Tuesday, November 10, 2009

"Belajar Bagus, Masuk Universiti Tapi Jadi Cikgu Sahaja?! Membazir Masa Dalam Kerjaya Yang Tidak Terkenal!"



Entah mengapa tiba-tiba terasa seperti sudah menang di medan peperangan. Oh, cantik baju ini bukan? Ia selamat tiba di rumah pada 9 November 2009. Terima kasih berkalung budi buat Bijan yang telah bersusah payah membelikan baju ini untuk aku dengan meredah hujan lebat. Oh, Bijan menulis mengenai ini di SINI.

Aku kelihatan hebatkah dengan T-Shirt Sindiket Sol-Jah ini? Menerima komentar dari Sinaganaga dan Tok Rimau di Mukabuku aku. Bangga sungguh rasanya.

*******
Usai pulang dari mesyuarat tengah hari tadi, aku menghabiskan masa dengan mengulangkaji tajuk yang diminta oleh pelajar Tingkatan Lima. Tajuk-tajuk yang agak panas dalam Kimia. Malahan Kimia itu sendiri panas. *ketawa*


Sambil mencari nota-nota lama, aku memeriksa kantung masuk Mukabuku aku. Ada kenalan lama yang menghantar pesanan di situ.

NI : Salam. Engkau ni SFZ yang sama-sama belajar dulu dengan aku kan? Kalau betul, terimalah permintaan nak berkawan (baca : friend request) aku tu. Kalau salah, maaflah ya?

Aku pantas meneliti kandungan peribadi dia. Memandangkan aku ingat-ingat lupa siapa dia, aku tunaikan sahaja permintaan dia. Fikir aku, mungkin boleh diselidiki siapa orangnya selepas itu. Cik YM aku berkelip. Ada permintaan mahu berhubung.

NI : Terima kasih sudi terima. Sekarang kau belajar lagi ke dah kerja?
Aku : Alhamdulillah, aku dah kerja. Kamu?
NI : Aku belajar lagi. Sambung Sarjana (baca : Masters). Kau tak sambung?
Aku : Alhamdulillah, bagusnya. Aku dah tolak.
NI : Kau dulu masuk Kampus Selatan ya?
Aku : Ya.
NI : Kau ambik kejuruteraan apa?
Aku : Aku ambil pendidikan.
NI : Hek eleh, ambil pendidikan? Belajar bagus, dapat masuk universiti yang baik, tapi kau jadi cikgu sahaja?
Aku : Ya, apa salahnya?
NI : Membazir betul kau ni.
Aku : Membazir apa? Aku tak nampak membazir apa pun.
NI : Rugi kau tak ambil kejuruteraan. Gaji besar. Kerjaya pun semua orang kenal. Terkenal lagi.  Kalau jadi cikgu, sampai tua kau buat kerja yang sama.
Aku : (dalam hati sudah bengang) *Ketawa* Tak mengapa. Aku senang dengan kerjaya ini. 
NI : Kerjaya yang akan sampai ke tua. *ketawa*
Aku : Eh, aku nak tanya sikit. Bila kamu konvokesyen? Bulan Ogos hari tu ke?
NI : Ya, kenapa?
Aku : Oh, kenapa sambung Sarjana? Memang suka belajar ya?
NI : Sekarang ekonomi mana bagus, susah nak dapat kerja. Banyak kilang buang pekerja. Dari dapat kerja tapi ada kemungkinan kena buang sebab masih muda, baik aku sambung belajar.
Aku : Oh, macam tu. Kalau macam itu, lepas belajar, kamu rancang nak jadi apa?
NI : Mungkin aku akan mohon jawatan pensyarah agaknya Cikgu. Eh, aku panggil kau Cikgu tak mengapa kan? *gelak*
Aku : Tak mengapa. Memang sampai tua pun orang panggil aku Cikgu. Kalau aku mati pun, orang akan kata Cikgu SFZ yang mati. *ketawa*
NI : Eleh, terkenal sebab itu sahaja. Gaji pun rendah.
Aku : Tapi kamu tahu tak?
NI : Tahu apa Cikgu?
Aku : Kerjaya pensyarah itu sama dengan guru. Mengajar manusia juga, dan jangan lupa, kalau tiada guru, kamu bukan di tahap ini sekarang. Bukan semua manusia lahir terus pandai tiba-tiba. Gaji bukan ukuran nilai tugas kami, tetapi melahirkan manusia yang berguna itu lebih bermakna.



