Sunday, November 08, 2009

"Seluar Dalam Pun Masih Dicuci Ibu, Sudah Berani Dan Ada Hati Mahu Bergaduh Berebutkan Lelaki"

Salam hujung minggu semua!
Moga kalian semua ceria dan sentiasa tersenyum gembira.
Terima kasih atas doa yang kalian utuskan dalam penulisan di bawah.

Ada perkara yang ingin dikongsi. Ah, Mungkin kalian bakal menghukum aku kerana menulis perkara sebegini, tetapi pada aku, kita sebagai yang lebih tua, seharusnya memerhatikan dan menarik yang lebih muda kembali ke jalan yang seharusnya - tanpa mengira siapa. Kejadian yang dilihat pagi tadi membuatkan aku teringat peristiwa yang terjadi baru-baru ini.

********
Guru yang sedang menjaga kelas mendengar suara-suara yang bising. Perhatian pelajar di dalam kelas sudah tersasar. Caci maki yang bertalu-talu membuatkan guru berlari ke bilik darjah sebelah. Dua pelajar sedang bertikam lidah, saling kata-mengata.

Guru X : Ada apa yang berlaku di sini?
Pelajar A : Dia ni yang cari pasal cikgu.
Guru : Apa dia?
Pelajar A : Dia sengaja nak rampas teman lelaki saya.
Pelajar B : Saya tak ingin pun. Teman lelaki saya lagi bagus.
Pelajar A : Teman lelaki kau tu aku punya!
Pelajar B : Kau salah orang lah!

[Beberapa orang guru mula tiba di tempat kejadian setelah diberitahu oleh pelajar lain]

Guru X : Sudah! Apa punca ni?
Pelajar B : Saya tak tahu apa masalah dia ni cikgu. Tiba-tiba datang serang saya cakap macam tu.
Guru X : Yang awak datang serang dia kenapa?
Pelajar A : Dia yang nak rampas teman lelaki saya.
Guru X : Dia kata tak. Siapa teman lelaki awak?
Pelajar A : R, budak Tingkatan 5.
Guru D : Alahai, budak macam tu pun awak mahu?
Pelajar A : (muka masam mencuka)


Pelajar C : Diorang ni sebenarnya bergaduh pasal lain cikgu. Tapi A ni salah anggap, terus dia serang B, tuduh-tuduh macam itu. 
Guru D : Apa yang jadi sebenarnya?
Pelajar C : (bercerita)
Guru X : Kalau saya nampak awak berdua bergaduh lagi, memang siap awak berdua. Siapa cuci seluar dalam awak?
Pelajar A : Mesin cuci cikgu.
Guru X : Memanglah, tapi siapa yang cuci semua pakaian? Pergi sidai?
Pelajar A : Ibu saya.
Guru X : Ibu awak masih buat semua itu, awak boleh berani bergaduh tentang teman lelaki ya?
Guru D : Minta maaf sesama sendiri cepat dan ikut saya pergi berjumpa guru disiplin sekarang!

http://fc00.deviantart.net/fs48/f/2009/214/f/3/I_Love_Cute_Panties_by_A_Little_Kitty.png
[Gambar penghargaan di SINI]

Aku ada mengirimkan soalan di salah satu laman web yang selalu dikunjungi oleh golongan belia tentang pelajar yang memakai alat solek secara berlebihan di sekolah. Alhamdulillah, banyak balasan yang aku terima. Ada juga yang menyatakan aku terlalu sibuk untuk menghentam para remaja, tetapi aku sejujurnya mahu melihat gejala salah laku sebegini tidak berlaku lagi - dan sumpah aku benci untuk melihatnya di depan mata.

Kejadian pagi tadi membuatkan aku terfikir, mengapa aku yang berumur dua puluh dua tahun ini tidak pernah terfikir tentang hal cinta tatkala di bangku persekolahan. Adakah kerana terlalu mengejar peperiksaan dan menerima tekanan dari keluarga? Atau memang tiada lelaki mahukan aku akibat mempunyai hormon lelaki yang berlebihan ketika menginjak dunia remaja?

http://farm4.static.flickr.com/3471/3197929619_3f7e7268e9.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

...ada yang menyatakan soalan guru tentang seluar dalam kurang kena, tetapi bila teringatkan guru sewaktu aku seorang pelajar dahulu, kata-katanya lebih berbisa jika pelajar ditangkap kerana melakukan kesalahan yang berkaitan cinta. Habis semua hal-hal bahagian bawah juga ditanya!

Zara : Sedang mengisi borang soalan keselamatan yang perlu dihantar kepada ketua kerani esok. Terlupa di mana aku letakkan gambar yang berukuran pasport. Harus di cari ini. Berjumpa lagi esok! Malam ini pertembungan dua warna kegemaran, tetapi Syaitan Merah tetap menjadi pujaan. Menang! Menang!

