Sunday, December 20, 2009

Kamu Nak Suruh Tekan Sampai Kejang Pun Tidak Mengapa Asalkan...


Salam semua.
Maaf jika penulisan kali ini mengundang sengketa.
Maaf tujuh petala langit, tujuh petala bumi aku pohon bagi yang terasa.
Tapi aku menulis dari hati yang sering mendongkol dan tertanya.
Maafkan aku ya?
Maafkan Shafaza.
Maafkan Zara.



Sumpah.
Aku sangat bahagia dengan kalian yang suka datang nak menekan iklan dalam blog aku. Aku juga memang akan membalas kunjungan kalian yang meninggalkan pesanan di ruangan Luahan Cinta. Kalau kamu kata dapat naik keretapi sambil makan aiskrim, aku juga sanggup naik kapal terbang sambil membeli-belah di pasar raya.

Kalau pasar raya tutup.
Kalau aiskrim cair.
Kalau kapal terbang terhempas.
Kalau kereta api lambat.
Aaku sanggup ketuk dan segarkan (baca : refresh) banyak kali agar kunjungan balas aku tidak kosong.




Tetapi ada sesuatu yang sering buat aku marah.
Aku tidak marah dengan iklan - aku masih akan buat kunjungan juga.
Ucapan terima kasih kerana sudi singgah di Dunia Sebelah Zara yang serba sederhana.
Aku bertuah kerana kalian tidak pernah jemu melawat mesra.
Aku marah kalau kalian tidak tinggalkan alamat (baca : URL) blog kalian di situ. Aku tidak dapat berkunjung balas semula.
Sedih.

Aku pantang bila orang tinggalkan alamat yang tidak sepatutnya.
Ya, aku tahu kalian mahu aku tekan dengan tidak sengaja dan itu akan menyumbang dana bukan?
Aku tahu bukan semua.
Tetapi, tidakkah itu seperti menipu?
Kalau kalian tinggalkan alamat di dalam pesanan, aku tidak akan keberatan untuk menekan demi dana kalian. Sumpah, aku suka - itu sebagai satu cara aku dapat memberi sesuatu kepada kamu kembali.



Ini tidak.
Bila aku tekan, entah iklan mana yang keluar untuk dana kamu.
Itu kerja gila.
Aku mahu lihat blog kamu, bukan iklan penajaan kamu.
Bukan.
Iklan penajaan kamu itu adalah perkara wajib bila aku berkunjung balas, membaca walau secebis coretan kamu - dan selepas itu ya, aku menekan apa yang perlu.

Kalau kamu tinggalkan pesanan cinta dalam setiap penulisan aku, aku akan berusaha untuk membalasnya selagi aku termampu dan aku punya masa. Aku juga datang menyelinap ke blog kamu, membaca dan sedaya upaya akan meninggalkan jejak. Bila aku dihimpit kesibukan, aku hanya mampu menyumbang sekadar terdaya. Kelemahan aku sebagai manusia. Maaf.



Mungkin selepas membaca ini akan membentak.
Mungkin ada yang bakal memberontak.
Mungkin.
Maaf, hanya maaf dapat aku nyatakan - ini cuma luahan sekeping hati yang bakal mati tidak berapa lama lagi. Entah bila, diri tidak pasti. Menunggu dan tidak akan berdiam diri.


Buat mereka yang mungkin tertanya siapakah yang layak menyertai pertandingan ulang tahun pertama, ingin aku nyatakan semua orang layak walaupun kamu hanya melintas di sini. Oh, tidak kira anda lelaki atau perempuan, anda layak menyertainya. Silakan. Aku hamparkan sejuta kasih sayang buat kalian untuk menulis.

Zara : Esok akan mula bertugas di sekolah sehingga cuti sekolah berakhir.

39 comments:

touyakaruma said...

Baik juga ko erk ? Kalu ada orang letak link untuk dana bla bla bla aku dengan wajah cute delete jer benda alah tu.

~ narissa ~ said...

~ huih..sgt marah ka ini..??
~ link sy.. http://normawar.blogspot.com

A t i Q a h said...

Buat derk je honey. And yeah. Me too will delete it straight away. Huhu.

beliamuda said...

kalau ada yg bgi link bukan blog tu, padam je terus. buat menyemak je.

et said...

huhu..saje je kan derang buat mcm tu..ape la..xpe kak zara, abaikan derang tu..huhu~

mier@merr said...

thanx...dtg la blog aku lg..hehe...

NuR said...

aku juga akan bertugas di sekolah hingga la buka sekolah nanti.. tambah2 pula guru spbt... tak sukaaa..!

