Saturday, June 27, 2009

"Cikgu Pernah Kerja Di Kedai Mamak Ke?"



Itu soalan yang ditanya oleh pelajar aku hari ini.
Tatkala tangan aku lincah membungkus minuman, memberikan arahan supaya melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai kami.
Ya, aku tahu mulut aku selaju tangan dan kaki aku bergerak.
Tiada istilah segan, malu atau lembap jika kalian kepingin bekerja bersama aku.

Bunyinya agak kejam, tetapi mengenangkan aku bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan jualan,
adalah lebih kejam jika mereka hanya berdiri membatu di tepi aku.
Ah, kalian yang begitu bersemangat mahu menjual,
akhirnya cikgu ini yang bertunkus lumus bekerja buat kalian.

Masa yang diperuntukkan untuk berjual adalah dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Alhamdulillah, sebelum jam menunjukkan 11 pagi,
kami sudah mula mengemas gerai.
Semuanya habis terjual.
Alhamdulillah.



Muka ketua gerai yang kepuasan



...bersama dengan pembantu-pembantu yang setia dan tersangat bersemangat mahu menjual.

20 comments:

.palisevenfold. said...

geng2 skema bersama cikgunya yang sama2 skema

hehehehe

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold.


mana ada aku skema..

aku hensem lah!!

Tirana said...

Cikgu Zara serba boleh...mengajar kimia boleh...memasak boleh..meniaga pun boleh..hehehe

leadleedeea said...

kellasss cekgu..confirm pkai pelaris neh..heheheeeeeeee~!!! btw, excited sungguh girl yg buat peace tuh..huhu~!!

ZARA 札拉 said...

Tirana :

aduhai..

segannya kena puji dengan akak~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

leadleedeea :

hahaha~

dia memang sangat excited kak~

hahaha~

budak aina itu~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ijinkan saya gelak cikgu zara yang wajahnya penoh kepuasan...haha :p

luculah anak murid cenggituh...berdesup!

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

hahaha~

gelaklah Nuar..

gelak itu membawa bahagia gitu~

alahai~

hahaha~

Gieyana said...

OWhhh cikgu...akak kembali..rajin menjual yer...:D

ZARA 札拉 said...

Gieyana :

Owhh kak!!

aku rindu~

hahaha~

menjual tu sbgn dalam aktiviti (ayat skema)

crescent said...

haha camne ko leh kije awal zara?
course korg ni camne al-kisahnya?

ZARA 札拉 said...

crescent :

ku skang cikgu ganti lah syg~

ni tgh tunggu posting gitew..

aku masuk matrik..pastu masuk UTM buat degree education 4 tahun..

so skang aku sudah grad...=)

✖₪ F A R H A N I ₪✖ said...

wow...selamat ptg cikgu~!

JohnJenin said...

Cikgu sama size macam pelajar? :P

ZARA 札拉 said...

✖₪ F A R H A N I ₪✖ :

selamat petang dear!

ZARA 札拉 said...

JohnJenin:

tu maksudnya aku awet muda!

hahaha~

meo188 said...

hepinye dpt layan budak2 kecik2 stiap ari. tringin nk jd cikgu.... :)

ZARA 札拉 said...

meo188 :

ahh~

mungkin begitu baik..kalau dikenang kan kesakitan hati..aku sudah mati..jadik happy kan diri!

vidadarisakura said...

macam best jak jadi cikgu.
huhu


aku pun mau jadi cikgu la.
boleh?

ZARA 札拉 said...

Vivi:

boleh sayang!!

aku sokong cikgu chumel cam ko~