Friday, October 30, 2009

Meniru Dan Bersikap Biadap : Itu Memang Tergolong Dalam Jenayah Yang Tiada Ampun.

Salam semua.
Hari ini hari Jumaat - Hari keempat aku menjalankan kehidupan sebagai guru di sekolah.
Peperiksaan sedang berjalan untuk pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat.

Memang benci budak-budak meniru.
Sumpah, jangan meniru. Lebih baik tanya jawapan pada aku!
Kawan yang ditanya juga bukan manusia yang suka akan pembelajaran.
Untuk apa meniru manusia begitu?!

...dan semalam mahu menunjuk lagak di hadapan guru baru seperti aku...
Guna bahasa tempatan di dalam kelas dan mahu meniru ketika peperiksaan.
Bagus!
Memang laju sahaja meluncur jeritan dari anak tekak aku.

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon13.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Bila ditegur, muka ketat!
Bila ditegur perangai yang biadap, hidung mula meninggi.
Dada dibusung tinggi!

Cakap mahu hebat, ayat yang dikeluarkan mahu nampak gah.
Siapa kamu tanpa keluarga?!

"Ayah saya kerja bagus. Cikgu-cikgu di sekolah ini, tahap bawah tapak kaki saya sahaja"
(sambil menunjukkan tapak kasut)

Eh, kalau kamu hamburkan ayat begitu dengan aku, sumpah aku sudah heret kamu keluar kelas. Sudah pasti aku akan pastikan kamu akan membayar harga yang setimpal atas kelancangan mulut kamu. Itu kita panggil biadap manusia! Umur baru 14 tahun jangan berlagak sudah tahu semua!

Balik rumah tengok diri kamu!
Ibu bapa kerja baik, kamu perangai macam ini?
Apa kamu makan sampai sikap kamu begini?
Lekatkah ilmu di hati?
Cermin bakal hancur menjadi debu dengan perangai kamu!

Jangan sebab perangai kamu, semua bakal terpalit kecelakaannya.
Bahana apa anak kecil?
Jangan pernah mencari bala.
Jangan pernah melekehkan tugas seorang guru.

Kesabaran sentiasa batasan.
Jangan biarkan hidup menemui kemusnahan akibat taksub dengan dunia yang tanpa sempadan!
Siapa yang bakal dalam kesakitan?
Tepuk badan!

Zara : Esok Sabtu dan aku perlu menghadirkan diri ke sekolah untuk Hari Profesionalisme dan Hari Sekolah Ganti.

70 comments:

imHepPie said...

wuuu segannya kdg2 meniru gak hik3..

Noorlaila Mohamed Nor said...

ish dasyatnya sampai cakap macam tu
haihh budak2 sekarang kan?!

et said...

uuu..agak kurg ajar d ctu..ikh3..nk sepuk x bley, kne tegur melawan..adoila..ape lg yg nk d buat? sabo yep kak zara..tu la cabaran cikgu..hebat kn cikgu? tibe2 rse nk sgt g skola n pelok cikgu dlu2 kuat2..huu~ ^^

Ries Lee said...

ish, biadap betul.

faqhrule said...

budak-budak baru hendak hidup! nanti kahak jatuh terpalit di mukanya sendiri. biarkan. biadab!

itafukada said...

perghhh..sgt kuang hajar itu budak..
nasibla aku xjd cikgu jugak.kalo x, mmg bisu terus budak tu aku kerjakan.huhu..

then, cikgu zara ckp ape pd budak tu?? (curious bout this profesionalisme)

Lifesaver said...

yeah!!!!aku suka sikap kamu dik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

seram pulak bila pikir budak2 sekarang niy. takde rasa hormat langsung ..

harap2 sikap melampau mereka tidak melebihi tahap kesabaran mu dik..

cHeRyNa PiReS said...

zara sayang,

sudah merasa penangan mereka yeee...
nantilah, akan kubuat posting khas utk dirimu...boleh kita share experience, ok;)

atty's said...

senang je idup..nak tiru..
belajau malas..

