Thursday, April 30, 2009

Nak Pusingan Kedua, Kesat Dulu Bibir Kamu...


Hujan mencurah turun di bumi Selatan.
Dua insan sedang menikmati pencuci mulut dengan ghairah.
Tisu bertaburan di lantai kereta.

Dua insan tersandar kepuasan.
Ketawa kekenyangan.
Melihat bibir masing-masing yang penuh dengan kesan cecair.
Cecair putih, merah dan coklat.

B : Cepat gila kau.
Z : Dah lama tak dapat, memang ketagih.(jilat bibir sendiri)
B : Nak pusingan kedua?
Z : Silakan, tapi kesat dulu bibir kau. Nanti apa orang fikir...

Jauh Di Mata Dekat Di Hati...




Sab, kasih sayang yang kita semai selama ini amat bermakna.
Buat semua teman, terima kasih atas segala...

Selamat tinggal bumi kampus tercinta...
Aku kembali ke dakapan desa tercinta.
Doakan aku bakal kembali sebagai seorang graduan.

Nota Cinta : Buat kalian semua, aku harap kita masih dapat bertemu lagi.
Jika kalian ada kesempatan berkunjung ke daerah aku,
maklumkanlah ya?

Untuk lebih gambar kenangan, sila tekan SINI.

Wednesday, April 29, 2009

Parti Liar Di Sini Hanya Untuk Pembaca Matang




Sudahkah anda bersedia untuk menghiburkan hati?
Warna merah jambu menaikkan semangat diri?
Pandangan mata berpinar?

Teruskan membaca.

Pertempuran telah selesai.
Senyuman mesra buat doa kalian semua.
Aku cinta kalian.

Dan malam ini,
boleh aku kembali bermesra dengan Zahrin Hakimi.
Aduhai, rindu dia...



Nota kaki : Sedang mengemas kehidupan aku untuk dimasukkan ke dalam kotak.

Nota tangan : Untuk berita mengenai diri aku, sila tekan SINI.

Nota Ciuman : Untuk lebih gambar, tekan SANA.

Notis Pemberitahuan : Pertemuan




Buat para sahabat yang berada berdekatan dengan aku di bumi selatan ini,
jika ingin bertemu untuk berbual mesra dan sebagainya,
aku akan berada di sini sehingga pagi 1 Mei 2009.
Cuma perlu hubungi aku di talian tertera.

**Sila lihat bawah untuk penulisan terkini**

Pertempuran Terakhir Dengan Si Kacak

::Kawasan Terbaru Kejadian Aku Bersama Si Dia::
9.20 pagi waktu tempatan Bumi Selatan.

Kami bersama berpeluk, berciuman dan tidur di hamparan tikar ini.
Aduhai.


Pertempuran Terakhir.

Simetri Dan Spektroskopi Molekul
2.30-5.30 petang
Fakulti Sains

Si Kacak atau Si Comel,
nantikan aku membunuh soalan-soalan kamu.

Kalian, doakan aku mampu menundukkan Si Kacak itu...

Tuesday, April 28, 2009

Darah Dan Peluh Membasahi Bumi


Darah membasahi bumi.
Bumi bertuah.

Peluh mengalir.
Cuaca terlampau panas.


B : Kau boleh duduk seorang diri dalam bilik ini?
Aku : Boleh, dah biasa.
B : Nak aku temankan?
Aku : Tidak perlu.

Hodoh Memang Nama Tengah Aku...


Hodoh memang nama tengah aku.
Aku juga punya nama tengah yang lain.
Kenapa perlu aku peduli?

Tidak.
Aku hanya senyum.

Kekosongan Bukan Satu Halangan


"Aku rasa aku kosong", kata B.

Aku : Aku rasa kosong bukan satu masalah.

B : Kenapa terlalu positif sejak akhir-akhir ini?

Aku : Hidup aku dipenuhi manusia terbaik.

B : Siapa?

Aku : Ramai, antaranya adalah mereka yang membaca ini.
(jari aku menunjuk ke arah Sean - di paparannya adalah blog aku)

::Tambahan Terkini::

Mendapat perkhabaran yang tidak sihat.
Maaf, emosi aku sungguh kacau ketika ini.
Aku tidak mampu tersenyum.
Tabahlah wahai hati...
Positif kembali Zara...

Nota : Air mata mengalir laju.

Monday, April 27, 2009

Warna Kehidupan Adalah Warna Kasih Sayang


Hujung minggu aku bermakna.
Bermakna dengan kehadiran teman-teman tersayang.



::Bersama CWC::



Iman adalah Iman
CWC adalah CWC
Zara adalah Makcik

.......

dan kamu adalah Pakcik wahai Ady!

Pandai je kata aku makcik walhal kita adalah sebaya.
Lainlah CWC.
^___^



Kehidupan di celah-celah wap air...
Aduhai...

Jangan Mengintai Tatkala Aku Bermesra Dengan Dia...


Siang hari, aku peluk dia.
Aku cium dia.
Aku curahkan kasih sayang buat dia.
Apa aku peduli dengan pandangan mata masyarakat?



Malam,
aku masih peluk dia dengan erat.
Hanya kami di kamar empat persegi ini.
Aku harap jalinan cinta kami lebih utuh.

Kami tidur bersama.
Kadang-kadang dia di sebelah aku.
Kadang-kadang dia di bawah bantal aku.
Kadang-kadang dia di atas muka aku.

Bergantung.

Tempat atau caranya bergantung kepada emosi aku ketika itu.
Kalau aku gembira, mungkin di atas meja.
Kalau aku letih, mungkin di atas katil.

Bergantung dengan cara terakhir kami bersama.
Kalau aku terlampau penat, kadangkala dia hanya di tepi.
Kalau aku terlampau lasak, dia ada di bawah ranjang.
Aduhai.

Maaf sayang.
Hari baru sudah muncul kembali.
Mahu teruskan bermesra dengan aku?



Sayang, kali ini kita berpindah ke atas meja pula ya?
Aku sayang kamu...

Sunday, April 26, 2009

Kalau Nak Salin Baju, Lindung Dengan Tuala Dulu.


Salam Perpaduan Buat Semua Pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Adakah anda menyukai wajah terbaru kami?

Jika anda menghadapi masalah dalam melihat laman blog ini,
sila nyatakan dengan meninggalkan komen anda ya?

Jika berat, katakan berat.
Jika suka, katakan suka.
Jika gembira, katakan gembira.
Jika benci, katakan juga dan tutup tetingkap ini.

Sekian.

Oh, kalau anda mahu salin baju blog anda,
jangan lupa lindung dengan muat turun baju lama.

Cinta anda semua!

Kerusi Bengkok Kerana Ketawa Berlebihan...


::Bilik Tutorial::

Sesi perbincangan berkelompok berlangsung.
Beberapa kumpulan berdasarkan tugas masing-masing telah dihimpunkan.
Kami baru sahaja mengenali satu sama lain.
Masih mentah dalam membaca sikap antara kami.

Perbincangan dalam kelompok tamat.
Kelompok lain masih tidak berhenti berbincang.
Kami berbual sesama kami.
Tiga lelaki, seorang perempuan.
Pijan, Peda, Cinot dan Sarip (aku)

Perbualan bertukar rentak kepada sesi gurau senda (baca : kutukan)
Entah apa silapnya malam itu.
Pijan panggil Aqim dan menyatakan sesuatu antara kami.

Aqim : Apa dia?!
Aku : Takde apa-apa. Pijan ni yang gila.
Aqim : Kau yang gila!
Aku : (bengang tahap ke lima)

Pijan, Peda, Cinot : (ketawa secara menggila)

Tahap darah naik memuncak, aku tendang kerusi Pijan.
Bengkok dan menghimpit Pijan.
Dia masih tak berhenti ketawa.

Satu kelas memerhatikan kami.
Sorakkan bising.

Aku tukar strategi.
Senyap, muka masam.

::Tengah Malam::

Telefon genggam berdering.
Aku tengok nama pemanggil.
Cinot.

