Thursday, October 29, 2009

Suara Berfrekuensi Tinggi Sudah Diperdengarkan Pada Hari Kedua : Oh, Manusia Ini Tidak Pernah Sombong

Hari kedua aku menjalankan tugas di sekolah.
Masuk ke kelas demi kelas - melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Oh, belum mendapat jadual waktu sendiri dan ketika ini aku hanya mengambil jadual waktu guru-guru yang sibuk dengan mesyuarat atau mengikuti penandaan peperiksaan PMR.

Aku menerima beberapa surat elektronik dan rungutan dari kalangan kamu yang aku sudah mula sombong.
Sumpah, aku tidak begitu!
Aku berlumba-lumba dengan diri sendiri untuk meluangkan masa membaca penulisan kamu dan membalas kunjungan kamu ke Dunia Sebelah Zara. Maaf jika aku tidak meninggalkan jejak di blog kalian, ada lebih dua ratus blog yang aku baca setiap hari - makanya aku terpaksa mengerah diri mengetahui tentang apa yang kamu tulis. Sungguh, aku rindu kamu semua!

Ada juga yang bertanya mengapa tiada lagi gambar aku di dalam blog ini.
Walhal buat mereka yang mempunya Mukabuku aku, mereka seharusnya mengetahui apa yang aku lakukan. Buat mereka yang merindui wajah bulat aku, sila berurusan di Mukabuku aku. *ketawa*

http://blogstore.lomluang.com/coffeeprince/coffeeprince_cartoons/coffeeprince_cartoon02.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Buat mereka yang masih tertanya-tanya mengapa tiada jawapan setiap kali menggoncang Mukabuku aku walaupun status aku jelas dikemaskini, aku mahu mengingatkan kalian bahawa aku menggunakan perkhidmatan Twitter dengan telefon genggam setiap kali aku mengemaskini status. Disebabkan aku menghubungkan Twitter dan Mukabuku, maka ia memang akan terpancar ke sana juga.

Sila hubungi aku di talian peribadi jika benar merindui aku.*ketawa*
 [Oh, sila gunakan alamat elektronik aku di bahagian data peribadi aku jika mahu bertanya mengenainya]

 
[Untuk gambar yang lebih jelas, sila tekan SINI]

Ya, itu wajah guru muda di hari pertama.
Maaf terlambat dimuatnaik buat tatapan kalian. Oh, sila rahsiakan gambar ini dari pengetahuan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan bahagian pendidikan. *senyum*

...dan aku ingin mengucapkan tahniah buat pelajar yang telah menerima kejutan dengan suara aku yang berfrekuensi tinggi sewaktu menjaga peperiksaan. Sila pastikan tiada cubaan meniru bila menjawab peperiksaan. Aku lebih rela pelajar bertanya kepada aku dari meniru rakan sendiri yang entah boleh dipercayai atau tidak.



Oh, kalau mahu meniru, jangan meniru kertas Bahasa Malaysia 2. Itu kan karangan?

Zara : Bakal melalui hari ketiga di sekolah dan Sabtu ini aku akan bersekolah seperti biasa dan diikuti dengan Hari Profesionalisme. Bakal terlepas satu acara yang hebat di Kuala Lumpur. Maafkan aku.

54 comments:

Mr PenyuBiru said...

nnt ko promote mukabuku ko kat anak murid ko yer. mtk diorang add ko sekali.hehe

Pais Chaos said...

anak murid ganaz tak??

cik intan (◡‿◡✿) said...

.rindu kamu T___T

ashie023 said...

miss u too..dah msk kelas..wah...teruja ni nk tau kisah selanjutnye,...

zara,..xpelah kalau xde masa nk lawat blog kengkwn..tanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu diutamakan...ini blog sebagai hobi je kan...

cik eja^_^ said...

akak syor jangan laa beri mukabuku mu pada pelajar nanti lain jadinyer..

et said...

hek3..mesti gegaran hasil nada bfrekuensi tgg tu dahsat kan? bg kesan x? ^^

zeqzeq said...

pagi cikgu...

lepas ni cikgu baca 100 blog

mier@merr said...

yang...da taw kene ajar subjek ape lom?

Tirana said...

Wahhh..dah mula bertugas ye..Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

arque said...

zara zara zara.rindu kau lah zara.

selamat pagi zara.eh2,cikgu zara. ;P

Anike MK said...

Byk tanggungjawab kan skrg?

rilex...hadapi dgn penuh dedikasi..

