Tuesday, September 01, 2009

"Betul Adik, Memang Sedap. Tadi Tengahari Abang Rasa"


Bulan Ramadhan tahun ini, aku belum sempat menjejakkan kaki ke mana-mana bazar Ramadhan. Syurga makanan kata sesetengah orang. Mudah dan cepat. Kamu hanya perlu duit dan kuasa membeli boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Setelah lama berpuasa jauh dari keluarga - dengan erti kata lain, aku tidak perlu memasak untuk berbuka selama beberapa tahun, tahun ini aku terpaksa akur dengan takdir yang aku pilih. Ya, tinggal di rumah dan harus menjalankan tanggungjawab sebagai anak sulung.



Gambar diambil dari simpanan peribadi budak yang sukar difahami (baca : Enigma)

Secara kebetulan, aku ke kedai membeli sesuatu dan aku lihat deretan penjual sudah mendirikan gerai-gerai kecil mereka. Meja-meja lipat telah terbuka. Menurut maklumat yang aku terima, seawal jam 9 pagi sudah dibuka. Hebat! Bila agaknya makanan dan minuman itu disediakan?



Gambar diambil dari simpanan peribadi budak yang sukar difahami (baca : Enigma)

Aku menghampiri sebuah gerai yang menyajikan pelbagai kuih-muih. Ada kuih yang menarik perhatian aku. Kuih pulut panggang.

Aku : Bang, kuih ni kira macam mana?
Penjual : Dua Seringgit, dik.
Aku : Bila buat ni bang?
Penjual : Baru tengah hari tadi buat. Sedap kuih ni dik.
Aku : Betul ke bang?
Penjual : Betul adik. Memang sedap. Tadi tengah hari abang rasa.
Aku : Ha?!
Penjual : Bukan, abang tahu memang sedap kuih ni. Mahu tak?
Aku : Takpe bang. Saya jalan-jalan tengok lagi ya?

Aku berjalan menghampiri kenderaan aku - menahan ketawa kecil. Aduhai abang pulut panggang, kamu dah rasa kuih tu tengah hari tadi? Biar betul ni. Menu di rumah sudah banyak, nafsu harus dikekang. Jangan biar ia bermaharajalela.

Zara : Tadi berbual dengan datuk saudara yang tinggal di Jeddah. Rindu menggamit di dalam hati. Bila agaknya dapat berjalan sendirian ke Masjidil Haram lagi. Oh ya, dan aku menyedari, selain Busuk, ada lagi seorang rakan tercinta yang menulis mengenai ulang tahun aku di SINI. Terima kasih Kimi sayang.

50 comments:

sharamli said...

uish...abg tu p0sa x?

sharamli said...

uish...abg tu p0sa x?

messyremo said...

9 pagi?

biar betul..
bukan kene kompaun then brg2 kene rampas ke kalau bukak sebelum pukul 3ptg..

ashie023 said...

argh? ..uh abang sudah kantoi..hehhe

.palisevenfold. said...

hahaha...haru biru ko ni...

Paan said...

Akak posa tak?

(sekadar kontra pada komen Sharamli)

vidadarisakura said...

abang jaat~



haha

IxoR@ said...

abg tu terlepas cakap...kantoi!

:D wakakakaka....

Monkey D Luffy said...

hahaha

kantoi tak puasa

olin said...

hisy. ayat pertama selalunya betul.. abang pulut panggang terkantoi di situ~

sI tEDI said...

abang itu terlalu jujur. perlu di kagumi.
lalalala

AiE bAhRi said...

abg pulut pannggang tu tak pose.nk kena tembak ni..

farah said...

haha.

kantoi!

:D

cleffairy said...

Hah, tht guy tak puasa ke, dear? LMAO...anyway, thank you so much for the bday wish. It means a lot to me.

naz said...

wah,ni sangat gentlemen.kahkah

Mie said...

hahahaha... abang oh abang..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

abg itu mo ngorat zara agaknye. hahaha.


bestnya buka di rumah. kak ko ni still xde ksempatan buka d rumah.. asihhhh..UTM sanjungan bangsa.

Aidy Shahiezad said...

9 pagi bukak ???
bukan bukak puasa 7 malam ke ??
ke nie bukak untuk lepas sahurnya nie ?? huhuhu.. ;p

mUTe said...

Hai Enigma.. Nak berkenalan. Serius, aku x tau nak comment aper.. Ni la yg termampu. Slamat berkenalan! haha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

si abang pulut panggang perangainya tak ubah mcm si Razif =P

mEiZ SHA said...

heheehe
KaNtOi!!

jd beli x pulut panggang tu dik?
;p

paiseh said...

dia mau ngorat tu~

Lifesaver said...

mesti abg tu dah penah rasa ---> akak perpikiran +ve~ hik3!

ZARA 札拉 said...

sharamli :

aku rasa dia puasa Sha~

ZARA 札拉 said...

sharamli :

aku cuba berfikiran positif~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

messyremo :

tengok tempat gak Omar~

=P

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

hahaha~

aku takde niat mahu kantoikan dia~

=p

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold. :

harubiru takpe~

jangan haru kuning~

ZARA 札拉 said...

Paan :

mestilah puasa~

ko ingat akak cuti je ke?

ZARA 札拉 said...

vidadarisakura:

kita belasah dia mau?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

IxoR@ :

hahaha~

dia kantoi sendiri kak~

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy :

Ihiks~

betul2~

ZARA 札拉 said...

olin:

aku percaya katamu sayang~

lalalala~


hehe~

ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

aku juga sungguh kagum~

lala~

ZARA 札拉 said...

AiE bAhRi :

ahh~

tembak jangan sampai bersepah~

ZARA 札拉 said...

farah :

hehehe~

kantoi camtu je kan syg?

ZARA 札拉 said...

cleffairy :

Hahaha~

Maybe, he sounded like he trapped himself~

LOL!

No big deal dear. I do want u to be happy!

ZARA 札拉 said...

naz:

amat dan sangat!

=P

ZARA 札拉 said...

Mie:

hahaha~

pulut oh pulut~

ZARA 札拉 said...

+h.a.z.e.r.i.n+ :

hehehe~

ngorat aku dengan tak puasa?

aiceh~

ZARA 札拉 said...

Aidy Shahiezad :

hahaha~

nampak gayanya macam tu Aidy~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

mUTe:

Keroll, ko ok tak ni sayang?

mau kena dushum ke?

hahaha~

ye, selamat berkenalan syg~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

hahaha~

betul tu nuar~

ZARA 札拉 said...

mEiZ SHA :

hehehe~

daku tak beli kak~

Ihiks~

ZARA 札拉 said...

paiseh:

ngorat gaya tu?

ngeri gua~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

hahaha~

aku kagum dengan kamu kak~

Ihiks~

Noorlaila Mohamed Nor said...

ahaha dia rasa dulu buat bukti kata sedap
kantoi free2
:D

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor:

hahaha~

betul2~

hidayah said...

oh kantoi.

sehari pun tak pernah g bazar lagi.
nak nak nak.....

(ntah bila la....)

ZARA 札拉 said...

hidayah :

tu lah pasal~

daku juga mau~