Monday, September 14, 2009

Pelukan Hangat Dan Intim Buat Mereka Akan Membuatkan Hati Kamu Bahagia Dan Perut Ketawa. Edisi Khas - Warna Warni Banji Golek


Salam kasih sayang buat semua pencinta. Terima kasih kerana masih berkunjung ke dunia aku yang semakin hilang arah dan warna. Oh, mungkin juga apa yang di cari telah ditemui sebelum ini? Entah, aku kurang pasti dan enggan mahu mengerti akan sesuatu yang bersifat misteri.

Hujung minggu aku habiskan bersama Emak tercinta dengan bekerja keras di dapur kami. Oh, sebenarnya dapur Emak dan Abah tetapi memandangkan aku bekerja keras di situ setiap hari, aku ingin mewartakan tempat itu sebagai kawasan jajahan aku juga. Keji? Oh tidak, aku berbau wangi.

Hari Sabtu dihabiskan dengan membakar biskut dan mencuba pelbagai resepi baru. Seperti yang aku maklumkan di SINI, kami telah menyediakan tiga biskut raya sebagai penambahan kepada koleksi sedia ada. Oh, bunyi seperti iklan promosi di peti kaca itu. Ini adalah salah satu yang kami buat pada hari itu dan diuli oleh tangan gemuk aku.



*Kuih samperit yang aku letakkan badam cincang dan serbuk Van Houten sebagai pengganti koko*
Oh, koko akan membuat ia berasa sedikit pahit aku rasa - dan resepi yang kami terima telah aku ubahsuai semoga kena dengan selera. Hasilnya, kami dapat sesuatu seperti di atas.

Semalam, Ahad (13 September 2009) - buat julung kalinya, kami buat empat jenis kek dalam satu hari.
Dimulakan dengan kek yang memenuhi keinginan aku yang suka berguling laju, Golek Banji (baca : Banji Roll), Kek Batik, Kek Kukus dan Kek Lapis Betawi. Gila bukan? Semalam memang aku hampir hilang diri - kepenatan secara menggila. Oh, aku hanya ingin paparkan mengenai kek golek itu sahaja.



Adunan yang disediakan oleh gadis muda yang gemar bermain dengan warna hingga membuatkan dunianya digelar sebagai kawasan larangan yang sangat berwarna-warni oleh seorang penulis blog yang dia minati.



Ini hasilnya setelah dibakar dan dipotong. Sesi merasa (baca : makan dengan rakusnya) percubaan hasil kerja pertama seawal jam pagi selepas waktu berbuka puasa menyebabkan perut menjerit gembira tetapi bermuram durja setelah menyedari kandungan lemak tepu mungkin akan bertambah. Oh, sangat keji.

Zara : Malam tadi hidup dihiasi oleh berita gembira oleh dua orang sahabat yang telah menjalinkan hubungan terbuka dengan pasangan masing-masing. Tahniah buat Pakcik AM dan Makcik SS. Moga kalian berdua bahagia dengan insan yang menjadi pilihan hati. Sumpah! Aku termimpikan majlis perkahwinan Pakcik AM malam tadi.

70 comments:

mira amair said...

sedapnya..antar la kt Penang ckit..huu!

etomyam said...

meriah..raya sakan tahun ni....kalau dekat boleh pegi baraya dah hehehe

zan-xray said...

moga2 raya ni raya yang meriah.
emm dah byk kuih dibuat tu
jangan hari raya nanti penat asik tido je

.ieLah. said...

syg!
sedapnya nampak kek kamu tu!
mahu mahu!

hidayah said...

ni kene datang uma beraya ni

~ Hariza ~ said...

zara,
meriahnya kek itu..!
sangat mbuat air liur menjadi kecur..
tlg makankan utk akak ye..

utk seketika, zara berkawan la dgn lemak tepu itu..

Cik aiNa said...

alaa...tingat time dulu2 tlg mak wat biskut raya..skg suda duk jauh..woaaa

ieyla said...

Salam...pandainya buat kuih raya,boleh wat bisnes nie....:)

Lifesaver said...

akak nak kek itu adik zara!!plisssssssss

kEy said...

zara~

ma0 alamat!
ma0 dtg raye umah!

~♥ cik intan® said...

.wahhhhhhhhhhhhhhhh
.nakkkkkkkk kek n kuih rye tuuuuu

miss zahidah said...

macam sedap je kek tu...nak jugak....

sI tEDI said...

aku belum mula apa2.. amat jeles sekali

[z@ck] said...

macam kek batik..
looks nice, does it taste nice too?
hehehe..

psst..ley amik tempahan la raya thun dpan..hehehe

BabySiiaOzz said...

kak, i want =(

Aidy Shahiezad said...

sungguh warna warni kek itu...
nak sikit boleh ??

zafa said...

cuba wat kek kaler hitam...mesti xde nk makan..sbb org ingat kek hangit

faqhrule said...

waaaaaaaaahhhhhhhhhhh lapa

cHeRyNa PiReS said...

adoiii...sha sangat suka benda2 yg berwarna-warni. membuatkan hati gumbira tidak terkata.

tp nak membuat kek warna warni seperti anda...? oh tidak...sha tidak begitu rajin. kepandaian pon tak ada.

semperit itu kuih kegemaran sha. pon tak pandai buat juga. sangat teruk kan?

maybe next year sha harus order kek dan kuih dr anda...mmm....(thinking)

* banji kumpulan rock itukah?

farah said...

sayang,

aku terliur la.

camne nie?