102 comments:

cInTa aDrIaNa said...

hehehe....budak2 zaman sekarang neyh advance betol....haih..

ber_uwang said...

he he he kalo dia berebutkan pak cik kan best....




tanya sikit .. seluar dalam cikgu ada lambang MU ke? ahaks

MU mesti menang mlm ni..kalau tak esok pak cik MC

dude said...

berebut teman lelaki untuk dijadikan pembasuh seluar dalam bila da kawen.
aku rasa la kan.

muga2 malam ni korang seri!

LORD ZARA 札拉 said...

cInTa aDrIaNa :

sgt advance sampai tak boleh tahan~

LORD ZARA 札拉 said...

ber_uwang:

hahaha~
amboih soalan pakcik~

dushum!
mesti menang!!

LORD ZARA 札拉 said...

dude :

Hoh~
aku nak menang wei!!

sI tEDI said...

ayat itulah yg selalu cikgu aku guna masa zaman2 aku belajar dulu :)

oranglidi said...

wa memang respek gile tajuk entri ni. susah gak nak buat tajuk mcm ni .

LORD ZARA 札拉 said...

sI tEDI :

hehehe~

ganas2~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

oranglidi :

hahaha~

main tibai sajo~

miss zahidah said...

aduh...
aku memang sudah betul2 kalah dengan budak2 sekolah sekarang....
huhuhuhuhuhuhu....

LORD ZARA 札拉 said...

miss zahidah :

huhuhu~

samalah~

Hayatito said...

masa skool dulu,
maksud couple pun tak taw.
budak2 sekarang ni,pakwe makwe je lebih. belajar nye tak tahu r.adeh..

bila terjumpa 'kapel2' muda ni rasa maw je aku lepuk2 pale deme. haha.seluar dalam mak yang basuh,sidai pastu siap lipat dah gatai nak cintan cintun.ni belum cte bab bra. haha

LORD ZARA 札拉 said...

Hayatito :

huhuhu~
bra pon mak cuci~
tu pun agaknya ayahnya yang tolong beli~

pudding pie said...

hahahha
comel btol!!!

LORD ZARA 札拉 said...

pudding pie :

hahaha~

TQ2~

Tirana said...

hahaha...baca tajuk entri tu pun kak tirana dah ketawa berdekah-dekah..Budak2 tu masih mentah..so cikgu Zara kena didik mereka betul-betul..besar cabaran tu...

Samaira said...

jujur sgt la pelajar tu
bohong la sikit kate basuh sendiri ekeke
auww malu je ekeke

avid gunner said...

gosok gigi pun kena suruh,bergaduh pasal boipren mengalahkan drama melayu slot manjalara....si boipren mengekeh dari jauh...hehehe....

Tok Rimau said...

Lawak sekali.

LORD ZARA 札拉 said...

Tirana:

hehehe~
baik Kak~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Samaira :

hahaha~
jujur tak kena tempat~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

avid gunner :

hahaha~
boyfren rasa bahagia~
hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

Tok Rimau :

ye ke Tok?

AzuanBudakPandai said...

ekeke..bagus soklan cikgu tue..
tak pasal2 entri ni penuh dengan seluar dalam haha

sweet.ants said...

salam singgah...i like this blog
betul3, dak2 skrg pmikiran dah teracun.. cam2 hal.psl laki pon nk gado.klu dah besar nti msti malu klu ingt...

Signorina Syima said...

ingatkan zara sendiri yang sound budak2 tu...

tp budak zaman sekarang, sgt tak boleh pakai.. kecik2 dh gatai...

mier@merr said...

hahaha...hamek ko....

laki yg blom tentu abes blaja n keje ape yg nak direbut.... haih...~~

Gieyana said...

alahaaaiii..salam hujung minggu cikgu..

hmmm..pasl teman laki jer ka? dh kuar mcm2 kan...hehehe

[z@ck] said...

ahahaha..
cinta monyet..
uuk..uuuk..uukk..aaa...aaa..

cik ian@aH Lian~ said...

selalu dah students
sis kena mcm neh dari sis.
nak kena maki2, marah2 baru insaf.
sedangkan duit sekolah mak bapak beri,
ada hati nak bercinta cintun.
dating pun guna duit parents.

students skang sis jarang panggil dgn nama, panggil "PAKCIK&MAKCIK"
sahaja kerana semua berlagak sudah besar, bercinta bagai.
sesuai lah tu...

LORD ZARA 札拉 said...

AzuanBudakPandai :

hahaha~
seluar dalam comel takpe kan?

