Thursday, July 16, 2009

"Kalau Nak Buat Projek, Mesti Ada Alatan!"


Ini minggu ujian bulanan.
Aku ketua guru bertugas dalam minggu ini.
Ketua guru bertugas bagi sesi petang.

Disebabkan aku dan Kak YY yang bertugas di pagar minggu ini,
kami adalah dua manusia pertama yang akan disapa oleh pelajar.
Pelajar-pelajar yang aku ajar akan maju setapak lagi.
Soalan akan ditanya di situ juga, walaupun belum melangkah masuk kawasan sekolah.

Pelajar (P)
Cikgu Zara (CZ)

P : Cikgu, ujian masuk sampai mana?
CZ : Kan cikgu dah tulis di papan hitam hari tu?
P : Yang kena salin tu ya cikgu?
CZ : Ya. Takkan salin camtu sahaja, mestilah baca.
P : Oh, yang projek-projek tu cikgu?
CZ : Ya lah, kan ada alatan semua tu, mesin dan banyak lagi.
P : Oh, betullah cikgu.
CZ : Apa dia yang betul?
P : Kalau nak buat projek mesti ada alatan kan? (gelak keji)
CZ : Memang, bukan setakat alatan tangan, pengikat, kemasan dan kosnya.
(aku pura-pura naif)
P : Betullah sangat tu cikgu, mana boleh sepah-sepah. (gelak keji)
CZ : Kalau bersepah, nanti jatuh tergolek di bengkel kan? Mesti boleh dapat jawab soalan saya tahu?
P : Baik cikgu!

Tadi petang ada ceramah H1N1 di sekolah.
Sebanyak 160 set jawapan telah aku tanda.
60 set jawapan objektif, selebihnya soalan subjektif.
Menunggu kertas Pendidikan Seni esok.

Zara : Aku menunggang motosikal selaju 100 km/j depan rumah makcik-rambutan-Maghrib tadi.
Terima kasih kerana menunggu aku pulang makcik!
Hoyeah!


35 comments:

cik intanurulfateha said...

.makcik tu penunggu yang setia
.mungkin kah beliau ada anak teruna yang kacak utk di jodohkan dengan anda?
.hehehe :P

ashie023 said...

oh yea makcik rambutan ..u rox babe!!!ahhhaa...lain kali hulur ler barang sebijik dua buah rambutan kat dak zara..muehehhe

ooo..sape bagi ceramah pasal h1n1???org luar ke atau cekgu2 gak?

sharamli said...

patut bgik buah rambutan t0k makcik tu...

setia menunggu..

hik3

KhairiL's said...

ayooo
bayaha bawak moto laju

semak la set soalan tu dgn penuh teruja

hehe

<< s| tED| >> said...

sayang, tajuk entrymu bisa menggegar jiwaku...
nasib baik masih kuat imanku ini..
makcik rambutan maghrib2 pun dok bawah pokok rambutan lg?? mau jadi penunggu kah??

atau takut rambutannya di curi.. ? ekekekekeke..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kertas pendidikan seni yg lukis2 tuh mesti lega sikit paler nk menanda kan? :D

messyremo said...

haha...

advance tol budak2 skang..

bahaye~~

nasibla cikgu pandai pusing2~

DIK AN said...

Baru paham macam mana nak komen.

Kampung betul rasanya... T_T

PETAK.! said...

Macik Rambutan.:DD

zamspotte said...

hahha... mind budak zaman sekarang yang pelik + makcik rambutan yg setia...

Monkey D Luffy said...

otak kotor punya budak

haha

khaLifah feDi said...

feh sempat ko menjeling ekk!!!

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha:

pergh~

sekali lagi aku ingin menegaskan, makcik itu tiada anak lelaki~

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

oho~

itu cikgu sekolah juga~

^_^

ZARA 札拉 said...

sharamli:

hahaha~

apakah?

LOLA!

ZARA 札拉 said...

KhairiL's :

hahaha~

teruja kerana apa?

LOL!

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >> :

hahaha~

tajuknya agak kontroversi gitu~

aduyai~ hahaha~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

harap2 nya Nuar~

atoi~

ZARA 札拉 said...

messyremo :

hahaha~

kalau tak pusing~

mati aku syg~

ZARA 札拉 said...

DIK AN :

aduyai..rilek Dik An~

tabah dear!

ZARA 札拉 said...

PETAK.! :

woot!!

ZARA 札拉 said...

zamspotte :

memang sgt pelik~

u know it better~

^_^

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy :

aku rasa keji~

aduyai~

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

hahaha~

harus!

farah said...

sayang,

perlahankan sikit kenderaan kalu itu.

:P

ZARA 札拉 said...

farah:

err..baik cayang~

^_^

Jard The Great said...

aku pon gelak keji baca ini pny entri.. ahaha

pinkiss said...

jgn bwk moto laju². bahye.

Precious said...

Bebudak skang eloknye kita lempang2 jer. Buang sumer yang tak perlu dr kepala mereka ... Boleh ker?
Header tu comel ler. Wat sendiri ker?

ZARA 札拉 said...

Jard The Great :

hahahaha~

itu aku pasti Jard~

LOL!

ZARA 札拉 said...

pinkiss :

baiks Kak Noni!

^_^

ZARA 札拉 said...

Precious :

kalau boleh buat gitu dan berhasil camtu, udah lama zara lempangkan cikgu~ hehehe~

eh, header itu tidak dibuat sendiri..free template saja~

^_^

[yAN!e][pUTraJAya] said...

cikgu......

merempit dengan kadar kelajuan 100km/h tu....kang tertanggal tudung cikgu....hahhahah

ZARA 札拉 said...

[yAN!e][pUTraJAya] :

hahaha~

ku pakai helmet kak~

ihiks~

messyremo said...

agak2 budak tu nakal..

kamu pang saje budak tu~~haha