Friday, August 21, 2009

"Dia Penulis Blog? Boleh Dipercayai Ke?"


Sebelum meneruskan agenda pada malam bersejarah itu, aku bertemu seseorang. Seseorang yang datang atas dasar ingin menemui aku secara peribadi. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat diri aku yang tidak sanggup menghampakan niat baik seseorang yang bersungguh dalam menjalin ukhuwah.

Salam bertukar dan berjawab. Pelukan ringkas tanda wujudnya jalinan antara kami. Dia ditemani oleh rakannya. Aku cuma tersenyum. Bahkan, aku hanya keluar sendirian menemui dia. Hatinya gusar jika pertemuan ini akan hambar jika dia ditemani.
Aku hanya meminta dia bertenang.


Aku : InsyaALLAH, lebih ramai, mungkin lebih bagus.

Perbualan mengambil tempat. Gelas minuman tiba. Indah rasanya bertemu empat mata dari hanya bertegur dan berbual secara maya. Rakannya hanya menjadi pemerhati. Aku cuba timbulkan suasana yang agak ceria agar rakannya tidak rasa diketepikan. Pasti rasa bersalah akan terbit jika dia terpinggir daripada perbualan yang rancak ini.

Dia : Zara ni saya kenal di alam maya. Dia baru menamatkan pengajian.
Rakan Dia (RD) : Dari mana?
Aku : Kampus Selatan.
Dia : Sudah bekerja?
Aku : Sekarang ini tidak lagi. Hari itu bekerja sebagai guru ganti di sekolah menengah.
Dia : Dia ni memang cikgu.

RD memandang dia.
RD : Awak kata kenal dia di alam maya? Melalui laman sosial?
Dia : Dia penulis blog, saya selalu baca blog dia.
RD : Dia penulis blog? Boleh dipercayai ke?
Dia : Apa maksud awak?

Aku memandang RD seperti memandang seekor bakteria yang bisa diampuhkan dengan hanya renungan mata. Hati tersentap, senyuman yang terukir hampir sirna, tapi aku gagahkan demi sebuah kepastian.

Aku : Maaf, apa maksud awak?
RD : Penulis blog ramai yang seperti penulis pojok. Menulis atas dasar yang dia sendiri tidak mengerti. Menulis hanya demi nama, demi kepuasan mencari keuntungan.
Aku : Siapa yang menaburkan benih fitnah dalam kepala awak ya?
RD : Itu sememangnya hakikat yang berlaku. Sukar mencari penulis blog yang mempunyai nilai kebenaran yang hakiki.
Aku : Tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Esa! Awak memikirkan saya manusia seperti itu?
RD : Terdapat kemungkinan. Saya tidak mengenali anda.

Aku mengawal darah yang naik hingga ke ubun-ubun. Nafas aku tarik sedalamnya. Mengawal emosi dan kemarahan di hadapan manusia yang dangkal pemikirannya. Aku memandang dia.

Aku : Saya pulang dahulu.
Dia : Zara, jangan begini.

Tangannya dipaut di bahu aku. Aku menolak lembut dan tersenyum memandang dia.

Aku : Mungkin kita akan bertemu lagi di lain waktu. Ini nampaknya bukan masa yang sesuai. Maaf, jika mencari kesalahan, hanya akan nampak kesalahan.

Aku memandang RD dan menuturkan sebaris ayat terakhir.

"Saya cuma harap agar pandangan anda yang terhijab bakal terbuka suatu hari nanti. InsyaALLAH, moga yang terbaik menjadi milik anda"

Aku berlalu pergi.
Aku kecewa, ada manusia yang dangkal pemikirannya disebalik era yang sepatutnya tanpa batasan. Pemikiran harus terbuka dalam memilih yang terbaik, bukan hanya serkap jarang yang bisa meruntuhkan sebuah ikatan persahabatan.




Manusia dikurniakan akal bukan? Gunakan sebaiknya, jangan menggunakan punggung sebagai gantinya. Tidak pernah ia akan membawa kepada kebaikan.

