Friday, January 23, 2009

Cinta Itu Kereta Sewa?


"Cinta bagaikan masa menunggu teksi.

Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada.

Kerana tiada teksi yang kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah.

Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan yang sebelah lagi.

Akibatnya, hanyalah dalam sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang.

Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang.

Mencari dengan sedaya upaya pun tidak akan dapat.

Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat.

Tidak!

Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang.

Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."

Tuesday, January 20, 2009

Sarung Kaki Kamu Atau Dia?


"Kadang-kadang sarung kaki akan kehilangan satu.
Dah pasti pun yang ia ada di tempat tertentu di dalam rumah tetapi asyik tidak dapat dicarikan sahaja.
Satu sarung kaki sahaja memang tidak dapat dipakai ; tetapi ditinggalkan juga kerana terlupa untuk membuangkannya.
Pada suatu hari yang tidak disangka, boleh pula sarung kaki yang hilang didapati semula di tempat yang telah dilupai.
Keadaan ini jauh lebih menggembirakan daripada masa sarung kaki tersebut dibelikan.
Kerana kegembiraan yang sementara itu, manusia selalunya tidak akan membuangkan satu sarung kaki yang tidak berguna itu.."


Aku sangat suka pada sarung kaki.
Adakah sarung kaki boleh diibaratkan seperti manusia itu sendiri?
Sarung kaki membawa kegembiraan pada aku.
Perlakuan yang kita lakukan terhadap sarung kaki.
Adilkah kita?



P/S : Sarung kaki aku warna hitam. Anda pula?

Sunday, January 18, 2009

Kasut Kamu





"Pada rak kasut setiap rumah, mestilah ada sepasang kasut yang tidak sepadan dengan kaki.

Fikir pula walaupun ketat sedikit tetapi akan jadi padan pula apabila sudah lama dipakai.

Kasut berkenaan dibeli atas sebab yang mustahil ini.

Sudah tahu juga akan merasai kesakitan apabila dipakai tetapi hendak juga kasut berkenaan.



Kerana kasut inilah yang akan menemukan seseorang dengan seseorang yang lain..."

Friday, January 16, 2009

Lauk Cinta


Aku tengah baca nota Organologam.
Tiba-tiba telefon genggam aku berbunyi.

"Sharif, apa khabar kau sayang?"

Kawan lama aku di matrikulasi.
Selalu habiskan masa bersama - sama.
Dia tanya aku dah makan tengah hari ke belum.
Soalan popular dia terhadap aku.

"Tak, malas aku nak makan. Aku makan biskut aprikot je. Aku tak jumpa lauk cinta pun.",
aku balas SMS dia.
Laju.

"Benci la aku. Kau ingat lagi ya?...", dia balas dengan nada merajuk.

"Mesti la aku ingat. Aku mesti ingat sampai mati."

Selepas itu, perbualan kami berlanjutan disebabkan dia membuat panggilan istimewa
buat aku. Dia panggil istimewa, jadi aku cuma gunakan istilah itu semula.

Takkan la aku lupa kawan aku yang seorang ni.

Pernah korang dengar lauk cinta?

Masa kitorang di matrikulasi, ada satu hari tu, kitorang pergi cafe bersama-sama.
Macam biasa, ambil lauk, ambil nasi, pergi bayar.
Sampai di kaunter, aku bayar untuk makanan aku.
Dia punya belum siap lagi.
Lama benar belek lauk-lauk.

"Pakcik, lauk cinta ni takde masak lain ke? Asyik goreng je."

Aku toleh belakang.
Eh, budak Aii yang cakap dengan pakcik cafe.

