Sunday, September 13, 2009

Permintaan Terlampau Seorang Gadis Yang Diliputi Tepung Sambil Memeluk Ketuhar Secara Intim.


Salam kasih sayang buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Maaf jika aku kurang dapat melawati blog kalian semua. Mohon ampun dan maaf disebabkan aku dilanda kesibukan yang bukan mudah diselesaikan. Berperang dengan tepung, penimbang dan ketuhar membuatkan aku hampir kehilangan tenaga dan tiada emosi. Sumpah! Hampir hilang diri.

Proses bermula seawal pagi. Usai membasuh pakaian keluarga dan pinggan mangkuk yang ditinggalkan oleh mereka yang bersahur dan berbuka puasa, aku memulakan operasi membuat kuih raya bersama Emak tercinta. Oh, ibu jari aku sedang kejang sekarang. Maaf ku pinta dari kalian. Kuih yang berjaya dibuat hari ini tat gulung nanas, suji Arab dan samperit.

http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/bfr/lowres/bfrn28l.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Setelah tidak sedarkan diri hampir dua jam petang tadi, aku kembali memeriahkan dapur sambil hampir berguling di lantai disebabkan kepenatan yang dahsyat. Kiranya aku lebih rela beraksi di padang bola berbanding kekejangan akibat menghadap ketuhar baru sebesar 60 liter. Hampir sebesar sebuah peti bergambar yang bersuara. Oh ya, malam ini rasanya aku mahu diurut oleh lelaki ini memandangkan dia sudah kematian isteri dan anak akibat perbuatan John Merah (baca : Red John).

http://www.blakeneely.com/projects/mentalist/the-mentalist.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Rasanya beliau tidak akan menolak. Sekurang-kurangnya, keadaan mental aku bakal berada di tempat yang sepatutnya setiap malam Sabtu menonton dia di SINI. Tulang temulang berbunyi mengalunkan irama yang aku sendiri tidak mahu. Aku rindukan seseorang tetapi terlalu sibuk sehingga hari Ahad. Mungkin juga masa berkualiti bersama dia hampir ke tahap bahaya. Hanya berharap dia bakal mengerti keadaan aku ini.

Buat sahabat sekalian, aku bakal kembali pada hari Isnin. Sila tunggu aku ya? Aku bakal lawati rumah kamu semua selepas aku berjaya memulihkan diri ke tahap yang seharusnya. Kemahiran berguling aku semakin tumpul kebelakangan ini - aku percaya ianya harus digilap kembali. Rindukan kalian semua.

Zara : Mahukan Patrick Jane menguliti aku malam ini - membuatkan aku lupakan segala kepenatan dan permasalahan dengan kebolehan dia memanipulasikan minda.

52 comments:

sI tEDI said...

aku belum lagi memulaka golekan di depan ketuhar....

la la la la...

ber_uwang said...

lupa la nak mintak kuih tat sekali ari tu( dasar muka tembok..dah kasi kad nak kuih pulak) he he he

{lumut} said...

isk.sedapnye kuih tat..hehe..
jangan lame2 sgt terus berguling ye..hee..

sharamli said...

mesti byk kueh buatan kam0o tya0n ni kn...

heee

.pali7x. said...

haaa...jom aku urut ko. sampai terkangkang2 aku urut. mau?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tipoo tau smpi guling2 kt dapur bagai...hikhikhik =P

imHepPie said...

huhh..bak la sebalang..nk try je sedap ke x..hi3

Pocket said...

pocket tak pandai main tepung,
main butter pandai lah :)

tp citer mentalist tu tak paham sgt lah, terasa cam scriptnyer mudah sgt pun ader jgak...

Paan said...