Zara : Mencari makna hidup di celah botol-botol kaca.

54 comments:

olin said...

cis.. ada lagi orang macam tu ye? sabor, sabor sarip..

zamdotcom said...

adergh..ade juga ke org yg mcm tu?? mungkin pada ketika itu otaknya tidak berfungsi dan terpaksa menggunakan kepala lutut untuk berfikir..

p/s: makan biskut lutut

Jard The Great said...

peh.. terkilan aku baca dialog korang.. rilek2 zara... kadang2 org 'luar' takkan fhm dunia blog..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

u sepatutnya tak emosi...kata pd dia...tun mahathir menulis blog, tuan guru nik aziz menulis blog, PM kita pun ada blognya sendiri...

dangkal sungguh perempuan itu kan zara kan...

sharamli said...

perempuan kah?
dia paut bahu kamo0?

Pais Chaos said...

blog aku la yang selalu citer kebenaran yang hakiki.. huh!! haaha

♥Hernee Nazir♥ said...

sabo je la zara..die jeles kot..hehehe

*SiRibenMerah said...

hahaha.. malay typical minded..
cakap kat dia, sbb dia bengong sgt psl teknologi la dia x kenal siapa itu zara.. yeah, kita neh bukan penulis blog tersohor atau gila glemer.. tapi kita menjalin persahabatan dari sebuah catatan keikhlasan dalam blog rakan2 maya.. pendek kata.. kita sendiri boleh nilai siapakah penulis yg layak menjadi rakan maya kita melalui pembacaan entry di blog masing2.

I bangga mengenali gadis bernama Zara hanya melalui blog.. hope to meet u soon..
Congrats on ur convocation day..

Take care and selamat berpuasa =)

KhairiL's said...

ntah la,
apasal la ada lg manusia mcm ni pemikiran kolot...abaikan je org mcm tu

pape pun aku suka gmbr tu, nmpk cute

GiGGLe GaL said...

eiiikk..sape yg nak kene cili tu yee.... sangat "bangang" skali cara menilai...

[aku benci pada orang yg buta internet.yg cuma tahu berkata-kata tanpa mengetahui apa itu dunia maya.pokokpangkalnya pada diri sndiri..tahu menggunakannya dgn jalan yg baik, maka baik la outcomenye..klu tidak, tepuk kepala..tanya otak sndiri..ilang mood aku baca kata2 bangang RD tu dik..]

mira amair said...

biarkan dia..
berehat sbentar bersamma mira..
hihihihi...

.palisevenfold. said...

fikiran beliau sungguh2 kekampungan dan sempit.

you're way hell a lot better than that my best friend :)

ZARA 札拉 said...

olin :

Tahan jer dengan manusia yang camtu kan?

=)

ZARA 札拉 said...

zamdotcom :

biskut lutut sedap ke bang?

minta sikit bang~

ZARA 札拉 said...

Jard The Great :

mungkin mereka sengaja tidak mahu memahami~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

sangat dangkal~

ah, mungkin boleh digunakan alasan yang Nuar nyatakan tadi bila berkesempatan~

ZARA 札拉 said...

sharamli:

Ya, perempuan sayang~

ZARA 札拉 said...

Pais Chaos:

aku percaya tu Pais~

ZARA 札拉 said...

♥Hernee Nazir♥ :

hahaha~

mungkinkah?

Zara tak tahu kak~

ZARA 札拉 said...

*SiRibenMerah :

Thanks a lot kak~

Mereka sengaja menutup mata hati~ membiarkan diri tenggelam dalam dunia sendiri~

ZARA 札拉 said...

KhairiL's:

hehehe~

cute katamu Jambu?

