Wednesday, April 08, 2009

Legasi Busuk dan Tengik? Aku Tiada Jawapan...



Pertanyaan ku terima bertalu-talu.
Tiada perkembangan kisah Busuk dan Tengik?
Aku hanya mampu menggeleng kepala dan mengharapkan kalian tidak bertanya lagi.

Aku tiada jawapan buat pertanyaan seperti itu.
Sumpah.
Aku tiada jawapan.

Busuk hilang dari hidup Tengik.
Tengik nampak dia di atas talian.
Tengik cuba untuk berkomunikasi.
Tiada hasil.

Tengik menghubungi Busuk menggunakan telefon genggam.
Panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas, juga tiada jawapan.
Sumpah.
Tengik rasa sunyi.
Tengik hanya mampu berharap agar semuanya pulih seperti biasa.

Air mata mengalir dengan deras.
Tiada lagi Si Busuk yang menceriakan Si Tengik.
Gurauan mesra telah hilang disapu angin.
Kamu tidak akan jumpa Si Tengik yang ceria lagi.
Sumpah.

Persahabatan kami adalah legasi kami.
Kami mempersembahkan legasi kami tetapi apakan daya?
Persahabatan.
Nilainya tinggi.

Semoga persahabatan ini bakal bertaut kembali.
Tengik cuma mampu berharap.
Harapan.

Senyuman palsu yang Tengik mampu persembahkan.
Tiada keinginan untuk hidup lagi.
Tiada.

16 comments:

addyaholix said...

cinta busuk bukan untuk tengik. tengik perlu terima kenyataan yang satu itu. dah tersurat, busuk bukan untuk tengik. titik

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

addyaholix :

ini bukan cinta addy.
ini persahabatan.
aku benci pada pengakhiran yang tiada pesanan.
aku benci pada perkara sebegitu.

zAhiDah diHaz 17 said...

pemergian yang tanpa pesan, tanpa kata putus amat menyakitkan dan menyedihkan. bersabar lah sayang...

zamdotcom said...

termenung sejenak..slps baca n3 ni teringat kat member sekolah...


p/s: kemana la menghilang rakan sekolah

mrblind said...

erk..legasi tu apa makna haa..

mira amair said...

sedih..sabar la syg..

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

zAhiDah diHaz 17:

aduhai..
hati aku hiba, tapi hidup perlukah diteruskan bukan begitu sayang?

aduhai~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

zamdotcom :

rakan datang dan pergi..
tapi aku selalu mengharapkan persahabatan kekal abadi...
mampukah aku bertahan?

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

mrblind :

legasi itu legation..

kesinambungan gitu~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

mira amair :

masih bersabar ini...

aku tidak sanggup menangis lagi...

A a D i I ? said...

cik zara, ada award. pegi kutip ekk~

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

A a D i I ? :

nanti aku skodeng ya?

lalala~

khaLifah feDi said...

emmm tengik nie bhse jawa kn...

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

khaLifah feDi:

ye ke?

aku tak tau plak..
]

dalam kamus ada je~

Bunga Binti Nordin said...

si busuk si tengik..
sweet apa...

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Bunga Binti Nordin :

sweet?

tidak lagi kot?

dah jadik bitter~