Tuesday, March 31, 2009

Si Gadis Merah Menggila ...


Aku tersangat sibuk.
Maaf jika aku belum sempat berjalan-jalan ke blog kalian. Kalau aku berjalan sekalipun, aku tidak sempat menitipkan pesanan penaja aku yang menggila di situ. Maaf ya?

Buat sesiapa yang belum mengundi di kotak undian, sila laksanakan kewajipan anda sebagai pembaca aku. Aku ketawa secara berguling melihatkan terdapat manusia yang mengundi blog aku sebagai lucah.

31 Mac 2009.
Aku dijadualkan membentangkan tugasan Organisasi Pendidikan dan juga Kuiz Organologam. Doakan aku ya?

Sebagai titipan khas, ini gambar yang aku ambil ketika otakku tidak begitu berfungsi pada 30 Mac 2009.


Monday, March 30, 2009

Kalau Gatal, Kita Potong Ya Sayang?


Orang yang pernah baca pos aku mengenai R dan R ketawa.

"Zara, kamu seorang pemerhati yang dahsyat"

Dahsyat?!

****************************************************************
Rambut dan Rumput (R dan R)

Rambut dan rumput.
Ada beza ke?

Pada aku - mungkin bezanya hanya kedudukannya sahaja.
Rambut di kepala , manakala rumput di tanah.
Tapi tak mustahil, rambut di tanah manakala rumput di kepala.
Tak mustahil.

Orang berbicara mengenai warna mereka - aku ketawa.
Lucu!
Sungguh!

Rumput hijau?
Rambut hitam (definisi kita di sini).

Lucu!

Cuba kau lihat sekeliling.
Adakah semua rambut hitam?
Ada juga rambut perang, kuning, biru dan juga HIJAU!

Cuba kau lihat lagi, benarkah rumput hijau?
Ada juga coklat, keperangan dan juga HITAM!

Mereka sentiasa berkongsi benda yang serupa.
Kejadian Yang Maha Esa - itu sudah pasti.

Yang penting - bila panjang, tangan pasti akan gatal untuk memotong.

SFZ : Aku cuba melihat sesuatu dari perspektif yang terlalu positif.

Terima Kasih Tuan Nanako




Aku menerima pesanan elektronik lagi.
Dari Tuan Nanako.

"Zara, terima kasih kerana menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sangka anda akan memadam pesanan tersebut kerana saya akui, pesanan tersebut agak menyesakkan minda untuk menjawabnya. Setelah bepergian selama beberapa hari, nampaknya, ada lagi seorang pembaca yang muncul dengan berani di "Kalam Pencinta" dunia anda. Syabas buat dia, syabas juga buat anda.

Zara, anda telah mengajak manusia berfikir. Anda telah menguji kami untuk memikirkan makna disebalik kata-kata yang anda coretkan. Saya harus akui, jika kita membawa dengan memikirkan sesuatu yang tidak begitu baik, akhirnya kita sendiri yang akan kecewa. Itu yang saya rasakan sebelum ini.

Jadi, apa yang saya lakukan? Saya membaca dengan penuh kesedaran serta cuba mencari rahsia yang tersirat di balik kata-kata anda. Seperti dalam pos anda hujung minggu ini,
"kalau mahu buang air besar, sila cuci"
anda menyindir di dalam diam, kata-kata yang sungguh tajam,
hanya orang tertentu yang bisa mentafsirkannya.

Zara, teruskan menulis kerana anda membawa perubahan dalam tulisan anda.
Walaupun anda dicerca serta dihina, seperti yang anda ingatkan pada semua,
ini dunia anda."



***************************************************************

Terima kasih Tuan Nanako.
Sekurang-kurangnya kata-kata anda membuatkan aku merasa lega.
Terima kasih buat sahabat-sahabat dunia pencinta aku.



Sunday, March 29, 2009

Aku Tiada Nafsu Ketika Ini Sayang...




Ketika ini...saat ini...
aku kehilangan nafsu untuk menulis.
Walaupun untuk diri aku sendiri, walaupun demi kamu sekalian.

