Monday, December 14, 2009

Malam Ini Malam Pertama Kami Berdua - Mungkin Juga Bertiga.

Sayang.
Malam ini malam pertama kita.
Malam pertama kita berdua.
Jangan pernah ada yang mengacau kebahagiaan yang cuba kami jalinkan.

Aku pandang kamu.
Kamu cuba tergeletak di situ.
Kaku.
Sean mengalunkan irama kasih sayang.
Apakah dia cuba untuk menggoda kamu juga?

Sayang.
Mungkinkah malam ini milik kita berdua atau kita terpaksa bertiga?
Ataupun aku terpaksa berundur diri dan membiarkan Sean menguliti kamu di sudut kamar?
Mungkinkah?

Sayang.
Terima kasih kerana hadir walaupun agak terlambat.
Maaf kerana aku tidak dapat menyambutmu lebih awal dari seharusnya.
Sepatutnya kita sudah bersama daripada Jumaat lepas, tetapi takdir kita akan bersama agak terlewat.
Tidak mengapa sayang.
Kamu tetap menceriakan hati aku yang tersenyum mesra.



Selamat datang sayang.
Moga kamu akan bersama aku dan Sean dalam menyelami dan mendasari alam maya yang terbentang tanpa sempadan.
Moga kasih yang utuh bakal kekal bersama.

Terima kasih kepada Exabytes.
Walaupun ianya sagu hati dari pertandingan yang kamu anjurkan sempena kempen kemerdekaan Malaysia ke-52, aku tetap gembira menerimanya.
Sumpah, senyum sampai ke telinga!


Mungkin ada yang tertanya. Anda boleh tekan SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengapa aku sungguh gembira.

Zara : Sedang melalui hari yang menggembirakan tanpa perlu memikirkan hati sesiapa yang perlu dilayan, dijaga dan dipelihara. Hanya hati sendiri yang paling utama dalam meneruskan kehidupan di alam yang ceria ini.

32 comments:

Aidi-Safuan said...

tajuk lucah!
cis~

.ieLah. said...

superjeles!!!

ahh!

zella said...

wah....
tahniah zara!!
=) syok nyer menang hadiah!!

NuR said...

tajuk kamu bikin aku kata kenapa apakah si zara nih buat..

hahaha

Lifesaver said...

bestnya!tahniah2!

atiQah adNan said...

wah tahniah.. tidur dah berteman.. akak masih tido seorang.. berteman bantal busuk kaler kuning hee~ lebih tenang..

~0~ said...

wah...best...bertuah kamu

miera said...

congratz!!

sI tEDI said...

wah! hadiah sudah sampai!!

mEiZ SHA said...

tahniah..:)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

WAH! semakin berpatriotik lah kamu! =P

Framestone said...

ops... ini bisa membuat bro cemburu huhuhu

out of topic--> syarat dah len sikit.... tp tajuk tetap xleh ditukar harap maklum.. cepat la zara join... cepat2 huhuhu

www.broframestone.com

Farhana said...

Ouh.. Hadiah.. Menarikkkk.. ;)

~ yep.. kdang2 jaga hati orang, tapi orang tak penah jaga hati kita.. makanya jagalah hati kita dengan extra care.. ;)

sharamli said...

zara...mulut tu dah 0k?
ke sampai tlinga lagi tu?

HEMY said...

dapat free lak tu...sangat beshhhhh!!!!!

hans said...

wah,menang lagi
gila best

ashie023 said...

itu passport ape tuh?passport kegemilangan..??hehe

iyelah..patut didahulukan ati kita , dari utamakan hati orang..kalu tak sakit ati je..

mier@merr said...

waaaaa....bes nye...

JohnJenin said...

you deserved it dear. congrats!

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.saguhati tp hadiah best
.envy! T____T

yangbaik said...

t___t...
hm... kenapa malam ni ?
dan kenapa hari ni juga?
biar hadirmu seketika...
aku tak rela...
hehehehehe..

GhOsToNe said...

huhuhu...

tahniah!!!!!

YobSumo said...

kalau aku jadi kamu, dah tonggeng2 dah gumbira!

i'msosupernotcool said...

owh..
benda free kan..
mmg bes..

khairil said...

tahniah zara
boleh x aku jd org ketiga...hehe

Eazy Izzuddin said...

wah!
sudah menang
jelez2
=P
xD

rizputra7 said...

wow..dapat hadiah tue..bestt ler kamu zara...tahniah..semoga berbahagia dimalam pertama nanti hehehehe

ezany said...

tipah tertipu.. cograts.. haha..

naz said...

tunggu malam jumaat lah zara haha

joegrimjow said...

nanti jgn lupe gtau klu dew contest
erkk
tgah nak siapkan entry tuuu

Noorlaila Mohamed Nor said...

jelesssss

Dak Wan said...

Lepas ni bakal ada web sendiri ka?