Pakcik cafe : Lauk cinta? Lauk apa pula?
Aii : Lauk ni pakcik.
Aku : Lauk apa kau kata Aii?
Pakcik cafe : Ni hati ayam la dik.
Aii : Saya panggil cinta. Hati kan ada kaitan dengan cinta.
Aku : Jangan la panggil camtu kat sini.
Pakcik cafe : (gelak gila) Nanti esok pakcik masak lauk cinta kamu ni pedas ya dik?
Lauk kahwin ada ke?
Aii : (malu)

Thursday, January 15, 2009

Persahabatan Itu Indah


Sesetengah orang merasakan perkara sebegitu tidak bernilai dalam kehidupan mereka. Terlalu sombong dan megah menyatakan mereka tegar menjalani kehidupan sendirian. Barangkali mereka alpa, mana mungkin manusia bisa hidup sendirian?!. Kehidupan dalam masyarakat, bukankah kita menjalinkan suatu bentuk perhubungan yang boleh ditafsirkan sebagai persahabatan?. Manusia ini aneh barangkali, hanya mencari tatkala memerlukan, meninggalkan apabila telah cukup segalanya atau telah menemui yang baru.




Pada aku, persahabatan antara perkara yang melengkapkan diri aku, asas dalam kehidupan aku sendiri. Aku diajar, setiap persahabatan itu perlu dihargai, disayangi serta dibajai. Mana mungkin suatu persahabatan itu kekal utuh tanpa kasih sayang antara hati-hati mereka yang terikat di dalamnya?. Hati dan perasaan manusia amat kompleks - bukan untuk dipandang enteng dan mudah. Sombong amat mereka yang mendabik dada menyatakan diri mereka telah lengkap dengan pakej sempurna tanpa memerlukan persahabatan. Jika suatu persahabatan itu tidak dibajai, disirami dengan baik, bagaimana ukhuwah itu bisa mampu bertahan?. Jika ditanam anak benih tanpa melalui proses sedemikian, mustahil ia akan terjaga dengan sendirinya. Kita sendiri harus membajai, merawatnya dengan penuh kasih sayang agar benih yang disemai membuahkan hasil nanti.

Dalam menongkah arus globalisasi begini, di mana pemikiran manusia yang terkadang bertukar dangkal, dengan memilih sahabat yang betul-betul memahami serta mampu membimbing serta mengawasi kita dilihat amat perlu. Bahkan, ianya boleh dilihat sebagai suatu mekanisme dalam kita mengharungi cabaran kehidupan. Sahabat yang baik adalah sahabat yang akan menolong serta membantu kita bukan?. Sahabat yang akan berlaku jujur terhadap diri kita. Sahabat yang akan berkata benar dalam apa jua cara dalam memastikan kita dan dia berada di paksi yang sebenar - di paksi yang diredhaiNya. Sahabat begitu yang aku rasakan aku perlu dalam hidup ini. Alhamdulillah, sesetengah daripada mereka telah aku temui dan kami masih lagi bersama. Sahabat yang tidak pernah melupakan, malahan sering mengingatkan apa yang aku terlupa. Ukhwah itu indah jika kita bertemu dan berpisah kerana Allah.


Buat renungan diriku serta para sahabat-sahabat yang sedang membaca barangkali, aku coretkan sedikit kata-kata daripada Imam Syafie - "Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalamn suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya". Indah sekali kata-kata daripada Imam Syafie.

Buat sahabat yang menjadi tempat aku meluahkan segala kekusutan, berkongsi kegembiraan dalam menjalani kehidupanku, Badiah, terima kasih atas segalanya. Walaupun usia persahabatan kita baru menjangkau usia 4 tahun, aku dapat merasai kasih sayang yang kau semaikan dalam hati aku. Terima kasih yang teramat sangat kerana sudi menerima diri ini menjadi temanmu, berkongsi rasa walaupun jarak memisahkan kita dalam jangka waktu 3 tahun ini. Pelbagai onak duri dilalui di matrikulasi, tidak dinafikan kadang kala ada hati yang terasa sesama sendiri, tapi, Alhamdulillah, kita masih bersama sehingga kini.

Buat teman bernama Mira, terima kasih kerana menjadi serta menerima diriku dalam apa jua keadaan. Tinggal bersama selama 2 semester banyak memberikan pengalaman serta pelbagai kenangan manis yang tidak mungkin akan aku lupakan. Apatah lagi lagu-lagu yang sering dendangkan tatkala diri dihimpit kesunyian. Barangkali agak keanak-anakkan tetapi kita bahagia melalui proses itu bukan?.