Aku menunggu lima minit.
Tiada balasan, tiada jawapan.
Aku menunggu lagi dan membiarkan kotak perbualan terbuka begitu sahaja.
Lima puluh minit berlalu, aku terfikir mungkin di kawasan dia terganggu liputannya.

Zara : Usai menyediakan laporan sepanjang hampir tiga minggu melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Esok pagi harus keluar awal daripada biasa.

110 comments:

.palisevenfold. said...

well done. ko mmg sevenfold! ;)

cik intan (◡‿◡✿) said...

.die sentap tu!

NuR said...

bravo!
bagus ayat kamu tu zara..
betapa nur bersusah payah utk fikir utk menjadi seorg guru
leh pula mereka memperlekehkan usaha profession guru..

bak kata kanak2 ribena
"tak baik betul org itu"

joegrimjow said...

suke baju
nak satu!

blajat je skrg
xtau lg nak keje ape nanti

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wahh bagus dik.. kata-kata yg buat dia terkujat..

kenapa nak provoke orang kan ?

ninim said...

kawan saya kata

kalo doktor dalam satu masa operation wat salah satu nyawa mati

tapi kalo cikgu dalam dua waktu dekat sekolah merapu...

hah

mampos

abis 30 - 40 orang satu kelas

AiE bAhRi said...

Saya paling tak suka org memperlekehkan profesyen keguruan. Walaupun saya bukan seorang guru tapi saya mnjadi manusia sehingga ke tahap ini adalah hasil titik peluh guru juga selain kedua org tua.

Ambil bidang engineer kalau setaat mahu glemer, baik boleh blah...kalau tahu bidang engineer boleh glemer, kenapa perlu ambil master lagi? tidak cukup glemer kah anda? wakakaka.

Saya sayang cikgu2 saya(ceh..tiba2 je..)

green said...

cikgu, dulu utm kolej mana??
ntah2 penah jumpe..haha

ye..mgkin blaja lain, keje nanti lain..

doa bnyk2..

avid gunner said...

gua penah jumpa senario macam ni back in 2004...budak pHD kutuk cikgu kimia gua...gua hangin gua balas balik...

ashie023 said...

sakit ati jugak aku membaca..aku baca tajuk pong rasa cam dah panas2 dah, blom bukak page lagi tuh..ahhaa..

oooo..nak jadik pensyarah ye..dier x tau ke pensyarah tuh cikgu jugak..aduyai...

bekas anak murid aku slalu konpius nak bagi salam...bile nampak aku, mesti dier akan berkata kepada kawannya:
"eh..tu teacher tuh..mung kene kata gini..Good Morning teacher, pahtu kalu jupe cikgu Yana(cikgu BM) baru mung bleh sebut cikgu"

ahaha..aku pong jadik konpius jugak(garu kepala yg tak gatal)..bukan ke teacher ngan cekgu tuh sama je..??ahahhhah..aduyai..budak2 skolah rendah jah 2, leh dimaafkan..dah tu kalu budak yang mesenger ngan ko yg dah berumur tuh, x tau gak pensyarah ngan cikgu tuh samo jah tugas nye, camno tuh?kekeke

{lumut} said...

kuang aja tol org cmni..
eh sakit lak ati ku zara..
sori de mori lah yerk..

nak baju???

=p

tanda cinta kau kat aku.
boleh?

fadh said...

manyak mutut aaa ckgu...
klu xkrne ckgu...
die x ke mane punye...

intan izani said...

kerja apa2 pun
janji yg halal
tak perlu pertikaikan
kerja yg Allah telah aturkan buat kita.. tak baik merendah2kan~

sharamli said...

pendidik itu mulia...

sharamli said...

baru perasan k0men AIE..

jgn kutuk bidang engineer...sy terasa....ha3

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

MENIKAM! i loike it, bebeh!

zeqzeq said...

puji lawa baju, kalau lebih poslaju sini dua helai, hitam tak cun, cuba pilih merah, hitam bagi saya..

Cik Mie said...

you go gurl!

Paan said...

Right on her face!

Samaira said...

uiks
cikgu pun ok pe
apedaaa
tu la pikiran x terbuka
hmmm

jijie said...

sekarang nye masa mane la bole cakap lebih. saya sendiri lepasan ijazah sains kimia, tapi bekerja langsung tak kene dgn jurusan. hurm...berlagak nye org itu. huhu~
*tah2 nanti muka dia gak mintak dpli or kpli...hihi

cik ian@aH Lian~ said...

huk huk...

naz said...

belajar kena ada sebab ker?

zan-xray said...

kena sebijik orang tu hehe..
bahan kimia dari otak dan lidah memang tajam dan menusuk kalbu.

