Wednesday, November 04, 2009

Bila Sentuhan Penulisan Dikatakan Tidak Ceria, Perlukah Aku Menyentuh Dengan Tangan Separa Kasar Bersama Pelukan Hangat Pula?

Salam sayang semua!
Apa khabar kalian hari ini?
Laungan suara aku sudah menjangkaui empat buah kelas, dan ia merupakan pencapaian yang agak cemerlang secara peribadi buat aku. Oh, ini bukan catatan terbaru, tetapi yang pertama di sekolah baru. *Ketawa*


...dan malam tadi aku telah ditegur oleh seseorang yang menyatakan ruangan Tentang Pencinta yang dapat kamu lihat di sisi kanan sebelah atas - agak menonjol - mungkin disebabkan aku menarik kotak undian ke tepi. *ketawa*



Oh, bukan apa - aku merasakan aku perlu menulis mengenai diri aku dalam bahasa pertama aku. Terima kasih buat mereka yang memerhati perubahan itu. Kamu buat aku terharu. Lagipun, bila ada yang menyatakan sentuhan aku mulai hilang dalam gaya penulisan aku, aku terfikir, adakah aku perlu menyentuh dengan tangan yang separa kasar bersama pelukan hangat pula?
*senyum*



Mari menyentuh secara perlahan dan lembut.
Jangan ada cedera.
Bak kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, dan sila sambung baris yang seterusnya.
Kalau aku tidak dapat menyentuh hati kamu dengan kasih sayang yang aku pamerkan di sini, sila maafkan aku. Oh dan, sila sentuh kulit dengan berhati-hati. *Senyum*

Seorang ahli kimia yang kadangkala keliru dengan jantina sendiri. Telah berjaya menghasilkan tiga kilang kasih sayang, cinta dan juga racun untuk digunakan terhadap makhluk yang memakai seragam putih-hijau-biru secara konsisten setiap hari. Oh, dia cinta kamu kalau kamu sukakan cinta, kasih, ciuman dan pelukan.

Dan semalam aku ada menulis mengenai pembaca yang meminta aku berhenti menulis. Secara peribadi, aku terpaksa menolak permintaan kamu yang tidak dikenali disebabkan jiwa aku masih mahu mencoretkan walaupun sebaring ayat buat tatapan mereka yang sentiasa menyokong aku. Tanpa mereka yang setia aku rebah, dan mereka penting dalam dunia aku - dunia realiti dan maya.
Ya, mereka wujud dan memberikan makna dalam hidup aku.



 "Nampak gagah bukan? (gelak keji)"

Seperti kata HB - Suami Orang Dan Bapa Kepada Tiga Anak.

"Budak degil yang telah berjaya menyumpah sekumpulan penemuduga untuk menjawat jawatan penggiat seni - tidak akan berputus asa dengan perkara yang enteng seperti itu. Selagi belum tiba bungkusan tahi di rumah untuk kamu, teruskan sahaja menulis. Jika sudah tiba, mungkin kamu perlu memikirkan kerjaya sebagai penanam bunga atau penternak haiwan. Lagipun, ibu angkat kepada tiga anak aku seharusnya seorang yang tabah secara melampau."

Oh HB, anda hebat. Rasa mahu menangis membaca ayat terakhir itu tatkala aku sedari surat elektronik kamu ada dalam kantung peti masuk aku. Sila balik ke Malaysia secepat mungkin, kalau tidak mungkin aku terpaksa menghantar susu buat anak kamu bila bekalan kamu habis. *gelak*



Buat kamu sekalian yang sentiasa menyokong aku, hanya ucapan terima kasih mampu aku unjurkan buat kamu semua.
Aku sayang kamu semua!

Zara : Sedang menikmati hari yang sejuk sehingga ke tulang hitam. Oh, tulang bukan sepatutnya putih? Kekurangan bahan galian kah aku? Dan selamat ulang tahun ke-23 buat TASHA. Bila mahu jadi pengurus acara untu aku sayang?


46 comments:

cik intan (◡‿◡✿) said...

.nk peluk cium!
.plssssssssss~~~ ;p

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mengundang kontroversi bagi mereka yang membaca selayang pandang...kehkehkeh =D

cHeRyNa PiReS said...

sayang anda jugak! zara...i miss u a lot...tp kak sha faham tuntutan kerjamu. don't give up okay! teruskanlah...teruskanlah..kau begituuuuu....

Lifesaver said...

sayang kamu juga dik...muah3x

farah said...

teruskan berblog ye sayang.

:)

sI tEDI said...

kena menaip guna bahasa kimia ni.. :P

Tekkaus said...