Apa cookies paling sedap tahun ni?

cintaAnna said...

bagus kalian semua.Aku hanya mmpu berguling2 di atas laptop dan nota2..dan tesis..aku penat oooooooo...

kepala otak sudah mau pecah

p/s: kamu sudah baca posting aku baru2 ini..posting yg membuat mereka keliru akan aku..ekekke...

cHeRyNa PiReS said...

buat kuih ape tuh? ada semperit tak? adoii...sha sangat kagum ngan org yg sabar2 nak main tepung...kalau sha diberi tepung dan telur...tak mungkin jd kuih. mungkin hanya jadi mainan baling2an macam dalam zaman sekolah.

tabik spring kepada zara!

olin said...

aku bagi makan cekodok je pada tetamu nanti. haha.

kalu kamu datang, aku buat something yang special. hehe.

olin said...

aku bagi makan cekodok je pada tetamu nanti. haha.

kalu kamu datang, aku buat something yang special. hehe.

meo188 said...

wah, rajinnye....jom main suap2... huhuhuhu :p

Pais Chaos said...

bahaya ni..kene tipon polis!!!

itafukada said...

wahh..semangat wat kuih raya ea? pos sket.hehe..

daku buat jgk.tp dgn jari sj.main tunjuk2.biasala..kuasa di tgn anda.hikhik..

Wanita Itu said...

patutlah tiada kunjungan dari kamoo dek zara..

sibuk di dapur rupa2nya..

jgn lupa lawat blog kakak ya..

zan-xray said...

lambatnya hari isnin nak kembali normal, eh lupa esok la isnin. aku juga boleh urut mu dik tetapi teknik yg lagi bagus.. hentaman dengan batang penyapu!!

farah said...

berapa byk biskut kau buat sayang?

░♥si lampu neon♥░ said...

hahahah

mimie said...

wah!!!meriahnyer raye..dpt wat kueh raye sendiri...how nice..

Tekkaus said...

Buat kuih? Kalau boleh masak rendang dan ketupat! Itu lagi best! :)

Noorlaila Mohamed Nor said...

rajinnya zara~

ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

sila mulakan dengan laju~

ZARA 札拉 said...

ber_uwang :

kalau sampai Nilai, tart tu dah jadik debu~

haha~

ZARA 札拉 said...

{lumut} :

hehehe~

baiklah syg~

ZARA 札拉 said...

sharamli:

boleh tahan~

moh dtg beraya~

ZARA 札拉 said...

.pali7x. :

itu keji bai~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

hahaha~

betul Nuar~

ZARA 札拉 said...

imHepPie:

hehehe~

tester ye kamu?

ZARA 札拉 said...

Pocket :

hehehe~

jom main butter~

ZARA 札拉 said...

Paan :

banyak~

samperit mau?

ZARA 札拉 said...

cintaAnna :

tesis?

sedap woo~

ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS:

mau samperit dik?

ada~

hehe~

ZARA 札拉 said...

olin:

cekodok?

err, best~

ZARA 札拉 said...

olin:

oh nasib baik kalau aku dtg menunya lain~

ZARA 札拉 said...

meo188:

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Pais Chaos:

Polis?

ahh~

tak mau!!

ZARA 札拉 said...

itafukada:

hehehe~

kuasa di tangan anda gitu~

hehhee~

ZARA 札拉 said...

Wanita Itu:

hehehe~

sudah kak~

ZARA 札拉 said...

zan-xray:

pergh~

kena hentam bang?

oh...sakit tu~

ZARA 札拉 said...

farah :

4 jenis syg~

hahaa~

ZARA 札拉 said...

░♥si lampu neon♥░ :

hihihihi~

ZARA 札拉 said...

mimie :

hehehe~

meriah ya syg?

ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

itu raya nanti bang~

hehehe~

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor:

woot~

laila sayang!!

Lifesaver said...

aku boleh tolong urutkan kamu sayang~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

oh~

bagusnya kak~

hidayah said...

ah ketuhar di rumah hiasan selama 11 bulan...

sebulan sahaja digunakan... hihihi=))

bulan ramadhan...

ZARA 札拉 said...

hidayah:

hahaha~

takpe~

kurang rosak~

messyremo said...

hehe..

okae ler tu..
minggu depan mandi dgn nasi plak..hehe

ZARA 札拉 said...

messyremo :

apa pulak?

tak mau~

hahaha~