Thursday, September 10, 2009

"Huruf Kaf Bukan Qaf!" - Guru Muda Garang Yang Sedang Menggentel Adunan Kuih Raya


Tadi petang budak Razif itu datang mengaji lagi. Puak-puak lelaki sedang mencari damai abadi di celah-celah kamar dan tiada tanda untuk menjengulkan muka dari pintu masing-masing. Dua orang guru sedang duduk di dapur mengadun kuih raya dan membentuknya untuk dibakar.

Aku - Seorang guru yang belum ditempatkan di mana-mana.
Emak - Seorang lagi guru yang telah mempunyai pengalaman mengajar melebihi 23 tahun.

Emak panggil Razif mengaji di dapur sahaja. Mudah untuk diperhatikan. Dia duduk berdekatan dengan aku. Kitab IQRA' dibuka dan bacaan dimulakan. Mata aku menjeling ke arah kitab. Emak memang mengajar kami semua dengan kitab itu dari dahulu lagi. Hari ini dia mengulang semula bacaan huruf Qaf dan setelah Emak berpuas hati, dia dibenarkan berpindah ke mukasurat seterusnya, huruf Kaf.

Razif : Ka, Ko, Fa, Sa, Ka, Ka, Ka...

Aku menoleh ke arah dia.

"Itu huruf Kaf, bukan Qaf. Bunyinya mesti Ka dan bukan Qo"

http://4.bp.blogspot.com/_yK4MadNlslI/RsqeP0KAtpI/AAAAAAAAAOk/kGXNqIEpO9s/s400/Huruf_Jawi.png
*Gambar penghargaan di SINI*

Razif mendengus dan menjeling ke arah aku. Dia baca membentak-bentak. Aku asyik menegur sahaja. Oh, aku memang pantang budak mengaji membentak-bentak. Masih teringat kenangan di waktu kecil. Kalau aku buat begitu, harus sahaja dicubit oleh Emak dan kalau tidak bernasib baik, hukuman yang lebih berat menanti aku. Oh, itu yang membuatkan kami semua khatam mengaji semasa di bangku sekolah rendah.

Usai mengaji, Razif bertanya kepada Emak - Kuih apa yang sedang kami buat. Aku terus menjawab bagi pihak Emak.

Aku : Kuih guli.
Razif : Ada ke kuih guli?
Aku : Ada, nampak ni kan?



Aku harap balik nanti dia tak merengek pada Emak dia minta kuih guli sebagai kuih raya. Mungkin esok terpaksa tunjuk hasilnya kepada dia.


Kuih guli yang sudah berpindah ke salah satu bandar raya di England - Kota London.

Zara : Sedang bekerja keras sehingga pening. Terlalu banyak yang perlu diperhalusi. Hantaran telah disiapkan. Hanya menunggu tarikh menghantar kepada mereka.

66 comments:

~ Hariza ~ said...

aduh dik,
terasa terkena sekali lagi bila membaca perkataan "hantaran" :D

haruslah lepas ni lebih berhati2 membaca di sini..sbb selalunya 'hantaran' ni untuk majlis tunang atau kawen..

~ Hariza ~ said...

jaga kesihatan..
jangan pening2..take it slowly.. :)

~ Hariza ~ said...

maaf..
sedikit gila kuasa hari ini..

janji, ini last..hehe..

zino said...

kena buat kueh banyak sikit hehe

addyaholix said...

ada terima tempahan tak zara? =)

zan-xray said...

oo kueh ni ker..
wah kau memenuhi ciri2 isteri dan ibu terbaik zara.
pandai mengaji, pandai membuat kuih, berpelajaran..
kau pakai kain batik tak di rumah.
abg suka tengok prempuan pakai batik di rumah hehe..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

cantik nye biskut raya ko, dik zara. mesty manis, semanis pembuatnya...

{lumut} said...

eh abag zan-aray lebeh2 pulak..straight je ek..hehe..
bestnye kueh guli.

Noorlaila Mohamed Nor said...

zara zara
buah kuih raya ek
nak tempah mama carey
pleaseee!

~♥ cik intan® said...

.wahhh sedapnyeeeeeee
.nakkkkkkkkkk

faqhrule said...

nak kuih guli seratus bleh?

sharamli said...

mcm2 bt0l si razif ni...

Anike MK said...

Comeynya guli tu...
tp sedap ke??? ha3!

kalu sdp nk order...hehe..

imHepPie said...

bak kuih guli sbalang..masuk buku 555 oke??

imHepPie said...

bak kuih guli sbalang..masuk buku 555 oke??

olin said...

nanti aku raya rumah kamu, tunjuk si razif yg mana satu ye? aku nak bagi duit raya kat dia. haha~

hantaran apa?

etomyam said...

huruf Jin Pakai Toceng tader ke hehehe?...menarik nampak biskut tu

paiseh said...

cerita huruf jawi.. kuih guli.. hantaran..


entry lu kadang2 buat gua serabut nak komen mana satu. dem~

Tirana said...

