Friday, October 23, 2009

Kerjaya Pendidik Itu Satu Seni - Sila Panggil Aku Penggiat Seni Yang Penuh Budaya Wahai Teman Semua

Ya.
Ini khabar gembira yang ku mahu sebarkan buat kamu semua.
Aku masih ditempatkan di daerah aku!
Tahniah buat diri sendiri.

Aku ditempatkan di sebuah kawasan yang agak pedalaman.
Jarak dari rumah ke sekolah adalah 43 hingga 45 kilometer dan mengambil masa lebih kurang satu jam.
Jalan ke kawasan tersebut adalah seperti permainan dalam Destinasi Terakhir 3 [baca : Final Destination 3].
Ya, roller-coaster.
Tiada lampu jalan, tiada rumah , tiada stesen minyak sepanjang jalan.

Tidak mengapa, aku masih tersenyum gembira.
Orang kata, kerjaya seorang pendidik ini adalah suatu bentuk seni.
Anak didik ada pelbagai ragam, ada pelbagai gaya - maka sebagai guru, aku bakal menjadi seorang pengarah, penerbit, penulis skrip, penyedia kelengkapan dan seorang pelakon.
Disebabkan aku dihantar untuk berkhidmat di kawasan yang agak pedalaman, aku dapat merasakan kawasan itu seharusnya masih kuat berpegang dengan budaya.

Secara umumnya di Malaysia, impian setiap pengarah, penerbit, penulis skrip, penyedia kelengkapan - pakaian dan pelakon adalah mementaskan karya di Istana Budaya. Walaupun aku mungkin gagal untuk beraksi di situ, aku masih seorang penggiat seni.
Jadi, sila panggil aku penggiat seni yang penuh budaya.

Oh, jangan bertanya di mana sekolahnya kerana sesiapa yang mempunyai Mukabuku aku, kalian telah dapat melihat gambar peta yang aku ambil menggunakan Peta Google [baca : Google Map].
Aku sudah menggunakan pelbagai enjin carian untuk mencari maklumat mengenai sekolah tersebut tetapi agak menghampakan - TIADA.
Adakah ini bermakna aku tidak perlu memperibadikan Dunia Sebelah Zara?

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon15.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Sekarang, impian aku adalah mahu memiliki sebuah kereta.
Maaf kepada niat untuk menaiki motosikal ke sekolah - tidak mungkin akan dapat dilaksanakan.
Mungkin kalau sesi persekolahan bermula jam 9 pagi, aku masih boleh menaiki motosikal dengan membawa bekalan minyak tambahan - dan itu sesuatu yang mustahil.
Penempatan rumah? - Masih difikirkan.

Penulisan sebelum ini adalah cara aku menzahirkan ucapan terima kasih buat kamu yang sentiasa menyokong aku dan setia bersama dari blog pertama hingga aku membuka Dunia Sebelah Zara. Agak pelik juga membaca komen supaya aku bersabar dan menunggu jodoh lebih baik - mungkin juga disebabkan gaya penulisan aku kurang tepat. Maaf tetapi aku sangat menghargai komen kamu semua!

...dan aku ingin memetik kata Si Kosong...
"Kalau baca blog kamu Zara, mesti kena tengok label dahulu. Kalau tidak, boleh keliru"


Zara : Sedang membuat rawatan kesihatan untuk diri sendiri. Buat mereka yang berada di Kampus Selatan, aku akan pulang ke sana 25 Oktober ini. Moga kamu sentiasa ceria teman. Selamat berhujung minggu!

81 comments:

cik intan (◡‿◡✿) said...

.wahh zara mahu beli kereta kah??
.yay!
.bole pergi pantaiiiiiiiiiii~ ;D

Jard The Great said...

huhuh.. jgn lupa add aku utk baca blog private ye..

NUai said...

hahhaaa..

~penggiat seni dalam dunia yg penuh warna warni.. ^^

cik eja^_^ said...

betul tuu...

bersiap sedia laa adik..

dunia pendidik nie..

penuh dengan cabaran..

tak seperti orang yang kat luar tu cakap'keje cikgu senang jer'...

jadi pelakon yang baik k :)

cHeRyNa PiReS said...

dari menanam anggur sehinggalah penggiat seni. waaaa..hebat! kalau buat resume, gerenti ramai yang berkenan:P

* dik...kadang2 budak2 nieh bukan kisah sangat dengan blog kita. tgk dulu, kalau jenis bz body barulah private, orait?

sudah elok vericella?

Anike MK said...

Asalkan ko tak mengajar pasal blog sudahlah

kalau tidak...kompem makin "femes" blog ko...heee...

Klon sdh sedia utk htr kamu ulang alik ke sekolah..

wee~~~

hidayah said...

senyum!~

sebab apa? krna permulaan ayat yer adalah YA. hihi. prasan mmg saya. dan saya mmg perasan org panggil saya. haha. watEVA!

ok. dgr mcm pdalaman sangat ni. gerun~

redi jet...

