Monday, November 09, 2009

Tepukan Gemuruh, Siulan Nakal, Usikan Gatal - Aku Tidak Pernah Mengimpikan Itu. Kalau Mengumpat, Jangan Pernah Menuding Jari.

.Pagi.
Usai keluar dari kelas 1 Y, aku berjalan menuju ke bilik guru. Melalui taman-taman persatuan di sekolah. Terlihat sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berkumpul di luar kelas sambil berbual dan bergelak dekah. Bila melihat kehadiran aku yang berjalan melalui kelas mereka, belang mula terserlah.

Bibir menjuih.
Muka ditarik masam.
Mata menjeling dan mengerling.
Mulut bergerak pantas.
Jari dituding ke arah aku berulang kali.

http://www.glogster.com/media/2/2/50/29/2502978.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Aku berjalan, tidak memperdulikan mereka. Sampai di bilik guru, ada seorang guru wanita mendapatkan aku.

Kak M : Tadi Zara lalu depan kelas 2 Y?
 Aku : Ya kak. Kenapa?
Kak M : Zara nampak apa budak-budak yang bersidai tu buat?
Aku : (ketawa) Nampak kak. 
Kak M : Akak lalu situ, dengar mereka tengah sebut-sebut nama Zara.
Aku : Dah agak dah kak. Hari tu, kan Zara bagi amaran pada budak-budak itu sebab meniru. (gelak)

Sah!
Memang kelas 2Y tidak menyukai aku. Bila aku melalui kelas itu, boleh mendengar dan melihat sendiri reaksi dengan pelajarnya yang sudah menanam sikap tidak menyukai guru yang menangkap mereka melakukan kesalahan. Ah, tidak akan aku peduli akan kelas yang terkenal dengan sikap kurang ajar kepada semua guru. Nama sahaja kelas yang baik dari segi pelajaran, akhlak?

*******

Tadi tengah hari, perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada waktu pagi diadakan. Cuaca pagi tadi agak kurang sesuai menyebabkan ia ditunda ke sesi waktu terakhir dan sesi terakhir sudah dianjak ke waktu pertama. Ucapan ringkas Pengetua tentang peringatan mengenai kedatangan dan pembayaran yuran yang tertunggak oleh pelajar. Di hujung sesi ucapan, Pengetua memperkenalkan kami bertiga kepada warga sekolah.

" Encik H, dari Kelantan. Masih bujang"
(Tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar perempuan dan pelajar Pendidikan Khas memandangkan Cikgu H mengajar di kelas Pendidikan Khas, dan dia bermuka jambu.)

"Cik Zahrah, dari Muar. Masih bujang dan guru paling muda"
(Tepukan bernada sederhana dan kebanyakannya dari pelajar yang sudah mengenali gaya aku. Garang ketika menjaga peperiksaan tetapi mesra bila kelas biasa. Oh, tepukan paling kuat dari Pendidikan Khas - disebabkan aku pernah berkunjung ke teratak mereka)

"Cik F, dari Muar juga. Masih bujang dengarnya."
(Tepukan gemuruh, siulan nakal dan usikan gatal berkumandang.)

Itu sudah dapat dijangka. Malahan, aku telah bisikan kepada Cikgu F yang dia bakal menerima tepukan yang gemuruh daripada pelajar. Dia menyangkal kata-kata aku, tapi nah! Terbukti benar bukan? Sudah tentu aku tidak dapat menyatakan kepada dia mengapa aku berkeyakinan tinggi menyatakan sedemikian kerana ia sesuatu yang kurang manis diterangkan kepada dia.

Ya, aku pernah mendengar pelajar lelaki yang menyebut mengenai susuk tubuh Cikgu F sesama mereka. Bunyi memang kurang senang dan aku sudah menegur mereka. Jawapan balas yang aku terima hanya sengihan nakal dan muka yang menyeringai dari Pelajar Tingkatan Dua. [Peringatan  kepada guru dan bakal guru - pelajar memang memerhatikan kita, dari segi pakaian dan juga cara berpakaian. Ada yang harus dilindungi dan dilitupi dengan sempurna].

http://neatorama.cachefly.net/images/2006-12/love-hate-baby.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Aku ketawa besar usai majlis perhimpunan. Sekarang sudah boleh membaca gerak geri pelajar. Yang mana menjadi pilihan hati mereka, dan aku sangat berterima kasih kepada pelajar yang menghargai dengan memberi tepukan buat aku. Pelajar-pelajar yang memahami mengapa mereka ditegur di dalam kelas dek kesalahan yang mereka cipta sendiri. Gembira dan aku senyum hingga ke telinga.