B datang berjumpa aku.

"Zara, blog kamu tidak berseri. Adakah kerana si pembuat onar itu?"

Aku : Aku tidak pasti. Aku kehilangan ilham untuk mencoret.
B : Kamu cinta aku bukan?
Aku : Ya.
B : Kalau kamu cinta aku, aku pasti kamu dapat mencoretkan sesuatu.

B memberikan ciuman ke dahi aku.
Panas.
B bisikkan di telinga aku.

"Aku sudah kehilangan matahari aku, kamu mahu aku kehilangan purnama juga?"

B berlalu pergi sambil melambaikan tangannya.

Encik A, Kamu Masih Yang Terbaik Sayang...



::Expansions and Contractions ; Hanya Satu Kitaran::
http://satuinterval.blogspot.com/

Encik A adalah antara penulis blog yang menjadi teman rapat aku.
Sesuatu dalam diri dia buat aku tertarik kepada dia.
Lupakan tentang paras rupa kerana aku tidak akan menilai seseorang itu berdasarkan luaran mereka. Sumpah, aku tidak begitu.

Encik A penulis blog yang menghadapi kesukaran untuk tidur.
Itu di dunia dia yang dulu dan aku sentiasa menunggu dia menulis lagi.
Dia adalah antara penulis blog yang boleh menghubungi aku menerusi telefon genggam.
Walaupun hanya menggunakan pesanan ringkas,
dia antara penulis blog yang mempunyai pemikiran yang buat aku kagum.

Terima kasih Encik Akram kerana menjadi sahabat di alam blog dan juga di dunia realiti itu sendiri. Terima kasih atas sokongan kamu terhadap aku.

Oh ya, kamu juga boleh melawat dia di rumah barunya seperti di atas.
Dia bisa menulis dalam bahasa yang kamu mudah untuk memahami.

Selamat Bergraduasi FK dan YK.




Kiri ke Kanan : FK, AM, SFZ, L dan YK.
*Tiada dalam gambar : CWC*

Selamat Bergraduasi Buat 2 orang abang tersayang.
Oh ya, mereka tidak akan merestui jika aku panggil mereka sebagai abang.
Jadi, lebih baik jika dikatakan sebagai sahabat-sahabat tersayang.

Tahniah buat kalian berdua.
Semoga perjalanan hidup kalian lebih bermakna.

************************************************************



Buat teman-teman di dunia pencinta ini,
maafkan aku kerana tidak mampu menulis seperti biasa.
Ilham aku tidak mampu mencerna dengan baik.
Aku tidak dapat menghadam kata-kata manusia lagi walaupun di mukaku terukir sebuah senyuman. Senyuman atas dasar, aku sayang kamu semua yang menyokong aku.



Satu pesanan penaja buat pelawat-pelawat dunia aku ini.
"Jika kamu buang air, jangan lupa cuci"

Selamat Berhujung Minggu!

Saturday, March 28, 2009

Masa Dunia - Tutup Lampu Itu Sayang...


http://www.ecologicliving.ca/wp-content/uploads/2009/03/earth-hour.jpg

Aku Meninggalkan Dunia Ini Untuk Menuju Ke...




Salam Pagi Sahabat-sahabat Sekalian.
Bagaimana dengan kehidupan kalian hari ini?
Jangan cuba menikam aku tatkala aku mandi, nanti aku bertindak.

Hari ini aku keluar bercanda bersama A, R, V dan S.
Kami mahu menonton cerita ini.
Hidup yang penuh kesedihan harus ditinggalkan.

http://3.bp.blogspot.com/_2VfVkjQeiYE/SbeHzTioQwI/AAAAAAAABlU/FbEJQLzgrZI/s400/talentime+poster.jpg

Ya, aku mahu menonton cerita ini.
Maka, aku mempengaruhi mereka menonton bersama aku hari ini.



Aku sayang kamu semua.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong aku.
Sebarkan cinta kamu!

Friday, March 27, 2009

Tolong Hantar Pesanan Secara Peribadi Kepada Aku...



