Monday, December 21, 2009

Bila Bulan Bertukar Merah Dan Catur Bertaburan, Sivik Jadi Taruhan.


Tadi aku melaporkan diri untuk bertugas sempena cuti sekolah.
Sampai di sekolah pada jam 7.30 pagi dan menunggu pejabat buka.
Peringatan buat diri sendiri : Dengarlah kata Bonda yang telah menjadi guru selama 23 tahun, guru bertugas mula jam 8.00 pagi, bukan ikut waktu persekolahan. Degil sebab takut dengan lori - kena bawa kereta perlahan, jadi keluar rumah awal-awal pagi.

Kakak pejabat datang tersengih-sengih jam 7.50 pagi.
Melemparkan senyuman manis walaupun perut memulas akibat teh herba.
Menyumpah diri sendiri laju-laju.
Padan muka.

Kakak pejabat berikan tugas.
Buat dengan tekun dengan rakan lain.
Telinga mendengar kata-kata kakak pejabat.
Senarai tugas untuk tahun depan sudah keluar - dia sedang menyudahkan kerja menaip semula untuk buku mesyuarat minggu hadapan.
Menyelinap berjumpa kakak pejabat.

Terkejut.
Mahu ketawa walau hati terselit rasa gundah gulana.
Senyum.



Ini muka bakal Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan tahun 2010.
Ini muka guru penasihat Kelab Catur.
Ini muka guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah.
Ini muka guru penasihat rumah pasukan Merah.
Baiklah, anda semua boleh pengsan.


Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
Berhenti.
Macam mana dengan nasib mata pelajaran yang bakal diajar tahun depan?
Guru Penolong Kanan, cepat keluarkan jadual, aku sudah menggigil kepala lutut.

Guru Penasihat Bulan Sabit Merah.
Ini tidak mengapa.
Pernah menjadi sebahagian daripadanya ketika sekolah menengah.
Kalau susah, panggil sahaja pakar-pakar yang dikenali.



Guru Penasihat Kelab Catur.
Habis ketar tulang berterabur.
Entah berapa kurun tidak bermain permainan itu.
Tidak mengapa, ada jurulatih peribadi yang sudah habis sekolah.
Wajib paksa si kering itu mengajar aku semula.

Guru Penasihat Rumah Merah.
Harap-harap atlet sekolah berkumpul di dalamnya.
Eh, dulu di sekolah aku rumah Biru - Hidup Tun Razak!
Itu dulu, sekarang Merah, entah Temenggong, Laksamana atau apa lagi senarainya?
Aku lupa.



Itu senarai tugas awal.
Mungkin nama akan muncul sebagai guru kelas.
Mungkin nama akan terpacul di bahagian-bahagian lain juga, tidak mengapa.
Itu tugas, amanah, tanggungjawab.
Hasil keluaran kampus selatan tidak akan mengalah.
Mana mungkin berserah tanpa berjuang sampai mengalir peluh dan darah?
Ketawa.

Zara : Minta kebenaran keluar dari sekolah awal untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang bekas rakan sekolah. Hebat musim mengawan tahun ini, hari Isnin pun orang buat kendiri kahwin. Esok pihak lelaki juga jemput ke rumahnya. Alahai.

49 comments:

zella said...

banyaknyer pangkat cik zara.. =)

Aku yang bijaksana said...

takpelah zara...

kau bergetar kepala lutut sekalipun

keje ttp keje kan??

mana tau mungkin thn depan jadi ketua panitia kimia plk =]

good luck!!!

ocha said...

dh jadi cikgu...best2...all d best yaa=D

Aidi-Safuan said...

hahaha..musim mengawan pe kes?huhu

Lifesaver said...

tanggungjawab berat tu

enyheartsdiamond said...

zara..banyak nya pangkat..glamor la pasni!!! ;)

*mesti murid2 syg ;)

naz said...

seronok pulak rasa nya jadi guru

~0~ said...

sonok ye jdik cikgu...

NuR said...

dah tau ke?
awalnyer..
ku bakal mengetahuinya sabtu nanti..
huhuhu..

zan-xray said...

kalau tiap satu tu ada elaun mesti berebut nak kan hehe..
ala senang je buat2 rilek jer..guna kan kepakaran orang lain untuk membantu.

mier@merr said...

cayalah!!

idup warga kampus selatan!!

hahaha...

imHepPie said...

aiyak ,au pengsan lor dgn tugas byk gini huuu

et said...

ouh..x sampai setahun dah mcm2 keje..huhu..susah jugak jadik cekgu nih kan..huhu~

.:fifi:. said...

oh bnyknya..
pengsan!

iBu...gUru said...

