Friday, October 16, 2009

"Lelaki Dalam Badan Wanita Atau Sebaliknya Yang Kekurangan Kasih Sayang"

Salam semua!
Tujuan aku meletakkan alamat surat elektronik aku di biodata penulis blog adalah bagi memudahkan kalian bertanya kepada aku jika ada sesuatu yang mustahak atau mengganggu fikiran kalian mengenai aku. Oh, aku redha dan sentiasa tersenyum bila menerima surat-surat elektronik dari kalian. Maksudnya, masih ada segelintir yang mahu berkongsi sesuatu dengan aku - tidak kira anda pembaca senyap atau pembaca yang menunjukkan diri secara terang-terangan pada aku.

Aku agak terlewat duduk di hadapan Sean, bayi kesayangan aku pagi ini disebabkan menghadirkan diri di dapur, menunaikan tanggungjawab aku. Aku terjumpa secara tidak sengaja (atas sebab aku menggodek komputer aku) senarai kad pengenalan kawan-kawan di kampus selatan. Oh, secara tidak sengaja juga aku telah memeriksa penempatan mereka. Sumpah, aku tidak sengaja. Sikap ingin tahu berlebihan itu membuatkan rakan-rakan yang tiada jaringan Internet di rumah berasa tenang setelah aku memberikan mereka perkhabaran gembira tersebut. Baiklah, cukup sampai di sini.

Setelah memeriksa kantung surat elekronik tadi, aku terjumpa sebuah surat elektronik yang ditujukan khas buat aku. Oh, baik aku letakkan sahaja di sini. Aku rasa malas mahu menambahbaik (baca : edit) tulisan tersebut. Penghantar tersebut mengenalkan diri dia sebagai SAYATanya.

Hello Zara. Aku ini kadang-kadang baca blog engkau. Aku cuma nak tanya beberapa perkara saja pada kau. 

1 - Engkau ni sebenarnya lelaki yang wujud dalam badan wanita atau sebaliknya? Sebab aku tengok cara kau tulis macam kau ni keliru dengan identiti kau. Kau lupa yang kau ni perempuan ke lelaki ya? Sebab kau asyik tulis teman wanita, teman lelaki. Ke kau ni jenis manusia dua alam?


2 - Kau ni kurang kasih sayang ke? Asyik panggil orang sayang dalam penulisan atau komen kau pada pembaca kau. Entah-entah diorang geli dengan cara kau tu. Kau kena sedar bukan semua orang suka cara kau tulis tu. Jangan rasa diri kau tu bagus sangat. 


3 - Kau ni dah tiada teman istimewa ke? Dah berpisah dengan dia? Sebab aku tengok kau dah takde tulis pasal orang yang pernah kau gembar-gemburkan dulu tu pun. Dah berpisah kena beritahu lah. Jangan konon-konon letak pelekat yang kau tengah bahagia dengan dia. 


Semoga kau sedar lepas aku tanya kau ni. Kau nak jawab ke tak ikut suka kau. Kalau kau jawab lagi bagus, takde lah orang lain rasa tertipu dengan identiti kau tu.

**************************************************
http://2.bp.blogspot.com/_jQPfnWjR8zk/SdEnJP22AgI/AAAAAAAAAgc/Ra18EtNcvss/s400/gender.gif
(Gambar penghargaan di SINI)

Aku sedang berfikir, patut jawab atau tidak soalan-soalan dari SAYATanya itu. Baiklah, untuk tidak menghampakan, aku akan cuba jawab seringkas mungkin.

1 - Saya sedang mengalami datang bulan (baca : period). Awak fikir saya ni apa jantina ya? Sudah bertimbun gambar saya dalam blog ini, sila lihat sahaja. Oh, saya juga masih kenal siapa diri saya dan tidak pernah mendiskriminasi orientasi orang lain.

2 - Entahlah, setakat ini semua orang boleh terima, malahan lebih mesra sehingga boleh menghubungi satu sama lain di luar blog dengan aku. 

3 - Oh, Si Kosong masih bersama aku. Perlu ke sentiasa menulis tentang dia? Rasanya kami lebih gemar keluar sekali sekala sahaja di blog masing-masing. Kami sedang bahagia dan tidak perlu terlalu banyak pendedahan di blog. Siapa yang punya Mukabuku aku mungkin lebih tahu.

http://images2.layoutsparks.com/1/226802/colorful-hearts-love-symbol.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Baiklah, aku sudah jawab. Mahu mengundur diri sebentar - menggulung popia inti kentang dan sardin. Dah sejuk agaknya inti tersebut.