Zara : Lelaki pendiam yang duduk bertentangan dengan aku selama ini telah menghampiri aku pagi tadi sebelum sempat dia meletakkan barang di kawasan peribadi. Aku terfikir apakah yang bakal dicakapkan kepada aku. Dengan senyuman, dia mengucapkan TAKZIAH kepada aku. Oh, keji sungguh anda Cikgu I. Sengaja mengusik disebabkan pasukan kegemaran anda sudah bermandi dengan kemenangan 4-1.

88 comments:

sI tEDI said...

he he he...

baik2 kalau mereka tunjuk belang betul2..

nanti ada yg mengaummM!!

NUai said...

^^..

~hehehe..jgn ko anti plak ngan budak yg anti ko tu zara..just show u care 4 them

LORD ZARA 札拉 said...

sI tEDI:

kalau ada yg mengaum~
aku pinjam dak Utih~
cakar dorang semua~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

NUai :

hahaha~

insyaALLAH Nuai~

kih3~

fadh said...

susa jugak jadi ckgu nih...
ih3~
p/s: saye budak baek...
ahah~

Paan said...

Lumrah alam perguruan...

kEy said...

"Cik Zahrah, dari Muar. Masih bujang dan guru paling muda"


WOw!! zara! zara! i luv u! pEEWiitttt!*sambil tepuk kuat2 gile vaveng!*


p/s: besa la tu budak2 zaman sekarang!

zan-xray said...

tepuk juga kuat2 untuk cikgu Zahrah, cikgu dari muar tu.
peeewitt..
selamat melalui hidup suka duka seorang pendidik zara

LORD ZARA 札拉 said...

fadh:

hehehe~

takde pekerjaan yang senang Fadh~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Paan :

Hmmm~

LORD ZARA 札拉 said...

kEy :

muahaha~

aku cium laju2 kamu ni kang key~

LORD ZARA 札拉 said...

zan-xray :

terima kasih bang~

=]

avid gunner said...

tengok...bajet gua lupa la?

~hai, senangnya dalam hati,
bila MU kalah lagi,
mujur ada avid gunner,
MU kalah dia suka,
mujur ada cikgu zara,
Mu kalah dia tak cerita'
tet tet tet~

hahaha...cikgu garang jgn mrh!

cHeRyNa PiReS said...

kak sha dulu pernah budak2 pompuan tanya, "teacher, nanti nak buat baju kebaya macam teacher, boleh tak?"

kak sha hanya tersengih dan next time tak pakai dah. hooo..sangat dangerous!

LORD ZARA 札拉 said...

avid gunner :

hahaha~

damn!
damn!
damn!

damn the Gunners!
LOL!

LORD ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS :

sumpah kak!
memang dangerous giloks~

ber_uwang said...

nanti uncle nak anto anak uncle belajo sama zara ye....

Noorlaila Mohamed Nor said...

haha
mcm dulu2
bila ada cikgu baru mesti kena kenalkan kat assembly
dah lama tak pi assembly

Puan Nina (DINina) said...

Wahai Zara..

sabar ya..


budak2 zaman sekarang tak macam dulu..

LORD ZARA 札拉 said...

ber_uwang :

sila Uncle~

sila~

LORD ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor :

nak gi assembly?

moh~

LORD ZARA 札拉 said...

Puan Nina (DINina) :

sebab tak sama tu yg kena sabar kan kak?

hehehe~

cj'alhafiz said...

haha...teringat kenakalanku zaman hingusan...juga membenci guru yang garang dan suka tegur kesalahn yang nyata puncanya aku.. haha! mungkin skrg sudah mula aku fahami...mungkin sekarang sudah mula aku sesali..mungkin sekarang aku mengerti... dan mungkin bila nanti...kita kan bertemu lagi...satu pintaku jangan kau....tanyakan lagi..haha! lolz...