AzuanBudakPandai said...

esok dah start sekolah la yea huhu

i.am.belle said...

zara,
sila tekan sepuluh ribu kali di blog hakak belle sekarang. pronto!

haha

nasib baik tade org buat keje tinggal link jadah mcm tu kat blog aku. kalau tidak mmg aku ucap 'fuck you very very much'. lalala...


sayang zara. muahhh

Pocket said...

itu yg terjadi bila ada satu kutu yg terpikir,
'what if there's money involve'

dan cinta pun palsu,
kawan pun tipu,
cerita direkacipta,
komen keikhlasan nya tiada,
nama? nama siapa?

how blogging is different from 5 years ago:(

enyheartsdiamond said...

zara period ke smpai marah2 mcm ni??

dtg le ke blog eny ;)

.:fifi:. said...

jgn mara2 nnt tuhan mara...
huhu..

Ries Lee said...

haha..
zara marah...
tak tau.....

avid gunner said...

marah2 pun letak gak gamba comey2...konfius aku...

oReNd3ViL'89 said...

hohohoh.kak zara mula jadi red devil dah..sbr2..hehe
mmg lah kdg cmtu gak, tp nk wat mcm mn. kalo dorg x kasi link, kd2 ak p google, kalo x, p bls jer kt chatbox tu.huuu~~
kita serupa..huk3

sharamli said...

syg...sy xpenah ad iklan...

rObOt said...

selamat bertugas zara!
aku pn kne start keje sok.huhu
klu cekgu ponteng sekolah, leh tak?hehe

sI tEDI said...

betul tu zara..

selalu x de link.. pastu klik2.. ke lain perginya

kawie2020 said...

hehehehehe.. marah cam x marah jer.. hehehehehe.. kadang2 bloggers ni x perasan nak tinggalkan link.. maaf2 kanlah ek.. hehehehehe..

mamai said...

tekan apa tu pakcik tau komen ajer

unwanted said...

owh..
aku ingatkan apa tadi..:)

Cik Dila said...

marah ke..?
tny lagi..sah2 la marah kan..hehe.

salam kenal..

Dak Wan said...

Ntah laa Zara, nanti teman pasang iklan untuk orang-orang yang suka tinggalkan komen alamat lain dan shout Nuff tido. Tak perasan teman takder Nuff atau terlalu laju sehingga tak membaca? Tak marah dapatwang dan click click, tapi rasa sikit kecewa dan terkilan kerana yang hadir tidak ikhlas berminat. Apakan daya, bak kata BPR "Hanya satu persinggahan"

i'msosupernotcool said...

gua bukan pengumpul dana..
terima kaseh!!

chokio_nia said...

ouh..ain ske bace je..kalo klik2 iklan ne, mang tak le..hehe..chill akak keh=)

Kamsiah said...

zara..akka pun biasa kena..ala perkara biasa la...kita klik url tp bkn sampai kat blog dia org...akak blah mcm tu ja kalau kena..

taqie said...

cik zara..
aku tak dapat hantar mesej kat luahan cinta..
sbb pe?
tu la masalahnye skrg..
T-T
kalau sudi..
plz come to my blog and help me..

atiQah adNan said...

ok nanti klik link akak sampai kejang tau zara.. ^^

zella said...

zara dh kena bertugas sblum cuti habes??

~0~ said...

kau mara ke??

naz said...

mereka ambil langkah mudah. tapi saya ludah hahaha

Sharinginfoz said...

sama2 kunjung-mengunjungi... bosan2 singgah le...

http://peribadiz.blogspot.com/2009/12/my-followers-just-above-100.html

Lifesaver said...

aku suka ice cream dik

Eazy Izzuddin said...

uits kenapa kah...
rilex wat tatau
=D

Aku yang bijaksana said...

Samalah aku..

rasa nk terajang je, pastu mula la kata..

"lae deme xklik ambe"

ntah masa bila aku klik link diorg pon xtaw. nk mkn kasut aku buleh r..

letak r link blog yg buleh aku tatap, ni link bisness yg kompem aku xkan join!

PiNk ButTeRfLy said...

masalah same.

sakit hati saje!

zan-xray said...

luahkan saja apa yang kita rasa tak puas hati tu..
kalau tidak mereka tidak akan tau.
Macam2 ada ye zara...

rAtu saLju™ said...

daku da klik nuff kamu..namun sedih kamu x kunjung blog ku...huhuhu`

Tekkaus said...

It's easy to get too carried away and vent your anger right? But you should stay calm. Why should you get angry over someone's else mistake?