Wednesday, September 02, 2009

Kalau Nak Mengintai Aku, Sila Sembunyikan Diri Dalam Sedikit Ya Makcik?


Semenjak aku tidak bekerja, pekerjaan tetap aku di rumah dapat dibahagikan kepada beberapa tahap dan waktu. Aku mungkin seorang pemandu, tukang kemas rumah, tukang masak dan pengira lantai rumah yang berjaya. Oh, kamu akan dapati susah mendapat tenaga mahir yang berkelayakan serta mempunyai pendidikan. *sengih*

...dan bagi tahap seorang pemandu yang gemarkan angin dan langit terbuka, aku memilih untuk menggunakan motosikal. Dua tayar dan kelajuan adalah kegemaran aku. Tugas aku mengambil dua kanak-kanak sekolah rendah pulang dari sekolah. Mudah.

Aku menyedari ada mata yang memandang tatkala aku melalui jalan di dalam kampung aku. Ada mata yang memerhati. Oh, bukan abang polis yang bujang atau abang posmen yang suka menggunakan telefon genggam sambil menghantar surat. Kalau mereka, aku rela diperhatikan. Sekurang-kurangnya, mereka normal. *gelak keji*

Tentu kamu dapat mengenalpasti siapakah yang mempunyai minat yang amat tinggi terhadap aku - si gadis gemuk yang sukakan kelajuan. Ya, tepat sekali, makcik-rambutan-Maghrib.
Aku nampak dia memerhatikan aku disebalik beranda rumah dia setiap kali aku melalui hadapan rumahnya. Sumpah! Aku sudah bawa seperlahan mungkin yang aku boleh (walaupun hanya separuh sahaja).

http://sweetstrawberry.files.wordpress.com/2008/10/wallpaper.jpg
Gambar dipinjam dari SINI.

Aku cuba untuk bersangka baik. Mungkinkah dia menunggu kepulangan anaknya dari sekolah? Aku harap begitu. Nasib baik harga petrol sudah naik sejak 1 September - kalau tidak, mungkin rumahnya sudah dipenuhi asap motor - simbol kekejaman yang aku pelajari di makmal dan peti kaca bersuara. Jenayah kelas pertengahan dengan sedikit pengetahuan kimia.

Zara : Sedang melalui takah-takah mencari kebahagiaan. Harap semuanya berjalan lancar dan dibawah payung rahmat Ilahi. Ada orang kata, membaca penulisan aku memerlukan tumpuan bahasa yang tinggi. Betul ke?

60 comments:

ashie023 said...

heheh..makcik tuh ader anak lelaki tak?mungkin dier nk wat hang menantu dier kot...hehe

Lifesaver said...

erm..makcik itu berkenan dgn kamu dik..dia mahu kamu menjadi menantu nya? xpon madunya? hehehehe~


btol3!baca blog kamu perlu penghayatan dan bahasa yg tinggi dan puitis

khaLifah feDi said...

lain kali hang wat willy dpn beliau ea zara !!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

gbr dengan citer entry tiber2 boleh tingat citer snowwhite...how come? ada connection ke? =D

cik ian@aH Lian~ said...

hiyaaaaa...
sedang buka kamus.
mencari makna takah2...
sorry, cekgu BM neh failed sket
utk bahasa tinggi terlebih.

p/s: sila sepak diriku!

~♥ cik intan® said...

.volunteer mahu sepak sis ian!
.hahahahaah

.zara, cnfirm mkcik tu mahu kamu jd menantu beliau
.klu bkn menantu, madu barangkali? ;p

Jard The Great said...

tgh duduk umah neh.. takde org antar rombongan meminang ke? ehehe

i.am.belle said...

peminat setia tu zara xD


p/s: first time cuba bawa motor hampir masuk longkang :( uhuhuhuhu

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

cmni la, zara. len kali klu lalu dpn rumah makcik rmbutan-mghrib tu, ko bg flying kiss. mesty dia gelabah.



agaknya, dia dh tau kot yg ko penulis blog. ayoookkk..xtau. kantoi, dik

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

re: ohh..ko sgt wanita la, dik zara. pndai mjahit. wahhh kagum sudah

mira amair said...

tlg amik adik ceq dr skool bleh?
hehehe..

ZARA 札拉 said...

ashie023:

hahaha~

sangat keji kalau dia mau buat begitu~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

madu ke?

hahahaha~

suami dia pandai memasak~

bagus gak~

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi :

aku memang teringin KF~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

mau cari rumah kecik~

ihiks~

terjumpa ini~

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~ :

hahaha~

takah2 tu tahap kak~

cam level~

mau sepak je?

ZARA 札拉 said...

~♥ cik intan® :

hehehe~

kita bersama sepak mau?

ihiks~

ZARA 札拉 said...

Jard The Great :

belum palk lagi Jard~

aku menunggu gak~

ZARA 札拉 said...

i.am.belle :

peminat?

ihiks~


mati aku syg~

p/s : alahai~ nanti daku bawa kamu~

ZARA 札拉 said...

+h.a.z.e.r.i.n+ :

kalau dia tau aku penulis blog~

dia akan mintak royalti ke kak?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

+h.a.z.e.r.i.n+ :

aku wanita yg gila kak~

terpaksa buat semuanya~

ZARA 札拉 said...

mira amair:

bleh je~

berapa hang nak bayaq ceq?

farah said...

ahh,

makcik itu rindu sama kamu barangkali.

:D

ZARA 札拉 said...

farah :

mungkin~

hahaha~

Tekkaus said...