Rakan-rakan seperjuangan di bumi kampus yang indah serta rakan-rakan kuliah, tiada kata mampu kucoretkan. Tunjuk ajar kalian dalam membantu aku menjalani hidup sebagai mahasiswa tidak dapat aku balas dengan setimbun beras sekalipun. Malahan kalian telah mengajar aku menjadi lebih dewasa dengan kasih sayang yang kalian berikan.

Cinta Dan Kehidupan


Bila orang bertanya tentang hati dan sebagainya, aku cuma mampu merenung jauh dan ketawa. Apa yang mereka fahami tentang hati aku? Aku akui, hanya sesetengah daripada sahabat aku yang benar-benar memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. Hampir setahun berseorangan tanpa seseorang istimewa, banyak mengajar aku apa yang dinamakan sebagai kehidupan itu sendiri. Terlalu banyak yang dilalui, kebanyakannya keseorangan atau hanya bersama teman-teman seperjuangan, aku harus akur yang hidup aku dalam gelanggang dunia ini terlalu naif tetapi istimewa. Apakah aku terlalu tamak? Kehidupan itu telah indah dengan sendirinya. Apakah aku kurang bersyukur?. Aku ingin menganggap semua yang berlaku adalah satu ujian, sama ada aku akan tabah atau tidak dalam menjalani sesuatu yang dipanggil kehidupan.
Apa perlu aku merungut sendiri?. Aku melalui kegembiraan sebagai remaja yang bakal menginjak ke usia dewasa dalam beberapa bulan sahaja lagi, insyaALLAH. Aku melalui kehidupan yang indah dan ceria bersama keluarga, teman-teman kuliah, suasana dan persekitaran di mana aku merasakan di situ tempat di mana aku sesuai berada.

Cinta?... Mengapa aku sering diajukan pernyataan tersebut?... Pemikiran manusia masih dangkal barangkali...

Pertanyaan begitu membuat aku mengingati apa yang pernah ku baca, lupa di mana coretan itu, tetapi dari Kahlil Gibran, beliau pernah menyatakan, "Jangan kau kira cinta yang datang dari keakraban yang lama, cinta adalah anak kecocokan jiwa dan jika itu tidak pernah ada, cinta tidak akan tercipta". Hidup ini adalah mimpi buat diri aku. Aku menjalani kehidupan yang aku impikan, melanjutkan pelajaran ke tempat yang aku inginkan, apa yang aku ingin gapai, syukur kepada Yang Maha Esa, Dia telah memudahkan segala urusan aku. Aku di kelilingi oleh manusia-manusia yang memahami serta mengerti apa yang perlu dikobankan dalam menjalani sesuatu impian.

Cinta itu...penawar!

Benar barangkali cinta itu penawar. Kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Sesuatu yang indah, apa perlu lagi kita merosakkan dengan sikap yang tiada ertinya dalam kehidupan kita sendiri?. Hidup ini bukan hanya ada kita, tetapi, masyarakat serta semua komponen yang tidak harus kita lupakan. Ampuh sekali kata-kata masyarakat terhadap nilai kehidupan seseorang itu. Itu sikap manusia, yang paling penting, bagi diriku, ambil sahaja yang membina, yang positif. Yang meruntuhkan itu, tidak perlu walaupun sedikit...Sikap yang negatif akan meracuni diri, itu adalah pasti. Pernah aku menyatakan, aku bukan manusia yang dianugerahi kecantikan tetapi dibidas oleh seorang sahabat. Dia menyatakan aku cantik, dalam apa yang Tuhan telah jadikan. Nah! Aku terpempan dengan kata-kata itu, benar katanya...Manusia ini dijadikan dengan sebaik-baiknya, mengapa aku harus merungut lagi?

Cinta itu...mengubah tingkah laku kita...

