Saturday, September 05, 2009

"Sayang, Lupakan Rumah Urut. Bakal Ibu Mertuaku Guna Enjin Carian - Terjumpa Gambar Kita Berdua"


Malam tadi usai menunaikan solat Terawih, aku duduk termenung di penjuru kamar. Tersenyum melihat pesanan ringkas dari Si Kosong - dia menzahirkan rasa rindu yang membuak di dalam hati. Berkongsi gelojak rasa. Deringan Si Hitam menyentap lamunan aku. Ah, wanita itu di hujung talian. Bibir mengukir senyuman. Hati berdetus, kekasih hati.

http://4.bp.blogspot.com/_ylcqtpBBHws/SKRS5TyA09I/AAAAAAAABqM/aeZUWMGtuh0/s400/sayang.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Aku : Salam B. Ada apa yang aku boleh bantu?
B : *ketawa kecil* Saya mencari perkhidmatan rumah urut. Ada di sini tak?
Aku : Urut yang macam mana kamu mahu? Seluruh badan ada khas untuk kamu.
B : Oh, bagus. Ada irama yang mengiringi tatkala saya diurut tak?
Aku : Ada. Dengan iringan lagu yang berentak keras, anda akan dipijak secara menggila sebelum mengeluarkan sesuatu yang tidak sepatutnya.
B : *gelak* Keji sungguh. Aku fikir kamu mahu urut aku betul-betul.
Aku : Pergi pada Si Jejaka. Dia lebih baik dari aku. *gelak keji*
B : Ah, sayang. Lupakan rumah urut. Bakal ibu mertuaku pandai gunakan enjin carian (baca : Search Engine) tahu?
Aku : Sudah tu, apa kena mengena dengan rumah urut dan urutan?
B : Dia terjumpa gambar kita bersama suatu ketika dulu.
Aku : Gambar yang mana?
B : Gambar yang kurang elok sayang (suara sedih)
Aku :
*tersentak* Yang mana satu sayang?
B : Gambar kita berdua yang dipenuhi dengan kek akibat di baling Jejaka. *gelak*
Aku : Alahai...apa yang kurang eloknya?
B : Dia kata kamu lebih comel dengan buah ceri di atas tudung.
Aku : Asalkan dia tidak menukar calon menantunya selepas ini cukuplah kan? *gelak berdekah*
B : Sampai hati...

Puasnya hati dapat mengenakan wanita nakal itu. Ah sayang, kamu tetap istimewa di mata Jejaka. Tidak mungkin akan ditukar ganti buat masa ini, dan insyaALLAH, sehingga ke akhir hayat. Doa aku agar kalian bahagia.

Zara : B, kalau kamu mahu diurut secara klinikal, jangan cari aku sayang. Sila cari pengamal perubatan yang kacak itu. Dia punya pusat kesihatan peribadi khusus untuk kecederaan otot. Buat Jejaka, aku tahu kamu sedang ketawa membaca catatan ini. Senyap dan awas, jangan beritahu bakal isteri kamu.

58 comments:

Noorlaila Mohamed Nor said...

zara
sila upload gambar yang kurang elok tu
hee :p

.ieLah. said...

haha

manis lah kamu dan B

cemburu~

faqhrule said...

mesti bakal mak mentua kawan u tu blogger jugak..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ada2 sj kowang ni...fun to read =D

.palisevenfold. said...

haa...meh aku urut. bgtau kt kawan2 kamu. terhad utk perempuan saje.

wak wak wak!

addyaholix said...

badan rasa lenguh-lenguh. kalau di kampung, selalu mintak mayah dan amin pijak belakang.

rindu gila kat amin!

farah said...

kau kenakan dia sayang?

kasihan temanmu itu.