Zara : Tahniah buat rakan-rakan yang sudah tahu tempat penempatan masing-masing! Selamat bertugas dan sesiapa yang dapat Johor, insyaALLAH bakal bertemu kalian 26 Oktober ini!

85 comments:

cik ian@aH Lian~ said...

SAYATanya tu bagus ler.
caring terlebih tu.
dia SAYANG zara tuh...

p/s:eh, mahu kiss pp
tembam kamu dik!

messyremo said...

haha~~

adakah kamu lelaki zara?
lawak deh sape tanya nih~

btw,aku suka lagu kat sini~~
layan lagu lame ni best gak..hehe

puding roti said...

wohoo~~
jawapan yg bagus, zara

Paan said...

"Who are you?"
"Why should you care?"
"Because I love you"

- Beautiful My Lady, drama Korea lakonan Lee Byung Hun.

Pedulikanlah, kak.

milimilo said...

kakak mmg cool..jwpn x sentap walaupun soalan agak keras..
kalau kurang kasih syg je ke boleh pgl syg..aduyai,aku syg kakak =)
x geli pun an an..

sI tEDI said...

dak zara... dia fikir sayang hanya untuk berlawanan jantina.. fikiran dia sempit sedikit.. Kita semua maafkanlah dia..

kasih sayang tiada batasan jantina selagi kita tahu niatnya..

Samaira said...

kdg2 manusia ni rasa dia terlalu bagus
tu pasal kuar soklan camtu dr sayatanya tu
dia lupa di tunding jari kt org satu 4 lagi tunding kt dia wakaka

cik intan (◡‿◡✿) said...

.ekekekek
.kelakarnyeeeeeee

.zara, kamu lelaki ek sebenarnya
.jadi si kosong adalah perempuan
.kakakakaka~

.cant stop laughing
.bru je sedey3 tadik, tp bile blog kamu SAYANG terus tergelak3

.ekekekeke
.keep on blogging SAYANG
.SAYANG ZARA SANGAT-SANGAT ;)

faqhrule said...

ramai yang ambil berat tentangmu!

hanimndroid said...

u know urself kan zara. sy suka cara penulisan kamu. dia xsuka jgn baca dan join keluarga berkasih syg ini. shuh2 kamu hahaha

ashie023 said...

aduyai..dah tu kalu aku slalu panggil ank murid aku sayang..camno tuh?aigooo..x bleh blah nye worang yg tanya soklan..ahhahhaha...

ko translate lagik manyak skit bahasa inggeris ke bahasa melayu..sure mende yg dier x penah dengo tuh, bile dier baca, trus pengsan..ahahahha..

love u zara...XOXO

miSs siv said...

hahaha!!
siyes mmg sengal!
ngahahahah~~
agaknye die ade masalah mata kut..tak dpt cam gambar dgn tepat..
=P

ana said...

haha klako la soklan tu mah.seyes..pecah perot aku bc.malu2 hahahahahaha

Noorlaila Mohamed Nor said...

sgt tak logik semua soalan tu
rasa mcm benda biasa je
teman wanita, sayang~
biasa laa~

Hafiz Hamid said...

zara,aku la yg tanya tu, wakaka

intan izani said...

kurang kasih syg agaknye budak tu...
;)

ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~:

huwaa~
daku tembam~

T___T

ZARA 札拉 said...

messyremo :

hahaha~
ntah le Omar~

aku ni jantan gamaknya~

ZARA 札拉 said...

puding roti:

hehehe~
terima kasih sayang~

ZARA 札拉 said...

Paan:

Baik Paan!

Kih kih~

ZARA 札拉 said...

milimilo:

hehehe~
bahagia lagi adalah~
sayang kamu juga dik~

ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

hahaha~
mungkin juga lah~
alahaai~

ZARA 札拉 said...

Samaira :

hehehe~
betul2~
eh, entah2 dia takde jari~

ZARA 札拉 said...

cik intan (◡‿◡✿) :

hehehe~
sayang kamu juga sayang!

kih kih!

ZARA 札拉 said...

faqhrule :

mungkin juga~

=)

ZARA 札拉 said...

hanimndroid :

hahaha~
dia tak bleh terima kot~

=)

ZARA 札拉 said...

ashie023:

hehehe~
alahai wei~
takpe2~
dengan anak murid takpe~
hik hik~

ZARA 札拉 said...

miSs siv :

gamaknya deh~
hahaha~

ZARA 札拉 said...

ana :

mauahaha~

dan aku kena redha?