Cinot : Hello, Sarip ke?
Aku : Ya, ada apa?
Cinot : Kau kenal siapa ni tak?
Aku : Kenal, ada apa? (budak-budak ni tak tahu aku ada nombor mereka)
Cinot : Eh, kau marah dengan kitorang ke?
Aku : Siapa kitorang tu?
Cinot : Aku, Peda dan Pijan.
Aku : Mana ada (cubaan menipu)
Cinot : Aku dengar kau nak keluar dari program. Janganlah, kami gurau je.
Serius, gurauan.
Aku : Kalau gurau jangan melampau lain kali.

Mulai saat itu, mereka lebih berhati-hati walaupun aku masih kerap menjadi mangsa buli.
Aduhai...

Nota: Aku rindu kalian semua. Bila dapat bertemu lagi?
Pijan, Syaitan Merah menang malam tadi. Apa perasaan kamu?

Saturday, April 25, 2009

Katil Kosong Dan Kartu Kecil Peneman Diri...


Aku sunyi.
Teman wanita sudah pulang sebentar tadi.

Menoleh ke belakang.
Hanya katil kosong peneman diri.

Menoleh ke sebelah kiri aku.
Kartu merah peneman diri. Tinggalan teman wanita buat aku.
Tercoret ayat ini.

"Jauh di mata dekat di hati"

Burung Sudah Bertukar Menjadi Wanita Jambu


Sumpah.
Tiada sesiapa yang terbunuh disini.
Cuma ada penukaran.

Penukaran oleh seekor burung kepada seorang wanita ayu.
Jambu.

Tiada burung bogel lagi.
Hanya wanita yang rindukan sebuah dunia yang aman.
Senyum.

Apa kamu fikirkan bila melihat kulit baru dunia aku?

Rindu Pelukan Hangat Zahrin Daniel


Aku rindu.
Rindu pelukan hangat Zahrin Daniel.
Rindu yang teramat sangat.
Hampir beberapa bulan aku tidak sentuh dia.

Minggu depan bakal ketemu dia lagi.
Danny, rindu kamu.
Rindu sangat-sangat.

Rindu Danny yang bulat, gebu dan berbulu...

Nak Urutan Manja Dari Depan Ke Belakang?


Badan aku penat.
Menyelesaikan proses mencetak tesis aku.
Penat.

Lebih 4 jam aku di kedai pencetakan.
5 salinan yang diperlukan.

1 - Fakulti
1 - Perpustakaan
1 - Penyelia
1 - Kementerian Pelajaran (aku bakal menteri bukan? ^__^)
1 - Penulis Blog ini.

Penat.

Mengadu pada B.

B : "Kau nak urutan manja dari depan ke belakang?" (ketawa)

Aku : ........

Friday, April 24, 2009

Buat Teman Wanitaku Yang Tercinta, Sab [G06-214]


The image “http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs036.snc1/3290_157768030542_885375542_6617185_3758799_n.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Hari ini mungkin hari terakhir kami bersama.
Aku lihat teman wanita aku sudah mengemaskan barang-barang dia ke dalam kotak.
Hati aku sayu.

Aku cakap dengan dia.

"Hidup kita di sini boleh disimpan ke dalam kotak sahaja"

Dia senyum.
Manis senyuman dia.
Seperti tuan punya diri juga.

Aku berangkat ke makmal.
Menyelesaikan projek akhir, tesis aku.
Aku berhenti sebentar, menyempurnakan tugasan dan melayari Internet.
Aku lihat teman wanita aku membuat entri baru.

"For Pah (Unedited)"

Aku tekan pautan itu.

Hasil penulisan teman wanita aku, Sab di blog nya.

"Pah, best jadik rumate awk. Thanks sebab kenalkan saya dgn kwn2 awk. Sekarang, saya ada ramai kwn. Sebab awk, saya sekarang pandai bergaul dengan macam-macam org. Huhu, apa lah.(spelling bapak skema) lalala~

Saya nak mintak maaf kalau sepanjang saya jadik rumate awak, pernah tersakitkan hati awak ke. Saya tau ada beberapa kali awak terasa dgn saya. Sori ok! Semua salah silap awak saya dah maafkan. (ade ke?) Awak rumate yang suke buat bising. Hehe. I'm gonna miss ur loudness. Lepas ni, sunyi balik. Hopefully, kita keep in touch ok? Honestly, I love you tapi tak reti nak tunjuk macam mana. Tak pandai panggil awak syg. Haha! Love u as a friend! (Jgn. pikir lain)

Thanks for everything. Ur sabun cuci pinggan, ur cable internet, ur milo, ur kerepek pisang, ur printer, ur sean and everything that we shared. Setiap kali saya tgk 'sabun', saya akan ingat kat awak. Ingat lagu "Love Story", our song kan? Bila awak rindu saya, awak play lagu tuu. Nanti mesti terkenang kereta Atos Hijau. Hihi."

Sab


********************************************************************

Air mata aku tumpah.
Tumpah dengan lajunya.
Hati aku sangat tersentuh.

*********************************************************************
Sab, saya sangat sayang awak.
Awak buat saya kenal diri saya yang lain.
Diri yang lebih tenteram.
Diri yang mampu mengawal butir bicara saya.

Sumpah Sab.
Saya memang mengalirkan air mata.
Tatkala jari jemari ini menekan papan kekunci, air mata saya tidak mampu saya bendung.
Saya sangat terasa dengan ketiadaan awak.
Sungguh.

Macam mana dunia saya tanpa awak selepas ini?
Awak membawa sinar yang lain dalam hidup saya selama dua semester ini.
Saya belajar pelbagai perkara dari awak.

Terima kasih juga atas nasihat awak.
Senyuman awak sungguh berharga buat saya.
Dapat lihat awak tersenyum pada saya sudah buat saya sangat gembira.

Mungkin meter percakapan saya kurang,
tapi hati saya sentiasa berbunga bila melihat kelibat awak dalam bilik.
Saya selalu merasakan kita berdua berkomunikasi dalam diam.
Mungkin awak pernah terasa juga dengan perangai saya yang gemar membuat bising,
maafkan saya.

Sumpah, saya sangat sayang awak.
Saya tidak tahu macam mana nak menghadapi hari esok bila awak ucapkan selamat tinggal.

The image “http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs036.snc1/3290_152176150542_885375542_6542921_140449_n.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

::Muka kita berdua yang lapar::

Jangan lupa juga lagu yang kita berdua selalu dendangkan di dalam bilik.

The image “http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs036.snc1/3290_157767460542_885375542_6617179_367048_n.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Saya sangat gembira sebab kenal awak Sab.
Awak yang akhirnya menjadi sahabat saya setelah saya lihat awak dari jauh selama ini.
Saya sayang awak.

**Pah**
Makmal Pendidikan Kimia
Fakulti Pendidikan.
2.20 petang, Jumaat.

Puteri Arnab Dan Kenangan Di Sebalik Merah Jambu...




Kasih sayang yang aku tumpahkan sejak 14 Februari 2007.
Sudah lebih 2 tahun dia di situ.
Masih setia bersama aku, aku hanya tersenyum bila Mak menegur aku.

"Maaf Mak. Along suka pakai sebab selesa."



Puteri Arnab (baca : Princess Bunny) dan aku memang sentiasa bersama setakat ini.
Kenangan yang dia beri pada aku selama ini membuatkan aku menjaga dia sepenuh hati.
Manis, pahit, masam, tawar, kalah masakan tiga rasa.
Aduhai.

Kasut ini telah menemukan aku dengan pelbagai orang.
Kasut ini membuatkan aku mengenal erti cinta.
Kasut ini menjadikan aku menyemai persahabatan.



*Kali pertama aku menyarung Puteri Arnab*

^____^

Aku bahagia mengenal kalian semua.
Sumpah.

Thursday, April 23, 2009

Telur-Telur Berguguran...


Tadi aku keluar dengan teman.
Teman wanita aku.
Dia ada sedikit tugasan.

Sementara tunggu dia, aku memesan makanan untuk dibawa pulang.
Senyum pada jejaka yang menerima pesanan makanan aku.
Orang di sekeliling memandang aku.
Di kedai yang dipenuhi lelaki, aku duduk memesan makanan.

Peti televisyen menayangkan gusti.
Aduh...

