Saturday, August 29, 2009

Ulang Tahun Ke-22. Terlalu banyak Pesanan Penaja. Apa Pula Pesanan Dari Kamu Semua?


Jam berdetik.
Si Hitam berdering mengalunkan irama yang menceriakan diri ini.
Selamat Ulang Tahun Zara.
Anda sudah 22 tahun hari ini.


Kembali ke azali - lahir pada hari Sabtu dan anda menyambutnya pada hari Sabtu juga kali ini.
Terlalu banyak yang dikorbankan - terlalu banyak yang dipendam - terlalu banyak yang disimpan. Yang paling utama, seiring peningkatan usia, seharusnya Iman dan Amal juga bertambah, insyaALLAH.



Anak gadis yang dilahirkan pada jam 12.55 tengah hari tanggal 29 Ogos 1987.
Bayi yang dilahirkan seberat 2.7 kilogram yang telah membesar sehingga tidak terpikul bebannya. Senyuman Abah dan Emak yang membesarkan sehingga kini adalah motivasi, perangsang terbaik dia dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.


Terima kasih buat Abah dan Emak.
Tanpa kalian, anak ini telah lama rebah tanpa sokongan. Tanpa kalian anak ini tidak mungkin ada di dunia yang fana ini. Tanpa kalian, anak ini tidak mungkin tercipta.

Terlampau banyak pesanan penaja yang diterima.
Perkahwinan, Pekerjaan, Pengajian.

Pengajian.
Telah dilunaskan dan insyaALLAH, tetap akan berusaha memberikan yang lebih baik selepas ini. Mimpi yang dibentuk tidak akan mudah terpadam secara sia-sia. Tidak akan dan tidak pernah akan padam selagi nafas dan kudrat mampu dikerah.

Pekerjaan.
Doakan yang terbaik. Moga-moga ada rezeki yang bakal menjelma penghujung tahun ini. Tuhan, bantulah hambamu ini. Dia masih mencari dan bantulah dia mengenal erti makna diri. Biar tangan yang disangka hanya mampu mengetuk papan kekunci, juga boleh meggegarkan dunia dengan kudrat yang satu.

Perkahwinan.
Perjalanan itu masih terlalu jauh. Tangan tidak mahu menggapai ini buat sementara waktu. Biar masa yang menentukan yang terbaik berkat doa Emak dan Abah. Amin.



Tadi pulang berbuka puasa di rumah keluarga sebelah Abah.
Hadiah yang aku terima daripada Pak Usu dan Mak Usu (Cadbury Charmers).
Yang comel berwarna merah itu daripada sepupuku yang kacak dan bijaksana. Oh ya, ada juga coklat Ferrero Rocher di bawah beruang comel yang memegang hati berwarna merah dengan ucapan ulang tahun. Terima kasih Jaja!




Ini dari siapa?
Biarkan hanya pengirimnya sahaja yang mengetahui. Ada mulut-mulut yang harus terkunci. Hanya senyuman yang wajar terukir di ulas bibir. Awas, jangan sampai ternampak gusi.


Zara : Hanya mahu tersenyum hari ini. Hanya itu sahaja. Oh ya, jika anda pengguna Si Merah Talian Panas (baca : Hotlink), aku dapat panggilan percuma sepanjang hari. Tinggalkan nombor untuk dihubungi di lordzarasean87@gmail.com.

Terkini : Busuk juga menulis tentang Tengik di SINI. Terima kasih Busuk! Kamu sangat membuat Tengik teruja! Hidupkan legasi kita!

66 comments:

naz said...

happy birthday! wish u always in happiness and all dream come true.

cik intanurulfateha said...

.hepi besday zara! :)

penjenayah merah jambu. said...

selamat hari lahir zara!!!

sila tadah tangan dan aminkan,saya sedang mendoakan sesuatu untuk zara :)

ashie023 said...

selamat ari lahir dak zara..
semoga sentiasa happy dan dimurahkan rezeki..amin!

sharamli said...

epi befday syg...

eh..silap..

epi befday akak...

<< s| tED| >> said...

dak zara guling-guling.. happy birthday...
i lapp yu...

i.am.belle said...

selamat harijadi zara. all the best to you :D cinta hidup karier-asalkan bahagia



p/s: hugs n kissess. muaaaxxxxx

meo188 said...

hepi besday blogger fren!

cool!

shima said...

owh.kamu baru menjangkau 22,zara.wish u all the best zara.love.xoxo.

.palisevenfold. said...

happy fucking birthday my dear friend :)

.pali7x.

saffa said...

Yay! Happy Bithday Zara!

P/s: Saffa makan pizza. =)

Monkey D Luffy said...

hepi besdey zara

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Zara
Allah selamatkan kamu

=D

Tirana said...

Happy birthday, Zara...pesan kak tirana jaga diri baik-baik..hehehehe

zino said...

sekali lagi nak ucap selamat hari lahir...

AiE bAhRi said...

happy besday zara..

May Allah bless u.

Tfaaaaaa said...