LORD ZARA 札拉 said...

sweet.ants :

tu lah pasal~
huhuhu~

bebudak ni~

LORD ZARA 札拉 said...

Signorina Syima :

hahaha~
bebudak skang ni memang tak bleh blah~

LORD ZARA 札拉 said...

mier@merr :

muahaha~

memang beb~

rasa nak pang je~

LORD ZARA 札拉 said...

Gieyana :

hahaha~

pasal teman lelaki kak~

ebbudak skang ni gelenya~

LORD ZARA 札拉 said...

[z@ck] :

hahaha~

aku suka sound effect kamu~

LORD ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~ :

ganas2~

kih3~


kak, patrick aii punya ok?

cHeRyNa PiReS said...

mesti bangga menjadi lelaki yang direbutkan itu. ntah2 dah banyak seluar dalam dapat dikumpul:P

LORD ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS :

hahaha~

gamaknya~

=p

cik ian@aH Lian~ said...

ta bleh..
jane ku punya.
wolfe juga.
sila jgn amik.
cobet 14 kali nnt!

LORD ZARA 札拉 said...

cik ian@aH Lian~:


hahaha~

aii punya!

Pais Chaos said...

cis.. gaduh pasal pakwe...
tolong basuh underwear saya skali.hehehe

ashie023 said...

alahai..cumellah pulak panties ituhh..kekeke..(lain topik..nextttt)

amboi..cam gitu sekali budak sek men skrg erk?mak aih..canggih sunggun diorg skrg nih ye..berebut laki..cam dah jadik laki dier..isk isk..kalu berebut karipap kat kantin tuh, ader pekdah jugak..muehehehe

makcik kantin...mee sup satu!

LORD ZARA 札拉 said...

Pais Chaos :

hahaha~


kamu ingat ni laundry ke?

LORD ZARA 札拉 said...

ashie023 :

oit~
jangan tengok oit~
kih3~

zeqzeq said...

sekali tenung mcm cikedis ragut

zan-xray said...

Remaja akan jadi dewasa nanti..
nanti mereka juga akan tersenyum mengingatkan kementahan mereka semasa remaja...

Nakamura Kazuki said...

wowwwwwwwww..dasyat..selalu lelaki bertumbuk rebut aweks...ni memang sakan.....apala nak jadi ye...zara nak tambah skit,,,,bukan setakat seluar dalam, duit poket pun parents yang sediakan, yuran sekolah pun parents yang bagi ada hati datang sekolah berebut jantan..kalau ambe kat situ memang kena pelempang dah...thats why ambe tak sesuai jadi cikgu..kekeke..lari tajuk plak

en_me said...

chantek spender yg ada gambo rumah kartun binatang ghitewww.. ehehe

eliza said...

nasib gaduh mulut je..biasa pompuan gaduh tarik2 rambut..hehe

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq:

hahaha~

cikedis?

LOL!

LORD ZARA 札拉 said...

zan-xray :

hahaha~
mungkin juga bang~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Nakamura Kazuki :

huwaa~

ganas tu~

hehehe~

LORD ZARA 札拉 said...

en_me :

kih3~

comel kan?

LOL!

LORD ZARA 札拉 said...

eliza :

sebab pakai tudung~

hahaha~

kEy said...

ekeke~
kal0 rebut2 spenda buley ke cikgu? hehehehe~

Secret Drifter said...

benda ni perkara biasa cikgu..

saya ingat my school... ada pelacuran... mmg kita leh kenal lagi pelacur tu...

well... cakap pasal seluar dalam.. teringat dulu masa ko-kurikulum kita tak nak oin PBSM sbb ni la... sbb seluar mereka putih leh nampak dlm..

so kwn2 yg gatal semua tau la.. ini seluar dalam ini la.. itu la.. cartoon la...

anyway cikgu all the best of luck n pray yg cikgu tak akan di goda..

*ada case cikgu digoda leh student

hafizmd said...

heemm..entri yg cukup bgus..akupun ade terfikir juge..mase zaman skolah2 dulu..xdela plak nk pk psl cintan cintun nie..nk kate power rangers giler psl studi..xla juge..so ak buat kesimpulan..budak2 zaman sekarang mmmg dah terlebih hormon gatal agaknyer..iskk..mintak jauhlaa..:D

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

soalan cepuemas kamu berjaya zara. biar otak mrk ligat berfikir teguran beralas sindiran tu.

Fatt Chin Choy said...

mcm berebut laki plak

arque said...

haha.siap tanye seluar dalam sap basuh.kompem malu gila budak tu.sah2 lepas tu basuh sendiri pakai tngan lagi.

amirhaddatsa said...

kalu masa sy dlu bab2 rebut pakwe makwe ni mmg mnunjkkn bdk tu x matang..bdk kecik, tpi alhamdulillah xde lgi kes yg jdi mcm kak ni..adoooii npe la bbdak makin cepat brubah

amirhaddatsa said...

hoho 1 lagi, MU kalah!! hehe hebat chealsea kn kak?

chokio_nia said...

haha..klaka je rebut2 pakwe...