:D

ZARA 札拉 said...

mira amair:

sampai sana dah hancur kek tu ceq oit~

ZARA 札拉 said...

etomyam :

ehehe~

auh pun bleh~

ZARA 札拉 said...

zan-xray:

hahaha~

baik bang~

ZARA 札拉 said...

.ieLah.:

hahaha~

sila amik~

ZARA 札拉 said...

hidayah:

sila datang yaya~

hehe~

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~:

hahaha~

makin gemuk ku~

ZARA 札拉 said...

Cik aiNa :

takpe sis~

balik awal, bleh tolong buat~

ZARA 札拉 said...

ieyla :

bisnes ku tak reti~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver:

datang beraya kak sementara blum sarat~

ZARA 札拉 said...

kEy :

hehehe~

silakan sayang~

ZARA 札拉 said...

~♥ cik intan®:

jemput dtg beraya~

ZARA 札拉 said...

miss zahidah:

moh beraya~

ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

sila mulakan secepat mungkin~

ZARA 札拉 said...

[z@ck] :

Its totally nice!

hehhee~

ZARA 札拉 said...

BabySiiaOzz :

come raya at my home!

ZARA 札拉 said...

Aidy Shahiezad :

pasti boleh~

hehhee~

ZARA 札拉 said...

zafa :

hahaha~

blum tau lagi~

ZARA 札拉 said...

faqhrule:

relax cikgU~

heheh~

ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS :

ada kumpulan Rock nama Banji ke sayang?

ZARA 札拉 said...

farah:

dtg berya ke rumahku~

acap said...

semperit sedap;)

ZARA 札拉 said...

acap:

moh makan~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

semperitmu kelihatan purrrrrrrfect!

ku fikir 3 warna itu cat dinding tadi =P

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hehehe~

cat dinding katamu~

ihiks~

meo188 said...

wow, colorfullah!

imHepPie said...

beshnya cam sedap...

nape aku xpenah taw pon itu golek banji..apekah??

cintaAnna said...

warna warni di aidilfitri..

eekkkee..meriahnya Cik Zara..terasa jeles...

sob sob sob sob :(

miera a.k.a merr said...

makcik..mahu ke rumah kamu juga..haha

Monkey D Luffy said...

bg ler aku rasa kuih masakan anak dara tew

ZARA 札拉 said...

meo188:

mari bermain dengan warna!

ZARA 札拉 said...

imHepPie :

banji golek itu Banji Roll~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

cintaAnna :

sila jangan jeles kak~

ihiks~

ZARA 札拉 said...

miera a.k.a merr :

hahaha~

moh datang moh~

ZARA 札拉 said...

Monkey D Luffy :

jemput datang rumahku bang Zalie~

hehehe~

orang2.. said...

mcm sdap ja yg kaler2...


T-T

ZARA 札拉 said...

orang2..:

memang ebst AMer~

hahhaa~

Tekkaus said...

War....nampaknya macam sedap aje. :p Pewarna tu dibenarkan tak? LOL :D

ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

hehehe~

mestilah yang dibenarkan bang~

hehehe~

rAtu saLju™ said...

nape x share sket pun dgn ku :(

olin said...

save golek banji tu bila aku datang aku mahu makan dengan rakus jugak~

ZARA 札拉 said...

rAtu saLju™:

datang rumah syg~

hehhee~

ZARA 札拉 said...

olin:

aku tak bulih janji~

hahaha~

messyremo said...

kalau biskut mungkin tak bole post..

hancur nanti~~

tp kek ni cm bole post jer..

ape kata kamu post kat sini..hehe

ZARA 札拉 said...

messyremo :

kek lagi tak buleh Omar~

nanti hancur~

GiGGLe GaL said...

aku nak flag blog ni la.. hari tu blog dak ted aku nak flag..sbbnya aku asik wrong timing..tertengok food time tengahari nih..

masalahnya, mana butang flag ko.. huwaaaaaaaaaaaaaaa bak la sikit kek tu.. sodap ehh...

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

hahaha~

moh datang makan kat rumah aku kak~

haha~

darlink said...

comey giler kaler3

naz said...

wah! pndai bwat kek pelangi ku suka! camat hawi waya <---- ayat manje.hohohoh!

ZARA 札拉 said...

darlink:

hehehe~

terima kasih sayang~

ZARA 札拉 said...

naz :

hehehe~

best tak cayang?

camat ayi yaya juga~