Tiba-tiba bunyi benda terhempas dari belakang aku.

Aduhai, telur-telur berguguran.
Berguguran dari raga di atas meja.

Aku mahu menolong, tetapi pekerja di kedai itu menghalang.

"Adik manis, duduk tunggu roti sahaja."
Dia tersenyum.

Bungkusan makanan bertukar tangan.



Emosi terbaru.
Zara yang sedang tersenyum membelai bayi tercinta.
Roti pisang dan roti telur sedang berenang di dalam perut.

Surat Elektronik Dari Siapa2...Tindakan Aku?


Aku terima surat elektronik dari Siapa2 tadi.

Tiada ulasan dari aku selepas baca surat itu.
Aku sangat kecewa.

Selamat tinggal buat pencinta-pencinta Dunia Sebelah Zara.
Aku bukan rakan yang baik buat kalian semua.


Terkini : 14 Undian Blog Ini Lucah!


Setelah tiga hari membunuh neuron-neuron di kepala,
akhirnya aku bebas sebentar.
Kertas seterusnya dalam sela masa enam hari lagi.
Kertas Si Comel itu.
Aduhai...

14 orang sudah mengundi blog ini sebagai lucah.
Aku tersenyum.
Tersenyum.
Tersengih.

Hari ini aku mahu menulis tentang porno.
Baiklah.

Porno.

Nota Kaki : Syaitan Merah menang malam tadi.
Aku sangat gembira. Pendidikan Kimia aku jawab sampai timbul urat hijau.
Terima kasih.


Wednesday, April 22, 2009

Selak Kain Dia, Apa Kamu Nampak Agaknya?


Keadaan diri yang sentiasa dikekang oleh waktu kebelakangan ini membuatkan aku sakit.
Sakit kerana daya kreativiti aku berkurang.
Otak padat dengan perkara lain.
Duniawi.

Aku benci dengan manusia jenis ini.

"Suka jaga tepi kain orang"

Apa bagusnya?

Selak teruslah kalau berani!

*aku mendengar keluhan seorang adik yang aku kagumi. Bersabarlah sayang.
Akak memahami masalah kamu*


Nota Kaki : Aku dihimpit oleh bebanan yang menyesakkan otak.

Kaedah Meletupkan Makmal Dan Meracun Seseorang?


Mahu meracun anak didik kamu?
Mahu meletupkan makmal?

Maaf, anda telah menekan alamat atau pautan yang salah.
Yang ada di sini hanyalah bakal menteri yang telah bersara.

Kimia di dalam Pendidikan?
Pendidikan di dalam Kimia?

23hb April 2009

Pendidikan Kimia
9.00 - 11.00 pagi
Bilik Seminar, Fakulti Pendidikan.

Nota Pelukan :
Peperiksaan sebentar tadi amat menakutkan.
Rasa seperti jawatan Menteri Pelajaran harus aku sandang secepat mungkin.


Tuesday, April 21, 2009

Bakal Menteri Pelajaran Sedang Berusaha Gigih Di Sini...Sila Ambil Angka Giliran Kamu...


Bakal Menteri Pelajaran sedang sibuk menelaah pelajaran.
Sila doakan beliau.

22hb April 2009

Organisasi dan Pentadbiran Pendidikan.
9.00 - 11.00 pagi.

Nota : Kimia Organologam sangat membunuh. Zara sudah mati.
Mati akal.

Tekan SINI untuk lihat aksi beliau di pejabat.

Monday, April 20, 2009

Pertumpahan Dakwat Bakal Bermula...


Pertumpahan dakwat bakal bermula mulai esok.
Jadi, maaf ku pinta dari hujung anak tudung sampai ke hujung tumit kasut aku.
Maaf sahabat-sahabat pencinta sekalian.



**Muka budak yang meminta maaf**

Doakan aku tenang di sana ya?
Doakan aku mampu memberikan yang terbaik buat Abah dan Emak.
Doakan aku tidak dihujani air mata yang menggila.
Doakan aku.
Aku pohon dengan sangat.



Jadual Pertumpahan Adalah Sepeti Berikut:

21hb April 2009
Kimia Organologam
(Organometallic Chemistry)

22hb April 2009
Organisasi dan Pentadbiran dalam Pendidikan
(Organizational and Management in Education)

23hb April 2009
Pendidikan Kimia
(Chemistry in Education)

29hb April 2009
Simetri dan Spektroskopi Molekul
(Symmetry and Molecular Spectroscopy)

Arakian kisah ini bakal berakhir....
Semoga pertumpahan dakwat akan berlaku dengan jayanya.
Semoga yang terbaik menjadi milik aku.
Semoga aku mampu kembali mencoret disini.

Aku cinta kalian!
Doakan aku ya?



Sesiapa yang sangat memerlukan kehadiran aku (perasan aku),
sila hantarkan pesanan ringkas ke telefon genggam ku.
Jika tiada nombor aku,
sila hantarkan surat elektronik anda ke alamat yang tertera di bawah ini:

beckham_shafaza@yahoo.com

...dan nyatakan sama ada anda perlu nombor telefon aku atau sebagainya.
Terima kasih.

Aku sayang kalian.
Cinta. Kasih. Ciuman.

..Zara Syed..

Seluar Kecil Kamu Jatuh, Sila Ambil Di Atas Tanah...


Dunia aku hanya di meja berwarna jingga ini.
Makanan aku hanya roti coklat kismis.
Minuman aku hanya secawan dadah.

Nota-nota tulisan aku bertaburan.
Aku penat.

Aku tarik langsir.
Aku tebarkan pandangan ke luar.
Kawasan pembinaan sebelah asrama aku.

Aku pandang langit.
Cuaca cerah.

Aku pandang ke tanah.
Mari memulakan pengiraan.

Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima dan seterusnya...
Baju besar, baju kecil, baju dalam, baju luar...
Seluar besar, seluar kecil, seluar dalam, seluar luar...
Selimut...
Tuala...

Hasilnya?

Terdapat pelbagai seluar.
Terdapat pelbagai baju.
Terdapat pelbagai warna.

Kenapa ini yang menjadi pemandangan indah buat aku?
Aku perlukan ketenangan.
Esok perjuangan bermula.
Alahai.

Nota : Jika warga blok aku baca blog ini, sila ambil seluar kecil yang jatuh itu.
Aku berkira-kira berapa lama dia akan tersadai di tanah.

Aku Nak Tutup Dunia Sebelah Zara...




Keadaan tidak mengizinkan kita bersama lagi.
Keadaan tidak akan sama seperti dulu lagi sayang.
Dunia kita semakin jauh.
Adakah kita perlu akan perpisahan ini?
Aku cinta kamu, bagaimana pula dengan kamu?
Aku tidak pandai membaca hati orang.
Aduhai.

Maaf.
Aku terpaksa tutup Dunia Sebelah Zara.
Aku terpaksa tutup blog ini.
Maaf.

Kerana...
Aku ingin ke tandas...
Akan kembali selepas iklan penaja pembersihan serta kualiti air.
Maaf.

Nota Ciuman : Hidup aku dilimpahi dengan nota-bota serta kertas peperiksaan.
Hidup kamu pula? ^_____^

Kaca Mata Aku Hanya Untuk Bermesra Dengan Dia...


Ada orang sering bertanyakan kepada aku,
kenapa kaca mata aku harus berwarna putih bingkainya?
Nampak tidak mesra pada kulit wajahku yang agak garing ini.

:: Gambar ini tatkala aku awal Tahun 2::
Program di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri tercinta.

Kelihatan terlalu sopan dan ayu.
Terima kasih.



::Ini Gambar Bersama Si Putih "Whitey"::

Rasa cinta yang menebal pada Sean.
Sebab itu aku hanya pakai Si Putih dalam keadaan tertentu sahaja.
Orang kata,
wajah aku adalah sesuai seperti di bawah ini.



::Abaikan sengihan yang melebar itu::

Muka budak yang berbangga menggunakan ubat gigi anjuran pengamal perubatan (baca:doktor) akibat ketagihan yang amat tinggi kepada unsur-unsur kafina (baca : caffeine).