Cinta itu barang kali telah merubah sikap aku sendiri. Aku menjadi manusia yang lebih bijak dalam menilai perasaan, pandangan serta harapan yang telah disandarkan kepada aku. Mungkin disebabkan cinta pertama yang telah kecundang, aku rebah seketika, ianya lebih kepada aku menilai diri ini. Cinta yang aku pertahankan terkulai, apakah daripada kesilapan aku atau si dia?. Aku mahu mengurangkan menuding jari, barangkali ia berpunca daripadaku, siapa tahu aku bakal diuji begini tatkala gembira?. Jadi, apabila ianya terjadi sedemikian rupa, sepotong kata-kata daripada bapa telah menjadikan aku bertambah dewasa. Air mata menjadi terlalu murah pada waktu itu. Apa yang bapa pesan? - "Jika cinta itu datang kerana Yang Maha Esa, jika aku kehilangannya sekalipun, nescaya dia akan kembali. tetapi, jika cinta yang datang adalah kerana hawa nafsu, mungkin aku akan bersedih buat sementara, itu lumrah, tetapi aku akan belajar untuk melupakan dengan cepat dan tidak akan merasakannya lagi". Pesanan bapa sentiasa menjadi azimat buat diriku kini. Aku bakal pendidik bukan?. Takkan aku mahu kalah kerana perkara perasaan?. Bukankah seseorang guru itu perlu menjadi role-model buat anak-anak didiknya?

Hampir 4 tahun aku di sini, menyemai ilmu dan pengetahuan yang ditabur oleh tenaga-tenaga pengajar yang berwibawa. Asyik sungguh belajar, aku akui cintaku terhadap ilmu pengetahuan, menjadikan aku menjadi tabah dalam menjalani kehidupan. Kehidupan ini indah bukan?

Wednesday, January 14, 2009

Viva Ini Bukan Kereta


Semalam, sebelum kelas petang yang tidak sepatutnya ada,
aku dapat satu khabaran yang agak menyentap ulu hati.

Ya, nama panel penilai untuk Viva serta tarikhnya telah diumumkan di fakulti.
Tahniah kepada diri sendiri kerana aku dapat panel yang terkenal dengan soalan-soalan membunuh (walaupun ini bukan cerita Criminal Mind).

Viva aku dijadualkan pada 16th April 2009,
dan terdiri daripada 3 panel penilai.
Salah seorangnya adalah penyelia aku sendiri yang sememangnya terkenal dengan pemikiran-pemikiran yang kritikal.
Sangat kritikal adalah ayat yang lebih tepat barangkali.

Panel utama adalah penyelaras PSM itu sendiri.
Tahniah, aku dapat lelaki yang sangat budiman.
Memang beliau adalah pensyarah yang sangat budiman,
aku kagum dengan prinsip dia dalam memartabatkan bahasa ibunda kita.
Bahasa Kebangsaan aku panggil.

Panel yang terakhir adalah Penasihat Akademik aku sendiri.
Boleh dihitung berapa kali aku bertemu dia.
Penasihat Akademik terbaru aku.
Terima kasih.

Panel penilai aku terdiri daripada orang-orang Fizik.
Bagus!
Tatkala aku mahu menjalankan penyelidikan di bawah orang Fizik,
pelbagai alasan diberikan,
Nah! Sekali, penilai aku datang dari latar belakang Fizik.

Tersentap juga.

Panel Utama : aduhai, Bahasa Kebangsaan ku telah menjadi lemah.
Apakah?

Monday, January 12, 2009

Tumpahnya Di Situ


Jari lincah memasukkan data ke sistem bayi tercinta.
Lagu-lagu latar berkumandang, berselang seli dengan suara - suara
puak yang tidak diminati.

Memang aku tidak minat mereka.
Tidak pandai senyum.
Mungkin mereka robot yang tidak mesra alam.

Aku bukannya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.
Tidak mungkin kepada kaum sejenis.
Tetapi senyuman itu bukannya mahal.
Kau hanya perlu menggerakkan sedikit sahaja otot muka.
Bukan tentang mereka yang aku mahu nyatakan.

Kempen memboikot telah lama dijalankan.
Dua tahun lepas, aku sungguh cerdas memboikot.
Tapi, iman dangkal, hati mengusik.
Aku kembali menyentuhnya.

Kali ini,
demi rontaan sistem pencernaan,
aku tekad menghabiskan bekalan yang didapati secara percuma.
Milo Panas peneman aku malam ini.