Cik As said...

selamat menjadi penggiat seni yang berbudaya zara..hehe.. kalo kamu jdi penggiat seni yang berbudaya angkara ditempatkan di kawasan yang masih punya unsur budaya yang tinggi, bagaimana pula dengan daku yg ditempatkan di kawasan suam2 bandar & kampung tu...hehe.. apa panggilan yang bersesuaian ya??hehe

PiNk ButTeRfLy said...

u r going to be okay.

zara can survive in any place she goes.

happy friday, babe!

Precious said...

Mungkin banyak pengalaman menarik menunggu di pendalaman. Anak2 murid yg pemalu ... buah2an tempatan manis2 ... sungai menyegarkan ... kehijauan ... uh, best!!

intan izani said...

selamat menjadi cikgu!

Puan Nina (DINina) said...

owh zara sayang..
selama 2 tahun saya berulang dari rumah ke tempat kerja..
berkerja dikawasan amat pedalaman juga..
jaraknya 49 KM..
tanpa trafic light..
tanpa jam..
no KFC..
no GAINT SUPERMARKET..
pada saya..
perjalanan itu sangat tenang..
dikelilingi tumbuhan hijau dan bukit bakau..

selamat mengharungi dunia baru..
pasti zara akan menghargai kenangan ini..

Samaira said...

uiii zara hehe nanti mau beli kereta apa ya??

oranglidi said...

walaupun wa x paham, tapi wa buat2 paham.

farah said...

nasib baik dpt di tempat sendiri ye.

:)

faqhrule said...

posting di sekolah mana zara?

Noorlaila Mohamed Nor said...

boleh tumpang kereta baru yeayy!

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

++ tahniah adik ku....
akhir nyer kamoo menjadi pendidik....

akak doakan kamoo berjaya...amin ++

et said...

aip..baek..cik pgiat seni yg penuh budaya..(pjg nye nk taip..huu~)..kereta? wah3..muge sukses nk mengajar nnt..ujung mgg bley la blk umah kn..x brp nk jauh..hek3..errr..tp, kne la ade bekalan minyak kot..nnt tgh2 jln stuck plak..hehehehee~

ZARA 札拉 said...

cik intan (◡‿◡✿) :

lama lagi baru boleh~
pantai?
hahaha~

ZARA 札拉 said...

Jard The Great:

Baik dak Jard!

=]

ZARA 札拉 said...

NUai:

hahaha~
boleh juga camtu~

ZARA 札拉 said...

cik eja^_^:

insyaALLAH kak~
doakan daku ya?

ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS :

hehehe~
alhamdulillah sudah sihat kak~

kalau takde apa2~
mungkin akan kekal terbuka~

ZARA 札拉 said...

Anike MK :

sayang~
mengapa ada "femes" gitu?
aku mana ada femes~

yeah!
nak jumpa sayang!

ZARA 札拉 said...

hidayah:

hehehe~
redha woo~

=]

ZARA 札拉 said...

Cik As :

penggiat seni menyuburkan budaya~

wah~

hehehe~ boleh tak kak?

ZARA 札拉 said...

PiNk ButTeRfLy :

Thanks honey!

=]

Happr Friday babe!

ZARA 札拉 said...

Precious :

hehehe~
insyaALLAH kak~
doakan ya?

ZARA 札拉 said...

intan izani:

Terima kasih kak!

=]

ZARA 札拉 said...

Puan Nina (DINina):


InsyaALLAH Puan Nina~
Doakan Zara ya?
Moga tabah seperti kamu~

ZARA 札拉 said...

Samaira :

Mau beli CRV boleh?

hahaha~

ZARA 札拉 said...

oranglidi:

hahaha~

aduhai~

ZARA 札拉 said...

farah:

alhamdulillah~

=]

ZARA 札拉 said...

faqhrule:

sekolah menengah..=]

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor :

Hoyeah!!

=]

ZARA 札拉 said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :

amin~

terima kasih kak~

=]

ZARA 札拉 said...

et :


muahaha~

seni sungguh kan?

=]

mier@merr said...

wahaha........

slmt menempuh cabaran baru dalam bidang seni perguruan....

Lifesaver said...

semua kerja perlu seni dik...

zeqzeq said...

yer lee SENI pendidik seni,

seni ucap seni .baju,

seni tutur,
betul bagi sudut pendidik kan..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

agak2 ada internet akses di situ zara?

Aku Beskot™ said...

hai penggiat seni yang penuh budaya..
hehe..

mau bli kete??
kete sorong ke??haha..

sharamli said...

nak panggil kamo0 artis b0leh?

Ftyyhahh said...

slm sayang. hehe. wah tahniah! tp jgn la prvate kn;(

chokio_nia said...

ahaha..bole jadi silap paham ape akak tulis..

btw bes nye dpt tempat sniri..nati senang balek jenguk mak ayah..=)

AiE bAhRi said...

