Sunday, December 13, 2009

Penipu, Kamu Buat Aku Muntah Hijau Sebaldi Penuh.



Kamu pernah datang.
Kamu pernah pergi.
Kamu pernah membajai hati.
Tanah yang gersang dan terbiar pernah kamu terokai.

Kamu pernah membawa sinar harapan.
 Kamu pernah menyajikan kasih yang tidak mungkin sirna.
Kamu hamparkan segunung impian, menyiram sejuta mimpi indah berseri cita.
Walaupun hakikatnya kamu membunuh dengan lebih kejam seperti sebelumnya.

Kini kamu datang lagi.
Pintu yang tertutup cuba kamu buka semula.
Kata kunci, kata laluan utama menjadi taruhan kamu kembali ke kamar indah.
Kamu menjerit mahu membaca semula.
Kamu melaung mahu menulis semula.
Kamu meminta untuk memadam semua cela.



Kamu buat aku ketawa tatkala kamu muncul lagi.
Pasangan berlainan jantina masih mengerumuni.
Kamu dambakan sebutir kemaafan dan bertanya adakah layar mampu dinaikkan kembali.
Mungkinkah bahtera gagah mengharungi lautan yang tidak bertepi.
Itu mimpi.
Mimpi yang kamu sangkakan satu realiti.

Itu ilusi.
Ilusi yang kamu letakkan di mata kamu yang tidak mahu berubah.
Itu tetap kamu.
Walau masa berlari pantas.
Walau takwim bertukar ganti sambil tangan pantas merenggut helaian, kamu tetap begitu.
Kata-kata yang terhambur hanya uji kaji.
Hanya racun yang sembunyi di sebalik manisan asli.


Jangan pernah datang kembali.
Tempoh masa untuk menuai hasil sudah berhenti.
Masa membeku.
Hati tertutup.
Mata padam.
Kamu mati.
Pasti.

Zara : Jangan datang kalau kamu tidak pasti dengan hati sendiri. Jangan kembali kalau wanita lain masih bergalang merantai setiap langkah yang kamu aturkan dalam hidup di dunia ini.

23 comments:

PiNk ButTeRfLy said...

kamu memang kuat zara!

kamu harus begini selalu sama orang yg tak pernah nampak nilai sebenar kamu.

Noorlaila Mohamed Nor said...

sy kena blaja dgn akak
nk bg hati tertutup
boleh?

ashie023 said...

tet..gambo diatas menarik..ahaha

..awesome zara..
kene jadik seorang yang tabah..

mamai said...

jangan pernah ada benci

hisham said...

muntah hijau xper,,jgn kuar air mate drh ..hehe

Wanita Itu said...

kenapa ni dek?

mier@merr said...

sape? sape? sape yg kmbali.?
sape yang buat ko muntah ijau tuh??

ahaha... mamarazzi la pulek...

Framestone said...

sekali zara bermadah... xtau bro nk komen ape huhuhu...

kehidupan ini hanya ilusi... ilusi yang dilakonkan manusia untuk memenuhi nafsu sendiri

out of topic--> he...23x zara kan dah selalu bro promote he..23x bro dah lame kenal Dakjaat cuma bro xpernah bersembng je huhuhu bro even berblog dari 2006 tp xramai yg kenal huhuhu (yg mengenali bro sume dah xberblog huhuhu)

www.broframestone.com

nOOr amaLINa said...

em..
mmng kuat la...

rizputra7 said...

uhh..first time dengar ada org muntah hijau...huhuhu...

sharamli said...

makcik..bkk ati kamo0 untuk aku..

Farhana said...

Sape penipu, menipu dn yg tertipu??? Aigooo.. Kuatlah zara.. Sial bertahan kerna kamu mmg kuat.. Chaiyokkkk!!!

keSENGALan teserlah.. said...

chayok2..

AzuanBudakPandai said...

aku pun ko bukak hati sekali yea hoho

min said...

ayat kamu memang power kan
antar kat mne2 pertandingan
mst menang nie
heheee
sabar k
kamu mst kuat..

chokio_nia said...

lame ne ain duk cni...pk..mendalam..cheerssss akak!!

Tfaaaaaa said...

huuu
sedih ;(

be strong kak zara.

Aku yang bijaksana said...

comelnya kamu...

haha!

=]

sI tEDI said...

kemaafan dendam yg terindah

Dak Wan said...

Erk... Bulih erk camtu? Kamu nie mmg baiklah. Susah nak jumpa orang macam kamu. Semoga kamu sukses selalu k?

anith said...

*huggggggggg*
kakak kan superwomen anith, so kakak kne kuat!
=]
n anith tahu kakak B.O.L.E.H

zella said...

be strong n bee happy okay dear! ;)

Lifesaver said...

macam mana nak buat ayat2 jiwang macam kamu dik?jeles!