Tuesday, August 04, 2009

"Adik Saya Ada Berikan Pada Awak Kan?"


Tadi pagi aku bertugas - menjadi pemandu ke sekolah.
Memandu (baca : merempit) ke sekolah menengah dan rendah.
Aku benci kesibukkan waktu pagi tapi aku sangat menghargai cuaca yang bagaikan memeluk aku dengan erat. Rasa bahagia dengan kesejukkan yang mencucuk hingga ke tulang.

Atas masalah teknikal yang melanda, aku tiba di luar pagar sekolah menengah agak lambat.
Hampir 10 minit untuk membantu anak remaja berusia 17 tahun itu.
Aduhai...

Semasa aku sedang menunggu deretan kenderaan yang berpusu-pusu sehingga menyukarkan pergerakan, aku ke kedai mencari minuman istimewa pembekal tenaga.
(Oh, sila ambil perhatian - bukan minuman "Saya di bilik, bang")

Aku keluar dari kedai dan menuju ke motor.
Topi keledar disarung dan enjin motosikal dihidupkan.
Bahu ditepuk dari belakang menyebabkan aku berpaling dan mahu menumbuk muka manusia yang buat aku terkejut.

"Selamat pagi cikgu", senyuman yang terukir di muka Si Sepet itu.

Aku terkesima.

"Ya, selamat pagi. Apa khabar LCH?", aku mengawal muka marah, terkejut - muka pembunuh yang menjelma secara tiba-tiba.

"Baik, maaf buat awak terkejut. Dari mana cikgu? Ponteng kerja ke?"
Dia gelak kecil. Manis.

"Mana ada?. Kontrak sudah tamat. Sekarang saya jadi suri rumah sahaja".

Air muka LCH berubah.

"Suri rumah? Awak dah kahwin?"

"Belum! Muka saya macam dah kahwin ke?"
Cepat-cepat aku sanggah kata-katanya dengan sebuah pertanyaan.

"Tak. Itu yang buat saya terkejut sangat-sangat. Maksudnya, awak cuma duduk di rumah?"

"Ya. YB macam mana?"

"Oh, dia baik. Dia kata dia rindu awak mengajar dia".

Aku gelak kecil.

"Oh ya, adik saya ada berikan kertas apa-apa pada awak kan?"

"Ya, tapi dia tak cakap apa-apa pun."

"Dia tulis nombor telefon?"

"Ya, kenapa?"

"Awak tak hubungi nombor itu?"

"Tak, sebab YB tak beritahu saya nombor siapa itu."

"Oh, tak mengapalah. Eh, nak minum pagi bersama?"

"Saya kena pulang dulu. Jaga diri tahu?. Lain kali jangan main sentuh-sentuh. Panggil nama dah cukup", aku senyum dalam memberi amaran.

"Itu yang saya keliru. Di sekolah dulu, nama awak lain, tapi adik saya panggil lain"

"Mana-mana pun boleh. Masih saya juga."

"Oh ya, saya suka cermin mata awak ni. Cantik."

"Terima kasih. Selamat tinggal"



Aku bergegas pulang ke rumah.
Puas aku selongkar beg dan buku-buku.
Kertas itu sudah tiada....Ke mana agaknya aku lemparkan?

Zara : Hidup lebih tenang tatkala ini. Tiket pulang ke kampus selatan Jumaat ini sudah dibeli. Oh ya, cermin mata baru ini memberikan satu nilai kekuatan yang lebih dalam hidup aku.

Si Kosong kata Si Comel lebih comel dengan kaca mata yang baru.
Pendapat Busuk tentang kaca mata Tengik - "Macam gampang!" (ketawa)

42 comments:

cik intanurulfateha said...

.hee rugi2
.sape soh x simpan kertas tu ;p

Gieyana said...

haaa..kang dh x jumpa! x check properly tue..hiks!