Aku hanya mahukan sedikit kegembiraan.
Itu sahaja yang aku dambakan setelah aku selesai dengan kerja aku.
Berikan aku sedikit kegembiraan di dunia maya ini.

Aku memahami aku bukan yang terbaik.
Aku sangat-sangat memahami kekurangan diri aku.
Tetapi, mengapa mesti lakukan begini?

::Pesanan Khas Buat Siapa2::

Aku memahami mengapa kamu menegur aku.
Aku memahami apa yang kamu cuba sampaikan.
Tetapi apa alasan kamu mengatakan aku seseorang yang keras hati?

Sesuatu yang aku benci, aku dinilai secara luaran.
Ya, blog aku hanya karya picisan di mana aku menulis sesuatu berdasarkan pengalaman seharian aku. Salah di mata kamu?
Maafkan aku.
Maafkan aku.
Maafkan aku.

Aku tidak kisah ditegur.
Sumpah, aku tidak kisah.
Tetapi, aku percaya, dan aku juga belajar,
teguran yang baik itu seharusnya dilakukan secara berhemah.

Kamu menyatakan aku seorang yang keras hati.
Kamu mengenali aku secara peribadi?
Kalau ya, sila hantar pesanan secara peribadi atau tinggalkan URL kamu.
Sebagai tanda kejujuran kamu.

Tuan Nanako menyatakan sesuatu dengan berhemah walaupun ayat-ayatnya agak membuatkan kemarahan aku meningkat,
aku lebih rela begitu daripada kamu melakukan perbuatan seperti ini.

Aku mohon.
Kenalkan diri kamu secara peribadi kepada aku.
Aku mohon sangat-sangat.
Aku tidak mahu membenci manusia lain.

**************************************************

Kalian tidak akan melihat kelibat aku di sini dalam masa terdekat.



Cuaca yang buruk menjelaskan hati aku ketika ini.
Maafkan aku kalian.
Aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua.

Lupakan Tuan Nanako, Kita Ada Siapa2 Sekarang...



Siapa rasa blog aku jahat, tidak berguna, menyesatkan mereka,
aku sanggup bentangkan permaidani merah buat anda.
Sumpah aku sanggup!

Kalau betul aku menyusahkan kamu,
memesongkan kamu, aku mohon sangat-sangat pada kamu,
tekan butang pangkah di paparan blog ini.
Aku merayu pada kamu!

Kalau betul kamu tidak suka,
sila berjalan keluar dari sini!
Sumpah, aku tidak mahu kamu mengata aku sesuka hati.

Kalau kamu benci blog ini,
sila keluar!
Aku tidak perlukan kutukan!

Aku tidak terdesak dalam apa-apa keadaan!
Aku hanya memindahkan sedikit kasih sayang buat semua!
Aku tidak menggoda nafsu kamu!

Kegilaan apakah tuduhan itu dilemparkan kepada aku?!
Kalau selepas membaca blog aku, kamu menjadi miang,
maafkan aku.
Kalau selepas membaca blog aku, kamu menggentel sesuatu,
maafkan diri kamu!



Aku menulis demi diri aku.
Kalau kamu benci dengan hasil tulisan seperti ini, aku tidak mampu berbuat apa-apa.
Kalau kamu benci aku sekalipun, aku hanya mampu tersenyum.

Aku sudah sediakan satu kotak undian di tepi.
Sila tanda apa yang kamu rasa.
Kalau benci, katakan benci, luahkan sahaja.



Aku akan berhenti menulis buat seketika.
Menunggu jawapan dari kamu semua.
Hinaa, kutukan, kejian kamu akan aku hadam.

Kepuasan Kamu Berparti Sayang?




Puas kamu bercanda sayang?
Mari rebah di ranjang serta mendengar alunan kasih sayang.
Salam Hari Jumaat dari aku.

Akan kembali selepas membersihkan hasil tinggalan parti kamu semua.
Cium!