Hayatito said...

cikgu..
jgn amik port r budak2 gedik ni..
kalau nak nasihat camne nak handle budak2 sekolah ni..
leh tny my mum..dia pun cikgu gak.
veteran.hehe..
gi r jenguk2 blog dia..
hehe

http://anneali.blogspot.com/

Aidy Shahiezad said...

jangan diberi muka kepada budak2 sekarang... perlu dididik dengan tegas tapi penuh berhemah... ;)

min said...

hehee
budak-budak zaman skang kan..
rasa hormat dgn guru pn dh ilang
semoga kembara sebagai guru terus direstui..

faqhrule said...

mujur bakal mengajar di sekolah rendah. kurang sedikit nakal nya barangkali

bila jari menekan keyboard cabuk said...

kalu aku jadi ko,aku terajang je budak2 tu..hehe

mier@merr said...

cobaan~!!

insyaAllah dorang akan faham sume tu nnti.... dorang akan sedar nape kamu tegur dorang... :)

told la hejauw said...

erk...
kt skolah ak dlu ader satu grup cgu yg suke bergosip...direct seling... hahaha...

LORD ZARA 札拉 said...

cj'alhafiz :

muahaha~

ko nak kena gigit ke?

LORD ZARA 札拉 said...

Hayatito:

wah!

TQ TQ!

LORD ZARA 札拉 said...

Aidy Shahiezad:

setuju bang!!

LORD ZARA 札拉 said...

min:

rasa mau belasah laju2 deh~

LORD ZARA 札拉 said...

faqhrule :

harap2 deh~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

bila jari menekan keyboard cabuk :

hoh~

ganas ko~

LORD ZARA 札拉 said...

mier@merr :

harap2 camtu syg~

isk isk~

LORD ZARA 札拉 said...

told la hejauw :

hahaha~

aku tak jual barang wei~

CIK IZ'S said...

bebudak skrg memang lain mcm..

daku poonn kekadang rasa nak telan je dorg2 yg pe'el cam xreti bhasa..

hua..huaa..
tapi sabar k..
kite kan cikgu :p

LORD ZARA 札拉 said...

CIK IZ'S :

tu lah pasal~

bleh naik darah~

chotz said...

susah2 zara...bg jek saguhati bertanda cap kaki kat dahi seko2 student yang kuang ajaq tu! bdk2 skg ni mmg manje gila...cikgu dah xleh tegur, xleh rotan...zaman kita dlu, bukan takat rotan...berguling kat jalan tar panas ngan berlenggeng lagi! relexxxxxxxx jek...hahahha

AzuanBudakPandai said...

dah lumrah jadi cikgu..
memang student akan kate tak kira baik atau buru huhu..

MU kalah!! takziah lagi sekali haha

Wanita Itu said...

dek..

kamoo bakal menjadi guru yang paling dihormati dan diingati lebih dari guru-guru yang lain :)

ashie023 said...

"Peringatan kepada guru dan bakal guru - pelajar memang memerhatikan kita, dari segi pakaian dan juga cara berpakaian. Ada yang harus dilindungi dan dilitupi dengan sempurna"

betullah sesangat..budak2 sekolah rendah pong dah tau dah nengok cikgu2 dorang dengan pandangan tajam dan..dan..euww...
dan budak sekolah rendah yg bawak cd lucah ke sekolah..memang tahap nak kene sekeh sorang2 dah nih..

Gieyana said...

Alalalala..kesiannya cikgu nie..dugaan tue dik..wat donno jer ngan budak2 cenggitu yer..:)

Samaira said...

yunk cikgu H tu yg ensem tu ye
kim salam ya ekeke

erk n takziah juga mu kalah kan hikss ekeke

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

zara kalu buat novel ttg kisah cikgu...konpem gue pembeli pertama...lucu wokeh entry nih...kahkahkah =D

zeqzeq said...

murid itupun lelaki juga kan..

cepat cepat cari peminat..

green said...

nakal budak2 itu..
sbr cikgu..

LORD ZARA 札拉 said...

chotz :

hehehe~
cap tumit tinggi boleh tak?
hehehe~

LORD ZARA 札拉 said...

AzuanBudakPandai :

amboih~

ucapan takziah?

cest!

LORD ZARA 札拉 said...

Wanita Itu :

miahaha~

ku harap lah kak~

amin~

LORD ZARA 札拉 said...

ashie023 :

huhuhu~
budak sekolah pun dah pandai main2 kat bawah meja, atas meja~

alahai...
ngeri~

LORD ZARA 札拉 said...

Gieyana:

kih3~

ku nak letakkan kaki kat muka budak itu~

lalala~

LORD ZARA 札拉 said...

Samaira :

hahaha~
beliau sweet~
kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

haha~
alahai~
mana boleh lawan Nuar yang lagi terer ni?