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

budak2 zaman sekarang sgt ganas..
kite marah die mula la nk amik tindakan sndri.. huhu~ kalo sumi cikgu sumi xtau la mcm ne.. hari2 sumi yang nagis kot.. :P

mier@merr said...

d sana sini aku dgr crita yg hmpir srupa

cikgu2 SPN pon ngadu mnde yg same...
teroskan mendidik~
apelah nasibku nnti~

GiGGLe GaL said...

biadap! sbb tu la aku tak pernah layak jadik cikgu..sbb aku takut nnt klu aku jumpa budak cam tu, makan penampar je dari aku..dan aku akan di buang kerja.. kesian.


aku respek cikgu.. insan berilmu, memiliki kesabaran mendidik. smoga berjaya wahai adik bintik ku.

Tekkaus said...

Sama sini Zara. Saya paling pantang budak-budak yang tiru. :(

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

aduhai...selagi boleh bersabar, bersabar ye kamu...psikologi mana boleh... =)

Samaira said...

huhu
awal2 kamu sudah diduga ekk
bdk2 skang mmg hebat!!

Anike MK said...

Bdk skolah skrg mmg tak tau adab!

Bila guru rotan dikatanya guru yg tak pandai ajar anak murid...

pdhal ibu bapak yg tlalu taksub dgn kerja sehingga mengabaikan anak2...

akhirnya anak2 mula terjebak dgn bnd yg bukan2, pilih kawan yg salah..

*kalau aku dtempat kejadian, mmg aku TAMPAR mulut bdk tu!

ezany said...

macam dah jadi trend la pulak.. tp makin lama makin teruk..

k.e.r.i. said...

kalau takde student meniru, bukan exam namanya.
huhu~

rilek sis.

sharamli said...

cekgu..say p0n pernah meniru...maafkan sy ya

.palisevenfold. said...

aku boleh terima lagi tiru2 ni.

tp kekurangan keajaran, aku tak dpt terima dol.

ko pijak jer diorg. kalau diorg pijak ko balik, aku sanggup turun muar pijak diorg beb.

seriously.

Pocket said...

agak nya pasal tu la pocket tak dianugerahkan ngan kerjaya selaku pendidik,
pasal pastinya pocket tindik telinga budak tu ngan siku kiri ini.

not to mention,
tanggalkan kasut budak tu n tibai ngan rotan. hahahaha
biar menjengket dia nak jalan.

zaman dah berubah.
zaman kita dulu tak berani nak melawan.
zaman sekarang bukan setakat melawan,
saman cikgu balik ada...

cikgu kena buat surat perjanjian lah..

'saya seperti nama diatas mengaku akan menerima apa apa bentuk hukuman dari guru (selagi dengan tujuan mendidik) tanpa apa apa tindakan susulan'

gitu gitu.. tak sain, tak leh skolah ..

avid gunner said...

kalau la suma pengawas macam ko, zara...
depa ckp jawa ek?
ko ckp kat dorg balik...

"warekemanget to!cilik2 dah gini wes gedi nanti jadi opo kue?"

AiE bAhRi said...

walawei...berani budak2 zaman skarang. di mana keberkatan mereka melawan dan menghina warga pendidik?

Jawapannya pasti tiada keberkatan.Cuma masa yang menentukan untuk mereka sedar kesilapan besar mereka.

Untuk pelajar itu, jika ibu bapa anda kerja bagus?kerana kamu tidak menjadi sebagus mereka? Kalau sudah yakin kamu bagus, tak perlu ke sekolah lagi...

Fatt Chin Choy said...

ko guna psikologi dengan budak2 begini bukan kekerasan

contohnya time dia cakap macam tu... ko senyum menyindir... lepas tu ko tulis besar2 kat papan hitam 'BERLAGAK'.. pastu ko senyum dan diam dan teruskan apa yg ko buat sebelumnya

mesti saiko budak tu

Abcdeftyyhahh. said...

tegasnye cekgu ni. bagus sgt :)

Nakamura Kazuki said...

zara..my email..chikara4piece@gmail.com....selamat berguling-guling ye

hanimndroid said...

mmg nak kena panggggg saja tuh~

chokio_nia said...

sabar kak...biar je budak cmtu..jgn layan..smoga akak trus sabar keh..=)

oranglidi said...

rilek2.. budak2 tu. hehe.

messyremo said...

budak2 skang tak makan saman~~

sekian..

antara sebab2 ku tak mau jd guru=)

Precious said...

