Thursday, December 17, 2009

Nak Main Laju-Laju, Ganas-Ganas : Ruang Peribadi Hanya Untuk Diri.




Musim hujan kembali mengetuk lelangit teratak kecil.
Jatuh satu demi satu dan mencurah-curah sendiri.
Diam.
Termenung.
Kira hujan.
Titisan demi titisan.
Desiran angin menghembus ke wajah.
Sejuk.
Kaku.
Beku.

Esok bakal merubah sesuatu.
Semalam hanya masa silam, satu epilog sejarah.
Hari ini bakal berakhir dan menoktahkan satu lembaran.

Hajat hati mahu bermain.
Jiwa kelajuan : mahu main laju-laju.
Jiwa keganasan : mahu main ganas-ganas.
Kesedaran diri : tidak mampu menangkis serangan yang laju dan ganas.
Piang.

Sendirian di kamar peribadi.
Sendirian tanpa teman penghibur hati.
Sendirian itu tidak bermakna sepi.
Waktu untuk diri.



Dalam dunia ada peraturan.
Hitam dan putih.
Siang dan malam.
Bila siang ini bakal berakhir, jangan lupa kamu titipkan doa akhir tahun.
Bila malam mula menginjak, jangan kamu lupa bacakan doa awal tahun.

Setiap satunya berpasangan bukan?
Macam aku dengan kamu semua.
*senyum*

Zara : Mahu lihat persaingan antara Masjid dan Perlawanan Bola Sepak petang ini. Yang mana agaknya mempunyai paling banyak pengunjung tatkala senja meremang memanggil kegelapan meliputi alam.

19 comments:

enyheartsdiamond said...

rasa mcm nk main hujan..jom zara! ;))

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

salam maal hijrah! ;)

keSENGALan teserlah.. said...

mari2 kite mandi hujan bersama2..
hhahahaa..

zella said...

salam maal hijrah zara... =)


alamak..hujan plak ptg ni...
basah la time nk tunggu bus ni...
sedih .. =(

p/s: kartun yg cumel!!

geez said...

nice poem...

Cik Biol said...

salam maal hijrah :)

~0~ said...

salam maal hijrah...

hujan da nie

에마 said...

waaa..tgamam skali ak mbacanya..hehe
slm maal hijrah
rasanya ramai tgk bola kot, hmm.maklum la..

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

{ spek mata itam tu menarik perhatian ku.....mesti chantek bila di mata mu...}

ashie023 said...

salam maal hijrah zara

et said...

slmt tahun baru hijrah~ ^^

ape azam taun neh kak zara? ngeee..

mier@merr said...

salam tahun baru~~

mamai said...

pakcik masih kaku dalam bilik meeting yang sejuk ini...bila la nak habis

rizputra7 said...

salam maal hijrah...

cik peah said...

salam maal hijrah..
semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun sebelumnya..

Jard The Great said...

salam maal hijrah.. ehehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

salam maal hijrah juga untuk zara =D

joegrimjow said...

ketika itu ku sibuk mencari rezeki
huhu

░♥si lampu neon♥░ said...

adoiii ;( ta paham