Friday, July 03, 2009

"Kalau Bercinta Tapi Tak Siap Kerja Rumah, Buat Apa?"


Kelas 2F.

Cuaca membahang.
Mata pelajaran - Ekonomi Rumah Tangga.
Pelajar - Semua perempuan.
Kehadiran - Hanya 13 orang.
2 orang tidak hadir ke sekolah.
3 lagi pura-pura ambil buku tertinggal dan tidak muncul di kelas lagi.

Tugasan telah aku semak.
Bagi yang telah mengerti dengan gaya aku,
mereka tahu apa yang mereka lakukan pasti ada ganjarannya.
Sebaik sahaja salam bersambut,
buku-buku dibentangkan di atas meja.

Gula-gula lolipop aku edarkan buat setiap orang.
Sebagai ganjaran kecil kerana mendengar arahan aku.
Arahan aku senang - setiap kali datang ke kelas aku mereka perlu mempunyai 3 perkara.
1. Buku teks.
2. Buku nota.
3. Lembaran kerja.

Sedang aku memeriksa tugasan mereka,
terdapat satu kumpulan kecil yang bertanya sesuatu kepada aku.

"Cikgu, cikgu dah kahwin?"

"Belum".
[sambil jari tekun memeriksa tugasan yang dihantar pelajar]

"Cikgu ada teman lelaki?"

"Tiada. Penting ke nak ada teman lelaki?"

"Saya ada cikgu. Budak Tingkatan 2 juga."

"Oh, ya ke?"

"Cikgu ada ajar dia juga. Dia kata cikgu ada ajar dia."

"Budak kelas mana? A ke B?"

"Nama dia F cikgu"

"Oh, dia ke?. Kerja awak dah siap ke belum?"

"Belum lagi cikgu. Sabarlah. Cikgu, rasa bahagia sahaja cinta ni."

"Saya bukan budak sekolah nak bercinta macam ni. Saya masa sekolah dulu pun tiada
bercinta dengan sesiapa. Cinta buku sahaja."

"Ala cikgu, cinta monyet sahaja".

"Kalau bercinta bagai nak gila tapi kerja sekolah tak siap nak buat apa?.
Buat rugi sahaja."

Pelajar itu senyap.

Ya, aku berbunyi agak kejam.
Sentap mungkin.
Tapi kalau buku dipenuhi dengan gambar hati sahaja, untuk apa ke sekolah?
Aku mahukan gambar gergaji, tukul, paku, mesin dan sebagainya.
Bukan setakat cinta kosong!

Oh ya, kalau betul pun anda bercinta,
pada aku, sila pastikan kedua-duanya memberikan komitmen terbaik dalam pelajaran.
Ini sama sahaja.
Si lelaki juga tidak menyiapkan kerja rumah,
yang perempuan memberikan pelbagai alasan.

"Ya, cikgu tahu cinta itu indah. Lebih indah kalau seimbang dengan belajarnya"
Aku akhiri sesi dengan ayat itu.

26 comments:

messyremo said...

uik..jd Dr. Love plak ke?haha

ZARA 札拉 said...

messyremo :

pengalaman beb~

hahaha~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tu dia tips2 percuma...balancing love katenyer ;)

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

hahaha~

amik kena tazkirah dgn haku~

GiGGLe GaL said...

dik, ko ni sangat baik la.. murni hati.. klu aku, sudah lama aku hantar budak tu berdiri di luar kelas..

kejam aku kan? patut la aku tak dpt jadi cikgu..

hidayah said...

kalu nak ada boyfren pon biar la yang dapat beri galakan tuk terus study. berjaya. cemerlang. sokong?

tp betul ke belum ada teman lelaki nih.

farah said...

budak2 pon dah pandai berbicara tentang cinta.

:)

.palisevenfold. said...

hahaha...you reminds me of my form 5 ;)

that time, i was so overtake by love, spreading out whole school, and get a lot of attention from teachers as well...

for the first time, i'm telling my love life to someone who called teacher ;)

i sacrificed my spm for that. i took it for granted. but i never regret it. even it cause me a lot of drawback, but it makes me who i am now, at least, it makes my core ;p

go ahead and love, but keep your feet on reality at the same time.

too low, you'll thirsty for it.

too much, you'll drown.

ciK LyndaWawa igUana said...

cikgu yang berdidikasi...

i.am.belle said...

eh ni sekolah ke kolej???

kemain lagi bebudak ni love story bgtahu teacher zara. aduyaiii.

pening kapla jingga xD

Pocket said...

adoilaaa, lagi mau discuss ngan cikgu woo!! pocket dulu tak berani la nak bagi tau. hheh, ganaz.

betul tu. kalau setakat bercinta tp keja skolah pun tak siap... better tak yah bercinta.

Tirana said...

hehehe..budak2 sekarang terlebih open dan kurang malu. Sebagai remaja, kak tirana dulu pun ada juga perasaan suka pada seseorang tapi pendam aje dalam hati sorang-sorang. Sapa pun tak tahu..hehehe..mungkin sebab malu kot..

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

hahaha~

mulai minggu depan aku nak buat begitu kak~

ahaks~

ZARA 札拉 said...

hidayah:

sangat menyokong anda!
hoyeah!

er..betul, belum ada lagi..anda mahu carikan untuk sy?
hehe~

ZARA 札拉 said...

farah:

sgt pandai n sgt riak..

hak hak~

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold. :

well pali dude..

u r right man..

something good is better in moderate amount, or else it'll only bring us to the bad things~

ZARA 札拉 said...

ciK LyndaWawa igUana:

time kaceh kak wawa~

ZARA 札拉 said...

i.am.belle:

sekolah menengah belle~

uhuks~

ZARA 札拉 said...

Pocket :

ku dulu pun tarak cintan2~

bebudak skang~

gilak aku~

ZARA 札拉 said...

Tirana :

huhuhu~

kalau zara pun zara simpan jer..wat segan otak ku je kak~

cik ian@aH Lian~ said...

selalu juga
students di'cuci'
otaknya bila
terlalu asyik dgn cinta.
paling teruk yg pompuan di kelas pertama
dan lelakinya di kelas terakhir.
ah, geli sunggoh!

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~ :

oho~

betul tu dear..kalau kes ku..lelaki di kelas pertama..pompuannya di kelas belakang2 skit~

khaLifah feDi said...

wah..mesti kacak kn hee~

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

hahaha~

amat~

lor~

meo188 said...

cinta = pembakar semngt nak belajar... ;p

ZARA 札拉 said...

meo188:

hahaha~

inspirasi sekalipun..harus balance..=p