Happy birthday kak zara :)

May ALLAH bless you and good luck in your future undertakings.senyom slalu :)

Lifesaver said...

wah!happy birthday sis!!


mg panjang umur dan murah rezeki yok!!!

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

selamat mjadi tua, zara.

aish... muda lagi la utk mjadi cikgu..

shuh!!shuh!!!!g blaja sana....

Siti Nurul Jannah Fital said...

happy besday...oh masih muda belia...
baru 22...jauh lagi perjalanan..

p/s:kekek bercakap mcm ku sudah tua bebeno

[z@ck] said...

happy birthday zara..
=)

KhairiL's said...

hepi besday zara :)

farah said...

sayang,

selamat hari lahir!

:)

Mie said...

selamat hari lahir sayang!
maap terlambat... :)

mEiZ SHA said...

hye sayyangggggggggggggggggg...;)
sowi lmbt wish!!


heapy besday to u dear!!!!;)
akak baru sampai umah dari pagi zara call td...;p

ape wish list??
sabah ek?
hehehehhe

mlm ni mesti mak masak special kan?
kem slm famili ok..;)
lurv ya.;p

bijen moretti said...

selalunya besday gal akan dapat hadiah.
tapi di bulan ramadhan ini apa kata kita beramal jariah.
tuka pulak sistem.
haha.
:D

sekian,
bijan baik

mira amair said...

Alamak..Ceq tua 5 bln dr kmu zara..alahai...

HAPPY BIRTHDAY!

miss zahidah said...

hepi beday...hope hepi2 slalu....

Am said...

:) Selamat hari lahir Kak Zara
.. Truskan ke arah kecemerlangan , keterbilangan , kegemilangan , kesatuan , kemalaysiaan , keselamatan kepuasaan..

Keselamatan keharian kelahiran :)

Anike MK said...

Dah besar ghupenye kamu ye...
hu3....

hadiah pe ye nak bg ni??
ermm....

messyremo said...

epi belated bday zara~~hehe

mau kongsi adiah kamu boleh?=P

♥Hernee Nazir♥ said...

happy 22nd birthday tau zara..birthday zara sama ngn adik akak..umur pn same..my boss too.. ;p

ZARA 札拉 said...

naz :

Thanks a lot Naz syg!

^__^

ZARA 札拉 said...

cik intanurulfateha :

thanks syg!

^__^

ZARA 札拉 said...

penjenayah merah jambu.:

amin sayang~

terima kasih atas doamu~

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

terima kasih kak!

^__^

ZARA 札拉 said...

sharamli:

akak ke?

ceh~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

<< s| tED| >> :

I lap u juga tedi~

thanks 4 d card!

ZARA 札拉 said...

i.am.belle:

thanks a lot belle!



love u so much!

ZARA 札拉 said...

meo188:

thanks en meo!!

ZARA 札拉 said...

shima:

hahaha~

yup!

thanks!

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold.:

Thanks fucking you man!

hahaha~

ZARA 札拉 said...

saffa:

Thanks Saffa~

makan pizza kamu~

ihiks~

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy :

Thanks Kapten sayang!!

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

Thanks a lot Nuar sayang!!

^__^

ZARA 札拉 said...

Tirana:

hehehe~

terima kasih kak!

ZARA 札拉 said...

zino :

Thanks Uncle!

^_^

ZARA 札拉 said...

AiE bAhRi :

terima kasih Aie!

^_^

ZARA 札拉 said...

Tfaaaaaa:

heheh~

thanks sayang~

kak memang gila senyum je~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

terima kasih kak!

hehehe~

ZARA 札拉 said...

+h.a.z.e.r.i.n+ :

hahaha~

harus kak~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Siti Nurul Jannah Fital:

Thanks Jannah~

muda kah daku?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

[z@ck]:

thanks sayang!

ZARA 札拉 said...

KhairiL's :

Thanks Jambu sayang!

ZARA 札拉 said...

farah :

TQ sayang!

Glory2!

ZARA 札拉 said...

Mie:

takpe sayang~

kamu masih ingat juga ~

mRs.jUkoGYu said...

selamat ulang tahun sayang...
maaf kerana terlambat..moge ape yg kamu hajati menjadi milik mu...ku kirimkan doa utk mu dari jauh...;)

ZARA 札拉 said...

mEiZ SHA :

hehehe~

harus kak!

thanks cz sudi berbual dengan daku!

ZARA 札拉 said...

bijen moretti :

amboi kamu~

mau kenan babap ke?

ZARA 札拉 said...

mira amair :

hahaha~

takpe syg~

ZARA 札拉 said...

miss zahidah :

Thanks syg!

ZARA 札拉 said...

Am:

kamu sgt sweet Am!

Thanks!

ZARA 札拉 said...

Anike MK :

hehehe~

dah besar~

tapi kamu tinggi laling~

ZARA 札拉 said...

messyremo:

tak boleh~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

♥Hernee Nazir♥ :

hehehe~

thanks kak!

ZARA 札拉 said...

mRs.jUkoGYu :

terima kasiha atas doa kamu kak!