yAN!e][pUTraJAya] said...

ha ha ha...
meh sini kak yanie pakaikan meh...

hehehe nak sweater kaler aper...?

hak hak hak....

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

[yAN!e][pUTraJAya] :

hahaha...

terima kasih akak...

nak kaler biru buleh?

=)

kEy said...

haha~
mari key panas kan dengan nafas mulut yg dah lima hari x g0s0k, lalala~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

kEy:

hahaha...

tak mau!

pengsan!

penjenayah.merah.jambu. said...

hahahaha..
kau jangan weyh..
aku jugak sejuk.
tapi tadek sape mao pakaikan bju panas..
uh,jeles.
ade bf tp tak penah jumpe.almost 1 year,3 month,2 week,1 day.
rindu macam dgn bayang2.
kejap ada.kejap hilang.
ohnooooooo!kau telah buat aku mahu pakaikan sendiri sweater dan tersenyum puar2 seperti ada org pkaikan..
jum join skali! :)

penjenayah.merah.jambu. said...

hahahaha..
kau jangan weyh..
aku jugak sejuk.
tapi tadek sape mao pakaikan bju panas..
uh,jeles.
ade bf tp tak penah jumpe.almost 1 year,3 month,2 week,1 day.
rindu macam dgn bayang2.
kejap ada.kejap hilang.
ohnooooooo!kau telah buat aku mahu pakaikan sendiri sweater dan tersenyum puar2 seperti ada org pkaikan..
jum join skali! :)

penjenayah.merah.jambu. said...

RALAT:
puar2=pura2

:P *malu*

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

penjenayah.merah.jambu. :

hahaha..
mari kita pakaikan antara satu sama lain..meh3~