Thursday, March 26, 2009

100 Pos : Kamu Mahu Parti Liar Berbuih Sayang?




Baiklah.
Kita bertemu lagi di lain siaran.
Jangan betulkan paparan komputer, komputer riba atau telefon genggam anda.
Ini siaran langsung terus ke mata kamu sayang.

Dunia aku sudah tiba ke sisipan yang ke-100.
Banyak kisah suka dan duka.
Penulisan di dunia pertama mungkin masih di tahap teratas,
tapi aku tidak pernah menidakkan cinta aku di sini.
Ya, kepada kamu semua.



Aku menulis secara langsung hari ini.
Cinta yang aku semaikan di Dunia Sebelah Zara acap kali di salah anggap oleh sesetengah
orang. Aduhai. Aku cuma mahu kegembiraan sahaja.
Kesedihan?
Jangan cari di sini.
Di dunia ini, aku hanya mahu CINTA, KASIH dan CIUMAN.

Kalau kamu mahu melihat aku yang agak lemah, sila tekan sini.
Di situ, aku menzahirkan diri aku seadanya.
Di sini?
Kamu melihat aku yang lain.
Aku yang penuh kasih sayang dan cinta kepada kamu semua.

Terima kasih aku ucapkan atas kasih sayang yang kalian curahkan.
Aku gembira.
Aku mampu tersenyum, kerana kalian juga tersenyum kepada aku.
Kehadiran orang-orang yang mengutuk aku tiada erti selagi adanya kamu semua.



Baiklah...
Parti Liar Berbuih Kita bermula...
Sila jangan basahkan ruangan ini...

Tembamnya Dia...Geram Aku!




Badan yang penat tidak perlukan paksaan untuk baring di ranjang itu.
Mata yang penat, tidak perlukan sebab untuk menolak rayuan itu.
Tetapi, apakah aku sanggup hadapi kemungkinan yang satu itu?

*********************************************************

Aku duduk bersama teman-teman.
Berbual mesra.
Perjumpaan sekali sekala seharusnya dihiasi kasih sayang bukan?
Tetapi bagi kami, bukan setakat kasih sayang,
perbualan itu harus disulami dengan kasih sayang yang berlebihan.

Seorang wanita melalui meja kami.
Mata P tidak lepas memandang ke arah dia.

P : Zara, cuba kau tengok dia itu.
Aku : Kenapa?
P : Tembam gila lah!
Aku : Apa yang tembam? Kurus je aku tengok.
P : Kau ni Zara. Tengok betul - betul. Kata mata kongsi dengan mata lelaki.
Aku : Bila aku bagi kenyataan itu?!
P : Tembam gila dia...geram aku...Jenis bergerak-gerak pula tu.
Aku : Apa dia dol?!
P : Aku pelik kenapa perempuan suka bawa benda itu ke sana ke mari?
Aku : Bawa apa ni?!
P : Kalau naik bas pun bawa, aku selalu rasa macam nak peluk-peluk.
Aku : Apa bendanya ni?! Apa yang tembam, apa yang kau nak peluk?! Kau jangan miang kat sini.
Makan jalan raya pula kang.
P : Geram aku...
Aku : Apa nya?!
P : Betul kau nak tau?
Aku : Apa bendanya?
P : Patung beruang dia tu...Tembam gila lah!
Aku : Kau suka patung beruang?!



H : P memang sikap macam tu. Kau hadam sajalah.

Nota kaki tangan aku : Tesis sudah siap. Aku akan mula membunuh saraf-saraf kamu.


Wednesday, March 25, 2009

Rebahkan Dirimu Di Ranjang Itu Sayang...




B cakap dengan aku.
"Jangan buat kerja dengan menggila, nanti aku kerjakan kamu sampai gila"

*********************************************************************



Aku terlalu penat.
Hujan terlalu lebat dalam perjalanan pulang.
Aku basah lagi.
Payung biru di tangan aku pegang.
Malas aku mahu buka.

Si Hitam berbunyi.

"Zara, kau kat mana? Aku bawah asrama kau"

Suara B yang tegas.
Aduhai.

Aku : Aku dalam perjalanan pulang ke bilik. Sekejap lagi aku sampai.
B : Betul ke? Cepat sedikit. Aku tunggu.
Aku : Baiklah.

