Thursday, December 03, 2009

Kalau Kamu Cinta Aku Tetapi Tidak Boleh Berpaling Dari Dia, Kamu Wajib Menyediakan Puding Sebagai Santapan Terakhir Sebagai Kenangan Bersama.




Benci.
Kamu panggil aku sayang.
Aku panggil kamu sayang.
Tetapi hati kamu bukan milik aku.
Hati kamu milik dia.

Dunia kamu dan dunia aku berbeza.
Dunia aku kurang warnanya.
Dunia kamu meriah.
Dunia aku mungkin kosong sayang, berbanding dengan kamu yang anggun bergaya.



Walau hati kamu milik dia, kamu tetap menjadi pilihan setiap kali aku berada di alam maya ini.
Aku tahu kamu tidak akan berpaling dari dia walaupun aku terpaksa membelah dunia.
Walau aku mengamuk dan menjerit hiba.
Kamu tetap akan kekal di samping dia.

Tapi tidak mengapa sayang.
Aku dapat menerima kekalahan tanpa bertanding.
Aku dapat menerima itu semua.
Biarlah walau aku mengerti kamu lebih cantik, lebih hebat, lebih teratur dari aku.
Sebab apa?
Sebab aku sayang kamu.
Aku cinta kamu.
Tulus ikhlas.



Akan tetapi sayang, aku punya permintaan terakhir.
Sebelum kamu meningkat dewasa, sebelum segalanya terlambat dalam menoktahkan cinta kita.
Sudikah kamu menyediakan santapan terakhir buat aku?

http://albad.net/images/puding-000.jpg

Aku teringin ini sayang.
Aku teringin sejak kamu meletakkan ia di dunia kamu.
Aku suka bila kamu menyerlahkan bakat kamu di situ.
Sungguh aku suka sayang.
Lebih-lebih lagi ia menyerlahkan sisi kamu yang aku boleh nikmati dengan sepenuh hati.
Ah, kata orang, kalau kita menyukai seseorang itu, pasti ia akan menjadikan makanan yang kita hadam bertambah lazat bukan?
Bolehkah kamu sediakan ini untuk aku sayang?
Demi kasih sayang kita.
Demi cinta kita.
Sebelum kamu menukar nombor dua ke nombor tiga di belakang usia.
Boleh ya sayang?


Zara : Hari ini aku menulis demi seorang teman yang aku sayang. Walaupun jarak kami dekat, kami masih belum punya masa untuk bertemu. Sungguh, aku menanti pertemuan dua pasang mata, dua fizikal yang berbeza. Selamat ulang tahun sayangku Intan. Oh ya, ini juga satu bentuk pertandingan sempena ulang tahun kelahiran dia pada 10 Disember ini.




59 comments:

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.entry paling best so far~
.weee

.tenks syg! :)

Tekkaus said...

Siapa yang special ini? :p

zella said...

siapakah sayang itu??
=)

p/s: sooooooooooo sweet....

L said...

lu kalau jiwang memang meleleh gila la wei~

salute~

Hazami Bahrin said...

U always betrayed me baby~

Who's this anyway?

*sigh*

LORD ZARA 札拉 said...

intanurulfateha (◡‿◡✿) :

hahaha~

ye ke sayang?

maseh sebab syarat tajuk tu tak ketat~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

Tekkaus:

hehehe~

ada kat atas tu bang~

LORD ZARA 札拉 said...

zella :

ada link nya kat situ syg~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

L :

jiwang ek?

lu kan suka~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

Hazami Bahrin:

wak lu!

hahaha~

aku report bini ko kang~

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

aku pon harap aku ade kawan yg bebetul menyayangi aku cam ko
hahaa~
tapi mmg ssh nak cri
sumer pandang duet n seronok
sekarang aku dah takde pape sumer lari lintang pukang tglkan aku
menci~!!!

LORD ZARA 札拉 said...

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ :

manusia memang camtu kadang2~
apa yang kita sayang~
kita jaga~
itu yg lari dari kita~

Donatella said...

Zara, I want the pudding!!

Looked so lovely!!

LORD ZARA 札拉 said...

Donatella:

your address Don?

LOL!

niesz said...

sayang??sape tu??hihi..nk tau!!

Jard The Great said...

bukan utk aku kan? ehehe

cInTa aDrIaNa said...

nape puding kak zara...??

nape bukan ayam panggang...??

heeeee...

GhOsToNe said...

huhuh..

besh2!!!

baguh lew masuk contest jewk keje u,kn???

baguih2!