Wow..rajinnya Zara...dah mula buat kuih raya.. Aduhai..kak tirana belum mula lagi..rasa tak ada semangat nak buat kuih raya tahun ni...

farah said...

pandai kau buat ya.

:)

penjenayah merah jambu. said...

nak sebalang kuih guli!



hehe,seronoknye dapat buat kueh,tahun ni aku dapat keje bes sebelum raya.



mengecat.
seorang diri.
3 hari untuk ruang tamu dan dapur.doakan berjaya ataupun kami akan beraya dengan rumah bercapuk-capuk.oh-noooooooo!

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~ :

hehehe~

relax kak~

relax~

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~ :

hehehe~

baiks kak!

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~ :

takpe~

ini bukan gila kuasa kak~

ini bukan last bagiku~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

zino:

nk dtg raya rumah Zara ke Uncle?

hehehe~

ZARA 札拉 said...

addyaholix:

ahh~

tidak bang~

ZARA 札拉 said...

zan-xray :

kain batik?

sama macam kek batik ke?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

+h.a.z.e.r.i.n+ :

alamak~

kak rin puji~

ku tak buat lebih kuih ni kak~

ZARA 札拉 said...

{lumut} :

hahaha~

memang tepat~

aku tak mau jawab plak kan?

hehehe~

balik tak kali ni?

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor :

mama carey ku beli je~

malas mau lukis~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

~♥ cik intan®:

datang rumah ya?


hehehe~

ZARA 札拉 said...

faqhrule :

campur sekali duit minyak urut ya?

hehhe~

ZARA 札拉 said...

sharamli:

harus ke aku pang dia?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Anike MK :

kalau berani~ datang rumah laling~

rasa sendiri~

ZARA 札拉 said...

imHepPie :

nak sebalang je?

ZARA 札拉 said...

imHepPie :

buku 555 takde~

buku lima ada, mau?

hahhaa~

ZARA 札拉 said...

olin :

ampun~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

etomyam:

hahaha~


takde~

ZARA 札拉 said...

paiseh :

lu kena buat pilihan bijak Paiseh~

hehehe~

ZARA 札拉 said...

Tirana :

alahai~

napa kak?

ZARA 札拉 said...

farah :

aduhai~

aku masih bertatih syg~

ZARA 札拉 said...

penjenayah merah jambu. :

oh sayang~


tahun ni tender itu adikku yg ambil~

aku tak larat bergelumang dengan cat lagi~



moga rumahmu berseri syg~

Wanita Itu said...

sedapnya kuih london itu sayang *_*

Lifesaver said...

itu almond landon yg dah siap???sedapnya!!!

ZARA 札拉 said...

Wanita Itu:

hehehe~

moh makan~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver:

dtg raya aku bagi~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sebalang biskut guli!!! =D

bijen m. said...

mule mule aku sangka buat bubur guli (wadai kipeng - banjar).
rupenye jadi elmon londang pulak.
ciss.
dua dua peberet aku dan aku mahu melantaknya sampai puas kalau ada stok byk.

sI tEDI said...

hantaran : menghantar... ekekekekeke

uiyoo.. untung siapa yg beli almond london tu.. besar2..

cintaAnna said...

Dina: Mak cik Zara mau kuih guli 5 balang..

Aku: gilerrr kenyang makan sebiji pon..besar nyeeee...ekkeke

Qaseh Suci: Boleh main2 tak dengan guli itu???

et said...

wah..garang btol!! hahahaa~
beznyer wat kuih..
duk kat kl nih xley tulun mak wat kuih..huk3..sedey2..

zan-xray said...

grrr.. main2 yer.

Tekkaus said...

Yeah! Kini kena lebih berwaspada dengan perkataan zara kan? :p

syed mohamed bin syed hassan (jen) said...

wa nak ajak lu orang lepak blog gua..gua bnyak sgt da update..melimpah2..xde org nak abiskan tu.

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

sebalang je Nuar?

hehehe~

ZARA 札拉 said...

bijen m.:

nanti aku hantar~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

bagi makan harus sampai kenyanG~

ZARA 札拉 said...

cintaAnna :

hahaha~

dialog dengan sapa tu wei?

ZARA 札拉 said...

et :

takpe~

kamu tolong belikan pon mak kamu mesti dah suka~

ZARA 札拉 said...

zan-xray:

hahaha~

mana ada main~

lalala~

ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

hahaha~

harus~

ZARA 札拉 said...

syed mohamed bin syed hassan (jen):

baik jen~

baik~

messyremo said...

kenapa namanya almond london ye?
kuih2 yang ade nama malaysia takde ke?hehe

ZARA 札拉 said...

messyremo:

takkan namanya kuih Kuantan?

tak best~

hahaha~

encik luth said...

adoi, bentak - bentak tu apa?

ZARA 札拉 said...

encik luth :

bentak tu macam mengamuk LutH~