Nota Kimia :
Kepala sedang melayang.
Jari aku tangkas meraba Sean. Kenapa Encik Enjin Carian G agak tidak membantu saat ini?
Aku perlukan jawapan.


Sunday, April 19, 2009

Kamu Kata Nak Tengok Si Kacak Itu, Aku Beri...


Setelah aku menunggu begitu lama,
akhirnya aku jumpa alamat terbaru si kacak itu.

Ya, kekanda Faryn,
aku letakkan dulu alamat ini semoga kamu dapat bersabar ya?
^____^

Sahabat aku sungguh lambat dalam memindahkan data.
Maafkan dia.
Selepas peperiksaan akan aku bogelkan dia,
maaf, maksud aku, aku akan terjah dia dan meminta gambar Si Kacak itu.
Harap bersabar.

Sekarang, tekan sini.

Nota Kimia : Aku sudah hampir gila baca nota.
Maaf.

Hendak Dapatkan Garam Pun Susah, Inikan Pula Gula...


Aku sibuk dengan persiapan menjelang hari peperiksaan.
Tadi aku luangkan sedikit masa berbual dengan Garam.

"Gua gembira sungguh Garam!"

********************************************************************



Orang selalu tanya aku...

"Zara, kenapa suka ambil gambar yang agak kontroversi?"

Jawapan aku (tersurat) :

"Oh, belum sampai tahap kontroversi lagi ini.
Selalunya hanya kasih sayang antara dua sahabat."

Jawapan Tersirat :

"Tiada siapa yang terjah saya lagi. Nak mengorat anak orang pun susah"
(Garam punya harga 12 ribu tahu?...Jangan marah Garam...)
(Kekasih Gelap Yang Cerah Pula Hang Milik Wanita lain...Alahai...)


Nota : Siapa mahu jual data personel mereka pada aku?
Aku masih menunggu...
(untuk perhatian para penemu jodoh)

Lebih gambar, sila tekan DAHI ini...
Terima kasih.

Nota Kaki Kimia : Aku dalam keadaan tepu dengan urusan duniawi
(Pensyarah kacak punya ayat ini)

Saturday, April 18, 2009

Telur Kamu Menonjol...


Aku di perpustakaan sepanjang hari.
Duduk di Aras Dua adalah satu bentuk penyeksaan peribadi yang paling hebat.
Kesejukkannya membuatkan kamu lebih kuat dari mana-mana bakteria.
Sungguh.

Aku datang jumpa Ann.
Ambil nota daripada dia.
Nota organisasi dan nota-nota yang sewaktu dengannya.

Kami mengulangkaji pelajaran bersama.
Dia mata pelajaran lain, aku lain.

Setelah dua kali sesi meninggalkan aku demi menyahut panggilan Ilahi,
Ann kembali ke sisi aku.

Keadaan masih sejuk dan menyucuk organ terbesar manusia.
Kulit adalah organ terbesar.
Jangan kamu lupa itu.

Aku berasa bosan.
Aku pegang Sean.
Buka kamera dia.
Menggila mengambil gambar dengan Ann.
Harus kami suka dengan kamera itu.

Setelah mengambil gambar...

"Telur kamu menonjol", kata Ann.

Aku : Apa dia?! (aku terkesima)

Ann : Telur kamu ada dua (sambil tangan dia mencubit pipi aku)

Aku : Telur apa?!

Ann : Pipi kamu tembam. Bila senyum, macam ada telur yang timbul.
Menonjol.

Aku : Kamu ni Ann. Terkejut aku. Harus sahaja sebagai tanda aku semakin berisi barangkali.
Aduhai...

Kami gelak bersama.
Ulangkaji diteruskan.
Tawa masih bersisa...

::Muka penulis blog ini bersama Ann::

*Sungguh ke pipiku macam telur? Aduhai*

Baju Dalam Dia Wajib Formal, Baju Luar Tidak Perlu...


Masih bicara mengenai Viva aku.
Maaf, pembentangan projek akhir aku.
Projek adalah tugasan.
Baiklah!

Kalau kamu ingat tulisan aku yang ini,
harus sahaja kamu ingat aku perlu berpakaian formal.
Bila aku berpakaian formal,
dia juga mahu berpakaian formal.

Siapa lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung aku?
Sean.
Ya!
Aku cinta Sean.
Lebih dari aku cinta kekasih gelap aku.
Kerana Sean yang menemukan kami berdua dahulu.
*mengelipkan bulu mata sebagai tanda aku pemalu*

Kamu sudah lihat aku berpakaian formal bukan?
Mari kita lihat Sean dan pakaian formalnya pada hari itu.
Bukan baju luarnya,
tetapi baju dalamnya.
Baju dalam Sean harus formal.

Mengapa baju dalam harus formal?
Ini disebabkan oleh baju dalam Sean yang perlu ditayangkan pada semua.
Baju luar dia memang selalu menarik perhatian lain.

Aku suka baju dalam Sean untuk Viva aku ini.
Simbolik.

::Baju Dalam Sean Khas Untuk Viva Aku::

Perbezaan siang dan malam itu membuatkan aku selalu lupa.
Ada perbezaan?
Aku tidak begitu pasti memandangkan jadual waktu aku kurang teratur.



**Gambar Hari Kejadian - Viva**

Baju dalam Sean menjadi tontonan umum.
Sean bangga.
Aku bangga sebentar dalam kegigilan.
^______^

Lebih gambar, tekan sini.

Friday, April 17, 2009

Zara Pemalu? Adakah Itu Lawak Tanya VR...


Petang semalam, selepas viva,
aku duduk bersama teman-teman GarisanSaya.

RK, AM, dan VR.
Tiga jejaka yang baik hati serta fasih berbahasa Inggeris.
Bak kata Dr. CRM, sebut English.
Baik Dr.

Perbualan kami setelah aku terjemah.

AM : Tadi masa nak hantar tugasan, ada terjumpa kawan saya. Saya beritahu dia yang saya nak tengok pembentangan awak.
Aku : Pastu?
AM : Kawan saya tu cakap, "Shafaza? Bukan dia budak yang pemalu ke?"
Saya pun macam, "Zara, pemalu?" . Kawan saya cakaplah, "Bukan ke dia tu yang pakai baju ni, (macam-macam yang diperincikan).
Aku : (hampir gelak)
AM : Lepas dia cakap macam tu, terus hantar pesanan ringkas pada VR.
"Ada orang kata Shafaza pemalu". Nak tahu apa balasan VR?
Aku : Apa dia?
AM : Adakah itu lawak?

Aku ketawa hampir mati di situ.
Aku dikatakan pemalu.
Rasa bahagia pula.
Sungguh ke aku ni pemalu sampai tahap itu?

Aku paksa AM beritahu aku siapa rakan sekelasnya yang menyatakan demikian.
Jawapan AM :

"Penting ke nak tahu?"

Baiklah.
Aku tidak akan bertanya lagi.
Aku mahu mengekalkan wajah pemalu di mata masyarakat itu.
Mahal harganya.



:: Wajah tuan punya blog yang dikatakan pemalu::

Buat ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin mencarikan jodoh buat anak teruna mereka,
gadis ini masih bujang.

Aku Memang Nakal Secara Menggila, Jadi?


Orang kata mereka tidak memahami cara penulisan aku disini.
Maaf.
Ini diri aku yang serba kekurangan.

Memang sebolehnya aku menggunakan tatabahasa yang betul.
Disebabkan itu juga aku mempunyai pengertian tertentu tentang beberapa perkara.
Kalau kamu membaca tulisan-tulisan aku dengan sekali imbas,
mungkin hatimu akan tersentap.

Cuma pintaku,
hayati makna yang tersirat.

Ingat tentang tulisan aku dibawah ini?
Sila alihkan mata dan sudut pandangan kamu kepada tulisan aku sebelum ini.
Ya.
Aku ada meletakkan alamat "MukaBuku" aku disitu.
Memang terdapat pelbagai gambar yang aku pamerkan.
Bukan apa.
Blog Dunia Sebelah Zara ini malas aku penuhi dengan gambar-gambar aku.
Nanti kamu meluat.
^_________^

Oh ya,
nampaknya ada gambar yang menarik perhatian sesetengah pembaca.
Aku suka bila kalian tidak mahu menulis di blog aku, malah rajin menghantar surat elektronik.