KAMU GURU MALAYSIA
BERIKRAR DAN BERJANJI...blah3x...

NUai said...

hahaha...

~pik tengah buat RPH ke tu?.. semangat btul..

~pesanan aku 1st time masuk kelas buat2 muka garang yang kiut k.. ^^

atiQah adNan said...

mesti zara ni garang kan..?
akak sUke..
kita mesti tegas!! yaa chaiyOookk!!
^__^ miss you!!

dear, akak click ur nuff!!

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

++ terubat kerinduan melihat pic kamoo itu dik....++

puding roti said...

hihi. zara..zara

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

terus teringat lagu Jac...high pitch kan... =D

Tekkaus said...

Zara ada sombong ke? takde lar. Saya rasa normal a'je! :p

All the best ya.

zamspotte said...

takotnyer... cikgu zara garang

faqhrule said...

rilief dapat zara?

Lifesaver said...

tu blom naik ketuk2 pembaris lagi tu..haha

rAtu saLju™ said...

besa la..jadik cetgu sebuk...aku paham..(sbb aku pon cetgu...ekekek)

niesz said...

bz ye cikgu..hihi..xpe..bnyk pahala tu..hope everything will be ok..cikgu jgn garang2 ek..teringin gak niesz nk jd cikgu tp ati niesz ni lembut sgt..cam xsesuai je nk jd cikgu..hahaha....

cHeRyNa PiReS said...

zara mmg rajin bloghop...kang kalau visit yang ini, tak visit yang sana macam tak adil pulak kan?

di sini paham..walaupon sunyi tanpa kehadiran dirimu;)

all the best!

Samaira said...

aku tidak kata kamu sombong
cuma aku mau mengadu rindu ekeke

GiGGLe GaL said...

aku ngah kira..brp banyak jerawat budak bulat ni ada...hmm.... jap...hm... penat aku kira.. ada jawapan bocor tak?

Aku Beskot™ said...

da lame x dtg sini..
amacam zara??
sehat ke??
sonok x mengaja??
didik anak murid leklok tau.
hehe..

buku nota:
sila tulis di papan hijau..
"cekgu ske maen bola,hari² cekgu maen bola.."
haha..

hidayah said...

selamat pagi cikgu!

wah! rasa dah lama x blogswimming. zara da pun jadi cikgu. Hohu~ Penatnya zara!!

fb? da lama x bukak. tak tau apa kaba nyer... sobs3x

ZARA 札拉 said...

Mr PenyuBiru:

isk~

ku takkan bagi~

ZARA 札拉 said...

Pais Chaos:

ada Pais~

ZARA 札拉 said...

cik intan (◡‿◡✿):

rindu kamu juga sayang!

ZARA 札拉 said...

ashie023:

ashie sayang~

rindu kamu juga!!

ZARA 札拉 said...

cik eja^_^ :

haha~

memang takkan bagi kak~

ZARA 札拉 said...

et:

hahaha~

senyap terus~

ZARA 札拉 said...

zeqzeq:

hahaha~

baik!

ZARA 札拉 said...

mier@merr:

belum lagi syg~

ZARA 札拉 said...

Tirana :

Terima kasih kak!

=]

ZARA 札拉 said...

arque:

aku rindu ko gak~

rindu banyak~

ZARA 札拉 said...

Anike MK :

hahaha~

thanks sayang!!

ZARA 札拉 said...

NUai :

ku buat muka ganas~

bulih tak bah?

ZARA 札拉 said...

atiQah adNan :

hehehe~

maceh sebab tekan sis~

hehehe~

ZARA 札拉 said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠:

hehehe~

rindu kamu juga kak!

ZARA 札拉 said...

puding roti :

hahaha~

hi sayang!

ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

hehe~

Tok Ti bleh Nuar?

ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

hehehe

terima kasih bang~

=]

ZARA 札拉 said...

zamspotte:

hahaha~

perlu garang bang~

ZARA 札拉 said...

faqhrule :

banyak sungguh aku dapat~

ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

rasa mahu libas guna rotan~

ZARA 札拉 said...

rAtu saLju™:

hehehe~

maceh sayang~

ZARA 札拉 said...

niesz:

hehehe~

adik comel ni~

=]

ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS:

thanks sis!

zara akan cuba juga~

ZARA 札拉 said...

Samaira :

aku juga rindu~

ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

hahaha~

keji siot~

ZARA 札拉 said...

Aku Beskot™ :

muahaha~

keji bagai~

ZARA 札拉 said...

hidayah :

alahai ciannya Yaya~