Just do whatever you like even though at times it can be really provocative and mind-blurring. :D

Wanita Itu said...

sayang kamoo juga :p

GiGGLe GaL said...

u go gal!

mier@merr said...

yeyeah..

~yang nak kasih sayang yg melampau juga boleh??

mEiZ SHA said...

pasni mesti satu sekolah bleh dgr dik
hehehehe

Samaira said...

hehe
rindu kamu la zara
mau kongsi pandang langit spt dulu
menanti sang bulan yg selalu menyorok di balik awan ekeke

zeqzeq said...

eemm tak elok berkasar,, seni mana ada kasar,

elok ambil berus cat sapu softlan dan terus menulis

i'm_siCK_n_tiReD said...

tulis je...x kesah la dgn diorg..haha..

[z@ck] said...

sentuh skrin je yg mampu..ahahha

Anonymous said...

Poyo kau ni Zara.
Sengaja mahu menulis camtu.
Bila orang kata tak seni, kamu mula tulis perkataan2 lucah lagi.

Apa sentuh2?
Penulisan kamu makin teruklah.
Makin takde kualiti.

Kau perasan tak, ko punya follower makin sikit? Poyo je tulis pengikut apa la kat poll tepi tu~ Ko ingat ko artis ke ada pengikut?

Lain lah kalau kau tu artis.
Cermin lah diri tu.
Berhenti sajalah tulis zara.

Kau kata kau mintak maaf apa semua, poorahhh~


Kau mau orang letak nama kan?
Kau nak aku letak?


-M-

en_me said...

.nk peluk cium!
.plssssssssss~~~ (ahaha, tiru ayat cik intan atas tewww)..

Aku Beskot™ said...

jd petani la best..
ada ladang..
ternakan..mcm² la..
best nye rs..
hehe..
sila abaikn si anon tu.
dia sorg kita rmi..ape ade hal kn..
senyum sket..cmni ha =)


buat anon..
tu bkn name le mangkok.tu huruf..

chokio_nia said...

syg aka jugak..kish sket..splush2..hahah

akak aja chemy ke??

sharamli said...

mungkin bahasa2 kamo0 sukar diterima mereka

Dak Wan said...

Anonymous said...

Poyo kau ni Zara.
Sengaja mahu menulis camtu.
Bila orang kata tak seni, kamu mula tulis perkataan2 lucah lagi.

Apa sentuh2?
Penulisan kamu makin teruklah.
Makin takde kualiti.

Kau perasan tak, ko punya follower makin sikit? Poyo je tulis pengikut apa la kat poll tepi tu~ Ko ingat ko artis ke ada pengikut?

Lain lah kalau kau tu artis.
Cermin lah diri tu.
Berhenti sajalah tulis zara.

Kau kata kau mintak maaf apa semua, poorahhh~


Kau mau orang letak nama kan?
Kau nak aku letak?


-M-


Ikhlas teman cakap kat awak Mr."M"...........


orang lain pon putus cinta gak!!! :) Hahaha!

bellar0ssa said...

kat dunia neh,bkn sng nk puaskn hati semua org zara..juz buat je yg zara suke..org yg xsuke ni.kamu tetap dok komen..klo kamu xsuke nape bace lagi...pelik2 kamu ni.

et said...

ngee..si M tu jeles..wek2..jeles2..

LORD ZARA 札拉 said...

cik intan (◡‿◡✿) ;

moh le kita syg~

LORD ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hahaha~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS :

TQ sis!!

=p

LORD ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

syg mama life juga!

LORD ZARA 札拉 said...

farah :

baik syg!

=]

LORD ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

hahaha~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

hahaha~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Wanita Itu :

peluk2~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

GiGGLe GaL :

yeah baby!!

LORD ZARA 札拉 said...

mier@merr:

jom sayang!

jom!

LORD ZARA 札拉 said...

mEiZ SHA:

hahaha~

gamaknya kak~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

Samaira:

hahaha~
aku juga rindu sayang~

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq:

hahaha~

boleh2~

LORD ZARA 札拉 said...

i'm_siCK_n_tiReD :

setuju dengan kamu!!

LORD ZARA 札拉 said...

[z@ck] :

hahaha~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

Anonymous:

M..ko nak tandatangan aku?

LORD ZARA 札拉 said...

en_me :

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

Aku Beskot™:

haha~petani bleh?

nak pau?

LORD ZARA 札拉 said...

chokio_nia:

ye sayang~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

sharamli :

mungkin gak~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Dak Wan:

hahaha~

dia kurang cinta ahh~

LORD ZARA 札拉 said...

bellar0ssa :

TQ sayang!

=p

LORD ZARA 札拉 said...

et :

jom korek otak dia~