Saya rasa mungkin sebab muka kamu mirip anak perempuan dia kot. :D

Tekkaus said...

Saya baru sahaja add saudari ke dalam "I Will Follow You" dan blogroll saya. :D

Have a nice day. You have a great template. :)

.palisevenfold. said...

hahaha. benggong punya orang tua. ehh, nanti aku dtg umah ko, ko bgtau aku rumah dia yg mana. biar aku bakar2 dia.

ko nak asap ehh? ko beli minyak 2t botol kecik, ko tuang sikit kt exhaust ko. pastu campur sikitttt jer dlm tank. kriss ko convert jd 125z terus.

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

teringin nak tgk wajah makcik-rambutan-Maghrib.....hehhehhehe

jgn merempit sangat di bulan puasa wahai adik kesayangan ku

hehhehhe

Paan said...

Jadi je la menantu makcik tu. Habis cerita.

ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

err..tak mungkin~

daku gelap~

hehehe~

ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

Terima kasih!

Terima kasih juga kerana sering mengundi Zara di 1MCurtain~

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold.:

Hahaha~
Memang tak boleh blah kan?
Bagi dia makan asap sampai kembung boleh tak?

lalalala~

ZARA 札拉 said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :

Tunggu Zara dapat pinjam sapa2 punya DSLR kak~ ku bleh tembak dari jauh~ hahaha~

ZARA 札拉 said...

Paan :

anak dia ramai perempuan~

apa cerita?

Siti Nurul Jannah Fital said...

oh...mungkinkah..dia memerhati..untuk membuat penilaian.."adakah ini calon menantu saya"

ekkekeke...

zan-xray said...

cuba kau letak kan dia di tempat nya, dan kau lihat pulak dia menunggang motosikal melalui beranda rumah tu.. agak2 dapat tak memahami hati makcik rambutan magrib tu.

kalau tanya aku.. emmm tidak

sharamli said...

bulan p0sa p0n makcik tu ad lagik ke?

Precious said...

Makcik pun makcik lah! Mungkin ada sesuatu yg dia berkenan... ataupun sebaliknya. Hah ahhh ...

vidadarisakura said...

macik tu minat ko kut.haha

en_me said...

me dah agak, mesti ko dengki kat makcik tewww .. kannns

GiGGLe GaL said...

dik zara yg busuk dan comel,
[budak ciki, sila mein jejauh.. aku maw gosip sbentar...]


pertama, pasal makcik rambutan maghrib tu, berkenaan hal itu, aku rasa ,beliaw sedang berkira2 maw menjodohkan kamu dgn saudaramara beliaw. sbb itu beliaw sering menskowdeng kamu dengan kesedaran sivik kamu..

kedua,memang aku perlu mengerutkan kening ketika membaca entri kamu sebab bahasa kamu hanya digunakan didalam persidangan dewan-dewan di parlimen sahaja.

tidak termasuk hal ehwal jenayah berat kerana itu kamu perlu ajak hakim mahkamah tinggi untuk join jadi followers blog ini.. [ok, ini aku mengarut!]


kesimpulan, aku perlu membuat penebusan pembayaran dari kamu kerana semakin kuat aku membaca blog kamu, semakin banyak kerut di dahi aku. untuk itu, aku perlukan duit yg lebih untuk pergi buat facial..sekian..

ZARA 札拉 said...

Siti Nurul Jannah Fital:

memnantu hantu kah?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

zan-xray :

dia punya masalah memahami psikologi aku bang~

=)

ZARA 札拉 said...

sharamli :

ada Sha~

sentiasa ada~

ZARA 札拉 said...

Precious :

hahaha~

kalau berkenan~

ZARA 札拉 said...

vidadarisakura :

aku harap aku tak songsang~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

en_me :

hahaha~

aduyai~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

hehehe~

bapak panjang ko punya komen kak~
aku pitam~

Noorlaila Mohamed Nor said...

makcik tu teringin nak naik moto jugak kot?
apa kata ajak dia tumpang?
bawak jenjalan ke
:p

Monkey D Luffy said...

suka betul makcik tu intip ko ek

nak dijadikan menantu kot

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor:

nanti daku tumpangkan dia sayang~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy :

aku belum songsang~

ihiks~

cik ian@aH Lian~ said...

sis mahu sekeh
intan dan kamu boleh?
ouh, tag team ya!

p/s:mencari kumen dari si kosong...
searching....
searching....
searching....

ala, coverage tak de lak!
hampes...

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~:

hahaha~

dia takde kak~

BuDakHutaN said...

makcik tu teringin pinjam motor mu itu..hehehe, atau ko ada beli makanan yg sedap dan menusuk kalbu... dia amat berharap ko bagi skikit ngan dia..hahaha

ZARA 札拉 said...

BuDakHutaN :

hahaha~

aku belasah dia~

bleh?

haha~

BuDakHutaN said...

kesian dia.. simpati lah.. hahaha... tak pun makcik tu nak pinjam dua hinggit.. hehehe

ok ok ...serius..
mungkin ko mengingatkan dia pada seseorang...atau dia mgkin perlukan teman utk berbicara...

ZARA 札拉 said...

BuDakHutaN:

hahaha~

2 ringgit boleh beli kuih kan?

nanti aku bagi~

oh, dia masih punya anak, mengapa aku? kacakkah aku? hahaha~

hidayah said...

hahahaha. kelakar la ayat ko !!!!!!

ZARA 札拉 said...

hidayah :

hahahaa~

apa yg kelakar?