Sunday, November 15, 2009

"Umur Saya 22 Tahun, Dan Saya Seorang Guru. Awak Tetap Mahukan Nombor Telefon Saya?"

Salam sejahtera semua!
Pertama sekali, ingin memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat mengunjungi kalian semua hujung minggu disebabkan aku bertugas sebagai guru pengiring ke Kejohanan Olahraga Negeri Johor. Menghantar empat peserta untuk diuji bakat mereka. Alhamdulillah, ada kejayaan peribadi yang dicapai dan catatan masa terdapat peningkatan yang nyata.

Terjumpa seorang rakan lama yang hanya berbual dua tiga patah perkataan sahaja akibat asyik direnung dari jauh. Ya Encik H, jangan biarkan aku lihat kamu di mana-mana kejohanan olahraga lagi. Aku bukan satu replika untuk direnung walaupun sudah enam tahun tidak bertemu. Dan ya, bila ada sahaja kejohanan yang besar, sudah pasti ada sahaja yang mencari peluang menduga pasaran harga masing-masing. Salah satunya, mungkin cinta.

Aku sedang menjaga barang pelajar yang mengambil bahagian apabila terdapat sekumpulan peserta lelaki (PL) daripada sekolah daerah lain duduk berhampiran. Ya, tugas guru pengiring memang merangkumi semua aspek. Dari sebagai pengurus, hingga sebagai pembeli makanan untuk pelajar. Aku terdengar suara - suara peserta yang bising dan menangkap suara dari belakang tempat duduk aku.

PL : Awak dari mana?
PL : Sombongnya.
PL : Tudung hitam, sombongnya.  Asyik pandang padang sahaja.

Perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran aku, mungkin mereka sedang mengusik sekumpulan peserta perempuan yang duduk berdekatan. Bila suara semakin galak, aku menoleh ke belakang. Bingit dan mengganggu tumpuan aku pada kejohanan.

PL : Eh, tengok pun. Awak dari mana? (Ya, di bajunya ada nombor untuk peserta)
Aku : Dari Ledang.
PL : Masuk acara apa? Umur berapa?
Aku : (menggeleng kepala tidak percaya yang disangka oleh mereka sebagai tidak berminat)
PL : Ala, jangan sombonglah. Nak minta nombor telefon boleh? (gelak mengekeh)

Aku : Umur saya 22 tahun, dan saya seorang guru. Awak tetap mahukan nombor telefon saya?
PL : (terdiam dan kemudian ketawa) Cikgu ke? Tipu lah.

Tatkala ini, pelajar aku datang menghampiri usai acara mereka untuk berehat dan menonton acara lain.

Pelajar Aku : Cikgu, acara saya dah siap. Nak minum air, cikgu.
Aku : (menghulurkan botol kepada pelajar) Tahniah. Duduk rehat dulu ya? 
Pelajar Aku : Baik cikgu.
Aku : (berpaling kepada mereka yang berada di belakang aku) Awak tak percaya lagi?

Peserta lelaki tersebut sudah merah mukanya dan mereka beredar dari belakang aku. Mungkin ada acara yang bakal mereka sertai pada waktu petang tadi.


**Di luar stadium MPK - Tiada gaya guru ke?**

Esok perlu ke sekolah seperti biasa. Badan memerlukan rehat yang cukup dan insyaALLAH, mungkin usai pulang dari sekolah esok, aku akan mengunjungi kalian seperti biasa. Pelukan hangat yang tidak berpeluh buat kalian semua!

Zara : Akan keluar bertugas mengiringi lawatan pelajar dalam minggu ini ke Negeri Sembilan, insyaALLAH.

91 comments:

vidadarisakura said...

hai. saya baru 24 tahun dan bukan cigu. mahu fon number saya?
haha

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.hahahaha lawak lawak
.last last bg num telefon x syg? ;p

K~UN said...

wah2..tergugat si kosong baca nih nnt..hehe..
tp akak mmg xnmpk mcm cikgu la~ala2 cikgu berhias gitu..hehe

ct sarah said...

zara...kamu nampak sedikit seperti pelajar sekolah menengah...mungkin kamu patut pakai tag nama kamu dimana saja supaya orang tidak terkeliru...

oranglidi said...

wa umur 20. seorang pelajar. cikgu boleh tulung ajar wa menelefon?


mende wa ngarut ni?