Tq jawab panggilan yer..

sI tEDI said...

dah lama x beli t shirt

AiE bAhRi said...

sha, tak kutuk kamu la..tp budak tu agah sangat..kalau ckgu takde, tiadalah menteri..

cj'alhafiz said...

haha...amik ko. nak lawan ngan cikgu..... salute!!!

Tekkaus said...

jadi guru merupakan satu kerjaya yang amat besar maknanya. Mereka yang bukan guru takkan faham tentang ini buat selama-lamanya. :D

dude said...

BELAJAR BAGUS.MASUK U.BUAT MASTER..
TAPI...PEMIKIRAN STILL MANGKUK.

YobSumo said...

pergh terbaik wokkk!

cInTa aDrIaNa said...

muahahaaa...padan muka...kan da kena sejibik....tu la...rendah2 kan org lagik...haha..

faqhrule said...

mahu kaya jangan jadi guru.


16 mei hari guru,
hari jurutera bila kah?

miss zahidah said...

pensyarah = cikgu...
tapi, pensyarah tak de hari pensyarah...
cikgu ada hari guru....

j0j0_bdiN@ said...

Cita-cita aku yak lagi mahu menjadi guru.
Tapi ianya sudah tercapai..
walaupun untuk hanya beberapa bulan..
akan berakhir lagi beberapa hari sahaja..
Sedih...

Secret Drifter said...

LOL !!!!

he got PWNED !!!! =P

seriously ingatkan i nak flame dia...

rupa2nya... padan muka dia...

hey kalau bukan cikgu.. siapa la dia di UTM tu !!!!

jap nanti i nak blog pasal u... pasal this topic

Fatt Chin Choy said...

berlagaknya mamat tuh

aku lg suka jadi cikgu tp takder rezeki kat situ

huhuhuhu

Pocket said...

good one sis, u nailed him,
n amat lah buduhnyer pendapat dia tu,
apa la sangat gaji riban riban tp
tak stabil, dia sndiri mengaku..
orang kat kilang banyak kena buang,
kalau industri automotive di barat kecundang, kita di malaysia turut kecundang, dan mula makan nasi ngan gula.

cikgu? akan sama sampai la ke tua...
yes ... sampai ke tua sama jer.. tak perlu risau.

not to mention about being government server lagi tu!! nak bli umah amat la beza nya ngan kami yg kilang nih...
alehai

u nailed him/her sis..:)

arque said...

haha.dia sentap tu.

rAtu saLju™ said...

wuahahah...ape nye ayat da...cetgu lagi best la dr pensyarah..adoiii222..

mier@merr said...

wah...bikin aku panas ni yang...
aku jadi cigu pun sebab aku blaja ngn cigu dulu...

dia jadi engineer.. blaja ngn engineer ke dlu??
dia lupa sape yg wat dia masuk bidang yg konon glemer tu... :)

zeqzeq said...

dah minat cikgu jadi cikgu, bila minat hilang stress.
boleh juga jadi pensyarah cepat naik sikit sambil ngajar sambil buat PHD tinggi cita2 ZARA, jadi Prof.

mUTe said...

WAH... CIKGU pandai bermain bahasa... Haahaaa...
PS: Nak baju tu jugak.. FREE k.

Puan Nina (DINina) said...

Zara,
kamu mengingatkan sy pd seorang manusia yg sedang menerima tajaan JPA untuk pengajiannya di UM..
bermakna dia terikat untuk bekerja dgn kerajaan setelah tamat belajar
tapi sayang seribu kali sayang..
sedih bila dia kata tidak akan kaya bkerja dengan kerajaan..
kalau dia ingin jadi kaya setelah hbis belajar nanti, kenapa dia ambik tajaan JPA even dia anak org. yg sgt senang..
bukan seperti anak2 org lain yang bijak tapi tidak mampu untuk belajar..

manusia tidak pernah bersyukur..

dan walaupun pandai tapi sangat bodoh untuk memahami realiti dunia dan sangat bodoh dalam budibahasa..

p/s : saya berhenti belajar kerana ayah saya tak mampu untuk tampung pengajian saya..tapi saya bangga mampu cari duit sendiri dalam usia sangat muda..malah bangga ayah saya ajar apa itu budibahsa..