Tahniah sekali lagi zara! mendidik anak bangsa di kawasan sendiri lebih seni..ahaks.

faRha said...

x kesah kat mana2 pun
x kenal maka x cinta kan?
semoga semuanya ok untuk kamu nanti
:)

rObOt said...

ahh..zara tahniah! :)
selamat datang ke dunia seni :)
saya juga seorang cekgu :)

Kak Long Mawar Merah said...

Oleh sebab Zara akan menjadi Penggiat Seni Yang Penuh Budaya, bersedialah untuk menghadapi penonton-penonton yang ada kalanya buta seni dan buta budaya.

Tabahkan hati dan semoga menjadi penggiat seni yang dihormati dan disegani.

sI tEDI said...

permulaan yg mencabar juga dak zara..

selamat buat kamu!

Da' daffodil D said...

uuuuuwww... i just leh cakap hope ul b a great penggiat seni there! ;p
ps : gonna miss u little2. nyeh3

Framestone said...

zara....
erm xsabo2 nk tgk bakal cikgu nie rasmi jd cikgu ek....

out of topic--> he..23x mmg betul tue...xsemestinya pembahagian harta... pembahagian kasih syg pun perlu...pada keluarga sendiri..mertua mahupun anak2... anyway thank zara atas komen ini

falcon said...

wah cikgu zara ni umo 22 taun erk??? ajafr pe kt skolah... de lak masa nk update blogg nih kn..huhuhuhu

Fatt Chin Choy said...

aku nak nyanyi lagu

"cikgu ku datang dari kota"
"cikgu ku datang bawak kereta"


lalalalalalala

Yasminhamid said...

Salam ziarah.. akak tumpang komen.
dulu hubby akak kena posting dipedalaman sabah. 2 jam dari bandar ke jeti & 4 jam naik bot ke tpt mengajar. tak ada bekalan air bersih dan letrik. apalagi talian telefon. bot adalah pengangkutan utama penduduk kat situ. tapi itu la pengalaman dia yg paling berharga selama 9 thn jadik cikgu. itu kata dia. selamat menjadi guru sayang...

ZARA 札拉 said...

mier@merr :

maceh Merr sayang~

aku menunggumu~

=)

Manusia said...

zara seorang penggiat seni yang penuh budaya..panjang bebenor hehe

ZARA 札拉 said...

Lifesaver:

muahaha~

betul tu kak!

ZARA 札拉 said...

zeqzeq:

hahaha~
dan sentiasa begitu~

=]

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

muahaha~

ntah la Nuar~

ZARA 札拉 said...

Aku Beskot™ :

kalau kereta sorong tu, sapa nak sorong aku wei?

dush2!!

ZARA 札拉 said...

sharamli :

muahaha~

silakan~

=]

Aidy Shahiezad said...

tahniah zara...
di pelusuk manakah sekolah itu letaknya sampai tak jumpa tue ??

ZARA 札拉 said...

Ftyyhahh :

insyaALLAH~

tengok dulu camne dik~

=]

ZARA 札拉 said...

chokio_nia :

hehe~

insyaALLAH~

doakan ya dik?

ZARA 札拉 said...

AiE bAhRi :

muahaha~

lebih seni katamu bang~

=]

ZARA 札拉 said...

faRha:

Terima kasih sayang!

=]

ZARA 札拉 said...

rObOt :

hehehe~

terima kasih sayang!

=]

ZARA 札拉 said...

Kak Long Mawar Merah:

Terima kasih Kak Long atas doamu~
Zara sangat menghargai~

=]

ZARA 札拉 said...

sI tEDI :

terima kasih Tedi sayang~

peluk2~

ZARA 札拉 said...

Da' daffodil D :

little2 only?

*sigh*

ZARA 札拉 said...

Framestone :

No big deal bro~
Bro pun selalu berikan komen yang baik pada Zara.

I like that topic anyway~

ZARA 札拉 said...

falcon:

hehehe~
terkejut dengan umur daku ke?

=]

ZARA 札拉 said...

Fatt Chin Choy :

hahaha~
tapi malangnya bukan bapaku belikan kereta~

kena beli sendiri~

huwaa~

ZARA 札拉 said...

Yasminhamid :

Salam Kak~
Beruntungnya dia kerana mendapat pengalaman berharga sebegitu~
Sungguh kak~
Cemburu sebab impian mahu ke sana tidak tercapai~

ZARA 札拉 said...

Manusia:

muahaha~

panjang itu indah~

ZARA 札拉 said...

Aidy Shahiezad :

terima kasih bang!

=]

Pelusuk dan ceruk bang~

=]

kimisai said...

seni mendidik??

ermm kalau kita katakan satu anhugerah untuk mendidik??

huhuh

ZARA 札拉 said...

kimisai :

hehehe~

boleh juga...

=}

Jawatan Kosong said...

Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.


Daftar Sekarang