~ owhh..kalau akak pon tekejut gak tue!..:D

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hakhakhak...baru gegeh nak cari no tuh balik...kuikuikui =D

ashie023 said...

aku sebenonye masih konpius..no tepon sape yg YB bagi tuh??

ooo..YB sudah rindu sama cekgu Zara..

wakaradesign said...

salam.
aku tertarik dengan spek itu.
:-)

qishie said...

tu la..
len kali save dulu num tu.


ngee~

Pali Sevenfold said...

hahaha...gampang banget sik ;p

Lifesaver said...

macam cter novel

~dARlee zURiS~ said...

haaa...cepat2 selongkar lagi!
ingat balik...
;)

olin said...

dah jumpa x? cian kat LCH. dia nk bagi no fon dia tuu~

zan-xray said...

Nampak ceria hari ini..
"syukur" sambil makcik itu mengangkat tangan dan menampakkan gelang2 di tangannya :p

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha :

patut bagi hint yg abag kacak bagi~ hahaha~

ZARA 札拉 said...

Gieyana :

hehehe~

tensen gua kak~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hahaha~

harus gigih tau?

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

aku pon konpius juga~

ZARA 札拉 said...

wakaradesign :

hehehe~

spek aku tu~

ZARA 札拉 said...

qishie :

kesal aku tak simpan~


hahaha~

ZARA 札拉 said...

Pali Sevenfold :

amat dan sangat lu!

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

hidup aku tak sempurna kak~

hahha~

ZARA 札拉 said...

olin:

tak jumpa lagi~

huhuhu~

keji2~

ZARA 札拉 said...

zan-xray:

hahaha~

aduyai~

ZARA 札拉 said...

~dARlee zURiS~ :

aduh kak~

ku mencuba dengan laju nih~

Wanita Itu said...

dek zara sayang..

jumpa YB balik, suh dia tulis balik nombor tu dalam kertas ya hehehhe..

bile nak balik ke selatan??

<< s| tED| >> said...

YB suruh kamu skandal dengan abang dia la tu.. jumpa tak dak zara no tepon tu.. aiseyyyy... camne leh ilang??

Pais Chaos said...

(Oh, sila ambil perhatian - bukan minuman "Saya di bilik, bang")

sayang di mana... saya di bilik bang..

iklan macam haram..haha

DIK AN said...

Iklan tu mmg gampang.

sharamli said...

tu la..np xsave n0 tu?

PETAK.! said...

Rupa-rupa nya Orked dan balak nya dalam cerita SEPET ada di sini.:))

Raihanna said...

hik2...
smart spek kamo zara...
suke la...
kelakar la pasal minuman tu..
wakkaakkakka..
"saya di bilik bang.."
hahhahaahhaa....

granulaz said...

carik tol2..nyelam sket kt setiap ceruk umah tu. :)

ZARA 札拉 said...

Wanita Itu:

hahaha~

camne nak jumpa sis? gi balik sekolah? hahaha~

Jumaat ni Kak~

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >>:

Tak jumpa~

huhuhu~

sedey~

ZARA 札拉 said...

Pais Chaos :

sangat haram~

rasa mau lempang orang~

ZARA 札拉 said...

DIK AN:

sangat gampang~

sumpah!

ZARA 札拉 said...

sharamli :

rugi giler aku~

ZARA 札拉 said...

PETAK.!:

hahaha~

kita kan 1Malaysia dik?

ZARA 札拉 said...

Raihanna:

hahaha~
terima kasih syg~
iklan tu sgt keji!

ZARA 札拉 said...

granulaz :

ku mau nombor!

hahaha~

k.e.r.i. said...

ini cerita sepet versi zara ke ni?
hahaha

i.am.belle said...

tu mesti no.telefon LCH? hensem idak? hehe


cermin mata tu funky ;D

ZARA 札拉 said...

k.e.r.i. :

hahaha~

bukan deh~

ZARA 札拉 said...

i.am.belle :

sangat hensem~

rasa macam mahu terajang diri sendiri sebab hilangkan kertas itu~