Lifesaver said...

nak baju jugak!!!!

cHeRyNa PiReS said...

dia keje swasta sok dia tau la tinggi rendah langit nieh. bukan senang...kena itu dan ini. bila gawat company boleh tutup.

hapaaaaaraaaaa....

MOKCIK AZWA said...

Zara,

mokcik baru jek nak sediakan pes cili untuk kawan zara itu, tapi nampaknya zara dah terlebih dahulu semburkan serbuk lada hitam...aduss...

mokcik suka...mokcik suka

Hanisumayyah said...

Kerja gulu kerja mulia...sah2 dapat pahala...dan ilmu yg diajar tu nanti yg akak diguna bila 'disana'...itu pun dah lebih memadai...kerjaya ni memang kerjaya mulia...akak pun kalau boleh nak putar masa nak mohon jadi guru juga!

mira amair said...

nah..pdn muka dia..
hahahaha..sukati ja nk ktuk krjaya org..dia pn blum tntu ke mna2 lagi..
huuuuu!

hans said...

orang macam tu memang patut kena ajar jer...
hahha
good job

PiNk ButTeRfLy said...

nice! good point there. though i also want to be a lecturer, i never downgrade those whom we call 'CIKGU'. for me, cikgu n pensyarah mean the same, they both willingly give and share their knowledge with us. i always look up to cikgu coz they've made me what i am today. i respect ur point, i really do!

Hayatito said...

sentap je aku bc entry ni..
sukah2 nk kutuk..
jgn risaw la psl gji..
cgu pn gaji pokok dh 2000(kot?)
tak igt..
pastu dgn elaun lg..
sape r si ni tu?
lmpang nk?
haha

LORD ZARA 札拉 said...

.palisevenfold.:

well buddy, she messed up with wrong girl~

LORD ZARA 札拉 said...

cik intan (◡‿◡✿) :

harus!

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

NuR :

perlu belasah dia tak Nur?

=p

LORD ZARA 札拉 said...

joegrimjow :

jual Herbalife Joe~

=]

kamu a good agent~

LORD ZARA 札拉 said...

a.z.r.i.n.a.03.07 :

betul kak~

setuju!

LORD ZARA 札拉 said...

ninim;

so, what's the point?

cikgu bagus kan?

hehehe~

LORD ZARA 札拉 said...

AiE bAhRi :

saya sayang kamu bang~

eh, tetiba~

LORD ZARA 札拉 said...

green:

kolej macam2~

ngee~

LORD ZARA 札拉 said...

avid gunner:

bagus!
aku salute ko!

LORD ZARA 札拉 said...

ashie023:

miahaha~

bagus student kamu~

comel sungguh~

LORD ZARA 札拉 said...

{lumut}:

muahaha~

nak Mut?

=p

LORD ZARA 札拉 said...

fadh :

kih3~

give me seven pad!

LORD ZARA 札拉 said...

intan izani :

betul tu kak!

LORD ZARA 札拉 said...

sharamli:

ah, benar kata kamu~

LORD ZARA 札拉 said...

sharamli:

dia tak bermaksud gitu Sha~

LORD ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

ngee~

hehehe~

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

hahaha~

sila minta pada Sindiket Sol-Jah~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

Cik Mie :

yo bebeh!

LORD ZARA 札拉 said...

Paan:

Hoyeah!!

LORD ZARA 札拉 said...

Samaira :

tu lah pasal~

mau terajang dia~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

jijie :

dia minta memang ku sumpah ketawa laju2~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~:

nak ubat kak?

LORD ZARA 札拉 said...

naz :

tak perlu ke?

LORD ZARA 札拉 said...

zan-xray:

hehehe~

harus bang~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

nak?

=]

LORD ZARA 札拉 said...

AiE bAhRi :

faham bang~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

cj'alhafiz:

ngee~

harus aku jahat~

LORD ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

betul bang!

=]

LORD ZARA 札拉 said...

dude :

betul dude!

LORD ZARA 札拉 said...

YobSumo :

hahaha~

happy gua~

LORD ZARA 札拉 said...

faqhrule:

Oh cikgu!

anda benar!

LORD ZARA 札拉 said...

cInTa aDrIaNa:

ganas tak akak?