Rubah Terbang said...

cuma mahu gelak dan sampaikan maksud sebenar, CUTE LA SELUAR DALAM tu :-)

bdk2 skrg ni mcm2!

Lifesaver said...

hahaha!!!seluar dalam mak basuh..ada hati nak berebut bf...huh!

atiQah adNan said...

teruskan cikgu zara!!
anda bolehhh!!

Noorlaila Mohamed Nor said...

budak2 sekarang kan?
haihhh

mira amair said...

kalo aku jd cikgu..ngn aku skali gaduh ngn pelajar sbb geram sgt dgn tingkah laku depa..nsib baik tak jadi..kang tak pasal2 muka aku masuk tv sbb blasah plajar..huuu!

nurayunni said...

mcm2 ragam lar budk2 skrg..

zeqzeq said...

betapa pentingnya seluar dalam kehidupan. atas sikit baju, tader ker

atty's said...

budak2 skrg..masa sekolah dah pandai bercinta....cinta tu mmg indah ..diaorg tak tau ..bila masa alam perkahwinan..amik ko..situ tau pangai baik buruk couple kita.len benor masa bercinta..

Puan Nina (DINina) said...

hahah..
saya teringat dulu masa f3..
budak kelas Arab pesan pada sorang suruh sound saya, "Aiman bf Balqish"..
since itu until sekarang..
saya memang tak boleh masuk dengan manusia yang kuat agama tapi hakikatnya tak guna..
mungkin sebab itu Allah duga saya berkerja dalam jabatan agama..
mungkin Allah nak saya perbetulkan apa yang saya anggap salah..

Mungkin..

Sayang Zara..

LORD ZARA 札拉 said...

kEy:

hahaha~

boleh key~

amik tu~

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

Secret Drifter :

sama macam sekolah sekarang~
ada yang siap beritahu bayaran berapa~

nauzubilla~

LORD ZARA 札拉 said...

hafizmd :

terlebih hormon ya hafiz?

hehehe~

LORD ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

..dan dengan harapan, ia bakal membuka mata mereka~

LORD ZARA 札拉 said...

Fatt Chin Choy :

tu lah pasal~

LORD ZARA 札拉 said...

arque :

belum tanya yang lain lagi~

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

amirhaddatsa :

kalau kat sekolah rendah, takpe dik oii~

LORD ZARA 札拉 said...

amirhaddatsa :

amboi dik~

main kasar nampak~

LORD ZARA 札拉 said...

chokio_nia :

sumpah~

memang kelakar gila~

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

Rubah Terbang :

hehehe~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

moh terajang budak camtu kak~

LORD ZARA 札拉 said...

atiQah adNan :

terima kasih kak~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor:

rasa nak eblasah org~

LORD ZARA 札拉 said...

mira amair :

ganasnya hang~

woot~

LORD ZARA 札拉 said...

nurayunni :

tu lah apsal~

=[

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

hahaha~

apakahnya bang?

LORD ZARA 札拉 said...

atty's:

tu lah pasal kak~

memang pedih kan?

LORD ZARA 札拉 said...

Puan Nina (DINina) :

alahai kak~
tapi tak mengapa~
kak dah jumpa orang yang sayang dan cinta akak sepenuh hati kan?

=]

MOKCIK AZWA said...

wakaka...kalau mokcik pun sembur macam tu jugak...budak2 sekarang kecik2 dah pandai bercerita pasal teman lelaki, nak kawen dengan siapa...huiiss...takut mokcik dibuatnya..

Lord Zara..comelnya spender2 itteww...ahakss

zam.enol.arep said...

ak nk itu...itu2...
sekeping sluar dlm bwarne warni...
haha

*

LORD ZARA 札拉 said...

MOKCIK AZWA :

hahaha~

sepender juga yang di kisah~

cest makcik~

LORD ZARA 札拉 said...

zam.enol.arep :

nanti aku kirimkan kat rumah~

ninim said...

bila student dah g sekolah bukan tok cari ilmu..inilah jadiknya

LORD ZARA 札拉 said...

ninim:

tu lah pasal~

Aku Beskot™ said...

suar dalam tu cumel..
siyes..
haha..

LORD ZARA 札拉 said...

Aku Beskot™ :

hahaha~

nak ke?

Tekkaus said...

budak budak sekarang memang...ada sikit kurang ajar saya rasa. Kebanyakan hidup terlalu senang lenang! :(

LORD ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

tu lah pasal bang~

tensen betul~