B tunggu aku di bawah asrama.
Kesejukkan dia.

Aku : Kenapa kau datang?
B : Kau tak jawab panggilan aku dari semalam.
Aku : Aku sibuk dengan tugasan.
B : Aku tahu. Mesti kau tak makan lagi dari semalam.
Aku : Dah beli makanan ni. Sekejap lagi aku makan.

B sentuh dahi aku.
"Kau tak sihat. Muka kau cengkung sangat. Mata kau lebam.
Selepas makan kau mesti rehat"
Aku : Baiklah. Kau tak nak naik?
B : Kau perlukan rehat, aku nak pergi jumpa suami aku (senyum)

B cium dahi aku dan berlalu...

****************************************************
Si Hitam berbunyi.

"Rebahkan dirimu di ranjang itu sayang. Badanmu memerlukan kasih sayang.
Kasihani dia."



Dada Itu Tidak Sesuai Buat Dia...




Aku terlalu penat semalam.
Dari 24 jam, aku cuma berada di atas ranjang selama 2 jam sahaja.
Corak tidur aku semakin teruk.

Selepas petang yang menggembirakan bersama 3 sahabat lelaki,
aku pulang ke kamar.
Dengan niat yang satu, menyelesaikan misi yang seharusnya.

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari M.

"Jom keluar makan."

Aku : Maaf, tapi aku ada perkara yang perlu diselesaikan.
M : Jom lah. Kami semua keluar ni.
Aku : Siapa?
M : Kuda, Halus dan Petir.
Aku : Bagi aku masa untuk solat dan bersiap.

Aku keluar bersama mereka.
Kekasih - kekasih lama sepanjang setahun di matrikulasi.

Kuda : Petang tadi kau pergi mana?
Aku : Aku keluar dengan kawan-kawan aku.
M : Pergi mana?
Aku : Kedai Kopi "Duit Bintang Berlogo Hijau".
M : Banyak duit kau.
Aku : Takdelah.
Kuda : Minum apa kau?
Aku : Pergi kedai kopi kau minum apa?!
M : Tapi aku tengok kau mengantuk gak ni, kenapa?
Kuda : Dada itu tak sesuai untuk dia.
Aku : Apa?!
Kuda : Maksud aku, dadah itu. Dia sudah terlalu tepu.
Aku : Barangkali...



Aku terlalu penat.
Panggilan dari B tidak berjawab.
Apakah B tahu aku sangat memerlukan kedamaian ketika ini?

Tuesday, March 24, 2009

Jawapan Balas Buat Tuan Nanako


Tuan Nanako kita telah kembali.
Ya, setelah aku berjaya mencuri waktu untuk menulis balasan dari Tuan Nanako.
Sebelum itu, buat tatapan Tuan Nanako, aku harap dia suka dengan gambar ini.
Imaginasinya terlalu tinggi barangkali.



Tuan Nanako,
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Kerana jawapan yang bakal aku berikan hanyalah sekadar di permukaan.
Jangan mencari sesuatu yang tidak mungkin di sini.

Kalau anda mencari Tiub Merah atau Kisah Pertama Saya,
jangan masuk ke blog ini.
Ini hanyalah coretan kata.
Aku bermain dengan perkataan Tuan Nanako,
bukan dengan bola!

Wabak Pertama Zara : Aku Buat Kerana Gembira




Aku cuba untuk berlagak suci daripada wabak.

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa rakan maya di dunia blog ini.
Terima kasih kerana anda semua tidak kisah jika aku menjerit - jerit (dalam bentuk tulisan),
untuk menyatakan aku adalah manusia pertama yang komen di situ.

Itu suatu kepuasan buat aku.
Aku gembira bila jadi manusia pertama yang komen.
Bukan bermakna aku gila kuasa, sebab kuasa aku adalah terhad.
Aku selalu kalah pada hari dan waktu tertentu.
Aku kena hadiri kelas.



Lagi gambaran aku yang sayang kepada kamu semua.

