Wednesday, August 05, 2009

Bilik, Gerudi Dan Minuman - Memang Buat Aku Sangat Geram...


Aku paling benci bila iklan minuman keluar sekarang.
Ketika itu keinginan aku sangat memuncak untuk lari dari depan peti kaca itu.
Benci, sakit hati, geram.

...dan tambah membengangkan bila ada suara-suara kecil yang sibuk bertanya.
Eh, bukan suara mengutuk atau mencerca tetapi suara anak-anak kecil.
Adik sendiri yang masih bersekolah rendah dan juga sepupu-sepupu aku : kanak-kanak yang baru menginjakkan kaki ke sekolah.

**Kes Satu**

Perempuan sedang menyisir rambut di depan cermin.
Gambar berganti dengan seorang lelaki memandu kereta.
Perempuan sedang meneguk minuman yang dijual.
Kereta lelaki memasuki perkarangan rumah.

"Sayang, kamu di mana?"

"Saya di bilik, bang".

Mersik suaranya, dan lampu yang terpasang terpadam.


Iklan berganti lain.


"Kak Imah, kenapa tiba-tiba lampu rumah dia gelap?"

Aku tengok Si kecil itu yang sedang menunggu jawapan.

"Oh, sebab suami dia penat balik kerja. Tu yang terus tidur".

"Oh (panjang makhraj dan dengungnya) ... tapi kenapa dia ada tunjuk minum air dalam tin?"

"Itu senang kalau malam-malam haus, tak payah pergi dapur. Kan rumah dia dua tingkat?"

"Oh, betul-betul. Mesti penat. Rumah kita pun camtu. Letak air mineral di tingkat atas"

Kanak-kanak berusia 8 tahun itu ternyata berpuas hati dengan penerangan aku yang ternyata mahu meletupkan peti kaca bersuara dan bergambar itu. Apa kes tayang iklan begini pada waktu kanak-kanak sedang mengerumuni kotak itu?

**Kes 2**

Seorang lelaki yang kelihatan keletihan berdiri di depan cermin.
Minum setin air minuman.
Perhatian penonton dialihkan kepada gangguan yang berada di luar tingkap.
Seorang pekerja binaan atau jalan raya sedang menggerudi jalan.

Iklan tamat.
(Malas aku untuk mengingatkan jalan cerita iklan ini)

"Along, kenapa dia ada gerudi jalan lepas minum air tu?"

"Sebab dia minum air tu, dia jadi kuat. Bila kuat, boleh angkat mesin gerudi. Macam kita tengok cerita Pekerjaan Paling Susah Amerika (baca : America's Toughest Job)"

"Oh, betul juga. Benda tu kan berat?"

"Betul, tahu pun"

..dan secara jujurnya, ada beberapa iklan lain yang membuatkan aku sedikit segan bila ditayangkan di kaca peti itu. Geram dan malu bercampur baur. Kalau hanya aku di depan kaca televisyen, mungkin aku masih boleh menukar saluran dengan sesuka hati aku sendiri, tetapi, ini bukan hanya aku, ada lagi manusia-manusia yang tidak mengerti dan memohon penerangan.

Salah satu slot yang aku benci adalah di pagi Sabtu dan Ahad.
Sumpah, rasa sangat tidak menyenangkan. Hobi aku adalah menonton berita dan aku bangga dengan kenyataan itu, tetapi iklan di pagi Sabtu dan Ahad sangat menguji ketahanan mental dan fizikal serta iman aku agar jangan menghancurkan televisyen.

Menegangkan yang kendur.
Membesarkan yang kecil.
Aduhai....


Aku sangat mengerti tujuan pengiklanan dan aku juga gemar menonton iklan disebabkan aku mengerti berapa banyak wang yang dilaburkan untuk masa 30 saat itu. Sebab itu, aku sangat hargai iklan-iklan yang ditayangkan, tetapi harus peka juga dengan masyarakat. Mungkin siaran iklan sebegitu harus ditukar ke waktu yang lain. Alahai.

Kalau iklan minuman Camnilah, aku masih boleh terima.

Zara : Mahu menyelesaikan tugasan harian. Aku rasa aku baru mengguris hati seseorang. Maafkan aku ya?

38 comments:

Aku... Dia... Kamu.. said...

Hahahaaaa...setuju dgn kamu. Iklan2 18sx kena cari waktu yg sesuai utk ditayangkn.