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor:

hahaha~

kamu memang best dik!

woot!

ZARA 札拉 said...

Hafiz Hamid :

cist hafiz!

hahaha~

atiQah adNan said...

yang penting ade jUaga yang prihatin dengan zara kan..? prihatin tandenye sayang kan..?

ingat semuanye sayang pada zara..

ZARA 札拉 said...

intan izani:

hahaha~

gamaknya~

ZARA 札拉 said...

atiQah adNan :

hehehe~
betul2 kak~

kih kih~

GiGGLe GaL said...

ewww...soklan stok keji...

jap.. aku dah rasa separa confuse..
ko ni sebenarnya laki ke fomfuan dik? ke..ko ni fefonen...

abes tu, saudagar ayam? perempuankan? atau.. erm.. mungkin sesumpah yg berubah-rubah warna..

jap..

jap..

jap..


aku tanya kat ling dan tuck..dan mingming juga.. wonderpet datang membantu...


owwww... ini seriyewwssss...

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

dah datang wonderpet dah~
hahaha~

aku pon confuse aku ni apa kak~
yang penting aku bukan lesung batu~
muahaha~

zino said...

orang yg bertanya tu orang yg ambil kisah .. jawab je dengan ikhlas..

hidayah said...

hik3.
rs nk gelak bc.
perlu ke tanya jantina apa walhal gmbr dah banyak bersidai ?

oh..... ??

sabar jela yang

"yang" ---> akan dipersoalkan jua ke? kita sama2x jantina ni...

hihi =)

hidayah said...

ow dia proaktif dengan kamo zara. sebab tu dia sebukkan diri tuk banyak tanya....

manusia kan....

itafukada said...

hahaha..kpd SAYAtanya tu..amik ko sedebik jwpn dr zara.debushhh..!!

jgn bimbang sygku zara,aku rs ramai yg sukakan jika kau panggil sayang itu.jika xsuka, mudah saja, katakan tidak pada zara.pasti zara memahaminya..

owh ya.ttg jantina.wtfish punye soklan.kate selalu baca blog, tp xtau zara f or m?? aduyaii..nmpk sgt xselalu bc blog.da terang lagi bersuluh.kalo xnmpk jugak.sila jelaskan bil api tertunggak anda.haha..

teman lelaki dan teman wanita..bukankah teman lelaki dan teman wanita itu umum maksudnya?? bkn girlfriend or boipren je dipanggil teman laki dan wanita.put ur mind out the box leh x.huhu..

sekian mekaceh.sayang zara.lalala..~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

penyebok nyer pembaca macam tu! huh!

zeqzeq said...

zara..
ni agaknya terlebih KASIH saya..

qah qah

Mie said...

haha..
kenape kau asik dapat surat tak puas ati ni kak?

adoyaii..
kepada orang yang bertanya pun logik la ckit.. gambar cik kak ni berlambak-lambak kat blog nih ha, smpai kene warning lg tuh.. lg mau tny.. :D

dulikkan sayang..
aku tetap syg kau!
muah!

Luth Textile said...

hi syg.. lama tak dtg sini..

apa hal ni ada surat macamtu? pelik2 btol..

miera a.k.a merr said...

oke gk ade soklan cmtuh.. penyeri idup zara...haha... kan SAYANG....

sje taip kasik besar2.... lalala~

~ Hariza ~ said...

sayang..
sayang..
sayang..

hehe..dia yg merasa geli..org lain rileks aje dear..

Tekkaus said...

Love of course! :p

ZARA 札拉 said...

zino :

hahaha~
dah jawab dah Uncle~

ZARA 札拉 said...

hidayah :

hahaha~
entah yaya sayang~
aku cofuse~

ZARA 札拉 said...

hidayah :

hahahaha~
entah sekali lagi~

aku sayang kamu~

ZARA 札拉 said...

itafukada :

hehehe~
kan dah kena panjang lebar dengan ayangku ini~
ihiks~

sayang kamu!
muah!

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

rasa mau lempang mulih?
kih kih~

ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

hahaha~
gamaknya~

ZARA 札拉 said...

Mie:

syhh Mie~
tu rahsia kita~
kih kih kih~

sayang kamu juga!
muah3!!