Aroma yang menyentuh sistem pernafasan serta sistem pencernaan membuatkan aku berhenti memasukkan data ke dalam tubuh bayi ini.
*Masihkah bayi setelah satu tahun?*

Aku menyisip sedikit dari mug bergambar mencurigakan.
Aku curiga sama ada itu kambing atau biri-biri.
Tapi, itu bukan isunya.

Aku rasa basah.
Memang la di bibir basah kerana aku menyisip air.
Tetapi, meja dan buku aku jua basah.
Aroma Milo menusuk.

Aku tunduk ke bawah.
Air Milo menitis di meja.
Membasahi buku notaku.

"Bila masa pula tumpah ni?"

Aku teringat emak di rumah.
Jika dia nampak ni, mesti dia akan kata,
"Kau minum macam takde bibir!"

Shafaza : Kenapa la Milo ni mesti tumpah atas buku aku?
Nasib baik kau buku semester lepas...

Evolusi Atau Mahasiswa?


Evolusi atau Mahasiswa?
Pilihan di tangan anda.
Pendirian aku?

Aku sedang membelek serta menyemak (sila baca sebagai menanda) kertas - kertas soalan yang dijawab oleh responden aku.
Penat di atas kerusi, aku berguling di atas kamar.
Kemudian berpindah ke atas tikar.
(Aku sudah nyatakan, aku bukan mewah)

Aku dengar pintu diketuk.
Dari satu bilik ke satu bilik.
Tiada kedengaran bunyi orang membuka pintu.

"Pegawai asrama barangkali", itu monolog aku.
Pintu bilik aku diketuk dua kali.
Aku capai tuala, tutup kepala, dan buka pintu.

Ada tiga orang pelajar menyerahkan (memberi) kepingan kertas.
Mereka menitipkan pesanan,
"Keluarlah mengundi jika anda inginkan perubahan."

Aku ucapkan terima kasih.
Mereka berlalu pergi dan aku kembali ke tikar ajaibku.
Aku lihat kertas - kertas tersebut.
Calon - calon yang bertanding.
Aku tersenyum.

Itu petang semalam.

Malam.
Aku sedang bersantai sambil menggosok baju kuliah.
Bersantai dalam erti kata, nota dan baju kuliah bersama-sama.
Bunyi kertas di sorong masuk.
Aku kutip (sila baca sebagai ambil).
Calon-calon lagi.

Hari ini.
Perjalanan ke kelas dimeriahkan dengan poster-poster calon yang bertanding bagi pilihanraya esok. Aku hanya melihat serta memikirkan calon-calon mana yang perlu diundi.

Anda fikir?
Aku sangsi dengan pilihanraya di sini berbanding dengan pilihan raya di matrikulasi.
Maksud aku, aku sangsi dengan diri sendiri.
Aku tidak mengerti apa yang diperjuangkan.
Matrikulasi menyediakan medan manifesto.
Sekurang-kurangnya, aku tahu apa yang aku dapat (mungkin dapat) jika aku mengundi calon-calon tersebut.

Di sini,
aku mengundi berdasarkan personalitu dan jika bertuah,
aku mengenali mereka.
Jadinya, bila datang waktu mengundi,
wajah, ketrampilan, personaliti serta kursus menjadi antara faktor mengapa
aku memilih mereka.

Maafkan aku.
Aku inginkan undi aku di terima.
Jika aku tidak mengenal anda, aku terpaksa mengundi berdasarkan faktor-faktor tadi.
Siapa yang mahu undi mereka rosak?

Keluarlah mengundi esok.
Tunaikan kewajipan anda.

Evolusi atau Mahasiswa,
semuanya terpulang kepada anda.
Anda yang menetukan.

P/S : Kepada calon-calon serta jentera mereka, terima kasih kerana memasukkan kertas yang banyak di bawah pintu bilik aku. Terlampau banyak, rasa seperti akan aku gunakan untuk mencatat nota.

Pastikan anda bebas dari rasuah.

Sunday, January 11, 2009

Tengok Dia


Kertas bertaburan di atas tikar.
Aku mana mampu beli permaidani.
Tikar sahaja dah cukup.

