Tuesday, April 07, 2009

Abang Kasut, Virus Itu Membunuh Kita Berdua...


Kembali ke persada dunia yang sementara setelah cubaan untuk mengabdikan diri terjejas akibat nilai persahabatan membunuh aku di dalam senyap.
Kasih sayang hilang secara tiba-tiba.
Aku tidak kenal diri aku lagi.
Aku benci keadaan ini.
Senyum palsu di hadapan semua manusia.

****************************************************************

Kehidupan yang kelam kabut.
Hari aku yang dipenuhi dengan cubaan untuk mengawal kesabaran aku yang semakin meluntur.
Kehilangan kasih sayang, tugasan yang tidak pernah padam sehingga aku padam barangkali.
Senyum kanyur aku hamparkan.

Berlari ke sana ke mari.
Berjalan selaju yang aku mampu.
Menjadi penunggu di sana sini.
Badan terlalu penat.

Aku menunggu sahabat-sahabat sekumpulan aku di luar makmal.
Abang Kasut lalu di hadapan aku.
Aku menegur dia.
Dia kelihatan sibuk.

Dalam masa tidak sampai 2 minit, Abang Kasut keluar.
Muka hampir menangis.

"Shafaza, bahan abstrak aku dalam ni habis hilang. Macam mana ni?"
Aku : Kena hantar sebelum pejabat tutup tahu?
Abang Kasut : Tahu, macam mana ni?
Aku : Mari buat semula lah.
Abang Kasut : Kamu kan laju menaip sebab penulis blog. Boleh ya?
Aku : Alasan apakah ini?

Kami menghabiskan masa berdua.
Aku menaip abstraknya yang hilang.
Abang Kasut membaca abstraknya.

Virus yang tidak berguna itu membunuh kami berdua.
Membunuh dengan kejam.
Aku kepenatan.

::Aku dan Abang Kasut setelah tugasan itu kami selesaikan dengan bersusah payah::

Abang Kasut,
jangan lupa untuk membayar perkhidmatan tadi.
Oh ya, jika kamu ingin meletakkan nama aku di bahagian dedikasi,
aku seharusnya lebih bangga.
^____^

Nota Zara : Aku panggil dia Abang Kasut, kerana jika berselisih dengan aku,
bukan muka aku yang akan dilihat dulu, tetapi kasut aku. Aduhai.

Ayat dia yang paling menusuk jiwa setakat ini ialah,
"Shafaza, dari hujung rambut sampai buku lali, kamu memang cantik,
tapi bila tengok kasut, harus ditolak"
T____________T
Nasib baik kamu sudah berpunya Abang Kasut.

38 comments:

GeNeRaSi MaLaYSia said...

awat abg kasut tu pejam mate..
hohoho...

GeNeRaSi MaLaYSia said...

hoyehh...
i'm first...
hohoho....

i.am.belle said...

hahaha.. sgt comel le kamu berdua xD

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

GeNeRaSi MaLaYSia :

abang aksut itu perasan kacak..

huhuhu~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

GeNeRaSi MaLaYSia :

tahniah GM!

anda sangat pantas...hehehe~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

i.am.belle:

laling...

aku chumel ke?

ihiks...

AK itu tak boleh kata comel..dia sgt perasan...aduyai..

Mr.shari said...

abg kasut tu encem apa.ehe.virus trojan ke?ahha
;]

ciK LyndaWawa igUana said...

kenape nma dia abg kasut...muke macam kasut ke?

khaLifah feDi said...

muahahaha abg kasut! who?

yginsaf.com said...

ammvoiii, bahasa 'perkhidmatan' ittewww.. veryy derr

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sungguh baik hati kamu..
menOlong orang dalam kesUsahan,..
harUs dihargai orang seperti kamOo...

<3 wih luv, Qa~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gieyana said...

Hensem gak erk abang Kasut tue...tp abang kasutku lebih hensem!!hahahah...perasan ler kandamu ini...

pinkiss said...

ada apa dengan kasutmu?

Dakjaat™ said...

tu ke zara? macam bukan jer.. huahuahua!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Mr.shari :

ehehehe~

memang encem..tapi tak minat~

huhuhh~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

ciK LyndaWawa igUana:

sebab dia amat menggilai kasut ku~

^___^

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

khaLifah feDi :

jejaka itu adalah jejaka kasut!

^__^

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

yginsaf.com :

very derr apa en me??

itewww!!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

tRuly tO be mYself 'Qa~ :

hehehehe..
kawan2 boleh lah tulung~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Gieyana:

hehehehe~

abang kasut akak memang encem giteww!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

pinkiss :

kasutku sgt chumel ok?

hehehhe~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Dakjaat™:

tu aku lah wei!!

tasikmerah said...

suka la tu dapat dating. hehehehe...



.

jiji najiy said...

kasut???
tbe2 terhingat dolu2 tym mtrx elmi sllu pkai bju kurung ngn sneakers
soo sweet.... =]




p/s : ensem gak incik KASUT itu.. hihi

Monkey D Luffy said...

kenapa KASUT?

messyremo said...

sian abg kasut xsempat nk posing mate..hehe

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

tasikmerah:

ahh..bukan dating ...

uhuks~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

jiji najiy :

samalh cam aku skang~

uhuks~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Monkey D Luffy :

sebab dia amat menggilakan kasut2 aku~

hahaha~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

messyremo :

hahaha~

biarkan dia..

nanti dia perasan kacak jer~

khaLifah feDi said...

muahaha..mesti nsem kn......lalalla

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

khaLifah feDi :

apakah yg hensem?

abang kasut?

aduyai..dia perasan hensem~

mira amair said...

abg ksut agak cmel sperti katun bila mmejam mata sperti itu..wiwiwiwiwi..

honeypingu said...

sgt comel abg kasut! kamu juga syg.. haha.. sonok kah keje menaip.. haha

penjenayah.merah.jambu. said...

kirim salam abang kasut.
hihi :P

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

mira amair:

comel?

uhuks...

dia akan perasan~

woo!

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

honeypingu :

seronok?

hahaha~

seronok sebab dapat bermesra dgn suami org~

hahaha~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

penjenayah.merah.jambu. :

nanti dia akan perasan kacak syg~