Thursday, July 02, 2009

"Maaf, Tidak Boleh Beritahu. Saya Polis"


::Kejadian Pertama::

Seorang gadis sedang terkial-kial untuk memasukkan angin ke dalam tayar belakang kenderaannya. Kali pertama berbuat demikian, dia merasakan agak kekok.

Beberapa pengunjung yang sedang membuat urusan menarik perhatiannya.
Dia menghampiri seorang lelaki.

Gadis : Maaf, boleh saya tumpang tanya?
Lelaki 1 : (Menggeleng kepala) Tak faham, tak faham.

Lelaki 1 itu bercakap dengan kawannya.
Oh, orang dari Vietnam atau Kemboja?

Seorang lelaki baru turun dari motosikal yang ditunggangnya.
Si Gadis yang terdesak menghampirinya.

Gadis : Encik, boleh minta tolong sedikit? Saya nak pam tayar, tapi mesin itu seperti tidak berfungsi.
Lelaki 2 : Aku ngak tau sangat tentang mesin. Mungkin perlu tekan sampai 200.

Lelaki 2 itu dari negara seberang, Indonesia.
Aduhai, hanya Si Gadis itu sahaja warga Malaysia di situ.

Kebetulan, ada seorang pekerja di stesen minyak menolongnya.
Ucapan terima kasih dihulurkan atas bantuan yang diberikan.
Oh, Lelaki 3 itu juga bukan warganegara.

::Kejadian 2::

Si Gadis memasukkan minyak ke dalam tangki kenderaannya.

Lelaki 3 yang menolong tempoh hari datang menghampiri.

Lelaki 3 : Siapa nama awak?
Gadis : Maaf, tidak boleh beritahu. Rahsia. Saya polis.

Lelaki 3 tercengang.
Si Gadis berlalu dari stesen minyak itu.

::Kejadian 3::
[Tengah hari 2 Julai 2009]

Si Gadis memasukkan minyak ke dalam tangki kenderaannya.
Lelaki 3 berada di dalam ruangan bayaran.
Si Gadis memasuki ke ruangan bayaran untuk menjelaskan harga minyak.

Gadis : RM 5 ya?
Kakak Penjaga Kaunter : Baik. Awak ni polis ke?
Gadis : Kenapa?
Kakak Penjaga Kaunter : Dia cakap
(jari di tunjuk ke arah Lelaki 3 yang sedang menuju ke pintu)

Si Gadis hanya tersenyum.
Hujan semakin mencurah-curah di luar.
Perjalanan ke sekolah masih jauh.

34 comments:

messyremo said...

lawakla mamat tu..

kene tipu idup2..

akak tu pun kne tipu...

ko ade gaye polis ke??hmmm...haha

ZARA 札拉 said...

messyremo :

hahaha~

sebab aku pakai helmet time tu..dan baju kerja aku kan baju kurung jer..

=P

Gieyana said...

Sungguh unik citer mu itue adik...kahhhh! tertipu mamat itu...

meo188 said...

apakaah?

best kalau awak try buat guna 'tools' comic di www.toondoo.com.

xyah lukis. susun je karekter kartun dan buat dialog

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kene ngorat yer...hakhakhak...pandai cover kater pulis... :p

khaLifah feDi said...

hahaha eh zara ko bwk pistol ker?
oic ko pki jaket cm ala2 polis ea!!!

~Cinta Cukulet~ said...

hehe...teknik menangkis serangan yang hebat la cik zara.. :D

Naz said...

dinda polis? kenapa x melapor diri kat balai??

ciK LyndaWawa igUana said...

zara polis!!!ade bakat...

vidadarisakura said...

hai cigu polis.hehe

Pocket said...

pakai helmet masa tu?
helmet apa yang anda pakai?
mesti yg kaler puteh ngan ada visor yg tinted semacam nih,
tak pun helmet cam gaban..
Polis angkasa gaban...

heheh, ampuunn, pocket tumpang lalu:)

.palisevenfold. said...

police kaunter boleh ler ko ni...

.palisevenfold. said...

takpun kadet polis.

wakkkk wakkk wakkkk

ZARA 札拉 said...

Gieyana :

hahaha~

masalahnya dia bukan warga negara kak~

lalala~

ZARA 札拉 said...

meo188 :

hehehe~

insyaALLAH nanti saya buat..=)

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

nak hidup Nuar..

ah, lebih tepat lagi sebab dia warga asing..hik hik~

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

ku pakai helmet..

buat muka serius..

(keji gila aku)

ZARA 札拉 said...

~Cinta Cukulet~ :

hahaha~

harus jadik camtu...

benda2 tak berapa syok, sila minggir~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Naz :

hehehe~

balai mana kanda?

balai kanda?

ZARA 札拉 said...

ciK LyndaWawa igUana :

hahaha~

hands-up!!

ZARA 札拉 said...

vidadarisakura:

vivi..kalau kau pegi keja lambat hari ini, aku tangkap nanti~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Pocket :

hahaha~

selamat datang Pocket..=)

aduhai..

takde camtu.tapi muka harus serius~

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold. :

polis kaunter?

ko pikir ni KLIA ke?

pang!!

hak hak hak~

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold. :

kadet polis?

apakah itu?

lalalala~

ko jgn pali..kang mimpi jd budak sekolah lagi kang~

cik ian@aH Lian~ said...

zara,
buli eh?
hahahaha nakal!

en_me said...

polis ghitewww..

Aku... Dia... Kamu.. said...

Kalau polis tak boleh bagitu nama ker? Aku pun nak ckp camtu gak lar. Saya polis! Haahahaaa...kelakar ek!

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~ :

hahaha~

buli orang yg gatal syg~

lalala~

ZARA 札拉 said...

en_me :

hahaha~

hands-up en me!!

ZARA 札拉 said...

Aku... Dia... Kamu..:


hahaha~

untuk warga asing..ada certain2 takut polis..

hak hak~

hidayah said...

aduh...kesian betul...

[yAN!e][pUTraJAya] said...

cita2 akak dulu nak jadi polis dik...
skang dah jadi BLOGGER....hehhehehe

ZARA 札拉 said...

hidayah:

hahaha~

kesian kah dia dear?

ZARA 札拉 said...

[yAN!e][pUTraJAya]:

hahaha~

aduyai...

aku pun sama kak~

ahaks~