^_^

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

aku malas dengan manusia yang bangang begitu. otak di letak di mana, aku kurang pasti~

ZARA 札拉 said...

mira amair :

sudah tentu sayang~

=)

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold. :

well buddy, u know me right?

get into fight never been my style anymore~

<< s| tED| >> said...

wah! siapa malaun itU!! terasa sungguh aku! Keji!
eh! over sudah!!
biarlah si luncai terjun dgn labu2nya..

caiyokk dak zara dan buat kita semua juga!

Along Arman said...

die tak tau erti ber blog..
orang macam tu tak layak untuk bersama-sama kiter kan zara... biarkan die...

ashie023 said...

ahhahha..
jadik begitukah tanggapan org yang tak tulis blog kepada kita yang berblog nih?..

ooo...sabo jelah!
ambe sentiasa menyokong deme..Hwaiting! GAnbatte!

farah said...

alahai,
dia dengki kerna kau punyai blog yg hebat!

:)

meo188 said...

munkin die bute IT kot...huhuhuhu :p

i.am.belle said...

orang berfikiran cetek dan bersifat negatif tak perlu dibuat kawan.

pembaziran semata2.



lahling jgn marah2. muaxxxx

hidayah said...

omg. kalu la aku jadi kau... mgkin x sekuat ko zara....

babe, amik yg jernih....

ANOI said...

huh!mcm2 jugak asam garam dunia belog ni kan.smpai terbawak2 ke dunia realiti.
takpa zara manis,jika benar,teruskan saja perjuangan kamu ini.mereka itu hanyalah minoroti shj berbanding majoriti yang masih setia membaca dan menghargai apa yang kamu paparkan di belog best kamu ini.

p/s:lepas sahur ni,sempat lg..=)

Yern Ain said...

dont worry syg. i believe in u.
i tau pemblogger mcm kita bkn menipu about our details. :)

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >> :

betul katamu Tedi~

aku malas mau layan manusia yng begitu~

ZARA 札拉 said...

Along Arman :

betul katamu Along~

mereka tidak akan mengerti~

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

terima kasih sebab menyokong daku ashie~

ZARA 札拉 said...

farah:

ntah lah syg~

aku hebat kerana punya teman macam kamu~

ZARA 札拉 said...

meo188 :

betul~

mungkin juga~

ZARA 札拉 said...

i.am.belle:

Tak laling~

aku kan sangat selamba~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

hidayah :

amik yg amat jernih nih~

walaupun rasa mahu mengeruhkan~

ZARA 札拉 said...

ANOI:

hehehe~

amboi syg~

lepas sahur pun sempat lagi ya?

thanks darling~

ZARA 札拉 said...

Yern Ain :

kita ada nilai integriti kita sendiri kan syg?

=)

khaLifah feDi said...

die blm kena loteng dh zara..

klu dy edh ade blog mebe dy earr kot..

*suke cara respond kamu..

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi:

hahaha~

kalau dia kena, dia pasti kesal nanti~

thanks KF!

en_me said...

pembaca tegar blog chedet tewww.. hmmm

zan-xray said...

:'(

Lifesaver said...

ish..ish...geleng kepala...

ZARA 札拉 said...

en_me :

ahh~

ya~

ZARA 札拉 said...

zan-xray :

napa bang?

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

geram kan kak?

olin said...

memang kena tahan diri betul2 beb. kalu ye pun dia xkenal ko, xsemestinya dia bley kutuk ko kan? tambahan pulak, dia kutuk general tau, termasuk aku dan semua blogger.

memang dia xpatut cakap camtu.. huhu

ZARA 札拉 said...

olin :

manusia camtu yang kalau bleh, dihapuskan dari dunia nih~

hahaa~

zan-xray said...

tak tau zara sudah tgk atau tidak yg ni... YB vs blogger di blog rakan ni

http://edbudakkechik.blogspot.com/2009/08/yang-berhormat-vs-blogger.html

Nakamura Kazuki said...

biarla apa orang kata...blog adalah dunia kebebasan yang disempadani oleh kemahuan diri kita sendiri....by the way....kita nak jadi diri kita or sapa2 pun takpe....