Thursday, July 30, 2009

Hidup Aku Di Samping Dia Yang Istimewa




Dia memang istimewa.
Hadiah paling menyentuh hati aku setakat ini.
Lupakan mengenai cincin dari kekasih pertama yang aku masih pakai sehingga kini disebabkan sudah terbiasa, ini merupakan hadiah terbaik sepanjang tempoh pengajian aku di kampus selatan.

Ya, Encik Gitar adalah hadiah terbaik dari sahabat terbaik aku di sana.
Terima kasih buat Encik RK atas hadiah yang sangat bermakna ini.
Juga buat Encik AM (bakal pemegang Doktor Falsafah) yang sanggup datang ke kediaman pelajar pada waktu malam untuk mengajar aku bermain gitar walaupun tempohnya amat dan sangat singkat.
...dan jangan risau, aku masih berlatih lagi walaupun masih tidak dapat menjadi yang terbaik.


Kesan yang ditinggalkan di jari dan kuku aku akibat bermain Si Cantik Ramping itu sentiasa mengingatkan aku pada kalian yang menjadi sumber inspirasi aku sehingga kini.

Hidup ini masih perlu diteruskan.
Senyuman yang aku perlukan, semangat yang sentiasa membakar hati ini.
Aku hanya perlukan itu.

Zara : Padang bola tetap padang bola. Tetapi mungkin ianya lebih indah bila ditambah dengan bunga yang mekar mewangi. Tiada siapa mampu mengubah kenyataan sebuah padang bola kerana keindahannya mampu bertambah.

Selamat Ulang Tahun Buat Kanda Taufik (24), Kanda Aza (23) Dan Saudara Naz (22)!

26 comments:

cik intanurulfateha said...

.teringin nk maen gitar
.nti zara dah pndai maen, ajar kite ek! :)

Lifesaver said...

memang tabik spring toing2 la sbb ko leh main gitar..kagum pada yg ada bakat seni!

ashie023 said...

comellah gitar kapuk ituh...bestnye kalu ada org bagi present gitar..

messyremo said...

pergh~~

kamu sgt hebat..

mainkan aku lagu metallica satu~~haha

<< s| tED| >> said...

petikkan aku satu lagu sayang!!

Precious said...

Kalu ko nak letak bunga kat padang bola pastikan letak kat ujung2 tepi jerk eh. Takut kena hempap dek bola or kena pijak terajang kanda2 pemain bola ...

paiseh said...

jari yang memegang kapur juga mampu memetik gitar...

GiGGLe GaL said...

ok dik..mainkan aku satu lagu..

tajuknya ialah..

Cinta ku bertempiaran ketika memakan sushi..





lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!

i.am.belle said...

zara pandai petik lagu apa? belle mahu lagu 'the man who sold the world' ;D

meo188 said...

posing yg cumel... buat mate gitu2 laks... huhuhu

Monkey D Luffy said...

hadiahkan aku cincin ;p

ciK LyndaWawa igUana said...

zara, ajarkan aku main gitar.....boleh????

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha :

hehehe~

insyaALLAH~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

hehehe~

aku kagum pada kamu yang sudah berkahwin~

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

ini adalah gitar akustik~

ZARA 札拉 said...

messyremo :

hehehe~

metallica ya?

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >> :

Baik!

ZARA 札拉 said...

Precious :

hehehe~

baiks!

ZARA 札拉 said...

paiseh :

dan juga boleh mengorek hidung macam kamu~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

hahaha~

lagu apa tu kak?

ZARA 札拉 said...

i.am.belle :

Oh baby!

hehehe~

ZARA 札拉 said...

meo188 :

hahaha~

terima kasih Meo~

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy :

hahaha~

nak yg camne?

ZARA 札拉 said...

ciK LyndaWawa igUana :

meh~

jom2~

Raihanna said...

perghh..zara teror main gitar yerp...
pasni leh la ajar rai...
leh kan2...
free je kan cikgu??
ala.. leh la ajar rai....

ZARA 札拉 said...

Raihanna :

hehehe~

free jer~

meh2~