Tuesday, December 22, 2009

Bila Cinta Pertama Mengusik Tangkai Hati Yang Berdegup Kencang.


Ada orang kata, cinta pertama akan kekal selamanya.
Ada orang kata cinta pertama tidak akan pernah kita lupa.
Ada orang kata, cinta pertama penakluk segalanya dalam diri kita.
Adakah itu benar-benar cinta pertama yang setia?
Tepuk dada, tanya diri, tanya akal, tanya iman, bukan nafsu yang menyala.

Tapi bila orang tanya aku cinta pertama aku, aku akan jawab dengan bangga.
Ya, aku cinta dia.
Ya, aku sayang dia.
Dia ajar apa yang aku mahu dalam dunia.
Apa yang kamu lihat sekarang adalah hasil aku bersama dia.

Dia buat aku tertawa ceria.
Dia buat aku senyum mesra.
Dia tidak pernah buat onar atau conteng muka dengan perkara duka.
Dia tidak pernah melempar kata-kata nista.
Gembira, bahagia, itu kata-kata bila bersama dia.

Hari itu, segalanya berubah dalam sekelip mata.
Dia : aku sembunyikan dari pandangan mata.
Bukan dari mata aku tetapi mata mereka semua.
Mata yang pernah menjilat, meneliti setiap inci tubuhnya.
Bukan salah dia, bukan salah aku - tetapi keadaan memaksa.

Tapi hari ini, hati aku tiba-tiba terbuka.
Atas arahan pihak atasan, aku kembali menjenguk dia.
Diam-diam aku berfikir tentang dia.
Bibir mahu tersenyum bila lihat dia, si cinta pertama.
Intai-intai dia, dia tahu aku masih suka.


[Setelah ditambah dengan unsur tertentu, gambar asal lihat di SINI]

Dia tahu aku masih cinta.
Dia tahu aku masih gemar dia.
Dia tahu aku masih perlukan dia.
Ya, mungkin sudah tiba saatnya dia dibuka semula.
Bukan untuk siapa, tetapi untuk mereka-mereka yang aku cinta.
Untuk diri sendiri yang sentiasa kuat bertenaga.
Ketawa.



Ya, aku berbicara mengenai permintaan dan arahan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang mahukan aku mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun hadapan. Cinta pertama yang aku maksudkan adalah blog pertama aku di pelantar Blogspot. Ya, aku tulis ia sebelum aku mulakan Dunia Sebelah Zara. Mungkin akan menulis semula di sana. Sudah tentu kamu tidak akan jumpa aku bermadah dalam bahasa pertama seperti di sini.

Cinta Pertama.
Oh, ia masih dalam keadaan peribadi selepas Hari Raya Aidil Adha yang lepas.
Bila dibuka kembali, insyALLAH, aku bakal maklumkan kalian.

Zara : Aku juga diminta untuk menjadi Timbalan Bendahari Koperasi Sekolah tahun hadapan. Aku harap dengan pertambahan tugas, aku akan dapat mengurangkan berat badan. Mari cepat doakan aku.

36 comments:

zella said...

harap2 cinta pertama akn kekal selamanya.. amin...

p/s: begitu byk tugas Zara... msti guru yg popular ;)

Aku yang bijaksana said...

lepas ni GPK kata...

"nnt awak jadi GPK lah plak"

haha...

teruskan usaha mdidik anak bangsa!

joegrimjow said...

nice
as usual

ku nye 1st love xbest
huhu

kamo nye contest ku akan post 23 hb. huhu, sanggup xpost entry ooh eiffel untuk post contest kamu

Farah Ain said...

cinta pertama selalunya indah ;)

jangan jadi guru yang garang ey kak zara,
nnti murid takut (:

ngeee ;p

avid gunner said...

wow...makin bizi la gamaknya...

Farhana said...

Ouh.. First love kamu itu tringin skali ku mnjengahnya.. Heehee.. ;)

Pertama, kedua, ketiga, keempat for me don't matter, terakhir tu yg kekal.. An dsape2 blh jadi terakhir, even yg pertama mahupun kesepuluh.. Huhu..

cInTa aDrIaNa said...

ngehehehe...

selamat berat badan turun kakak zara...(^_^)V

sue said...

first love itu indah

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.teacher!
.teacher! ;p

chah~ said...

1st love..? takde2x.. haha..

hoho.. jd english teacher.. salah satu impian ku yg xpenah tercapai..

;)

kawie2020 said...

Chenta yg tulus lebih indah sebenarnya dari yg 1st... hehehehehe..

ajar english? best arr.. jeles kawie nih..

niesz said...

huhu..cinta petame niesz cam xley pkai jer..hancus!!mayb cinte yg ke2 kot..xpon yg ke3..hihi..yg ke5o kot..hahaha..bnyk nyer..

biar la mase yg tentu kan..

enyheartsdiamond said...

cinta pertamaku di sekolah rendah..haha..lawak!

sharamli said...

cinta kedua lagik best...

heeee

sharamli said...

cinta kedua lagik best...

heeee

~0~ said...

sebab tue aku xjadi delete blog aku...huhuhu

zan-xray said...

masih ku ingat cinta pertamamu zara
"Life of A Zealous Bachelorette"
harap yang di sini tidak ditinggalkan.

miSs s!v said...

wow ye ke?
boleh ajar aku b.I jugak nty kak!

en_me said...

vukann chenta monyett kerr.. ehehe

fecca said...

sharif...
apakah anda tahu bahawa anda slalu wat atey ak neh trtanya2 nk bca... dgn tajuk entry yg sokmo bikin 'havoc' je... "bila cinta pertama mengusik tangkai hati yang berdegup kencang".... muahahahahahhaha~

tp yg paling xbuley blah neh:
"bila pembohongan kamu terbongkar hingus aku meleleh gembira"
"kamu teringin untuk menderma dara? - Sangat Digalakkan Demi Manusia"
"hari ini dalam musim mengawan 6 majlis"
"keliru dengan jantina: jangan singkap kain, jangan londeh seluar"
"bila bekas kekasih pertama berguling laju merayu di lutut kamu"

wakakakakakakakakakaka~

*pengsan 44x*

Paan said...

Ok, maklumkan cepat2 ye kak! Nice! ;P

mamai said...

cinta pertama indah tapi belum tentu bersama

sI tEDI said...

bukak 2-2 ke?

YuSeNzE - KniGhT said...

Best of luck Zara~~~
*skema*

naz said...

aduh i pulak sedang mencari kamus tambahan hahahha

joegrimjow said...

eerkk
xreply pon
huhu

DeeN said...

Good morning, teacher!
Er... see you later, good bye!

Hehe ... good luck, dear!

Dak Wan said...

Reservation please. Hehehe

mier@merr said...

mari kurangkan berat badan yg kelihatan macam tak mahu2 turun ni..haha

Tekkaus said...

Cinta pertama...selalunya...terlalu naif. :p

AzuanBudakPandai said...

ape ape je la..
asal ko bahagia huhu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

suka cinta kedua...
bahagia kini..

Aus said...

hye kak zara..
ckg ek..
wwowow..

lpas ni msok blog ni kne berdiri..
hehe..

wlpon nmpk mcm sebuah artikel..
tetapi saye da tebace sekali bntuk sajak la..
ahaha..

~aku~ said...

ko nk trnkan berat badan?hmmmmm...bukankah ko dah kurus dik?

eLLa said...

haha..
ingtkan aper..
ats punyer r jiwng2..

saya suke guru koperasi..
sebab dorang sporting..hehe..
kamu pula??

Lifesaver said...

cinta pertama susah dilupakan