ZARA 札拉 said...

Luth Textile:

ntah le Luth cyg~
ku pon tak tau~
uhuks~

ZARA 札拉 said...

miera a.k.a merr :

hehehe~
aku memang gelak gila2~

ZARA 札拉 said...

~ Hariza ~:

orang lain dah merasa limpah kasih sayang ku kak~

ihiks~

ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

Yeah bro!

hehehe~

Ftyyhahh said...

wah ade yang mengambel berat. jwpn yg bagus.
syg kakak!!

cHeRyNa PiReS said...

Sayang...(dun mind pon nak panggil zara sayang tau!)

adekah org ini si ano yang suka mengganggumu? dia minat zara tak...dats why dia ke mana saje. dr cara penulisan...dia mungkin seorang perempuan:)

zafa said...

xleh tgglkan jugak la..huhuhu

Aku Beskot™ said...

kakaka..
cm bongek je soklan SAYATanya tuh..

sape yg mengalami krisis indentiti ni??
ko atau dia eh??
gagaga..

ak x tau ape motif soklan tu..
tp abaikn je..
sharing is caring..
ape ade hal..
lain org lain cara..

arnamee said...

Salam zara syg.

alolo.. angin fofular sdah mula menghembus pp
gebu mu. sehingga semua tentangmu diintai2, jika tak tahu, mereka selidik, kan itu ciri-ciri peminat kipas susah mati?

ehehe.

[z@ck] said...

hahaha..
lantang betul org yg anta e-mail kat ko tu..

Airland said...

Jangan pedulik apa orang kata,
Buat saja apa kita suka,
Selagi kita x usik rete dia,
nasib la kalai terkena secara x sengaja...

najwa hazirah halmi said...

agak makan dalam la soalan2 SAYATanya tuh...
jgn risau kak...wa still follow sumer writing akak...
beshh kowttt!!!
biarkan jer SAYATanya tuh....cis2!!

Precious said...

Ekeke .. ko lelaki ke pompuan ni? Ekeke ..
Oh congrats atas penempatan di Johor.

ZARA 札拉 said...

Ftyyhahh :

sayang kamu juga dik~
sedihnya kamu dah nak balik malam ni~

ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS:

hahaha~
diminati oleh perempuan~
ku tak tau mau gelak ke senyum kak~

=)

ZARA 札拉 said...

zafa :

alahai~
tak boleh juga ke Zafa?

ZARA 札拉 said...

Aku Beskot™:

hehehe~
aku pun tak boleh tahan dan sumpah tak boleh blah~
hehehe~

ZARA 札拉 said...

arnamee:

Salam sayang~
Alahai, kipas susah mati~
hahaha~
tak mau glamer sayang~

ZARA 札拉 said...

[z@ck]:

tiba-tiba aku rasa nak lempang orang~
boleh?
hahaha~

ZARA 札拉 said...

Airland:

hahaha~
tu lah pasal~
aku rasa nak letup orang begitu dengan kasih sayang~

ZARA 札拉 said...

najwa hazirah halmi :

Thanks Najwa yang comel!

=)

ZARA 札拉 said...

Precious:

hahaha~
aku pun confuse jap~
hehehe~
maceh atas ucapan kak~

Pais Chaos said...

jewang ni.. nak join la.. haha

ZARA 札拉 said...

Pais Chaos:

Meh join meh~

hahaha~

meo188 said...

taniah cik zara.

:)

ZARA 札拉 said...

meo188:

terima kasih!

=)

penjenayah merah jambu. said...

hahaha,aku rasa kau dah masak dah dengan perangai manusia macam ni.

tak pelah zara,anggap je dia anak murid yang tak tahu apa-apa.walaupun soalan dia menjengkelkan,tapi dia tak tahu,kononnya.so,beritahu dia.

yang penting,aku suka ke-cool-an kau.
:)

ZARA 札拉 said...

penjenayah merah jambu.:

hehehe~
aku menerima dengan tabah~
nanti kalau kat sekolah anak murid tanya camtu, aku akan jawab dengan begitu juga~
hehehe~

et said...

haha..adoi laa..
redha je laa..manusie mcm2 ragam..die x ikuti pkembangan cik zara kot..sbb tu die pertikai mcm tu..^^

ZARA 札拉 said...

et :

hehehe~

sila panggil daku abang~

kih kih~

sweet.ants said...

bang zara~ ouch
cam x ssuai hehhee