Permaidani lambang kemewahan, tikar lambang kecomelan.
Kenapa aku cakap macam tu?
Cuba kau tengok kaki dia...

Bila dia duduk lama-lama atas permaidani,
mana muncul corak di kaki dia?
Bila dia duduk lama-lama atas tikar,
muncul corak di kaki dia, kan comel itu?

Ketawa.
Senyuman.

Ketawa dan senyuman di bilik yang aku tak ketahui saiznya.
Besar untuk berdua.
Besar untuk seorang diri (dalam waktu 10 hari ini).

Kertas bertaburan di atas lantai.
Lantai aku sejuk.
Selipar jauh dari aku.
Aku senyum, kaki aku tiada corak.
Sebab aku duduk di atas kerusi.
Jadi, aku tidak comel.

Tengok dia...
Tengok sahaja, dia tidak mampu membuat apa-apa.

Friday, January 09, 2009

Tag Aspirasi Cinta


::Tag Aspirasi Aku::
*Sila ambil jika anda baca pos ini*

Tag aspirasi cinta ini aku buat untuk pembaca blog aku.
Pada aku, semua orang perlu dihargai.
Kebanyakan pembaca aku membaca di blog bahasa kedua aku.

Aku tak marah.
Aku malahan gemar mencari idea baru.
Ilham untuk meneruskan serta mengasah minda aku menulis semula di dalam bahasa pertama yang aku gunakan untuk berkomunikasi.
Parah barangkali, tapi aku nampak kelemahan aku.
Kelemahan aku dalam bahasa pertama aku.

Projek tahun akhir aku, dalam bahasa pertama.
Aku hadapi kesukaran.

"Literature Review"

Apa kita nak panggil ni?
Kajian Literatur?

"Sorotan kajian la makcik", kawan aku yang berbudi bahasa tinggi menjawab.

LCH : Prolog


LCH

Satu nama yang meniti di bibir aku semasa sekolah dulu.
Semasa aku memulakan sesi persekolahan Tingkatan 4.
Aku nampak dia beratur di kelas pertengahan.

Aku Tingkatan 4.
Dia Tingkatan 3.

Aku kira bilangan barisan di depan aku.
Sah, budak Tingkatan 3.
Aku menggigihkan diri aku untuk terus mengira nama kelas dia.
Aku dapat.

Kepala aku terus menggali nama-nama yang mungkin berada di kelas itu.
Aku memberi perhatian kepada ucapan cikgu di depan.
Mata aku mencuri pandang.

Waktu rehat, aku tahan seorang kawan.
Lagak seperti seorang penyiasat.

"Dayah, kelas kau ada budak baru?"

"Ada, budak lelaki Cina."

"Siapa nama dia?"

"LCH"
(aku guna singkatan sahaja, mana la tahu, manusia makin maju, nanti dia Google nama sendiri pula)

Aku pulang ke kelas.
Senyuman terukir di bibir aku.
Masa untuk memburu.

Tuesday, January 06, 2009

Hari Ashura


Hari Asyura disunatkan untuk melakukan solat sunat empat rakaat dengan dua salam.
Tiap dua rakaat satu salam.

::Lafaz niat::

"Sahaja aku solat sunat Ashura dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

::Rakaat pertama::
Baca surah Al- Fatihah dan selepas itu baca surah Al - Ikhlas sebanyak 11 kali.

::Rakaat Kedua::
Baca Al - Fatihah dan selepas itu baca surah Al - Ikhlas sebanyak 11 kali juga.

::Selepas memberi salam, lakukan lagi dua rakaat iaitu rakaat ketiga dan rakaat keempat.::
*Baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali*

SFZ : Aku hanya cuba untuk mengingatkan diri ini dan juga teman-teman diluar sana.
Untuk makluman lanjut para sahabat, boleh klik di sini.

Sunday, January 04, 2009

Matahariku


Aku tengah melayan SPSS sambil "tarik" dadah yang aku suka.
Semester ni, dadah aku kurang satu elemen.
Takde creamer.
Saja aku tak beli yang 3 in 1.
Jimat sedikit.
Agaknya la~

Aku layan lagu "Matahariku" dendangan Agnes Monica.
Aku selalu dengar lagu ni time kat rumah.
Adik aku tengok sinetron "Jelita" yang ditayang di TV3.
Aii..Malaysia kan semangat muhibbah?
Semua cerita dapat masuk negara kita.

