Tuesday, December 22, 2009

Bila Bekas Kekasih Pertama Berguling Laju Merayu Di Lutut Kamu...


Salam semua.
Hari ini hari Selasa dan merupakan hari ketiga aku bertugas di sekolah pada waktu cuti.
Mari raikan kegembiraan ini.
*ketawa*

Semalam, ada lagi orang berak bersepah dalam Dunia Sebelah Zara.
Aduhai, geli. Walaupun aku cirit birit kerana minum teh herba, aku masih mampu ke tandas dan membersihkan diri sewajarnya. Biarkan sahaja komen di dalam penulisan ITU. Aku mahu sambung ketawa selepas pulang dari tandas.


[Gambar ini telah ditambah unsur tertentu, gambar asal dipinjam dari SINI]

Semalam juga seorang teman ada mengadu pada aku. Dia minta pendapat tetapi aku sendiri seperti buntu bila ia melibatkan hati dan perasaan manusia lain.

Dia : Kekasih pertama aku datang balik?
Aku : Apa dia nak?
Dia : Dia tahu aku sudah berpisah dengan kekasih ketiga aku, dia mahu aku kembali bersama dia.
Aku : Apa kamu beritahu dia?
Dia : Tiada jawapan. Dia berikan aku tempoh masa untuk memberikan jawapan.
Aku : Dia yang beri kamu tempoh masa? Sampai bila?
Dia : Awal bulan dua tahun depan.
Aku : (ketawa) Hebat dia berlakon.
Dia : Memang hebat. Dia merayu pada aku. Dia kata aku bertambah cantik.
Aku : Macam mana dengan perempuan-perempuan genit di samping dia?
Dia : Dia kata semua tak sama dengan aku.
Aku : Ayat manis lagi.
Dia : (ketawa) Yang paling kelakar, aku lihat di dinding Mukabuku (baca : Wall Facebook) dia, ada seorang perempuan yang asyik tolong jawab apa yang orang lain tanya, siap status hubungan dia "ada hubungan dengan" (baca : in relationship with) perempuan itu. Kelakar bukan?
Aku : Sah dia ni memang pelakon hebat.
Dia : Bak kata kawan aku, telur dia ni kecil.
Aku : Kawan kamu pernah tengok ke?
Dia : (ketawa)


Secara jujurnya, aku tidak mahu dia kembali kepada kekasih pertama dia yang nyata suka berpoya-poya.
Tetapi bila dia kata hati masih berdebar, terusik dengan gelagatnya, aku terdiam seketika. Itu cinta atau  khayalan indah yang tidak mungkin tercapai?


Apa pendapat kalian?

Zara : Mahu ke sekolah.

37 comments:

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

{ teringat kekasih pertama ku dulu...selalu dating di KLCC...hahahha }

Sharinginfoz said...

tak apalah sekali sekala bertugas masa cuti......

Kamsiah said...

salam..
apa kabar...
bgtau kawan zara tu
jgn terpedaya dgn x bf nya...
jgn bg muka..

M O N I C A said...

hahahaha..kalau da ex..buatla cara ex..x yah nk blk2 lagi..laki tu pon sama..ingat dia tu mulia sgt ka..adush..

sis zara..telur apa tu??hahahaha..XD

zella said...

wooo... jgn layan lelaki mcm ni
kang dh layan timbul blk rs cinta

p/s: tak byk bf tp byk secret admire ahaks!

Lifesaver said...

laki macam tu boleh dibawak kawan...suami???? dipertimbang habis-habisan dulu

arnamee said...

Salam syg.

