Friday, July 10, 2009

Kenapa Aku Rasa Macam Kena Tipu?


Tadi petang aku ke sekolah seperti biasa.
Selalunya aku perlukan 15 minit untuk ke sekolah dengan kelajuan setara 80 km/j.
Hari ini dalam 10 minit aku sudah tiba sekolah.
Jangan tanya kelajuan motosikal aku.

Mesin pencetak si rumah aku buat hal.
Nasib baik aku dapat mencetak kertas soalan di makmal komputer sekolah.
Oh, bukan percuma.
Harus dibayar juga.
Tapi tidak mengapa, asalkan kerja aku sempurna.

Latihan kebakaran dijalankan sebanyak dua kali.

Kali pertama pada jam 3.35 petang.
Aku dan pelajarku bukan mangsa yang rentung.
Kami tiba di tempat berkumpul dalam masa kurang dari 3 minit.
Malangnya tiada ahli bomba yang datang pada sesi petang.
Mereka hanya datang pada sesi pagi.

Selepas kelas Pendidikan Seni,
ada seorang guru menghulurkan surat kepada aku.
Surat dari Pejabat Pelajaran Daerah.
Surat lantikan dan kenyataan gaji yang aku patut terima.

Seingat aku, yang dinyatakan sebelum ini,
aku akan beroleh RM 60 sehari.
Tetapi dalam surat yang aku terima, gaji aku hanya RM 35.70 setiap hari dan RM 5.00 sebagai elaun. Jadi, gaji keseluruhan adalah RM 40.50 sehari!

Menurut pejabat,
aku seharusnya bertugas menggantikan guru bersalin
dari 25 Mei 2009 hingga 24 Julai 2009.

Tetapi dalam surat itu menyatakan, aku hanya bertugas
dari 25 Mei 2009 hingga 20 Julai 2009.

Baiklah, aku akui aku kecewa.
Sangat kecewa dan rasa sangat tertipu.
Kamu mungkin akan kata aku materialistik, tapi aku ada sebab tersendiri mengapa
wang itu menjadi sumber inspirasi aku sekarang ini.

Aku tinggalkan Masters aku demi ini.
Demi kerjaya ini.
Tetapi alangkah sedihnya, ia nampaknya tidak setimpal.
Tidak mengapa, aku pujuk hati aku.

Mungkin setelah kontrak tamat, aku akan berhijrah mencari pekerjaan baru.
Tidak perlu menunggu di tempat itu.
Sekarang ini, matlamat aku hanya satu.
Berikan yang terbaik, ikhlaskan hati demi sesuatu yang bergelar pengalaman.

Zara : Esok Hari Sabtu. Aku kena pergi ke sekolah.
Ada kursus Profesionalisma untuk guru-guru Kemahiran Hidup.
Tabahlah wahai hati. InsyaALLAH, ada hikmah di sebalik ini.
Selamat Berhujung Minggu semua!

53 comments:

cik intanurulfateha said...

.same mcm gaji kite tym jd cekgu ganti aka kgsk
.mmg die bg gaji cmtu
.sebijik!
.alasan~kite lum convo(tym tuh tgh tunggu convo on may)
.kite keje feb
.mmg siut je
.x leh consider
.dah terang2 kite dah grad
.geram3
.pastu kerani ckp, kalau da convo pun mmg PPD bg gaji cmtu
.sbb b4 dis, ade kgsk yg ade dgree, gaji die tetap amek spm atau stpm SAHAJA
.yg laen x terime
.pastu kalau cekgu yg dah pencen, mengajar smule buat contract cmtu, die bg gaji sehari beratus2
.siut kan?
.grrr geram!!!

PETAK.! said...

Betul-betul kah kejadian ini.?Erk.Cancel ah mahu jadi cikgu.AHAHAHAHA.Kadang-kadang kita jatuh bila belum sempat kita bangkit semula.Pasak kaki,teguh berdiri.:))

cik ian@aH Lian~ said...

ouh,
kenapa deg kene byo segitu jer?
ian guru ganti gune
deg dibyr rm95.70 sehari...
rm 30 + tu mcm tak berbaloi lak!
memang ditipu tuh!

meo188 said...

erm... mintak jd lecturer... jom

k.e.r.i. said...

jadi cikgu tadika lagi masyuk.

<< s| tED| >> said...

itu gaji guru ganti diploma rasanya.. kalau ada ijazah tp belum konvo pun PPD akan bg gaji diploma.. kamu gred ape yek? dc or db??

dalam surat tawaran ada tulis kan??

messyremo said...

aduhai zara...

kesian kamu ek...

meh keje dgn aku..jadi PA aku,mau?haha

Zamz said...

takleh complaint ke..

camana leh tak consistent ek

harap bersabarr

Yern Ain said...

sayang~

x bole nk consult blk ke?

explain wht d earlier letter been stated.

bertabah ok.

*hug*

sharamli said...

kamo0..jgn kecewa sgt erk

farah said...

sayang,

jadi lecturer je la.

:)

Monkey D Luffy said...

sabar2

huhuhu

A t i Q a h said...

Apa kata...
kalau kita ketepikan sekejap soal gaji itu, dan kita muhasabah diri tentang niat sebenar kita untuk jadi guru.

Walaupun nampak pahit, tapi dengan Kasih Sayang Dia, moga 'gaji' kita akan diterima di Sana kelak. InsyaAllah..