Gambar pertama serta komen yang aku dapat.



  • Adakah ini menunjukkan kamu seorang yang sungguh pandai bermain bersama dua-dua jantina?
  • Adakah kamu memanggil dia sebagai sayang juga?
  • Lengan kamu agak besar. (aku suka komen yang ini)
  • Aksi ini tidak sepatutnya dibuat untuk tontonan umum. Kurang baik. Boleh menimbulkan khabar angin. (Perhatian, Ann sudah ada kekasih)
  • Kamu kelihatan menarik di dalam warna merah jambu. (Terima kasih buat Mak yang belikan aku baju itu)
::Gambar Kedua::



Ramesh dan Zara
  • Zara, kamu kelihatan baik.
  • Zara, tudung kamu menarik.
  • Kamu berdua kelihatan secocok bersama. (oh, maaf! Ramesh juga sudah ada kekasih hati).
  • Tangan kamu kelihatan gemuk. (aku suka yang ini)
::Gambar Ketiga::



  • Senyuman yang menawan.
  • Kamu duduk di luar negara ke Zara, sampai bawa selendang itu?
  • Pakai dah ayu serta comel, kamu bawa beg seperti itu? Tak sesuai langsung.
  • Pipi kamu tembam.
  • Tangan kamu sungguh gemuk. (aku suka yang ini).

::Gambar Keempat::



*Gambar Tiga Anak Arab*

  • Abang Kasut ke itu?
  • Abang Kasut sangat kacak.
  • Abang Kasut itu comel.
  • Kening kamu bertiga tebal.

Sekian sahaja.

Aku sedang membaca nota Kimia OrganoLogam (baca: Organometallic Chemistry).

Sebelum berpisah, hati aku sedang dipenuhi dengan lagu ini.

Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Selamat Berhujung Minggu Buat Kalian.

Playgirl Itu Budak Perempuan Yang Bermain Ke?


Satu soalan yang mudah dari aku.

"Playgirl"
(harus ditulis dengan gaya itu, supaya aku masih mempertahankan bahasa yang aku gunakan).

"Playgirl" itu adakah budak perempuan yang bermain di taman permainan ke?

Aku menerima surat-surat elektronik daripada pembaca-pembaca budiman yang menyatakan aku bersikap seperti budak perempuan yang bermain (baca: playgirl) kerana aku mempunya kekasih gelap yang cerah warna kulitnya.

Maaf.
Aku sedang terguling-guling ketawa di atas katil.
Aku dilabel sebagai itu.

Aku mahu memberikan alasan yang bersandarkan ke atas sesuatu (baca : justifikasi) ke atas penghargaan (aku gelarkan penghargaan disebabkan ianya terlalu istimewa) yang aku terima.

Di dalam pengetahuan aku yang maaf, agak dangkal ini,
aku tidak dapat mengingat kembali bila kali terakhir aku ke taman permainan,
jadi, aku tidak layak digelar seperti itu.
^____^

Kekasih gelap aku yang cerah?
Alahai.
Sudah beberapa kali aku nyatakan, dia hanyalah seorang sahabat.
Seorang yang lebih tua dari aku (baca : senior).
Jangan menuduh aku seadanya.
Kamu buat aku ketawa sayang.

Dan yang terakhir,
intipati surat elektronik tersebut,
dia bertanyakan,
"Mengapa kamu menggelar pembaca-pembaca kamu sebagai sayang, dear, darling? Ini akan merosakkan hati pembaca disebabkan kamu bersayang-sayang dengan mereka"

Jawapan aku:
Aku memang memanggil rakan-rakan aku dengan panggilan sedemikian,
tidak kira di dunia blog atau di dunia realiti itu sendiri.
Tiada siapa pernah jatuh cinta dengan aku bila aku menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
^_______^

Sebelum berpisah,



Budak perempuan yang bermain selepas membentangkan projek akhirnya pada 16 April 2009.
Kelihatan seperti menggoda ke?
Aduhai...

Lebih banyak aksi menggila, sila tekan sini.

Thursday, April 16, 2009

Viva Ku Dipenuhi Oleh Garam...


Akhirnya Viva aku telah dipenuhi dengan garam-garam.
Tidak bertaburan.
Tidak masuk ke kuah-kuah.
Tetapi disebarkan secara halus dan berhemah selama 30 minit.

20 minit membentangkan projek akhir aku.
10 minit sesi soal jawab bersama dua penilai yang baik hati.
Banyak sungguh soalan yang ditanya.

^____^

Akan aku tambahnaikkan (baca : update) selepas ini.

Nota : Salah seorang penilai aku hari ini menyatakan,
terdapat pencemaran yang berleluasa dalam pembentangan hari ini.
Aduhai, maaf Prof.

Viva Aku Telah Tiba Akhirnya...


Sedikit sorotan kajian sebelum ini :


Semalam, sebelum kelas petang yang tidak sepatutnya ada,
aku dapat satu khabaran yang agak menyentap ulu hati.

Ya, nama panel penilai untuk Viva serta tarikhnya telah diumumkan di fakulti.
Tahniah kepada diri sendiri kerana aku dapat panel yang terkenal dengan soalan-soalan membunuh (walaupun ini bukan cerita Criminal Mind).

Viva aku dijadualkan pada 16th April 2009,
dan terdiri daripada 3 panel penilai.
Salah seorangnya adalah penyelia aku sendiri yang sememangnya terkenal dengan pemikiran-pemikiran yang kritikal.
Sangat kritikal adalah ayat yang lebih tepat barangkali.

Panel utama adalah penyelaras PSM itu sendiri.
Tahniah, aku dapat lelaki yang sangat budiman.
Memang beliau adalah pensyarah yang sangat budiman,
aku kagum dengan prinsip dia dalam memartabatkan bahasa ibunda kita.
Bahasa Kebangsaan aku panggil.

Panel yang terakhir adalah Penasihat Akademik aku sendiri.
Boleh dihitung berapa kali aku bertemu dia.
Penasihat Akademik terbaru aku.
Terima kasih.

Panel penilai aku terdiri daripada orang-orang Fizik.
Bagus!
Tatkala aku mahu menjalankan penyelidikan di bawah orang Fizik,
pelbagai alasan diberikan,
Nah! Sekali, penilai aku datang dari latar belakang Fizik.

Tersentap juga.

Panel Utama : aduhai, Bahasa Kebangsaan ku telah menjadi lemah.
Apakah?


Tamat sorotan kajian.

******************************************************************
Jam 2.30 petang ini,
aku akan membentangkan hasil penyelidikan aku.
Hasil yang aku tuai selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Senyuman?

Air mata?

Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat diri sendiri.
Aku mohon doa dari kalian juga.
Mungkin aku bukan teman yang terbaik,
tetapi aku masih manusia juga.

Aku telah menjalankan pemerhatian terhadap dua panel penilai itu pada hari Selasa.
Gaya mereka telah aku perhatikan.
Sepanjang hari aku analisis serta kaji mengenai mereka.
Moga semuanya berjalan lancar.

Buat teman-teman sekampus,
jika kamu ingin datang, aku persilakan kehadiran kamu semua.


Tarikh :
16 April 2009

Tempat :
C14-414-01

Masa :
2.30 petang

Panel Penilai :
P.M. Dr. Shaharom Noordin
P.M. Dr. Seth Sulaiman

Tajuk kajian aku adalah :
Kaedah Penyelesaian Masalah Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Garam.

Abstrak Kajian aku:

Penyelesaian masalah merupakan sebahagian daripada aspek kognitif. Sekiranya kita mengambil kira fungsi intelektual yang paling kompleks, penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai proses kognitif tahap tinggi yang memerlukan modulasi dan pengawalan lebih rutin atau kemahiran asas. Maka, satu kajian dilaksanakan dalam mencari kaedah terbaik yang perlu dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah kajian deskriptif. Ia telah dijalankan ke atas 100 orang responden meliputi tiga buah sekolah menengah dalam Daerah Ledang, Johor. Data kajian telah dianalisa secara kualitatif dan dinyatakan secara frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih menunjukkan kebolehan menggunakan kaedah aritmetik dan algoritma dalam menyelesaikan masalah. Beberapa implikasi kajian dinyatakan mengikut aspek yang menjadi persoalan kajian.