LORD ZARA 札拉 said...

miss zahidah :

kih3~

panas hati~

LORD ZARA 札拉 said...

j0j0_bdiN@ :

alahai sayang~
cuba lagi sayang!

LORD ZARA 札拉 said...

Secret Drifter:

cepat2~

I tunggu~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Fatt Chin Choy :

takpe Fatt~

cari isteri cikgu~

LORD ZARA 札拉 said...

Pocket :

yeah!
ni yang sayang abg pocket lebih ni~

LORD ZARA 札拉 said...

arque :

harus~

haha~

LORD ZARA 札拉 said...

rAtu saLju™ :

kan cikgu sudah muncul~

LORD ZARA 札拉 said...

mier@merr :

point taken baby!!

=p

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

ada cita2 ke situ juga bang~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

mUTe :

hahaha~
harus ENGINEER~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

Puan Nina (DINina) :

tapi alhamdulillah, Puan jadi manusia yang lebih kuat dan tabah (saya amat pasti tentang itu). =]

LORD ZARA 札拉 said...

Lifesaver:

perot tak muat kak~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

MOKCIK AZWA :

kih3~

daku suka juga~

LORD ZARA 札拉 said...

Hanisumayyah:

takpe kak~
kerja kan itu ibadah kan?
=]

LORD ZARA 札拉 said...

mira amair:

baru dia tau ceq camne kan?

LORD ZARA 札拉 said...

hans :

hehhee~

thanks dear!

LORD ZARA 札拉 said...

PiNk ButTeRfLy :

Thanks a lot dear.=]
Well, I must say that I agree with u as well. Never look down to others~

LORD ZARA 札拉 said...

Hayatito:

moh lempang dia~

LOL!

LORD ZARA 札拉 said...

BUAT SEMUA:

terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat!

diya said...

that person mmg nk kne tmbak kot..wtf nk rendah2kn cikgu..x mengenang jasa btul..n one more thg..die tu x reti pk ke the similarities of being a teacher and a lecturer..nmpk sgt mata duitan n pangkat n nama

LORD ZARA 札拉 said...

diya :

hahaha~

memang bad~

=]

I N D A H said...

well done..
proud with u
klw bukan kita, sape lagi yg akan pertahankan profession kita ryte?
cikgu adalah permulaan bagi semua kerjaya..
hehe

hawaziah said...

aku 21,aku bakal guru.=)

sazzy said...

kerja yg tidak terkenal...tp semua pemegang title kerjaya yg 'terkenal' tu agaknye x pergi sk0lah k0t ek...

Lee Zha said...

zara, indah bhs kamu. sunggoh 'dia' terpukol...hahah

nak je ckp kat dia "pdn muka! kutuk org!"

:D

Tuan Auz said...

Hmm, aku pon pantang orang perlekehkan cikgu ni. Takde cikgu,takdela SARJANA . ye x??

Bodo gile orang tuh. Nak jadi pensyarah konon~ mampoz la bebudak tu dia ajar...xikhlas.... see ? sambung MASTERS sebab xde keje. bukan niat ikhlas nk sambung. kejadah beb ??

Zara! teruskan berbakti kepada ank2 tanah air nih. =) mak saya pon cikgu. Memang jasaa cikgu diingati. Paling pntg niat ikhlas nk mengajar. idop cikgu lebey berkat compare to engineer okay?

btw, kepada certain orag yg nak jadi cikgu sbb xde kerja atau xpass blaja whatsoever, aku nk warning awal2....TAK PAYAH OKAY! jadi cikgu kena ikhlas!!

dan lagi satu, Ninim eh ?
Kalo doktor punya silap, mati satu nyawa...cikgu merapu? rosak 30 orang murid? SILAP BESAR beb. tgkla kepala murid tu, kalo pandai berfikir....cikgu ajar merapu xmerapu pon dia pandai pilih mana betol mana salah. am i right?
doktor silap buat sekali, seumur idop dia dihantui rasa berdosa kat family orang tu.

fikir2kanla~

ps: cikgu n dosa sesama berbakti besar kepada msyarakt provided hati orang tu ikhlasla kan~ =D


selaamat berjaya cikgu zara!

mass said...

akak cita2 nak jd cikgu walau tak kesampaian...huhuh
tp sampai skrg kalau gi mana2...mesti org akan teka 'kerja cikgu' ke'? atau masa gi jemput anak kat skola..bdk akan bg salam 'assalammualaikum cikgu'
bangga dipanggil walau bukan cikgu...
heheh