Cam lagu ni juga.
Dalam sehari ntah berapa kali video klip ditayangkan kat TV.
Aku tak kisah, aku layan jer~

Bila dengar dan hayati liriknya..
Ada something yang mencuit hati (wanita??) aku...
Mungkin sebab aku pernah cakap aku ada "Matahariku" juga.
Tapi itu dulu la kan?
Senyum kanyur~

Anyway, ni liriknya...

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Reff1:
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Reff2:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to reff 1

Back to reff 2


Pendek je lagunya...
Tapi aku tetap layan jer dari tadi..
Sambil mata aku dah berpinar kat skrin Sean ni.
Aduhai..banyak plak sistem yang aku pikir~

Saturday, January 03, 2009

Roti dan Sushi


Aku tengah duduk tunggu teman - teman di Jusco tadi.
Tengok orang ramai lalu lalang.
Hampir kesemuanya budak-budak sini juga.

Hmm, bosan.
Aroma dadah yang aku suka cuma 1 meter jauhnya dari aku.
"Aduhai, bukan hari ni Zara."
Aku senyap - senyap cakap sorang-sorang.

Ada orang sentuh bahu aku dari belakang.

"Sayang..."

Aii, makcik ni terkejutkan aku pula.
Aku pikir sapa la main sentuh-sentuh aku ni.
Kat public plak tu.
Amboi...

"Makan roti dengan sushi je? You sorang ke sayang?"
Aii, kau ni nakal.
If orang lain dengar, apa orang kata hubungan kita ni.

"Takde la. Aku kan amik Kimia. Mesti kena test bahan2 ni semua"
Aku try putar dia.

"Tu yang aku sayang kau."
Aii memang suka camni. Suka bahan Kimia, sebab bidang dia bukan Kimia.
Tercampak kat tempat lain.
Main barang lain plak.

"Dah la nakal"
Aku gigit nanti.
Aku suka ugut Aii.

Thursday, January 01, 2009

Senyap Dan Sunyi

"Senyap je dia ni"
"Sunyi je kawasan ni"
Dua perkara berbeza.
Tentang apa?
Senyap dan sunyi.
Seperti saudara kandung yang saling berkaitan.
Seperti kembar yang tidak bisa bergerak di landasan yang berbeza.
Sepi.
Sunyi.
Sama ke?
Aku menginginkan sesuatu yang memenuhi kepuasan hati aku.
Sesuatu yang lain dari yang sepatutnya.
Aku ada wasilah yang harus ditunaikan.
Senyap dan Sunyi menyelubungi diri.
Badan dan Nyawa (macam cerita P.Ramlee pula).
Seperti rambut dan rumput.
Ibarat lagu, muzik, komposer dan penyanyi.
Senyap dan sunyi.
Aku ingin menggali lebih dalam lagi.
Apakah mungkin?
Sepi.
Ciuman kasih sayang.
Ikatan janji setia.
Haruman yang mengasyikkan.
Membuai aku jauh ke daerah yang tidak asing lagi.
Ku lihat Charl.
Ku lihat foto keluarga.
Ku lihat lambakan wacana ilmiah.
Ku lihat warna jingga yang terang.
Aku tiba di daerah tercinta.
Meja belajar aku.
Berhenti.
Zara : Destinasi yang ku cari,belum aku temui lagi. Mungkinkah cinta akan bersemi di daerah jingga?. Haruman kopi tidak pernah sirna di sana.

Cinta Hati

Cinta hati.
Dari dua perkataan berbeza.
Aku duduk dan mencoretkan perkataan tersebut di atas kertas.

Pelik.
Manusia di depanku memadu kasih sayang.
Bertemankan sebuah laptop, buku - buku serta alat tulis.
Mesra sambil tangan pantas mencoret perkataan di atas buku.
Tugasan barangkali.