:D

Tfaaaaaa said...

haha..tempek saje gmbr tersebut :)

khaLifah feDi said...

waa sopan betul hang bicara dlm hp ..!!!

zan-xray said...

mesra nya korang berdua ni.
seronok mengikuti cerita.

badan memang elok diurut.kena tahu juga kenapa badan selalu lenguh2.

olin said...

nak urut menggila tuu~

zamspotte said...

hahaha... sila2 urut namanya..

sI tEDI said...

ceri atas tudung? nak tengoK! :P

sharamli said...

bt0l..nak tgk jgk pic tu..
gans bet0l jejaka tu baling

Siti Nurul Jannah Fital said...

saya mahu lihat gambar itu..cepat Cik Zara..sila uplode..Ini adalah permintaan dari pembaca mu yg ramai...
HUhuhhu

ashie023 said...

ya, nmpknya ramai yg nak gambar itu di upload..sy pong teringin gak nk tengok..sila upload skrg..ahahha

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

ibu mertua B sgt rock!!!! pinjm ibu mertua boleh, B?

eh zara. upload ah gambo tu

Tekkaus said...

Saya rasa ibu mertua tu ada hantar pengintip ke ataupun penyiasat kot. Ha :D

Paan said...

Wanita kelihatan seksi jika dibalut warna hijau, merah atau ungu di mata saya.

Pais Chaos said...

best tak citer sayang u can dance?

atiQah adNan said...

comel kamu berdua..
heheh nampak nye kamu dan yang lain-lain dikalangan warga belog juga ea... hehe

naz said...

hoho.double meaning lagi ke.duhh.

Precious said...

Owh .. tengkukku dan belakangku amat sakittt! Sapa ler nak urut!!

luth textile said...

adoyai, sungguh up to date bakal mak mu itu

meo188 said...

bile kite nk berganbr bersame lak? huhuhu :p

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor :

owh~

tak mungkin sayang~

ZARA 札拉 said...

.ieLah. :

kita juga bulih syg~

ZARA 札拉 said...

faqhrule :

aku harap tidak~

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hahaha~

sangat kelakar kami?

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold. :

boleh gak~

nanti aku iklankan~

Choi!!

ZARA 札拉 said...

addyaholix :

ahh~

benar bang~

aku mau amin urut juga boleh?

ZARA 札拉 said...

farah : sudah saat nya dia harus membayar syg~

ZARA 札拉 said...

Tfaaaaaa:

oh~

tak boleh syg~

ZARA 札拉 said...

khaLifah feDi:

hahaha~

sangat2 sopan~

ZARA 札拉 said...

zan-xray:

hahaha~

kami memang begini bang~

ZARA 札拉 said...

olin:


hahaha~

mesti~

ZARA 札拉 said...

zamspotte:

hahaha~

ada naam siap~

ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

ahh~

mana buleh~

ZARA 札拉 said...

sharamli :

hahaha~

memang ganas beliau~

ZARA 札拉 said...

Siti Nurul Jannah Fital:

aku bakal pitam secara vertikal nanti~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

ashie023:

belanja kenny rogers dulu sayang~

ZARA 札拉 said...

+h.a.z.e.r.i.n+ :

hahaha~

nak pinjam?

ahhh~

ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

hahaha~

aduhai~

jangan~

takut~

ZARA 札拉 said...

Paan:

hahaha~

ye ke Paan?

ZARA 札拉 said...

Pais Chaos :

best sayang~

ZARA 札拉 said...

atiQah adNan :

hahaha~

pening kepala dengan telatah dia kak~

ZARA 札拉 said...

naz:

ahh~

kamu juga~

kamasutra geek!

ZARA 札拉 said...

Precious :

meh aku urut kak~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

luth textile:

bukan mak ku Luth~

=p

ZARA 札拉 said...

meo188 :

bila kamu mahu?

imHepPie said...

ahaha...tringin mau nengok gambo ceri d atas kpala itu...huhu

ZARA 札拉 said...

imHepPie :

hahaha~

rahsia~

tak buleh~

Lifesaver said...

aku nak tgk gmbr itu!!!

upload segera!!

mRs.jUkoGYu said...

zara..nak tgk gambar yg kurang elok itu...

ZARA 札拉 said...

Lifesaver:

mana bleh~

nanti effect baby~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

mRs.jUkoGYu:

Org duduk Muscat tak bleh kak~

hahaa~

~ Hariza ~ said...

punya impian utk bergambar dgnmu..~
bila ye?

agaknya apa kata carian jika gmbr kita dicari di atas talian?
hehe..

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~ :

hehehe~

kurang pasti daku kak~

=)