Wednesday, September 16, 2009

Cinta Itu Ibarat Kereta Sewa Dan Mungkin Juga Sarung Kaki Tetapi Bukan Yang Berjaring Itu.


"Cinta bagaikan masa menunggu teksi.
Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada.
Kerana tiada teksi yang kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah.
Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan yang sebelah lagi.
Akibatnya, hanyalah dalam sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang.
Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang.
Mencari dengan sedaya upaya pun tidak akan dapat.
Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat.

Tidak!
Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang.
Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."

http://www.climatechange.bham.ac.uk/images/Hydrogen_Taxi_-small.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

"Kadang-kadang sarung kaki akan kehilangan satu.
Dah pasti pun yang ia ada di tempat tertentu di dalam rumah tetapi asyik tidak dapat dicarikan sahaja.
Satu sarung kaki sahaja memang tidak dapat dipakai ; tetapi ditinggalkan juga kerana terlupa untuk membuangkannya.
Pada suatu hari yang tidak disangka, boleh pula sarung kaki yang hilang didapati semula di tempat yang telah dilupai.
Keadaan ini jauh lebih menggembirakan daripada masa sarung kaki tersebut dibelikan.
Kerana kegembiraan yang sementara itu, manusia selalunya tidak akan membuangkan satu sarung kaki yang tidak berguna itu.."


http://www.sockdreams.com/weblog/wp-content/uploaded_images/2007/08/stripey-toe-socks.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Aku sangat suka pada sarung kaki.
Adakah sarung kaki boleh diibaratkan seperti manusia itu sendiri?
Sarung kaki membawa kegembiraan pada aku.
Perlakuan yang kita lakukan terhadap sarung kaki.

Adilkah kita?

Zara : Aku acapkali kehilangan makna diri tetapi bukan bermakna aku biarkan diri sentiasa hilang dari muka bumi ini.

82 comments:

sI tEDI said...

aku lebih suka yang macam teksi tu.. belah sini x de.. konon nak ke sana.. dalam lintas jalan.. eh eh.. belah sini punya org lain dah amek..

messyremo said...

naikla teksi yg si kosong bawak zara...

takkan itu pun tak kosong~~

~♥ cik intan® said...

.soo meaningful

Wanita Itu said...

hmmm...

penuh makna...

sat kakak baca lagi sekali heee :)

♥Hernee Nazir♥ said...

ayt power la zara..

etomyam said...

busuk2 sarung kaki masih jugak dicari manusia, esp bila kesejukan hehe..selamat hari raya zara

mEiZ SHA said...

somethin is hidin in ur words dear..:)

n i like it!!
:)

selamat hari raya sayang..;)

imHepPie said...

knapa x naek bas saja..

GiGGLe GaL said...

ala.. yg bawak teksi tu pun...takkan tak paham-paham kot.. dah si zara ni tunggu teksi.. datang je la amek.. ape susah.. hish...
[ehem..ehem....ehem.. sape makan cili, dia la driver teksi tu..ekekeke]

GiGGLe GaL said...

dik, ko suka sarung kaki yewww..nnt aku belikan la.. murah sket.. ekekeke.. macam2 warna adaaaaa...ekekeke

Lifesaver said...

teksi..teksi

bila tunggu teksi..bus dtg...

bila tunggu bus..teksi dtg..

aku selalu conpius dik zara

JiEjAh_DeEn said...

comelnya sarung kaki itu :D

farah said...

sayang,

entry kali ini membawa pengertian yang sgt dalam.

comelnya stokin itu,
penuh warna warni.

:)

{lumut} said...

nak diibaratkan dgn sarung kaki boleh.tp jgn smp berbau.haha.

zara,
suke lah bila ckp cinta ibaratkan menunggu teksi.kadang2 penat je tunggu tp dah ade penumpang didalam teksi itu.aiseh.

kalau menunngu bas plak lg parah.sbb ramai kot dlm bas.haha

Tekkaus said...

Diri saje dekat tengah-tengah jalan! Pasti ada teksi yang berhenti. Kalau takde pun, sekurang-kurangnya dilanggar...kemudian barular berputik satu cerita cinta yang baru! LOL :D

intan izani said...

ni kene baca 2-3 kali ni
baru betul2 faham

;)

meo188 said...

sedihnye...
sy rase nk menangis

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

suker membaca n3 pasal cinta.....
terasa di awangan....

tp hati ku hampa....kerana beraya kesorangan...tanpa kekasih hati....

huhuhu (T_T)

ashie023 said...

"Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."
a'ah..lepas tuh teksi tuh plak ensem2..erk?ader kene mengena tak nih???ah lantak...

en_me said...

stokin belang belang tewww..

olin said...

comel la stokin tu. rasa nak gigit je kaki orang yang pakai stokin tu kan. pelangi. i loike!

saffa said...

Aduh. Kereta Sewa & Stoking.. Zara ni pandai lah berkata-kata. =.="

ZARA 札拉 said...

sI tEDI :

ahh, betul tu~

bila kita nak, asyik tak dapat je~

ZARA 札拉 said...

messyremo:

dah naik dah Omar~

memang kosong~

ZARA 札拉 said...

~♥ cik intan®:

thanks sis!

ZARA 札拉 said...

Wanita Itu:

hehehe~
silakan kakak~

ZARA 札拉 said...

♥Hernee Nazir♥ :

boleh buat mengurat tak kak?

ZARA 札拉 said...

etomyam :

hehehe~

betul bang~

selamat hari raya juga~

ZARA 札拉 said...

mEiZ SHA:

selamat hari raya gak kak!

i like u~

hehehe~

ZARA 札拉 said...

imHepPie:

bas ramai sangat orang~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL:

hahaha~

dia bawa motor kak~

taxi blum lagi~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL:

hahaha~

tak mau~

sarung kaki tu sebagai tambahan boleh~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver:

aku pun kak~

tak tau nak naik yg mana~

ZARA 札拉 said...

JiEjAh_DeEn:

daku comel tak kak?

haha~

ZARA 札拉 said...

farah:

hehehe~

kena pada orang tak syg?

ZARA 札拉 said...

{lumut} :

hahaha~

kalau bas, penat nak kena asingkan~

ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

hahaha~

entah2 sudah mati dulu bang~

ZARA 札拉 said...

intan izani:

hehhee~

peja said...

"beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."

taxi yg dtg slalunye kosong...

tp pintunya terkunci kejap...


*sarung kaki yg hilang sebelah...

ibarat printer xde kaler..ekekeke

ZARA 札拉 said...

meo188 :

nak tisu?

=P

ZARA 札拉 said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :

takpe kak~

daku ada kak~

ZARA 札拉 said...

ashie023 :

kalau yg bawak taxi tu rupa cam Rain, harus aku kejar laju2~

ZARA 札拉 said...

en_me :

lawa tak?

hehehe~

ZARA 札拉 said...

olin :

i like juga~

haha~

ZARA 札拉 said...

saffa:

nanti ku tulis lain pula sayang~

hehehe~

ZARA 札拉 said...

peja :

hehehe~

kalau terkunci boleh tak aku serbu masuk Peja?

peja said...

sila2...

kalo taxi aku...

stakat nie kosong agi...hehe

ZARA 札拉 said...

peja :

hehehe~

malangnya aku tak boleh naik taxi ko~

uhuks~

peja said...

ha ah laa...

taxi aku terkunci...

kunci tu ade org curi lak...

tdi aku nmpk de taxi purple dok tggu

ko...xnaek kew?hehe

ZARA 札拉 said...

peja:

kalau kaler biru aku naik~

hahaha~

=P

peja said...

haha...

pape kaler jelah...

asalkan ko bahagia...

sronok tgk kawan2 bhagia...(>.<)

ZARA 札拉 said...

peja:

peja~

aku terharu~

boleh aku tumpang nangis sambil makan kuih raya tak?

T__T

kat tepi teksi ko yg berkunci tu~

peja said...

ko nak tumpang makan kueh raya ok...

kalo nk tumpang nanges...

agak keberatan...

sbb aku xley tgk ppuan nanges...

glabah lelabah nati...

hehe...

cheer up dear...(>,<)

ZARA 札拉 said...

peja :

glabah lelabah?

ihiks~

aku mau nyorok2 makan kuih raya~

lalala~

AbcdeF :) said...

kakak, eh awk hehe, kte lg suke manusia seperti stokin, ikut kaler ape yg kite suke, hehe. *ade kaitan tak? hee pndi kak ni wat perumpamaan. cekgu la katakan :)

Pocket said...

kalau manusia seperti stokin,
kanan is lelaki,
kiri is pompuan, then...
stiap satu laki memang ada satu pompuan...
then kalau ilang yg kanan
kiri nak dipadankan ngan yg lain ker?
ker kiri dibiarkan menunggu sampai kanan ditemui kembali...

tp kalau tertinggal kat air terjun?
kanan dan kiri tak bleh jumpa lagi lah?
sedihnyaaaaaaaa.....

