Saturday, July 04, 2009

B Ketakutan Bila Aku Menyerlahkan Naluri Lelakiku...


Aku menerima panggilan dari B.
Dia kata dia rindu aku.
Rindu kegilaan kami bersama di bumi teratak Selatan.
Aku hanya tersenyum dan berpesan sesuatu kepada dia.

"Kalau rindu, kau tahu mana mahu cari aku".

B tidak main-main.
Dia datang kepada aku.
Dia tahu kami berdua sangat merindui antara satu sama lain.
Pelukan dan ciuman bertukar sesama kami.

B : Matahari aku dah kembali nampaknya. Diulit bahagia?
Aku : Bahagia dengan kehadiran kau.
B : Kalau aku tak datang?
Aku : Aku menjadi pencinta yang setia kerana matahari akan sentiasa keluar.
B : (ketawa) Aku lapar.
Aku : Mahu bersarapan bersama? Tradisi kami makan sate di pagi hari.
B : Boleh sahaja.

B seperti biasa.
Kenderaannya menjadi pilihan.
B tidak percaya menaiki motor bersama aku.
Terlalu laju katanya.

B memandu.
Aku memberikan arahan sambil berbual bersamanya.
Radio kegemaran kami berkumandang mengalunkan lagu-lagu.
Aku hanya menyanyi kecil.

B : Zara, kenapa kau suka sangat lagu itu?
Aku : lagu itu menarik B. Kenapa?
B : Lagu tu bukan lelaki ke yang selalu dendangkan?
Aku : Maksud kau Naluri Lelaki?
B : Ya.

Ketawa berdekah aku lepaskan.
Ilham timbul di minda untuk mengusik B.

Aku : B, kau tak tahu ke aku ni sebenarnya lelaki? Kau tahu, bila kau kata kau rindukan aku,
aku asyik menghitung hari kedatangan kau.
B : Kau biar benar?
Aku : Betul B. Kau mesti pernah lagu "Menghitung Hari 2" kan?
B : Ya, kenapa?
Aku : Itu lagu kegemaran aku bila aku dapat tahu kau mahu datang.
"Jangan sebut aku lelaki, jika aku tak bisa dapatkan engkau"


Kenderaan dihentikan secara mengejut.
Ketawa aku tidak dapat ditahan lagi.
Berhamburan keluar.

B : Kau nakal!
Aku : Memang ternyata aku nakal.
B : Kau seorang guru sekarang. Matanglah sikit.
Aku : Kalau aku terlalu matang bila bersama engkau, nanti kau pelik.

Kami ketawa bersama.
Menuju ke destinasi.
Dari jauh, asap berkepulan keluar di kedai.

18 comments:

khaLifah feDi said...

ekk!! uiks mcm lessy aje hee~

cik ian@aH Lian~ said...

zara sedang bercerita.
cerita tentang perasaan
dan sayangnya pada sahabat.
bukan lessy ler KF...
hohoho

F A R Y N said...

lenkali kasi ciuman mesra!
ahahahahahaha

Gieyana said...

Bahasamu mmg power...Ooo..suka lagu menghitung hari?

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

mana ada lessy?

kau mau kena pang kah?

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~ :

hehehe~
betul tu!
aku sgt setuju dear!

ZARA 札拉 said...

F A R Y N :

boleh sahaja~
hahaha~

ZARA 札拉 said...

Gieyana :

suka juga kak~
hahaha~

Yern Ain said...

cik zara!!!
oh salah.

cegu zara. hehehe.

been missing u.
;)

ZARA 札拉 said...

Yern AIn:

me too darling!!!

khaLifah feDi said...

jgn lah aku gurau sak lho ape arr !!!

x rocklah cikgu2 nie hee~

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

hahaha~

gua tak kisah~

hik hik~

Bunga Nordin said...

kelapa...?
kepala??

ZARA 札拉 said...

Bunga Nordin :

mana2 boleh..=)

meo188 said...

huhuhuhuhu so sweet :p

ZARA 札拉 said...

meo188:

hehehe~

kalau tak cukup sweet..sila tambah gula..=)

hidayah said...

zara memang NAKAL ar

ZARA 札拉 said...

hidayah :

hahaha~

terserlah nakalku~

lalala~