Suruh kawan zara menyalin 10 alasan kembali, 10 alasan untuk tidak, dan bandingkan, kemudian buat istikharah:)

Apa yang penting, hati mahu lagi, atau hati ragu2,mana kuat?:)

p/s: bercinta kena serius, sebab nikah itu ibadah:)

en_me said...

veryy veryy derr telor ghiteww.. uhuhu

sI tEDI said...

yup!
tidak perlu balikorg yang buat kita macam bakul sampah ni.
waktu perlu datang dekat.. tak perlu menjauh

naz said...

lalu aku cuba melihat saiz kepunyaan daku pulak. kecil ke besar ker? hahahaha

ateeka amer said...

men will be men anyway. kalau dia rasa berat hati, tak payah la nak menyeksa diri. belum tentu bahagia. haih~

green said...

selalunya aku akan leave it, not choosing any..

sharamli said...

telur ap syg?

zan-xray said...

lupakan untuk kembali bersama kalau dah tau peragai dia macam tu.
ibarat menyerah diri pada harimau.

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.jgn ingt pd kenangan lalu yg indah itu, tp ciptalah kenangan baru yg lebih indah
.ok syg? ;)

qila~ said...

sah2 ade hbugn dgn gurl len,lg mau tnye..lupekn jela,hehehe...kumbg len kn byk =P

mier@merr said...

kekasih pertama bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan?

aku?
terluka?
mungkin tak...haha....

Fatin Aliyya said...

kalo nk blk besala lembut gigi dr lidah.heh.:P.

boleh blah la mamat cmtue.nak ayat balik konon.

Cik Norfa said...

dengar kata-kata dia : Kamu semakin cantik!!

jgn mudah terpedaya...lambat laun dia jumpa yang lagi cantik, kamu tetap akan ditinggalkan....!! lelaki tetap lelaki...tiada apa yang dapat mengubah pemikiran mereka..

Paan said...

Manis sangat ayat dia tu kak. Saya yang sebagai seorang jantan ni pun rasa geli. Yekkk!

Eyriqazz said...

kekasih pertama,kekasih yg paling sukar dilupakan,kan?

http://eyriqazz.blogspot.com/

mamai said...

kalau la kawan zara tu terima balik ex bf dia tu, mmg dia seorang yg kurang cerdik

Aidi-Safuan said...

haha..maybe laki nih tak tukar status tuh lagi kot.alah,ape kesah status kat facebuk.aidi punya status da lame terbiar

Cik Biol said...

haha no komen hehe

Aus said...

hye kak..
em..ade debar2 lg..
biasela 2..
ahaha..

em..nmpk mudah..tapi memerlukan keazaman yg tggi utk tetapkan hati..
orait !!

fikir kan sebaik mugkin !

Wanita Itu said...

owh pernah...

siap bekas kekasih marah-marah kata kakak lupa janji pada dia..

cit..

sudah pecahkan hati orang..

masih mahu ingat janji dia..

x boley blahhhhhhhhhh..

emo lak kat kotak pesan kamoo sayang :)

ampun :p

Nakamura Kazuki said...

taktau nak kata pe..tepuk dada tanya betul ke tindakan..itu je..sebab kalau setakat main2 cinta takpe kalau sampai nak mendirikan masjid..u have to think twice la..sebab is a huge things ....so betul2 kena fikirkan

avid gunner said...

talk about being a jerk. this is a classic story of 'em.

saypOOL rafhtello said...

mesti pendegar yg setia ni.. =)

rizputra7 said...

kekasih gelapku..telur apa tue??/

Farhana said...

Say NO to this man.. Hehe.. Tapi kalau dh sayang, ade jodoh tak ke mana.. Yg penting hati laa.. That is wut matter.. Tmbah lagi dgn pnimbangan akal yg waras, hasil yg dapat pasti memuaskan.. ;)

hans said...

hurm...tak tahu la nak kata apa...
semua terpulang pada dia
kalau dah tahu laki tu jenis berpoya2 jgn lah layan

~kHaiRiNe NaBiLa~ said...

huhuhu ingatkan cinta petame tu spe la...hahaha

enyheartsdiamond said...

lelaki..ohh!

enyheartsdiamond said...

lelaki..ohh!

Dak Wan said...

Kengkadang kita terlalu mengejar, relax jodoh tu masih ada. Akal mau waras. Kalau dah kawen hubby pasang lain lagi naya.....

Tekkaus said...

Dah masuk alam kerja ini, memang lumrah kena kerja masa cuti Zara. :D kecuali kamu jadi bos sendiri.