Paan said...

"Hai, saya 21 tahun. Saya bukan cikgu. Saya ada henpon. Tapi ingat nak tukar baru. Awak belanja boleh?"

Hahahaa!

sI tEDI said...

ha ha ha ha..

dak zara... layan je lah..bagi dia hangenn..

pastu baru beritahu kamu cikgu.. ekkekeke

avid gunner said...

wow...cikgu muda...biasa la...hehe...dress up pun urban semacam je...

cikgu gua dulu pakai baju kebaya teman team takraw gua dulu....

Precious said...

eh betul ke pelukan hangatmu itu tak berpeluh? ekkekeeeeee ...

Samaira said...

hahah wakaka mmg x de gaya guru tp mcm pelajar form 4 5 atau 6 kekeke

rAtu saLju™ said...

hahah...ko ni,best juga kan?..lme da x rasa ngurat2 cam dlu..ekekek

mier@merr said...

kahkahkah..

yang...mmg xseperti cigu...
mcam masih pelajar kampus selatan...ekeke

fadh said...

hahaha~
nmpak remaje lagi la tuh...

fadh said...

hahaha~
nmpak remaje lagi la tuh...

Fatt Chin Choy said...

budak sekolah urat ko yer. kekeke

dude said...

trend la ni orang lelaki carik pompuan yang lebih matang aka tua dr mereka ;p

YobSumo said...

haha. kamu terlalu muda untuk dianggap guru. mungkin aku pun akan confuse di situ.

Pocket said...

awak 22 dan seorang guru?
saya nak nombor talipon awak,
regardless...

memoga awak memiliki adik yg comel lg indah.

Player itu patut balik check mata dia.. kerana dia mula meminati wanita diluar liga dia...

heheheh

tp tgk gambo nyer..
umph, i'd be like him too:D hahahah

imHepPie said...

apa reaksi si kosong agknye

cInTa aDrIaNa said...

haih..nampak macam baru 17 tahun..heee...~

chokio_nia said...

haha..muke akak kat bawah nmpk cm student la..btol..tu pasallah kot..haha

zeqzeq said...

jika mabik nombor pun langgar etika ker. salah erhh

farah said...

gaya kamu mcam pelajar sekolah kot?

hehe.

[z@ck] said...

pewwiiittt..
apa perasaan kena ngorat ngn bdak skola? feeling awet muda?

Noorlaila Mohamed Nor said...

nak no fon jugakkkk
boleh kan?
hee :p
tu tandanya awet muda laa kak!

topo said...

pheewit.. kene ngorat.. hahaha dah pakai baju sindiket sol-jah tu.. mmg nampak awet muda la.. hohoho

.ieLah. said...

baju hitam, jangan lah sombong sangat.huhuhu

layankan saje zara :)

zella said...

hehehehe...22 tahun..muda lagi tu.. tu yang kena ngorat ngan plajar tu...

kelakarla... =)

cHeRyNa PiReS said...

budak sekarang....sopan dalam memikat macam dah takde. tp yang tak sopan tuhlah ramai yg suka:)

atiQah adNan said...

memikat tak kena gaya gitulah..
heheh akhirnya melepas... kan..?

Lifesaver said...

di mengorat?????hehe

naz said...

hahaa adakah namak tua? atau terlebih muda? mmmm

fndrocka said...

tu namanya age harrasment..hahaha

Nina Ini Milik Din said...

Kamu nampak muda sayang...

qila~ said...

bdk2 skrg mmg yakin,hehe..d'usha plaja skola tue,t'haru je rse eh cgu..haha..

Framestone said...

bro mase sekoalh dulu sellau je ngorat cikgu...coz ade gak cikgu yg xtau yg bro nie student lagi he..23x

out of topic--> suap dengan kaki ek he...23x

tunggu la time dah tiada jalinan kasih sayang nnt

www.broframestone.com

niesz said...

hahaha..malu nyer die..tu la..lain kali wat lagik..kan da kene..

Nakamura Kazaki said...

pelukan hangat tidak berpeluh.comfirm ambe tak cayerrrr hahaha..tapi memang nampak cam studentla zara..kalau kome pakai nombor confirm cam peserta

Tekkaus said...

