Sunday, September 20, 2009

Rahsia Terbongkar, Kebenaran Terserlah Di Petang Menjelang Aidilfitri Yang Mulia


Salam Aidilfitri buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Maaf dipinta andai kata terdapat salah dan silap sepanjang kita bermadu kasih sayang di sini. Moga cinta, kasih sayang yang tersulam dengan ikatan sebuah pelukan, gulingan dan ciuman mampu bertahan demi sebuah ukhuwah yang terbina dalam hati kita semua.

Oh, rahsia yang disimpan dan diselindung dari pengetahuan bonda tercinta terbongkar akhirnya. Emak tidak tahu tentang kewujudan Si Kosong sehingga ke hari ini. Ya, aku yang membongkar tanpa sengaja. Lidah pantas menjawab dan bergurau senda dengan Emak hingga rahsia terungkai tanpa sengaja. Oh Tuhan, harap Emak mampu menerima.
(Aku bakal menulis mengenai ini selepas Raya)

Sempena Syawal yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata dan merosakkan bahasa. Ah, silap ini datang dari kelemahan aku sebagai seorang manusia biasa. Moga segalanya bakal sempurna di hari lebaran ini.

http://i237.photobucket.com/albums/ff174/pixelcode/rayaraya/kad-raya-6.jpg

Salam sayang Aidilfitri buat kamu semua.
Andai kata kamu berkesempatan untuk mengunjungi kediaman aku di Muar ini, silatitipkan pesanan di sini atau di surat elektronik aku. Senyum sentiasa dan ingatlah, bahawa aku sentiasa sayangkan kalian semua!

Zara : Moga yang terbaik sentiasa menjadi milik bersama. Oh ya, mungkin aku hanya akan mengemaskini blog bila berkesempatan. Maaf tidak dapat mengunjungi kalian semua seperti biasa! Buat rakan-rakan di luar negara, akan aku titipkan kenangan-kenangan raya pada kalian semua!

28 comments:

cHeRyNa PiReS said...

selamat hari raya dan maaf zahir batin ye! mesti cuti lame kan..cikgu zana? seminggu hendaknye:)

ape2 pon...tak sabar nak tgk update anda bile dah balik dr raya nanti:)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tershasuk yer zara...sukalah emak tu dapat calon menantu...hikhikhik =D

salam lebaran utk zara & keluarga =D

{lumut} said...

salam lebaran buat kamu zara yg comel!!huhu...

nak lemang!=(

denaihati said...

SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

sI tEDI said...

salam aidilfitri

et said...

ahahaa..suda kantoi..xper2..

eid mubarak cik zara..nnt dtg la bguling2 lg yep~ ^^

Jard The Great said...

slamat ari raya zara.. =)

Fatyyhahh :) said...

maaf zahir batin, salam lebaran.


*rindu sgt sbnanye :(

zan-xray said...

tak lama lagi dapat la adik ipar :-)

Tfaaaaaa said...

selamat hari raya akak zara :)

meo188 said...

slmt hari raye blogger fren!

tq... bg present & kad raye lg tue.....

hepi gile ah ding dong...

tq2 again :)

Tekkaus said...

Ya :D Selamat Hari raya Aidifitri Zara! Maaf Zahir dan batin. LOL :D

Mana ketupat saya?

farah said...

selamat hari raya zara.

:)

hidayah said...

oh tidak ke muar la zara...
tunggu jela surat ke muar ye...
hehehe..

kali ni, kad kosong sahaja
lain kali tamo janji paper lagi.

huhu~

ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS:

hehehe~

maceh syg~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hehehe~

segan daku~

ZARA 札拉 said...

{lumut} :

moh makan~

ZARA 札拉 said...

denaihati:

maceh bang~

ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

sama lah kita~

ZARA 札拉 said...

Jard The Great :

meceh Jard~

ZARA 札拉 said...

Fatyyhahh :) :

kak pun rindu kamu~

ZARA 札拉 said...

zan-xray:

lama lagi bang~

=)

ZARA 札拉 said...

Tfaaaaaa :

maceh syg~

ZARA 札拉 said...

meo188 :

hehehe~

=)

ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

ketupat kena dtg rumah~

ZARA 札拉 said...

farah:

maceh syg~

ZARA 札拉 said...

hidayah:

hehehe~

ZARA 札拉 said...

TO ALL:

maceh semua!!