Terima kasih buat penulis - penulis blog seperti Belle, Pinkiss, Faryn yang menerima aku menjerit-jerit di blog kamu. Aku temui kebahagiaan dengan cara itu.
Kamu membuatkan aku mengenali sisi dunia yang lain mengenai persahabatan.
Walaupun hanya di dunia maya.

Di samping itu, aku menemui pelbagai jenis penulis blog yang lain.
Kalau mereka menerima cara ini,
aku mahu daftarkan sebagai tanda perdagangan di dunia blog.
(Aku kurang normal)

Terima kasih.
Pada pendapat kamu, wajarkah aku teruskan penyebaran wabak ini?



Sila makan sedikit biskut selepas kamu menjawab soalan di atas.
Aku cinta kamu semua.

Monday, March 23, 2009

Hidup B : Aku Cinta Zara




Sudut Belakang.

B kata selagi aku tak pulangkan matahari dia,
dia tetap akan sembunyi.

Aku : Aku sayang kau B.
B : Aku cinta kau Zara.

"Tanpa Matahari aku, adakah aku akan bersinar Zara?"

B capai beg tangan dia.
B tinggalkan aku dengan persoalan.

Aku Nak Peluk Kekasih Gelapku Tapi Dia Jauh...




Otak aku yang kurang berfungsi secara normal.
Aku perlukan pelukkan dari kekasih gelap aku yang cerah.
Dia sudah pulang ke pangkuan kekasih sebenarnya.

Tapi, tidak mengapa.
Anak kami bersama masih ada dalam jagaan aku.
Aku peluk anak itu sahaja.
Ayahnya bersama isteri pertama.

Sunday, March 22, 2009

Siapakah B Dalam Dunia Aku?




Semua orang tertanya-tanya.
Siapakah B yang sangat kontroversi itu.

Aku tanya B adakah aku boleh terangkan siapa dia.
Dia senyum dan memeluk aku.

"Kalau kamu pulangkan matahari aku kembali Zara,
lebih dari itu kau boleh cakap kepada pencinta-pencinta dunia kau."

Satu ciuman di pipi kanan dan dia bangun meninggalkan aku.

Kalau Nak Raba Bawah Tu Boleh?




Hujan sangat lebat.
Aku cuma duduk kaku di tepi mendengar lagu yang dipasang.
Alunan lagu bisa membuat jiwa tenang melihat hujan.

B tahu aku sakit.
Sakit dengan sikap manusia di sekeliling aku.
B lihat air mata aku mengalir tanpa sedar.
B lihat titik kelemahan jiwa aku.
Persahabatan.



Aku hanya pandang hujan.
B mencuri pandang ke arah aku.

B : Zara, kita balik ya?
Aku : Tak kisah. Aku tak tahu apa yang baik sekarang ni.

Kereta dipusing ke arah laluan bertentangan.
Ke arah kolej aku.
Aku masih mengira titisan hujan di tingkap kereta B.
B mengira titisan air mata aku yang jatuh.



Kami tiba di hadapan blok aku.

B : Zara, boleh kau alihkan kaki kau sikit?
Aku : Kenapa?
B : Aku nak raba bawah tu kejap.
Aku : (terperanjat) Raba apa?!
B : Bawah tu.
Aku : Kau jangan buat gila. Buka pintu. Aku nak keluar!
B : Aku tahulah. Aku cuma nak raba bawah tempat duduk tu je. Kau tak bawa payung kan?
Aku : Kau takde perkataan lain ke?
B : Kalau tangan merayap ke atas sesuatu permukaan, bukan raba ke tu?
Aku : Sudah! Baik aku cari sendiri.
B : (gelak jahat)

Aku keluar dari kereta B dengan memakai payung polka dot kepunyaan dia.
B senyum sambil melambai ke arah aku.

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

"Zara, aku rindukan matahari aku yang hilang. Pulangkan pada aku semula"



B, terima kasih kerana membahagiakan aku di saat aku semakin lemah.
Kamu sahabat terbaik aku.
Semoga kamu bahagia bersama kekasih hatimu.