****************************************************************

Semoga aku tabah petang ini.
Salam sayang buat kalian semua.

Shafaza @ Zara

Jangan Lupa Pakai Baju Sayang...


Ingatan buat diri sendiri.

Jangan lupa pakai baju esok petang.

Maksud aku, jangan lupa pakai baju formal Zara!

^_____^


Wednesday, April 15, 2009

Kehidupan Itu Indah


Asli (baca : original) dari penulisan aku suatu ketika dulu.
Ditujukan buat para penggemar serta pembaca Dunia Sebelah Zara.
Anda lebih kenal aku di dunia ini.
Di dunia aku yang penuh dengan tiga perasaan serta perbuatan.

**********************************************************

Bila orang bertanya tentang hati dan sebagainya, aku cuma mampu merenung jauh dan ketawa. Apa yang mereka fahami tentang hati aku? Aku akui, hanya sesetengah daripada sahabat aku yang benar-benar memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. Hampir dua tahun berseorangan tanpa seseorang istimewa, banyak mengajar aku apa yang dinamakan sebagai kehidupan itu sendiri. Terlalu banyak yang dilalui, kebanyakannya keseorangan atau hanya bersama teman-teman seperjuangan, aku harus akur yang hidup aku dalam gelanggang dunia ini terlalu naif tetapi istimewa.

Apakah aku terlalu tamak? Kehidupan itu telah indah dengan sendirinya. Apakah aku kurang bersyukur?. Aku ingin menganggap semua yang berlaku adalah satu ujian, sama ada aku akan tabah atau tidak dalam menjalani sesuatu yang dipanggil kehidupan.

Apa perlu aku merungut sendiri?. Aku melalui kegembiraan sebagai remaja yang bakal menginjak ke usia dewasa dalam beberapa bulan sahaja lagi, insyaALLAH. Aku melalui kehidupan yang indah dan ceria bersama keluarga, teman-teman kuliah, suasana dan persekitaran di mana aku merasakan di situ tempat di mana aku sesuai berada.

Cinta?... Mengapa aku sering diajukan pernyataan tersebut?... Pemikiran manusia masih dangkal barangkali...

Pertanyaan begitu membuat aku mengingati apa yang pernah ku baca, lupa di mana coretan itu, tetapi dari Kahlil Gibran, beliau pernah menyatakan, "Jangan kau kira cinta yang datang dari keakraban yang lama, cinta adalah anak kecocokan jiwa dan jika itu tidak pernah ada, cinta tidak akan tercipta".

Hidup ini adalah mimpi buat diri aku. Aku menjalani kehidupan yang aku impikan, melanjutkan pelajaran ke tempat yang aku inginkan, apa yang aku ingin gapai, syukur kepada Yang Maha Esa, Dia telah memudahkan segala urusan aku. Aku di kelilingi oleh manusia-manusia yang memahami serta mengerti apa yang perlu dikobankan dalam menjalani sesuatu impian.

Cinta itu...penawar!

Benar barangkali cinta itu penawar. Kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Sesuatu yang indah, apa perlu lagi kita merosakkan dengan sikap yang tiada ertinya dalam kehidupan kita sendiri?. Hidup ini bukan hanya ada kita, tetapi, masyarakat serta semua komponen yang tidak harus kita lupakan. Ampuh sekali kata-kata masyarakat terhadap nilai kehidupan seseorang itu. Itu sikap manusia, yang paling penting, bagi diriku, ambil sahaja yang membina, yang positif. Yang meruntuhkan itu, tidak perlu walaupun sedikit...Sikap yang negatif akan meracuni diri, itu adalah pasti.

Pernah aku menyatakan, aku bukan manusia yang dianugerahi kecantikan tetapi dibidas oleh seorang sahabat. Dia menyatakan aku cantik, dalam apa yang Tuhan telah jadikan. Nah! Aku terpempan dengan kata-kata itu, benar katanya...Manusia ini dijadikan dengan sebaik-baiknya, mengapa aku harus merungut lagi?

Cinta itu...mengubah tingkah laku kita...

Cinta itu barang kali telah merubah sikap aku sendiri. Aku menjadi manusia yang lebih bijak dalam menilai perasaan, pandangan serta harapan yang telah disandarkan kepada aku. Mungkin disebabkan cinta pertama yang telah kecundang, aku rebah seketika, ianya lebih kepada aku menilai diri ini. Cinta yang aku pertahankan terkulai, apakah daripada kesilapan aku atau si dia?. Aku mahu mengurangkan menuding jari, barangkali ia berpunca daripadaku, siapa tahu aku bakal diuji begini tatkala gembira?.

Jadi, apabila ianya terjadi sedemikian rupa, sepotong kata-kata daripada bapa telah menjadikan aku bertambah dewasa. Air mata menjadi terlalu murah pada waktu itu. Apa yang bapa pesan? - "Jika cinta itu datang kerana Yang Maha Esa, jika aku kehilangannya sekalipun, nescaya dia akan kembali. tetapi, jika cinta yang datang adalah kerana hawa nafsu, mungkin aku akan bersedih buat sementara, itu lumrah, tetapi aku akan belajar untuk melupakan dengan cepat dan tidak akan merasakannya lagi".

Pesanan bapa sentiasa menjadi azimat buat diriku kini. Aku bakal pendidik bukan?. Takkan aku mahu kalah kerana perkara perasaan?. Bukankah seseorang guru itu perlu menjadi role-model buat anak-anak didiknya?

Hampir 4 tahun aku di sini, menyemai ilmu dan pengetahuan yang ditabur oleh tenaga-tenaga pengajar yang berwibawa. Asyik sungguh belajar, aku akui cintaku terhadap ilmu pengetahuan, menjadikan aku menjadi tabah dalam menjalani kehidupan. Kehidupan ini indah bukan?

Zara, Nilai Bahasa Kamu Sangat Rendah...


Pembunuhan bakal berlaku.
Kanak-kanak dilarang membaca.

**************************************************************

Salam Sejahtera Zara.
Bahasa yang kamu gunakan di dalam bahasa ini sangat rendah kualitinya.
Kamu mengelirukan pembaca.
Membuatkan mereka tertanya-tanya di manakah maksud yang kamu ingin sampaikan.
Bahasa yang kamu gunakan juga tidak menepati nilai atau piawai bahasa yang biasa digunakan.
Apa yang kamu cuba sampaikan?
Dengan nilai bahasa penulisan yang rendah,
ini langsung tidak mencerminkan diri kamu adalah penuntut di pusat pengajian tinggi yang terkemuka di negara kita.
Kamu tidak layak untuk menulis dalam bahasa ibunda dengan cara ini.
Kamu memutar belitkan maksud perkataan.

Sekian.
Diharap kamu sudi menjawab soalan saya.

Puan A

********************************************************************

Jawapan balas.

Terima kasih buat Puan A kerana sudi melayangkan warkah ini.
Saya sedang sibuk menelaah pelajaran serta pembentangan projek sarjana muda saya.
Terima kasih kerana sudi mengutuskan warkah elektronik ini.

Tuesday, April 14, 2009

Barang Baik Dan Panas Dari K...


Usaha memujuk aku diteruskan oleh B.
Panggilan telefon tidak aku jawab.
Aku boikot B.

Aku habiskan masa aku menonton pembentangan rakan-rakan.
Menyelinap dari satu bilik ke satu bilik.
Memerhatikan usaha-usaha mereka.
Memerhatikan tindakan dan cara para panel penilai.

Si Hitam bergetar hebat.
Aku jeling tanda geram.
B mencari dengan dahsyat.
Aku tidak mahu ambil peduli.

Si Hitam berbunyi lagi.
Panggilan dari K.

K : Zara, barang kamu ada pada aku. Jumpa luar perpustakaan dalam masa 10 minit.
Aku : Barang apa?
K : Barang baik.
Aku : Aku tak ada pesan stok dadah pada orang pun.
K : Barang baik ni. Cepat datang. Benda ni panas. Nanti sejuk.

