Monday, August 03, 2009

Pembunuhan Terancang Harus Mempunyai Warna Tersendiri


Hari ini aku tinggalkan memori keji.
Menuntut janji pada diri sendiri - apakah hadiah terbaik buat diri setelah sebahagian diri aku musnah akibat perbuatan diri aku juga?
Jawapan yang ku terima - satu pembalasan hakiki.

Satu pembalasan hakiki yang nyata memberi warna berbeza dalm hidup aku.
Oh, tiada istilah sendirian. Tiada istilah pembunuhan.
Yang ada hanya nafsu, air mata dan pengorbanan setia seorang gadis.



Tiada istilah Si Hitam atau Si Putih baginya.
Dia lambang aku mahu keluar dari belenggu kehidupan yang lalu.
Jiwa yang memberontak tidak pernah ada kesalahan.
Jiwa yang penuh kasih sayang bukan suatu alat untuk bahan makian!



Dari sisi mana sekalipun dia dilihat, dia hanya mampu menggetarkan naluri aku sebagai seorang manusia yang mahukan sesuatu yang disukai.
Ya, dia berjaya membunuh aku dan keinginan diri aku yang satu lagi.
Aku curahkan keringat aku lapan tahun dulu untuk dia yang hadir kini.



Adakah kamu mahu membunuh legasi yang aku bina dengan hanya kata nista?
Tidak tercapai akalmu meruntuhkan empayar yang dibina.
Anda bukan berhadapan dengan wanita muda yang lemah jika batinnya menjadi ukuran, kerana disebalik tangan yang memegang kapur atau pena menulis, tangan itu juga bisa merotan manusia yang dia mahukan bagi sesuatu yang dinamakan keadilan.

Oh ya, mari meraikan suatu pembunuhan.
Tiada lagi Kaca Mata Putih atau Hitam.
Dia kini menjadi satu campuran.
Si Putih dan Hitam!

Zara : Aku rela tersenyum sepanjang hari. Episod seterusnya, kita akan menelusuri surat elektronik yang dikirim oleh beberapa pencinta yang setia kepada Dunia Sebelah Zara.

38 comments:

atty's said...

black & white..ekekek mcm lagu MJ..

atiQah adNan said...

jangan biarkan diri kita sentiasa memikirkan manusia lain yang menganggu...

DIK AN said...

Kak, bagi idea nak update blog. Buntu dah ni.

Pais Chaos said...

giler.. ayat sastera..huuu..salute.

~ Hariza ~ said...


jangan sesali apa yang sudah pergi,
jangan tangisi apa yang sudah tiada,
tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang & pergi..

=)

zamspotte said...

melankoliknya spekmu itu...

♥Hernee Nazir♥ said...

zara..spec cun la..hehehe

ashie023 said...

pergh..lawonye spek..

mEiZ SHA said...

a wind of change..

gud for u dear...;)

GiGGLe GaL said...

comel!

Tirana said...

Nak kisahkan pasal cermin mata baru ke...ingatkan apalah yang hitam dan putih tu..hehehe..anyway..campuran dua warna, nampak lebih anggun dan bergaya..

<< s| tED| >> said...

cermin mata zebra... macam aku punya!!

Wanita Itu said...

wah cantik spek mata mu yang baru itu..

mmg benar..

jika Dia mengambil sesuatu darimu..

pasti ada yang lebih indah dan lebih baik yang hendak diberikan kepada mu wahai dek zara :)

meo188 said...

erm, spek tu agak stylo...

mcm xsesuai nk bw opis jer... huhuhuhu :p

penjenayah merah jambu. said...

aku tetap suka warna hitam.
leb-leb-leb..
MIAUUUU!eh..eh..melampau pula :P

zan-xray said...

luka itu akan sembuh bila dimamah waktu. kan sampai waktunya terima lah dengan hati terbuka.

Pocket said...

adoilaaa,
kenapa di itamputeh kan gambo itu,
camana kami nak tgk kaler spec tu gro on u?

:)

ZARA 札拉 said...

atty's :

hahaha~

betul kak!

ZARA 札拉 said...

atiQah adNan :

baik kak!

ZARA 札拉 said...

DIK AN :

meh kak urut kepala kamu tu~

ZARA 札拉 said...

Pais Chaos :

hahaha~

sastera kah aku?

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~ :

terima kasih syg!

ZARA 札拉 said...

zamspotte :

hahaha~

amat kan?

ZARA 札拉 said...

♥Hernee Nazir♥ :

terima kasih kak!

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

hahaha~

mau pinjam ke?

ZARA 札拉 said...

mEiZ SHA :

thanks sis!

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

^_^

ZARA 札拉 said...

Tirana :

gaya penyampaian juga penting kak~

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >> :

kita sekapal!

hoyeah!

ZARA 札拉 said...

Wanita Itu : terima kasih syg!

ZARA 札拉 said...

meo188:

sy tak kerja opis~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

penjenayah merah jambu. :


dan aku tetap suka kamu~



hahhaa~

ZARA 札拉 said...

zan-xray :

akan ku ingat kata-2 mu abang~

ZARA 札拉 said...

Pocket:

hahhaa~

ku segan~

=)

sharamli said...

b0san x jdik 0rg rabun...

ZARA 札拉 said...

sharamli :

aku tak rabun~

Raihanna said...

pergh...
ayat kamo mmg high la!
camana nak buat blog yang hebat cam kamo nie zara..
rai kena menuntut nie..

ZARA 札拉 said...

Raihanna:

high ke ayatku syg?

aduhai..takde sayang~

biasa2 ja~