Saturday, March 21, 2009

Maaf, Aku Basah Lagi Kerana Kamu.




Aku basah lagi hari ini.
Walaupun langit mendung dan langit tidak berhenti menghiburkan aku dengan
dendangan kilat serta guruh,
aku sudah basah di sini.

Aku basah dengan air mata.
Aku sudah basah.
Maafkan aku teman, nilai kebergantungan aku pada kamu sangat tinggi.
Apakah aku mampu melihat kesedihan menyelubungi kamu?
Tidak.

Aku menunggu.
Aku masih menunggu.
Air mata aku diseka ke tepi.
Aku sayang kamu.



Nota : Jawapan balas dari Tuan Nanako aku telah terima.
Akan aku kirimkan disini selepas emosi aku kembali teratur.
Adakah kamu akan menunggu aku?


Friday, March 20, 2009

Memberahikan...Mengghairahkan..Lagi Apa?


Aku suka menulis.
Aku tidak kisah dilontarkan dengan komentar-komentar halus ataupun tajam.
Yang aku tahu, aku menulis.
Kepuasan peribadi, kepuasan pencinta aku.

Aku dapat satu surat elektronik (baca:e-mail)
Aku ketawa besar setelah membacanya.
Kegilaan apa ini?

Tarikh : 20 Mac 2009
Masa : 5.15 petang.
Pengirim : Tuan Nanako (nama samaran)
Penerima : Zara (nama aku)
Subjek : Blog Kamu

Zara, saya salah seorang pembaca blog kamu. Blog Bahasa Melayu kamu.
Zara, saya ingin lontarkan beberapa pertanyaan. Harap kamu sudi membalasnya.

1- Mengapa kamu menulis dengan gaya yang mengghairahkan?
Apakah kamu mempunyai imaginasi yang tinggi serta mahu menzahirkannya dengan bentuk penulisan?

2 - Saya akui saya terjumpa blog kamu secara tidak sengaja semasa mencari sesuatu.
Penulisan kamu memberahikan sesiapa yang membacanya.
Mengapa menggoda masyarakat membaca blog kamu?

3 - Kamu meletakkan 3 aspek untuk ditandakan di blog kamu.
Kasih, cinta, ciuman. Apakah kamu belum pernah berkasih, bercinta atau bercium?

Terima kasih jika kamu sudi membalasnya. Teruskan menulis Zara.



Sebelum aku menjawabnya, silakan melihat paparan gambar di atas.
Memberahikan?
Mengghairahkan?

1 - Mengghairahkan?
Aku tidak dapat melihat serta meneka di manakah keghairahan yang aku tunjukkan di sini.
Apakah benar?
Aku cuma menulis berdasarkan pengalaman aku seharian.
Pemilihan bahasa aku membuatkan ia kelihatan ghairah?

2 - Soalan kepada kamu Tuan Nanako.
Kata carian apa yang kamu gunakan? Sepanjang pengetahuan aku, orang yang termasuk ke blog aku, menggunakan kata carian yang agak memberahikan.
Mungkin kamu juga melakukan sedemikian.
Ini bukan tuduhan, ini persoalan aku lontarkan semula kepada kamu.

Aku menggoda masyarakat?
Apakah ini?
Aku belum menetapkan kerjaya sebagai penggoda lagi.

3- Soalan berbentuk peribadi nampaknya.
Berkasih - Pernah
Bercinta - Pernah
Bercium - aku klasifikasikan kepada bebrapa aspek.
Lelaki : Adik aku yang berumur 9 tahun - Cium di pipi dan dahi.
Perempuan : Semua peringkat umur - Di Pipi Sahaja

Peringkat umur yang lebih tua - aku cium tangan tatkala bersalam.
Bukan muhrim aku tidak buat.
Aku masih di dalam lingkungan budaya Timur lagi.

Macam mana Tuan Nanako?
Berpuas hati dengan jawapan aku?



Sebelum berpisah, aku tinggalkan kamu dengan gambar ini.
Jangan berimaginasi secara liar.