Menuju ke perpustakaan.
Culas aku.

K senyum.
B sebelah K.
Tiada alasan buat aku.

K : Boikot B ke?
Aku : Dia nakal sangat.
B : Nakal dan buat kamu kenyang kan? (senyum nakal)
Aku : Kenyang terpaksa.
K : Sebab kamu lapar juga bukan? (senyum menggoda)
Aku : Aku cemas, itu kenyataan. Barang apa kamu mahu beri?
K : Duduk dulu, barang baik ni.
Aku : Cepatlah, aku ada janji dengan kawan.
B : Cepat K.

K tarik beg dia.
Kotak empat segi.

Aku dan B : K, kamu suka bagi kami benda panas!
K : Aku tahu kamu berdua suka.
Aku : Ni bukan setakat barang baik, barang panas ni.
K : Apa lagi, korek ke dalamlah!

B buka kotak empat segi itu.
Sesuatu berbentuk bulat menarik mata kami bertiga.

Angin sepoi-sepoi bahasa.
Tiga sahabat menghabiskan barang panas bersama-sama.

Kami makan pizza!
Kamu fikir apa?!

Nota Zara : Buat kalian yang baru singgah di blog aku,
harus aku nyatakan disini, B dan K adalah perempuan.
Terima kasih.
Aku sangat tegak dan masih sendirian di bumi ini.
^______^

Sendirian dan gembira.
Cinta. Kasih. Ciuman.


Nasi Sudah Menjadi Bubur Sayang...


Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, nasi sudah menjadi bubur (menangis)
Aku : Apa yang terjadi? D mainkan kamu?
B : Aku tak tahu nak cakap, tapi nasi dah menjadi bubur.
Aku : Tenang. Terangkan pada aku apa yang terjadi.
B : Nanti aku datang jumpa kamu.

Hujan lebat secara menggila di luar. Sejuk. Aku tahan B dari datang.
B degil.

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, aku ada di luar perpustakaan. Boleh kamu keluar sebentar?
Aku : Baiklah.

B menunggu aku di luar perpustakaan.
Muka sugul.

Aku : Apa yang terjadi B?
B : Nasi sudah jadi bubur Zara. Aku tak boleh buat apa-apa lagi.
Aku : Terangkanlah.
B : Ni dia (B hulurkan aku sesuatu)
Aku : Apa ni?
B : Kau buka dulu.

Aku buka bungkusan itu.
Aku pandang B.
Rasa mahu membunuh lahir di situ juga.

Aku : Ni bubur!
B : Ye lah, aku nak masak nasi, tapi jadi bubur. Tak boleh nak buat apa-apa lagi.
Aku : ….

Monday, April 13, 2009

Kamu Buat Aku Ketawa Sebenarnya...Pembunuh!


Ada orang kata aku gilakan kasih sayang.
Ada orang kata aku kekurangan kasih sayang.
Ada orang kata aku mahu menggatal.
Ada orang kata macam-macam lagi.

Bila aku menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan aku, kamu kata aku bukan manusia.
Bergerak seperti robot.
Blog aku tiada nyawa.
Tiada inti pati.

"Manusia apakah anda ini Zara?"

Kegilaan apakah ini?

"Kamu seperti perempuan yang gersang"

Aku tidak kesepiaan.
Aku tidak perlu kasih sayang.
Sebab apa?
Sebab hati aku telah mati.

Aku cuma menulis untuk kepuasan diri sendiri.
Aku menulis sebab aku perlu tempat memuntahkan sesuatu.
Kasih sayang yang aku canangkan bukan omong kosong.

Kalau kamu benci tempat ini…
Kalau kamu benci perempuan ini…
Kalau kamu benci suasana seperti ini…
Kamu tiada tempat di sisi dunia aku.

Aku menulis berdasarkan apa yang aku mahu.
Kekasih gelap?
Memang dia bukan milik aku.
Aku langsung tidak bersedih.
Aku tidak sangap!
Aku tidak gilakan perkahwinan!
Aku tidak gilakan seks!
Sumpah.

Peduli apa aku dengan kata nista?
Aku hidup bukan untuk menelan kata-kata manusia lain.
Aku hidup untuk diri aku.
Aku ada hala tuju aku.
Jangan kamu terlalu bimbang.

Emosi aku kurang stabil.
Bukan kerana cinta.
Bukan kerana kasih sayang.
Bukan kerana ciuman.
Tetapi kerana beban yang bukan kamu bayangkan.
Kerana hidup yang aku lalui!

Kamu menerjah, mengata aku sesuka hati.
Silakan.
Silakan.
Silakan.
Pergi!

Aku hadiahkan kamu dengan wajah gembira aku.
Tentu hati kamu panas bukan?
Kamu mahu aku hangatkan dengan urin lagi?

Nota Zara : Kalau kamu merasakan entri ini agak kejam, sila lari keluar dari sini.
Aku sudah hilang kesabaran sedikit.

Kekasih Gelap - Setahun Berlalu...


Setahun berlalu...
Setahun setelah kita berdua duduk makan berdua...
Setahun...



Semusim telah berlalu.
Kamu buat aku tersenyum.
Kekasih gelap aku yang cerah.

Senyuman.
Dengan pesanan ringkas, kamu mampu buat aku tersenyum.
Aku rindu kamu.

Kekasih gelapku yang merupakan kekasih wanita lain.
Aku hanya adik baginya.
^____^

*Emosi kurang stabil*

Sunday, April 12, 2009

Si Kacak Itu Tidak Akan Meninggalkan Kami


Si Kacak itu pasti tidak akan meninggalkan kami.
Tidak akan membiarkan kami terleka dengan kekacakkannya.
Apa buktinya?

Dia sentiasa meninggalkan kami dengan sesuatu untuk mengingati dia.
Wajahnya yang kacak?
Terpahat dalam hati.
Rambutnya yang berseni itu?
Telah terpahat dalam jiwa.



Antara bukti si kacak itu tidak pernah membiarkan kami melupakannya dia.
Aduhai.

Kamu Suka Arnab Putih Bertopi?


Arnab putih bertopi.
Aku rasa dia arnab.
Aku dapat dari seorang adik yang comel.
Berlainan bangsa dari aku tetapi memanggil aku dengan nama yang cukup lembut.
Kak Zara.

::Si Arnab Putih (Mashimaro) yang tercacak di dalam jambangan bunga::

Arnab putih ini mengingatkan aku pada sesuatu.
Bukan lompatan bertenaga.
Bukan ciuman yang mengganas.
Bukan pada pelukan yang memanaskan.
Tetapi pada kasih sayang yang bersemi.

Saturday, April 11, 2009

Kasut Cinta Aku, Aku Tidak Membunuh Sayang...


Aku suka kasut.
Kasut membuatkan aku mengenal siapa diri aku.
Aku tidak kisah dengan pandangan sinis masyarakat.
Aku tidak kisah dengan perlakuan orang di sekeliling aku.

Kata-kata, kutukan, hinaan, bukan asing bagi aku.



Ya,
bukan anda yang bersalah.
Bukan mereka semua.
Tetapi aku.
Aku yang mencorakkan perkara sebegitu hadir dalam hidup aku.

"Shafaza, kenapa pakai kasut itu?"
"Puan, hari ini saya ada makmal. Lagi selesa pakai macam ini"
"Aduhai, awak pakai sneakers dengan baju kurung? Dah comel-comel tapi pakai kasut macam itu."
"Asalkan saya selesa dan selamat dalam makmal Puan. ^___^"

Selamat Ulang Tahun Abang!


Selamat Ulang Tahun Abang!



Selamat Ulang Tahun Ke-19 buat adik tersayang!
Moga ALLAH merahmati kamu!
^____^

Buat yang terbaik dalam STPM tahun ini!
Along tidak pernah melalui STPM, jadi kamu perlu berusaha ya?
Hanya doa yang Along mampu titipkan buat kamu!

Friday, April 10, 2009

Aku Mahu Mengundurkan Diri Sayang...