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

hahaha~
tak kuasa daku bang~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

green :

kalau tak sabar, dah masuk berita malam ni sayang~

hehehe~

Aku Beskot™ said...

adeh..
ssh gak tugas guru nih..
mcm² peel pelajar zaman skang..
hehe..

yg last tu x bley blah..
sabaq na..
glory² united..

dude said...

aku merapati kamu dan menyatakan..
"TAKZIAH" juga ;)


soklan kuiz! sape no 2 sekarang?

LORD ZARA 札拉 said...

Aku Beskot™ :

hahaha~

amat beb~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

dude:

amboi Dude~

main kasar nampak~

hahaha~

Pais Chaos said...

kasi pelempang je kat budak2 tu.. senyap la dorang..heheh

teddy_froggy said...

ish3..
takotnyer nk jadik ckg..
advnture habiz...
sabar je la..
huhuhu..

LORD ZARA 札拉 said...

Pais Chaos:

aku nak tunjal2 siap boleh?

boleh lah~

LORD ZARA 札拉 said...

teddy_froggy :

takpe2~


kamu mesti boleh punya~

YobSumo said...

aku dulu pun mengutuk cikgu.
tapi cikgu yg suka mengumpat cikgu lain. buruk betul perangai. kamu jgn jadi macam tu ye!


peduli lah murid tu. dia tak suka, dia rugi, kamu tak rugi kan.

Fatt Chin Choy said...

budak2 tak minat ko
tp yg tua2 dalam blog ni ramai yg minat ko

hahaha

sweet.ants said...

student zmn skrg..sbr je lah cikgu..adik sy pon nakal, mcm2 hal di buat kt skolah..pening3

Tirana said...

Baru tingkatan dua, dah pandai buat siulan gatal...kat cikgu pulak tu..sungguh kurang ajar!

arque said...

haha.teringat pulak kisah2 time sekolah.

macam lebih kurang sama.

yg beza.kau cikgu.aku pelajar.

bertahan zara! ;P

rAtu saLju™ said...

hahaha...lawak la..keep it up babeh..dont ever give up!

mira amair said...

tudia aih...!! bdk zman la stail tunjuk dpn2 noh kalau tak suka kt mna2 cikgu..Ceq dlu wlaupn tak suka kat sorang cikgu tu..tp cepat2 buang rasa tak suka tu..tkut tak lulus periksa kalau benci kt cikgu sendri..heee!
Dulu masa skool f2 ada cikgu kelate ajar matematik..kalo da pengumuman berkaitan dia,ceq tepuk tangan sampai terover..orang len dah abis tepuk..ceq dok tepuk lagi..
truja tgk muka comel dia..
hahahhaha

♥Hernee Nazir♥ said...

dun give up dear.. akk dlu mula2 ade grup bdk2 llaki yg xsuke akk..last2 dorg yg rpt ngn akak..dugaan tu..

cik intan (◡‿◡✿) said...

.syg, nti lame3 ok la tuh
.baru3 mmg die x tau lg prangai kamu
.nti lame3 mesti die suke kamu! :)

Lifesaver said...

erm...biarkan diaorg..kalo makin ditegur yg salah itu lah yg tak disukai..

Tekkaus said...

kena banyak sabar kan? :( Kamu kena menunjukkan kasih sayang dan kesabaran kemu terhadap mereka.

LORD ZARA 札拉 said...

YobSumo :

baik Yob!

aku janji tak buat camtu~

LORD ZARA 札拉 said...

Fatt Chin Choy :

hahaha~

amboih~

kih kih~

LORD ZARA 札拉 said...

sweet.ants :

bebudak kan?

alahai~

LORD ZARA 札拉 said...

Tirana :

rasa ringan tangan nak pukul kak~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

arque :

hahaha~

nakal ya kamu?

LORD ZARA 札拉 said...

rAtu saLju™ :

aku cuba sayang~

LORD ZARA 札拉 said...

mira amair :

gatai no~

kih3~

baiknya kamu, nak student cam kamu!!

LORD ZARA 札拉 said...

♥Hernee Nazir♥ :

insyaALLAH takkan give up sis~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

cik intan (◡‿◡✿):

hope camtu syg~

isk3~

LORD ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

rasa nak keluarkan silambam~

LORD ZARA 札拉 said...

Tekkaus :

tu lah bang~

geramnya hati~