Thursday, July 23, 2009

Si Langit Garis Biru - Aku Dambakan Kamu


Tadi aku keluar lagi - atas urusan peribadi.
...dan seperti biasa hanya motosikal yang aku gunakan.
Lebih jimat dan memudahkan untuk aku bermain api di depan rumah seseorang.

Seringkali bila sendirian di atas jalan raya,
mata aku gemar mencari sesuatu untuk dijadikan punca kasih sayang atau mengimbas memori indah. Gila sekali tapi itu memang menjadi taruhan peribadi aku.
Hari ini aku bertuah, menemui dia, kekasih hati kedua bekas kekasih pertama aku.

Si Langit Garis (sila baca : Skyline)

http://www.ssip.net/upload/nissan-skyline-gtr-driving-1_41.jpg

**Gambar kredit di SINI**

Memang mengasyikkan melihat Si Langit Garis yang berwarna biru.
Lebih mendodoikan hati apabila dia hanya bergerak perlahan disebabkan terpaksa berpuas hati dengan gelagat lori kelapa sawit, lori getah dan juga lori simen.
Harus kamu bersabar bukan apabila hanya motosikal kecil seperti aku mampu melepasi kamu dan menahan sebak di dada, kerana ia hanya ditunggangi oleh wanita muda seperti aku.



**Gambar ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lepas**
Abaikan muka penat di situ.


Ya, mungkin kamu merasa sedikit terkilan,
tapi aku tetap sukakan kamu wahai Si Langit Garis.
Apatah lagi kamu di dalam warna kegemaranku.
Harus aku menjerit kesukaan walaupun CRV tercinta melalui di hadapanku.

Zara : Kepala masih pening kerana menahan nafsu dari menjamah dadah kegemaran.
Tapi setelah digoda oleh penulis blog yang gemarkan kucing, Kak GG, aku tewas di sebelah pembancuh kopi tercinta.


Terkini : Aku sudah terima surat dari KPM!

41 comments:

DIK AN said...

Si Garis Biru eh? Hehehe...ada2 saja.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

kamoo lom tgk KATAK PISANG HIJAU kak yanie....

pasti kamoo tertawan.....hahhahhaa

cik intanurulfateha said...

.KPM?
.dpt jd cekgu lg ek?
.tahniah :)

zan-xray said...

tak de gading tanduk pun berguna gak lalink (ekeke) tak dapat (maksud saya belum lagi) Si Langit Garis Biru tu, katak pisang kaler ijau tu pun ok gak.
Semalam saja2 lepas gian naik motor skuter gi balik 120 km adehhh kebas punggungku.

Tirana said...

Uishhh..cantik kereta biru tu... Zara punya ke? hehehe

olin said...

ehehe.. aku dah abaikan muka penat di situ. hihi

result KPM, dapat ke x?

sharamli said...

pic tu penat g kump0l wit raya ke?

khaLifah feDi said...

aku sbenarnya suke color biru itew !!!

heheeh-~

<< s| tED| >> said...

dak zara : gambar pakwe biru mu itu tidak menahan.. menggoda aku yg sedang bepuasa hingga hampir sedawa!! erk!! kenyang aku tgk! ha ha ha

surat cintakah dari KPM itu??

sila jawab dengan jujur

Wanita Itu said...

bagaimana dengan surat KPM tersebut zara?

DaNieL HafIz said...

hehehe igtkan apa td, hmm camna buah hati kita leh sama eh
hehehe meb pelanduk 2 serupa kot

Jard The Great said...

ku dpt rasakan yg zara neh sorang yg romantis laa.. ahaha

hidayah said...

jgn lebih dos ye zara...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

KPM?? sudah dpt twran mngajor ke, dik?

Gieyana said...

memandu smbil berangan? bahaya tue..harap2 berangan nnt smpai x silap jln plak!heeee

atty's said...

itu kete idaman along tu si langit biru ..

dpt surat kpm tu ..dapat mengajor ke zara..?

GiGGLe GaL said...

hmmm... huarrrrgghh...

Aku... Dia... Kamu.. said...

Aku tetap jadi pecinta setia Lancer!

ashie023 said...

oh my..skyline...syoknye kalu dapat satu...huk huk..

ZARA 札拉 said...

DIK AN :

hahaha~

Dik An, belikan aku satu~

ZARA 札拉 said...

[yAN!e][pUTraJAya] :

tepek gambarnya~

aku mau lihat kak~

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha :

interview sayang~

ZARA 札拉 said...

zan-xray :

hahaha~

hijau itu masih berguna kan encik?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Tirana :

kalaulah zara punya kak, harus ku sudah jd drifter~

ZARA 札拉 said...

olin :

hahaha~

dapat interview, alhamdulillah~

ZARA 札拉 said...

sharamli :

org dah pesan abaikan muka itu~

hahahaha~

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

aku juga sangat suka~

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >> :

surat cinta dak tedi..dia nak suruh aku jadik menteri~

ZARA 札拉 said...

Wanita Itu :

tawaran temuduga sayang~

ZARA 札拉 said...

DaNieL HafIz:

wah~

nama kamu sama dengan buah hatiku, tapi dia Zahrin Daniel~

^_^

ZARA 札拉 said...

Jard The Great:

hahahaha~

apakah?

ZARA 札拉 said...

hidayah:

hehehe~

overdose tu biasa~

ZARA 札拉 said...

+h.a.z.e.r.i.n+ :

tawaran interview kak~

ZARA 札拉 said...

Gieyana :

hehehe~

insyaALLAh tak kak~

ZARA 札拉 said...

atty's :

dapat interview kak~

ihiks~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL:

kak

jgn menguceng kat sini..bau McD~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Aku... Dia... Kamu.. :

hahaha~

aku tak nak Lancer..aku mau Skyline!

ZARA 札拉 said...

ashie023:

tu lah pasal~

jom curik satu jom~

messyremo said...

orang pakai kete hybrid la..

baru la enviromentalist~~hehe

ZARA 札拉 said...

Omar : tak mau..

tak kacak~

leadleedeea said...

still minat volkswagen beetle..hehehee~!!!