Dah tau tak pa. ibu ni masih suspen tugas apa sdang menanti

mamai said...

panjang senarai tugas tu yer

kawie2020 said...

perghhh... banyak nya tugas nih.. confrimlah jd cikgu yg berdedikasi nih.. hehehehehehe...

Anonymous said...

ala...
ko memang layak ajar sivik.
sebab ko memang takde sivik.

part kenegaraan tu mungkin ada la.
sebab ko tulis dalam bahasa Melayu.

sebab apa kata ko takde sivik?
tulis tajuk nak bunyi cam lucah.
biar orang masuk ramai2 kan?
mengaku je la.
takde sivik.

camni punya cikgu pun ada ke?
geli betul.
kalau ada anak, tak nak hantar kat ko. mesti anak aku lingkup.

Aku yang bijaksana said...

apehal makhluk kat atas ni???!!!!

enyheartsdiamond said...

hakhahahah..lawak la anon tu ;)

AzuanBudakPandai said...

cikgu memang camtu hehe

rAtu saLju™ said...

syg tahniah!..aku juga dulu ahli PBSM,tapi yg best..ku juga guru penasihat umah merah..heheh~

cInTa aDrIaNa said...

adeh...lawak nyer anon tuh...haha...

sokong2...mesti dia suka baca citer lucah...

ntah pape...

chaiyok2 kak zara..!!

rizputra7 said...

larat ker nak pikul semua tugas???jangan pengsan sudah ler yer...

YuSeNzE - KniGhT said...

Lalalaaaa~~~~ nak join!!! kelab catur... hehe...;}

M O N I C A said...

x lama gik soalan..selamat menjalankan tugas cikgu..:)

joegrimjow said...

pbsm

persatuan berehat sepanjang masa
ehe

ku tengah menaip entry contest kamu
trime je la ek
klu tak terima
xmo kawan
;)

hisham said...

dasat r cikgu nie..mcm2 task amik..x ramai ckgu yg cam ni..kdg2 nk dtg amik tugas mengajar kelas tmbahan pn malas sbb bayaran x stimpal..tahniah ckgu...

sI tEDI said...

dak zara : tahniah . sudah ada tanggungjawab besar!!

selamat bertugas minggu ni. kem salam dekat kakak pejabat!!


ingat !!datang pukul 8.00 tau!!
kitorang bukak opis pukul 8.00

ekekekekek

~** PROFFY **~ said...

tahniahhh zara!!

sivik tu i punye minor..

lalalala

cik ian@aH Lian~ said...

ajar sivik
sambil makan kuaci.
hoh!

hans said...

wow..banyaknya tugas ko zara

cik lizi said...

ajar sivik kena tegas tau dik
sbb budak2 amik mudah subjek tu

byk buat aktiviti luar bru dorang excited nk belajar~

erk
just some tips
hehe

best of luck ;)

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.redha je la syg~ ;p

Daffodil D said...

ehem. bila nak jadi HEP/HEA? ;p

sharamli said...

laksamana itu biru biasanya..

laut la katakan..

avid gunner said...

wohoho...ketua panitia sivik tuh...buat soalan maut sikit masa final nanti...hehe...

ShikinS menunggu utk sesuatu .. said...

selamat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi =)

Nakamura Kazuki said...

wah.tugas semakin mencabar..lakukan dengan penuh dedikasi ye zara

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ewaaaah si zara ni banyak lak subjek die ajoo. powerrr

Dak Wan said...

Erk? Unknown giler bodo tu naper eh?

Paan said...

Besar gajinya ni! Yezza!!!

ashie023 said...

ketua panitia sivik..hehe
aku penah jadik ketua panitia sivik tapi aku nye combine ngan muzik sebab skolah aku kecik..SKM..sekolah kurang murid..so panitia PJ,MUZIK DAN SIVIK digabung..perghh...

tp aku cam ko gak..PAnitia Indie..(india tamil ader gak skit...<-bukan skit ..manyak..ahhaa)

eLLa said...

wahh guru ruper nyer..
tahniah..hehe

jgn garang..takott..

Farhana said...

Zara.. Hebat kalau betul tu.. Hehe.. Ku doakan yg terbaik untuk kamoo.. Chaiyok cikgu.. ;)

Jard The Great said...

aummmm...

ateeka amer said...

nasib baik tak jadi guru disiplin ;DD

PiNk ButTeRfLy said...

zara! hehe.. best la keje kamu.

cikgu sivik tu macam cikgu disiplin ke?

hehe.. tak tau la.

Tekkaus said...

Banyak jawatan yang zara sandang kan? :p Takpe! Enjoy lar Zara.