░♥si lampu neon♥░ said...

ko sekarang ni makin jiwang la zara huhu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sungguh indah sekali kata-kata mu sayang...

kakakmu ini dambakan kata2 sebegini indah pada tujuh bulan akan datang.....erks..

chotz said...

cikgu zara....RINDU KAUUUUUUUUU

LORD ZARA 札拉 said...

niesz:

hahaha~

kena baca elok2 tu~

=]

Framestone said...

sape yg mu pangil sayang he..23x huhuhu

if hati mu berubah... boleh la komen di blog bro..entry hari nie bile berubah fikiran gtew

www.broframestone.com

LORD ZARA 札拉 said...

Jard The Great:

besday ko dah lepas~

hahaha~

LORD ZARA 札拉 said...

cInTa aDrIaNa :

sebab dia tak tulis tentang ayam panggang~

kih3~

LORD ZARA 札拉 said...

GhOsToNe:

hahaha~

saja2 menulis~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

░♥si lampu neon♥░ :

hahaha~

ye ke Neo?

LORD ZARA 札拉 said...

a.z.r.i.n.a.03.07:

7 bulan akan datang?

ehem~

bulan 7 kah kak?

hehehe~

LORD ZARA 札拉 said...

chotz :

rindu sama kamu juga!!

=]

LORD ZARA 札拉 said...

Framestone :

hahaha~

ada di situ bro~

hehehe~

zara dah komen dah tadi~

=]

zeqzeq said...

betapa cemburunya hatimu..oh..takkusangka

mamai said...

pakcik dah beli puding jagung kegemaran pakcik.....sebab pakcik tak reti nak buat kalau asam pedas pakcik leh buatkan...


kenyataannya setiap apa yang kita sayang pasti itu akan lebh dahulu hilang. dan apa yang kita benci itu akan bertahan

ashie023 said...

selamat hari ulangtahunlah untuk kawang zara..

plinggg<-trus ilangkan diri..magik nye..

fadh said...

ayat akak yang sentiase berbunge2...
berbunge2 hati ku membace nye..
hehe~

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

puding kastard berkuah memang sedap

kalau makan bersama yg tersayang

huuhu

tersentuh akak baca n3 nih dik..

skandal akak selalu panggil akak SAYANG...tp akak tahu dia tetap takkan jadi milik akak....

mier@merr said...

haha...aku nak masuk gk contest intan..tp nnti kne cop tamak lak... tp aku rs ko leh menang la yang....hehe

ezany said...

tangkap leleh ni.. ehehe..

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

hahaha~

mungkin juga~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

mamai :

hehehe~
pakcik suka puding gak pakcik?

alahai pakcik~
betul kata pakcik itu~

LORD ZARA 札拉 said...

ashie023 :

mak aii~

magic~

LORD ZARA 札拉 said...

fadh:

hehehe~
maceh Fadh sayang~

LORD ZARA 札拉 said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :

skandal camne baik pun tetap bukan milik kita kan kak?

=[

LORD ZARA 札拉 said...

mier@merr :

hahaha~

masuk je lah~

=]

LORD ZARA 札拉 said...

ezany :

seb baek bukan tangkap basah~

NuR said...

oh zara..
jatuh chenta ku membacanya...

huhuhu..
birthday ku nanti boleh kah buat begitu?
agagagagaga

LORD ZARA 札拉 said...

NuR :

hehehe~
insyaALLAH~
kalau kena dengan pusingannya~

=]

zeqzeq said...

apakata jika ada Insan yang sudi tawar menawar menjadi makruh sunat hhee bukan wajib??,

Donatella said...

Nak puding!!

Allyssa M said...

Cool post darling!
Eh, what with the Queen Of Babble there?

Allyssa M said...

Eh, now I got it~


*sigh*

LORD ZARA 札拉 said...

zeqzeq :

urgh~

tak dapat nak fikir ni~

*pitam*

LORD ZARA 札拉 said...

Donatella:

amik tu~

=p

LORD ZARA 札拉 said...

Allyssa M:

It's like a banner Allyssa~

LORD ZARA 札拉 said...

Allyssa M:

Hahaha~

Great for u!

et said...

puding..nyum2..tetibe lapar..

Noorlaila Mohamed Nor said...

lapaq nii
:(

LORD ZARA 札拉 said...

et :

hehehe~

meh makan~

LORD ZARA 札拉 said...

Noorlaila Mohamed Nor :

alorr~

ciannya~

Lifesaver said...

aku suka di panggil syg