Wednesday, July 01, 2009

Bila Bulu, Rambut Dan Kulit Saling Bertaburan...


Bulu-bulu bertaburan di atas lantai.
Rambut-rambut juga.
Malahan kulit-kulitnya sekali.
Aduhai...
Luluh hati.

Pelbagai warna di atas meja.
Kuning, merah, hijau dan ada juga coklat.
Kesemuanya berbulu, berambut dan berkulit.

Yang berwarna coklat paling menyedihkan.
Air bergenang keluar dari tepinya.

Yang hijau hanya dipandang sepi.
Falsafah terlalu hijau digunakan di sini.
Terlalu muda, terlalu mentah untuk dijamahi oleh sesiapa.

Yang kuning?
Yang merah?
Kuantitinya beransur-ansur merosot.
Cepat sahaja berbanding yang lain yang nampaknya masih tidak berganjak.

Bulu-bulu bertaburan.
Rambut-rambut bersepahan.
Kulit-kulit bergelimpangan.

Ketawa galak mengiringi suasana.
Tisu-tisu putih juga melayang ditiup sang angin dari kipas yang ligat berputar.
Tisu dicapai, bibir dikesat.
Adakah tisu juga akan dibiarkan melayang?

Habis manis sepah dibuang.
Pepatah itu jelas tergambar disini.
Aduhai.

24 comments:

khaLifah feDi said...

apakah itu wahai cik zara?

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

waa.. anda terlalu menggunakan perkataan sayang...hee~

menarik dan penuh tanda tanya,...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

rambutan?

mrblind said...

puitis..patut boleh jadi cikgu sastera..

Aku... Dia... Kamu.. said...

Apakah maksud yang tersirat disebalik yang tersurat ni cik zara?

Jard The Great said...

aku terbayang buah yg bnyk rambut plak daa.. ahahaha

[yAN!e][pUTraJAya] said...

ayat2 kamoo buat akak tertanya2....aperkah benda ini

hehheehe

atty's said...

buah rambutan ke zara

Tirana said...

Zara makan rambutan ke? hehehe..bagi kak tirana sikit...

leadleedeea said...

sumpah akak blur...huhuhuhuhuuuu

teddi said...

hahaha inilah cara tulisan idaman sy kak....

vidadarisakura said...

rambu-ramba?
haha

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

hahaha~

sejenis buah gitew~

ZARA 札拉 said...

tRuly tO be mYself 'Qa~ :

hahaha~

ye ke laling?

anda terpesona?

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

terer lah Nuar!!

ZARA 札拉 said...

mrblind :

gua nak jadik cikgu Sasterawan Negara~

ZARA 札拉 said...

Aku... Dia... Kamu.. :

maksudnya..err..err...

haha~

ZARA 札拉 said...

Jard The Great :

buah apa Jard?

hak hak~

ZARA 札拉 said...

[yAN!e][pUTraJAya] :

hik hik~

adakah membuatkan kamu terpikir yg nakal kak?

ZARA 札拉 said...

atty's:

hahaha~

yup~

ZARA 札拉 said...

Tirana :

hahaha~

mesti bleh kak~

ZARA 札拉 said...

leadleedeea :

meh jaamh buah kak~

nanti tak blur~

ZARA 札拉 said...

teddi:

silakan tulis~

haha~

ZARA 札拉 said...

vidadarisakura:

hahaha~

rambu ramba kena raba!!

OMG~