A t i Q a h said...

Eh. Lupa nak senyum. ;)

Hehe.

Miss u sayang.

Naz said...

Kanda tumpang simpati... bagaimana boleh jadi mcm tu ya? adakah pihak kementerian telah menipu? mungkin dinda kena suarakan masalah ini kpd pihak atasan...

ada simpan surat kenyataan gaji dulu ker? letter head drp mana? dan letter head surat kedua pula drp mana? mungkin ada kesilaman di mana2... kalau kanda di tempat dinda, kanda pun bengang...

>wang bukanlah segalanya, tp ia penting dlm keberterusan hidup yg lebih selesa...

ashie023 said...

xpe lah, nanti ader rezeki dilain kali..mungkin lepas ni, makin bertambah..

khinhooi said...

i wish you the best in anything you do.

btw, the website for my subject is

http://crea8tvtea.blogspot.com. his personal blog could be found there.

KhairiL's said...

sabar zara
aku paham situasi ko skrng mcm mn

[S]itie [B]Um [B]Um said...

gi ar buat aduan

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha:

uhuks~
betul ke syg?!
wooo!!!

sedih!
tapi betullah~
cikgu yg dah pencen, bila dia amik balik, gaji sgt2 beratus2~

ZARA 札拉 said...

PETAK.! :

aduhai Petak~
terima kasih dear~
aku mau berdiri kukuh~
sangat kukuh~

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~ :

tak sudah2 dia mau transkrip~
mana konvo lagi..uhuks~

ZARA 札拉 said...

meo188:

Jom!!

ZARA 札拉 said...

k.e.r.i.:

tu la pasal..
bleh makan2 lagi~
hahaha~

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >>:

tu gaji SPM tedi~

uhuks~

ZARA 札拉 said...

messyremo :

jadik PA kamu?

berapa gajinya?

ZARA 札拉 said...

Zamz :

uhuks~

ntah lah encik~

ZARA 札拉 said...

Yern Ain :

uhuks sayang~

ku sedang belajar bertabah ni~

huhuhu~

ZARA 札拉 said...

sharamli :

baik shah~

ku cuba~

ZARA 札拉 said...

farah :

ahh, lambat lagi tu~

matlamat jangka panjang~

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy ;

sedang bersabar ni kapten~

ZARA 札拉 said...

A t i Q a h :

huhuhu~

benar kata anda syg~

saya rindu kamu!!

ZARA 札拉 said...

A t i Q a h :

erk..

ku mahu senyum juga!

miss u too darling!

ZARA 札拉 said...

Naz :

dinda sedang mencari kebahagiaan..kebahagiaan yg mungkin terpaksa datang bersama wang~

uhuks~

ZARA 札拉 said...

ashie023:

insyaALLAH..

ashie doakan zara ya?

ZARA 札拉 said...

khinhooi :

thanks a lot khin hooi dear!!

^_^

ZARA 札拉 said...

KhairiL's:

time kaceh jambu!!

ZARA 札拉 said...

[S]itie [B]Um [B]Um:

akan ku buat isnin nih~

vidadarisakura said...

la kesiannya kamu..
xtanya org yg offer kamu masa mula2 tu?

Princess Liyana said...

huhu cuti2 pn keje kan dear;)aahah..chaiyok!;)

ZARA 札拉 said...

vidadarisakura :

dah tanya...

sekali ku rasa dia sudah abgi maklumat yg salah~

ZARA 札拉 said...

Princess Liyana :

apa boleh buat syg~

namanya cikgu~

cik intanurulfateha said...

.mari banned PPD muar!
.wahahahah~

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha :

oh~

tidak mahu syg~

hahaha~

Jard The Great said...

adusss.... yola.. mcm tak setimpal je...

tp ko dah buat keputusan.. no regrets k? nnt termakan hati.. ehehehe..

ku doakan ko berjaya ye!

ZARA 札拉 said...

Jard The Great :

hehehe~

time kaceh Jard!

mau mintak kerja dgn kamu bleh?

^_^

AmirHaddatsa said...

alahai..slalu gk dgr cite ckgu2 gnti kna mcm ni..hmm..silap2 duit gaji pn kna extend bbulan nnti

ZARA 札拉 said...

AmirHaddatsa :

betol tu Amir!

akak mu nih tgh mau duit sgt2~

Anonymous said...

Hi..
Nak tanya, lambat tak dapat gaji utk guru ganti ni?
Gaji dibayar lps hbs kontrak ke cmne?

ZARA 札拉 said...

Hi Anonymous!

BTW, sebab awak tak letak link, Zara jawab sini je lah ya?


Gaji still tak dapat..they said around 1-2 months or maybe longer than that~

Anonymous said...

hi..saya nk tnya..gaji KGSK awak dh dpt blm..saya pn guru KGSK di muar..still xdpt lagi gaji bln july..

ZARA 札拉 said...

Hi Anonymous!

saya dah dapat gaji saya sebelum konvo aritu~

dalam bulan 8~

saya rasa bergantung kepada inisiatif kerani sekolah awak juga~

Anonymous said...

kerani sekolah dh uruskan..dh antar kt ppd muar, dh masuk gaji bln kedua pn xpdt lg..alasan xde peruntukan kewangan..itu yang saya pelik, kenapa xde peruntukan tp ambik kerja..dh nk raya ni tp xde apa2 lg nk beli..terpaksa ikat perut..hai..nasib2..