Budak-budak zaman sekarang ini memang lain kan! :p

Anonymous said...

hahahahah...kelakau..kelakau..
tp seresly takde pun gaya mcm cikgu...
anyway tahniah cikgu membuatkan diri anda tidak seperti guru.. :)

paTonG kerTaS said...

sy masih lagi student.
tak ade org mintak no phone sy pon!
;p

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kahkahkah...anggap saja itu satu penghargaan buat dirimu =D

PiNk ButTeRfLy said...

comeynye students tu.

kan dah malu.

hahaha..

zan-xray said...

sukar nak percaya cikgu atau pelajar ya..
saiz cikgu dan student sama kot.

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

sweet 17.. sbb tu ingat student.. sumi dah 23.. ^_^

LORD ZARA 札拉 said...

vidadarisakura :

hahaha~

bleh3~

LORD ZARA 札拉 said...

intanurulfateha (◡‿◡✿):

tak~

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

K~UN :

cikgu berhias?

apakah?

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

ct sarah:

hahaha~

nanti org kata ku ekmaruk kak~

LORD ZARA 札拉 said...

oranglidi :

hahaha~

boleh3~

LORD ZARA 札拉 said...

Paan :

hamboih~

sila beratur~

LORD ZARA 札拉 said...

sI tEDI :

lain kali aku buat~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

avid gunner :

pergh!

kebaya katamu?

LORD ZARA 札拉 said...

Precious :

hahaha~

betul kak~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

Samaira :

muahaha~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

rAtu saLju™:

best woo~

rasa bahagia~

LORD ZARA 札拉 said...

mier@merr:

hahaha~

aku rindu kampus kita~

=[

LORD ZARA 札拉 said...

fadh :

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

fadh :

ye ke fadh?

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

Fatt Chin Choy :

hahaha~

sedih siot~

LORD ZARA 札拉 said...

dude :

ceh~

aku mana nak~

LORD ZARA 札拉 said...

YobSumo:

hahaha~

nampak saja muda kan?

LORD ZARA 札拉 said...

Pocket :

hahaha~
amboi bang~
kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

imHepPie :

ntah~

LORD ZARA 札拉 said...

cInTa aDrIaNa:

hahaha~

alahai~

LORD ZARA 札拉 said...

chokio_nia :

hahaha~

nak nuat muka comel la camni~

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

hahaha~

salah ke?

LORD ZARA 札拉 said...

farah:

apa gaya yang sesuai di atas padang?

LORD ZARA 札拉 said...

[z@ck]:

rasa geli~

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor :

moh!

amik ni~

lalala~

LORD ZARA 札拉 said...

topo:

hahaha~

muda cam Tok Rimau ke?

LORD ZARA 札拉 said...

.ieLah.:

aku nak gak layan~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

zella :

hahaha~

muda ke dear?

atoi~

LORD ZARA 札拉 said...

cHeRyNa PiReS:

yg tak sopan tu dikatakan berani kak~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

atiQah adNan :

hahaha~

melepas dia kak~

LORD ZARA 札拉 said...

Lifesaver :

hahaha~ kak~

LORD ZARA 札拉 said...

naz:

mungkin terlebih muda~

LOL!

LORD ZARA 札拉 said...

fndrocka :

hahaha~

age harrass?

OMG!

LORD ZARA 札拉 said...

Nina Ini Milik Din :

alahai~

segan~

LORD ZARA 札拉 said...

qila~ :

agak le~

hahhaa~

LORD ZARA 札拉 said...

Framestone:

hahaha~

amboi bro~

LORD ZARA 札拉 said...

niesz :

hahaha~

ikut hati mau bagi sedas~

LORD ZARA 札拉 said...

Nakamura Kazaki:

hahaha~

aduyai~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

memang sangat lain bang~

LORD ZARA 札拉 said...

Anonymous :

hahaha~

TQ2~

LORD ZARA 札拉 said...

paTonG kerTaS:

hahaha~
nanti kak minta kang~

LORD ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hahaha~

bolehkah begitu bang?

LORD ZARA 札拉 said...

PiNk ButTeRfLy:

hahaha~
mau gelak kan sayang?

LORD ZARA 札拉 said...

zan-xray :

hahaha~

mungkin jugalah bang~

LORD ZARA 札拉 said...

☺[ai][sUmi]☺Chan:

hahaha~

sumi lagi comel~

I N D A H said...

mmg tak mcm seorang cikgu..
sbb muda sgt
rupa n gaya da ada
hehehe