Aku tersenyum.
Tak pernah merasai benda sebegitu.
Tidak pernah merasai cinta dengan seseorang yang hidup di bawah institusi yang sama.
Tidak menyesal, sungguh, aku tidak kesal.
Jika duduk berdua sekalipun, hanya bersama teman kuliah.
Tidak pernah lebih dari itu.

Seseorang bertanya mengenai pacaran kepada aku.
Pacaran?
Aduh…
Bukan dengan aku.
Tidak mungkin aku orang yang selayaknya menjawab pertanyaan begitu.
Bukan aku sahabat.

Senyum.
Pasangan itu melihat aku.
Aku bukan melihat kalian, aku hanya tersenyum sendirian di depan Sean.
Bukan kerana kalian.
Sumpah.
Cuma aku sedang mendengar alunan lagu dari Romance, " Ku Ingin Kamu".

Mengimbau kenangan lama ketika tangan bekerja mencari bahan yang sesuai.
Aduhai.
Penatnya.

Zara : Aku patut mendengar lagu yang agak sayu barangkali, biar menangis di khalayak. Tapi aku rasakan perkara begitu tidak di perlukan. Kelakar yang amat sangat. Bukan diri aku.

Rambut Dan Rumput

Rambut dan rumput.
Ada beza ke?

Pada aku - mungkin bezanya hanya kedudukannya sahaja.
Rambut di kepala , manakala rumput di tanah.
Tapi tak mustahil, rambut di tanah manakala rumput di kepala.
Tak mustahil.

Orang berbicara mengenai warna mereka - aku ketawa.
Lucu!
Sungguh!

Rumput hijau?
Rambut hitam (definisi kita di sini).

Lucu!

Cuba kau lihat sekeliling.
Adakah semua rambut hitam?
Ada juga rambut perang, kuning, biru dan juga HIJAU!

Cuba kau lihat lagi, benarkah rumput hijau?
Ada juga coklat, keperangan dan juga HITAM!

Mereka sentiasa berkongsi benda yang serupa.
Kejadian Yang Maha Esa - itu sudah pasti.

Yang penting - bila panjang, tangan pasti akan gatal untuk memotong.

SFZ : Aku cuba melihat sesuatu dari perspektif yang terlalu positif.

Pertama Di Sini

Ini entri pertama di sini.
Entri pertama di web blog ini.

Aku ada web blog lain.
Itu diri aku juga.
Tapi lidah, tangan, otak dan minda aku berfikir dalam bahasa kedua aku.
Di sini, aku gunakan bahasa pertama.

Sejarah.
Aku mula menulis di laman maya sejak aku kenal dengan jaringan sosial.
Yang pertama mungkin di Friendster.
Laman web sosial yang mencatatkan bilangan pengguna terbanyak di dunia.

Kemudian, atas dasar persahabatan, aku meluaskan jaringan sosial aku.
Bukan setakat Friendster, aku juga mula menulis jurnal di Hi5 dan juga MySpace.
Atas dasar aku gila menulis dan mencurahkan idea barangkali.

Bila pensyarah aku mengenalkan aku dengan dunia blog, aku menulis lagi.
Tapi kali itu, aku menulis kerana markah.
Hipokrit?
Tidak - itu tanggungjawab.

Forum - forum di Internet juga menjadi tempat aku menulis.
Bukan laman sebarangan - aku terikat dengan undang-undang - aku seorang pelajar.
Jadi, aku menulis di forum matrikulasi, forum universiti.
Kepuasan apabila jaringan sosial aku bertambah.

Sekarang, aku masih menulis.
Aku jatuh cinta dengan dunia blog.
Aku menjalinkan hubungan yang serius sejak Jun lalu.
Aku bahagia barangkali.
Aku dan blog-blog aku.

Berita yang agak basi - aku juga menulis di Facebook.
Aku dapat kepuasan juga di situ.

Berita yang agak terkini - aku masih menulis di Blogger.
Journey That Never Ends.
Aku sayangkan cinta pertama (serius) aku itu.

Berita paling terkini - aku akan menulis di sini lagi.
Sebagai melepaskan rindu aku kepada dunia.

SFZ : Aku bergerak di landasan yang aku mahukan. Kata-kata cacian aku hindarkan.
 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template