ZARA 札拉 said...

AbcdeF :):

hehehe~

kat mesir kita naik apa dik?

ihiks~

=)

ZARA 札拉 said...

Pocket :

huhuhu~

tak mau tertinggal..nanti nangis~

huhuhu~

orang2.. said...

sarung kaki BUSUK!!!!!!!!!!!!

naz said...

hohoh! stokin pelangi. quote of the day "love isn't blind love is retarded" hohoh!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kalau sorang jangan naik teksi ! bahayooo..

KRina pakai stoking hitam jer takde belang ..tp anak KRina pakai yg belang ..hehehe

cik ian@aH Lian~ said...

messy,
sis tak tau lak
si kosong bwk teksi...?
ingatkan dia tau buat kuih jer.


eh eh... naik motor saja zara.
tahan teksi belum tentu sampai destinasi. pe kate rempit jer dulu sendiri...

kot2 leh jumpa kedai sarung kaki,
boleh lak beli lagi satu pasang lagi.

p/s: perghhhh ape aku mengarut neh!
kusut iiiiiiiii!

miss zahidah said...

cinta ibarat kereta sewa, kalu penuh cari lain....tapi susah nak cari yang sentiasa kosong.....huhuhuhu....
cinta ibarat sarung kaki. kalu ditinggalkan xkan nak tunggu jugak...lain la kalu kembali lagi....huhuhuhu......

mRs.jUkoGYu said...

dik...aku buang kalo sarung kaki tinggal 1...cari yg baru...3kali gak la aku bace ni....

si kosong sehat dik?

Ries Lee said...

very2 good writing...

ZARA 札拉 said...

orang2.. :

tu kamu punya jer~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

naz :

hehehe~

kamu ni sayang~

aiceh~

ZARA 札拉 said...

a.z.r.i.n.a.03.07:

hehehe~

bahaya eks kak?

daku tak naik lah camni~

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~ :

hahaha~
si kosong pandai Math juga kak~

apakah?!
hahaha~

camne nak merempit sis?
minyak mahal~
hahaha~

ZARA 札拉 said...

miss zahidah :

hehehe~
kadang2 kita kena menunggu dan terus mencari~

ZARA 札拉 said...

mRs.jUkoGYu :

hehehe~

harus ku cari kak~

hahaha~

dia sihat kak~

ZARA 札拉 said...

Ries Lee :

thanks dear~

=O

~" AzreeNeerzA "~ said...

cinta ibarat seperti sarung kaki ... bila ada tak dihargai tapi bila seblah tu hilang baru tercari-cari ...

zara ... akak suka blog zara ...
leh dapat ym zara tak ??

ZARA 札拉 said...

~" AzreeNeerzA "~ :

hehehe~

sarung kaki itu indah kak~

ah, boleh saja~

sfz_zara

addyaholix said...

cinta itu nyawa. sekarang hidup dan tunggu waktu untuk mati. sementara ada, nikmati.

arque said...

haha.zara,lain kali.
amik no fon teksi tuh.
call die pastu book awal2.
kompen kau dapat.
;D

Precious said...

Kalau nak suh teksi berenti, ko tayang cikit betis putih gebu ko, konpem berderet teksi berenti. Hiks!! Pesanan penaja - Amaran keras: Jangan ikut nasihat ini!!!

ZARA 札拉 said...

addyaholix:

ahh bang~

benar kata kamu~

ZARA 札拉 said...

arque:

nanti cepat2 aku kejar~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Precious :

malangnya betis ku gemuk kak~

hahaha~

hidayah said...

huh.
double meaning zara...

suka jugak sarung kaki, ia ibarat lengging. sama ke ?

ZARA 札拉 said...

yaya:

hahaha~

legging lain yaya~

lain sagt2~