Jangan Main Di Sini Sayang...


Kepala aku sangat pening.
Pening dengan sikap manusia di sekeliling aku.
Kepura-puraan bukan satu pilihan yang baik dalam hidup ini.
Kamu akan terbunuh dengan itu.

Aku keluar dengan B lagi.
Cuma keluar mencari idea - menemani alam dalam keadaan hujan membasahi bumi.
Kami prihatin bukan?



::Bayangan baik yang aku cuba berikan dalam usaha aku menyayangi alam::

B : Zara, kau sayang siapa?
Aku : Orang yang aku sayang, ada dalam Si Hitam.
B : Aku tumpang tengok.
Aku : Tidak boleh.

Kami teruskan perjalanan.
Melihat alam.
Kami tiba di tempat manusia-manusia sering bermain.
Tidak mengira usia, tidak mengira permainan.

Aku : Ramai orang bermain.
B : Macam-macam orang main kan?
Aku : Macam-macam permainan ada.
B : Kau nak main Zara?
Aku : Aku tak nak main di sini. Aku segan.
B : Kalau kau tak nak main kat sini, kau balik sendiri.
Aku : Ugutan?
B : Lebih kepada ancaman (gelak jahat)
Aku : Kalau kena tangkap?
B : Aku bayarkan duit dendanya...
Aku : Kau janji ya?
B : Lebih dari itu aku mampu janji.

B dan aku bermain dengan gembira.
Setiap jenis permainan kami main.
Orang pandang kami, kami tidak mengendahkan.
Kamu juga bermain bersama pasangan kamu bukan?

Tiba-tiba....

"Kak, apa hubungan akak dengan dia?"

Aku : Dia kawan akak. Kenapa? Mati kita B!

"Kak, kat sini tidak boleh main macam ni. Lagipun hujan ni, nanti akak demam"

Aku : Maaf ya Dik. (senyum terpaksa)

Adik itu tersenyum. Berlari meninggalkan kami.

Aku : B, kan aku dah kata, tak boleh main kat sini!
B : Alahai, aku baru nak main jongkang jongket ni.
Aku : Yang kau main susun batu-batu atas jongkang jongket tu nak buat apa?
B : Aku nak terapkan konsep Fizik.
Aku : Balik aku bunuh kau nanti.



Perjalanan balik kami dihiasi dengan hujan dan pelangi di sebalik sinaran matahari.
Hujan panas kata orang tua.

Nota : Kamu fikir aku main apa?! Aku berada di taman permainan kanak-kanak.

Thursday, March 19, 2009

Setelah Puas Aku Cium dan Peluk, Akhirnya...


Akhirnya....
Setelah hampir 3 minggu aku berpeluk - peluk dengan dia,
hari ini, hasilnya keluar juga...

Sangat sakit.
Sangat parah.
Bukan jiwa sahaja yang merana, tapi hati ini juga.
Aduhai.



Muka pertama harus menarik minat serta mata pendengar.
Jangan kau cuba membuat manusia-manusia penat pada pandangan pertama.



Ini antara paparan yang menarik minat serta mata pensyarah aku yang amat jarang tersenyum.
Kalau dia mula tersenyum dan bertanya dengan penuh minat,
itu adalah isyarat bahawa kamu telah memenuhi kehendak pemikiran dia.
Ya, dia sangat kritikal dalam berfikir.
Jangan kamu cuba berfikir secara dangkal.
Neuron-neuron kamu akan rosak.



Aku susun secara abjad bagi beberapa petala pertama.
Aku lebih senang menggunakan bahasa kedua aku jika berbicara mengenai ini,
tetapi, tidak mengapa.
Demi kamu.

Ini bahagian terakhir yang aku sudahkan sebelum aku berpindah ke bahagian analogi.
Ini kerja secara berkumpulan,
aku seorang gadis di antara dua jejaka yang telah berpunya.

Kata orang,
kalau kita suka seseorang, kita ada hubungan Kimia dengan dia.
Aku ada Kimia sudah, ada orang yang mahu menjalinkan hubungan dengan aku?



 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template