P/s: Teringat iklan minuman ada jin. Hahahaaa..

ZARA 札拉 said...

Aku... Dia... Kamu..:

oh, iklan yg ada jin itu juga sgt cilaka~

hahaha~

sharamli said...

tuka sj siaran....pgg rem0te kt tgn..hu3

ZARA 札拉 said...

sharamli :

kena ketuk tangan dengan Abah~

asik main tukar channel~

Lifesaver said...

tu yg kanak2 skrg cepat blaja...ish3

~ Hariza ~ said...

huwaa...

tak lupa iklan ubat gigi *tut*..

kdg2 iklan tu cukup kompleks untuk difahami kanak2, tapi bila mereka mula bertanya, pening jugak nak menjawab..jawpn paling selamat, "nak tido, kena gosok gigi dulu..klu tak, nnti gigi rosak."

i.am.belle said...

okey iklan yang first tuh mmg macam cilake. ada ke patut.

flying kiss utk zara. muaxxxx


jom kita minum dulu xD

~dARlee zURiS~ said...

geleng pala tengok iklan2 camnie
huhuu...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

muahahahaha...mujur cekgi zara rajen menjawab soklan cepuemas tuh =D

mrblind said...

tengok chanel movie la baru takde iklan..hahaha

Anike MK said...

pandai mengelentongkan bdk2 ye...
bgs2..

pengarah iklan dah xde modal
sume otak 18sx..

GiGGLe GaL said...

dik. comel dan tepat jawapan ko terhadap kanak2 umo 8 thn tuh.. aku fikir nnt aku nak buat gitu gak klu daniel tanya la..eh... ekekeke.. reserve pinjam ayat ko nnt ek.

DIK AN said...

Iklan radio pun apa kurangnya...

"Sekali naik, susah nak turun".

Memang iklan tu bukan pasal ubat kuat or whatnots, but pemilihan ayat pun kena la bersesuaian dengan iklan yang disampaikan.

ZARA 札拉 said...

Lifesaver:

heheh~

betul tu kak!

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~ :

tu lah pasal~

geram woot~

ZARA 札拉 said...

i.am.belle :

hoyeah!

tangkap2~

ZARA 札拉 said...

~dARlee zURiS~ :

geram woot~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

terpaksa bang Nuar~

hehehe~

ZARA 札拉 said...

mrblind:

takkan nak layan movie je?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Anike MK :

hahaha~
terpaksa syg~

kan jawab betul2 lagi panjang soalannya~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

guna kak~

aku tak kisah~

hehhee~

ZARA 札拉 said...

DIK AN:

tu lah pasal~

sangat geram bleh tak?

granulaz said...

klu tgk astro kn kurang sket iklan mcm tu.. :P

cik intanurulfateha said...

.hehe mmg btul
.saya sokong
.patut banned je iklan cmtu ;p

messyremo said...

ade iklan kopi janda..

itu lagi cam haramm..

siap nyanyi lagik~~aduhai..

cm xde name lain jer~~

ber_uwang said...

he he he he... iklan double meaning..

buat kita pening...

aku suka tgk iklan kotex sebab kaisara lawa.....

zan-xray said...

sila la kalian buat aduan di suratkhabar utama mg2 ada tindakan dibuat oleh mereka-mereka itu.
Masa iklan masa untuk lari ke dapo mencari makan atau menyambung kerja semula kan kan kan

MOKCIK AZWA said...

wakakaka...setuju banget dengan cikgu...iklan2 macam ni patutnya tak lulus pun untuk tayangan tv...

ZARA 札拉 said...

granulaz:

hahaha~

sebab dia tapis~

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha :

rasa mahu bakar TV kan?

ZARA 札拉 said...

messyremo :

bangang iklan tu~

ZARA 札拉 said...

ber_uwang :

hahhaa~

sebab kaisara ke?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

zan-xray :

hahaha~

betul~

time iklan lah time nak buat benda lain~

ZARA 札拉 said...

MOKCIK AZWA :

iklan yg bleh buat org sakit jiwa~

hahha~

<< s| tED| >> said...

ha ha ha ha.. itu je aku nak komen! :P

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >> :

Gilak kau~

hahaha~

Monkey D Luffy said...

org malaysia ramai yg lemah2 kot

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy :

gamkanya lah kapten~