Welcome to the club, Zara! Those are the real teaching challenges. Bukan sekadar teori, real people kini ...

ZARA 札拉 said...

imHepPie:

tapi meniru dengan wajar kan?

ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor :

memang sangat dasyat~

trust me darling~

ZARA 札拉 said...

et:

rasa mau pijak bebudak tu~

boleh tak?

ZARA 札拉 said...

Ries Lee :

memang woo~

=]

ZARA 札拉 said...

faqhrule:

dan kalau terpalit, aku mahu mereka jilat~

ZARA 札拉 said...

itafukada :

itu kena pada kawan lain~
kalau dengan daku, hahaha~

nak tahu neraka dunia?

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

hahaha~

thanks kak!

=]

ZARA 札拉 said...

a.z.r.i.n.a.03.07 :

kalau lebih nanti aku pijak dorang kak~

=]

ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS:

thanks!

must let me know ya sis?

=]

ZARA 札拉 said...

atty's:

tu la pasal kak~

ZARA 札拉 said...

☺[ai][sUmi]☺Chan :

bebudak camni tak bleh layan dengan nangis~

ZARA 札拉 said...

mier@merr:

moga yang terbaik menjadi milik kamu sayang~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

Thanks kak!

mesti tabah~

ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

sokong bang!!

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

hehehe~

baik Nuar!

ZARA 札拉 said...

Samaira:

sumpah!

memang sangat hebat!

ZARA 札拉 said...

Anike MK :

Apa boleh buat Kimi~

Budak2 skang ni~

ZARA 札拉 said...

ezany:

betul!!

ZARA 札拉 said...

k.e.r.i.:

thanks bro~

aku kena tabah kan?

ZARA 札拉 said...

sharamli:

hahaha~

no big deal~

ZARA 札拉 said...

.palisevenfold.:

buddy!

thanks a lot~

aku kalau nak pijak dorang, aku akan bagitau kamu~

ZARA 札拉 said...

Pocket:

hahaha~
kena tindik tu~
memang tak boleh tahan~

bang~
mahu lari ke Penang menenangkan fikiran~
hehehe~
(tetiba pula)

ZARA 札拉 said...

avid gunner:

hahaha~
bila pula aku pengawas?

eh..apa maksud tu beb?

ZARA 札拉 said...

AiE bAhRi :

betul katamu bang~
entah bila mereka akan sedar~

ZARA 札拉 said...

Fatt Chin Choy:

bagusnya tips ni Fatt~
aku mesti mahu tiru~

ZARA 札拉 said...

Abcdeftyyhahh.:

hahaha~
thanks sayang~

ZARA 札拉 said...

Nakamura Kazuki:

thanks beb!

=]

ZARA 札拉 said...

hanimndroid:

bleh pang laju2 tak?

ZARA 札拉 said...

chokio_nia :

hehehe~
baik dik!

ZARA 札拉 said...

oranglidi :

hahaha~

bebudak la payah~

ZARA 札拉 said...

messyremo :

camtu jgn ada anak wei~

hahaha~

ZARA 札拉 said...

Precious:

Yup!

agree with u kak!

Aku Beskot™ said...

kereknye budak tu..
tp ak yakin zara..
ngan dedikasi ko sbg pendidik,
insyaAllah ko bley merubah pelajar yg begini..
slamat mendidik cekgu zara!!hoho..

ZARA 札拉 said...

Aku Beskot™:

Thanks a lot Beskot!

miSs siv said...

kite pon kekadang meniru gak..
tp kalo da kantoi, mintak maap la kan.
tp budak tuh mmg layak dilempang la cikgu!
hihihi

ZARA 札拉 said...

miSs siv :

lempang laju2 bleh?

muahahaha~

Puan Nina (DINina) said...

argh..cabaran itu tanda nikmat kehidupan sayang..

ZARA 札拉 said...

Puan Nina (DINina):

betul kayamu kak~

=]