Buat kalian yang aku cintai.
Aku terpaksa meninggalkan kalian.
Panggilan pertiwi sudah memanggil aku.
Aku akan berpergian.



Maafkan aku teman.
Jika aku kembali, kita akan raikan kasih sayang bersama kembali.
Jika tidak, doakan aku tenang di sana.
Aku sayang kalian semua.

Nota : Kamu boleh pilih yang mana sesuai untuk aku kalau kamu mahu di dalam gambar itu.
Kata orang, cinta itu tidak mengenal wajah.
Kalau aku berwarna kuning begitu?

Thursday, April 09, 2009

Bila Belon Cinta Terapung dan Menghentam Matamu...


Kelegaan yang bukan kepalang bila aku telah menyiapkan tesis.
Cuma sengsara membentang di hadapan panel akan dihadapi minggu hadapan.
Tesis telah diedarkan kepada para penilai.
Senyuman itu penting Zara.
Senyum demi sebuah kekuatan.



Di forum yang aku sertai, terdapat seseorang yang bertanya apa belon yang terapung-apung di blog aku.
Tersenyum aku dengan pertanyaan itu.
Belon yang dimaksudkan adalah widget YouthMEDIA di bahagian kanan blog ini.
Blog aku akan disebarkan kewujudannya di sekitar ahli-ahli yang mempunya widget ini.

Aku hanya berkesempatan melihat blog aku muncul di salah sebuah blog lain.
Lantas, tangan yang berdarah itu masih sempat menekan butang istimewa itu.
Pensyarah aku memanggil itu sebagai butang istimewa.



::Contoh widget aku yang muncul::


Wednesday, April 08, 2009

Legasi Busuk dan Tengik? Aku Tiada Jawapan...



Pertanyaan ku terima bertalu-talu.
Tiada perkembangan kisah Busuk dan Tengik?
Aku hanya mampu menggeleng kepala dan mengharapkan kalian tidak bertanya lagi.

Aku tiada jawapan buat pertanyaan seperti itu.
Sumpah.
Aku tiada jawapan.

Busuk hilang dari hidup Tengik.
Tengik nampak dia di atas talian.
Tengik cuba untuk berkomunikasi.
Tiada hasil.

Tengik menghubungi Busuk menggunakan telefon genggam.
Panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas, juga tiada jawapan.
Sumpah.
Tengik rasa sunyi.
Tengik hanya mampu berharap agar semuanya pulih seperti biasa.

Air mata mengalir dengan deras.
Tiada lagi Si Busuk yang menceriakan Si Tengik.
Gurauan mesra telah hilang disapu angin.
Kamu tidak akan jumpa Si Tengik yang ceria lagi.
Sumpah.

Persahabatan kami adalah legasi kami.
Kami mempersembahkan legasi kami tetapi apakan daya?
Persahabatan.
Nilainya tinggi.

Semoga persahabatan ini bakal bertaut kembali.
Tengik cuma mampu berharap.
Harapan.

Senyuman palsu yang Tengik mampu persembahkan.
Tiada keinginan untuk hidup lagi.
Tiada.

Dunia Kita Terpisah Sayang, Adakah Cinta Akan Terlerai?


Jutaan maaf ingin aku hamparkan di sini.
Aku tidak mampu berbicara lama dengan kalian di sini.
Karenah birokrasi yang tiba-tiba melanda semenjak pagi semalam,
membuatkan aku terputus hubungan dengan kebanyakkan kalian di dunia aku.

Maaf.
Sehingga talian kembali pulih,
aku akan mengunjungi kalian.
Maafkan aku ya?
Aku cinta kalian semua.

Adakah kalian bakal merindui aku?
Aku harap kasih yang tercipta, tidak akan terlerai.
Aku sayang kalian.

Soalan cepumas buat kalian sebelum aku mengundur diri,
apakah moto blog ini?

Tuesday, April 07, 2009

Abang Kasut, Virus Itu Membunuh Kita Berdua...


Kembali ke persada dunia yang sementara setelah cubaan untuk mengabdikan diri terjejas akibat nilai persahabatan membunuh aku di dalam senyap.
Kasih sayang hilang secara tiba-tiba.
Aku tidak kenal diri aku lagi.
Aku benci keadaan ini.
Senyum palsu di hadapan semua manusia.

****************************************************************

Kehidupan yang kelam kabut.
Hari aku yang dipenuhi dengan cubaan untuk mengawal kesabaran aku yang semakin meluntur.
Kehilangan kasih sayang, tugasan yang tidak pernah padam sehingga aku padam barangkali.
Senyum kanyur aku hamparkan.

Berlari ke sana ke mari.
Berjalan selaju yang aku mampu.
Menjadi penunggu di sana sini.
Badan terlalu penat.

Aku menunggu sahabat-sahabat sekumpulan aku di luar makmal.
Abang Kasut lalu di hadapan aku.
Aku menegur dia.
Dia kelihatan sibuk.

Dalam masa tidak sampai 2 minit, Abang Kasut keluar.
Muka hampir menangis.

"Shafaza, bahan abstrak aku dalam ni habis hilang. Macam mana ni?"
Aku : Kena hantar sebelum pejabat tutup tahu?
Abang Kasut : Tahu, macam mana ni?
Aku : Mari buat semula lah.
Abang Kasut : Kamu kan laju menaip sebab penulis blog. Boleh ya?
Aku : Alasan apakah ini?

Kami menghabiskan masa berdua.
Aku menaip abstraknya yang hilang.
Abang Kasut membaca abstraknya.

Virus yang tidak berguna itu membunuh kami berdua.
Membunuh dengan kejam.
Aku kepenatan.

::Aku dan Abang Kasut setelah tugasan itu kami selesaikan dengan bersusah payah::

Abang Kasut,
jangan lupa untuk membayar perkhidmatan tadi.
Oh ya, jika kamu ingin meletakkan nama aku di bahagian dedikasi,
aku seharusnya lebih bangga.
^____^

Nota Zara : Aku panggil dia Abang Kasut, kerana jika berselisih dengan aku,
bukan muka aku yang akan dilihat dulu, tetapi kasut aku. Aduhai.

Ayat dia yang paling menusuk jiwa setakat ini ialah,
"Shafaza, dari hujung rambut sampai buku lali, kamu memang cantik,
tapi bila tengok kasut, harus ditolak"
T____________T
Nasib baik kamu sudah berpunya Abang Kasut.

Sunday, April 05, 2009

Alahai, Kamu Terlalu Kacak Doktor!


Hidup aku hujung minggu ini agak menggila.
Menggila dengan pelbagai tugasan.
Bersungguh betul aku melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Aduhai.

Tugasan yang aku selesaikan petang tadi setelah 2 hari membunuh neuron-neuron akal aku.
Terima kasih cinta!
Terima kasih semangat.

Setelah siap aku jilidkan,
baru aku sedari, nama mata pelajaran itu salah ditulis!
Aduhai!!

Sang pensyarah terlalu kacak barangkali?
Aduhai doktor.
Aku mempersembahkan yang terbaik di situ, tetapi akhirnya?
Aduhai.



Hidup aku yang serabut seperti ini.
Kehilangan teman baik aku lagi.
Penat aku mencari tetapi dia tidak menjawab panggilan aku.
Merindui dia!

Selamat Bergraduasi Buat MLP.


http://wilkinsantana.com/blogs/media/blogs/a/graduation-cap.jpg

5 April 2009.
MLP menghadiri majlis graduasi.
Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan semoga semuanya berjalan lancar.

Siapa MLP?
Kamu boleh tekan sini.
Aku hanya mampu tersenyum waktu ini.

*Penambahan Terkini*

Aku menerima pesanan ringkas dari MLP.

" Tali leher yang anda hadiahkan, cincin kita berdua. Saya hanya ingin memastikan sesuatu. Saya memulakan sesi pembelajaran saya dengan mengenali anda, dan saya mahu mengakhirinya dengan memori tentang anda"
*Oh ya, aku telah terjemah apa yang dia hantar*

Saturday, April 04, 2009

Pelukan Kasih Sayang Menunggu


Aku membuat tugasan seperti biasa.
Suasana persekitaran yang hanya ditemani oleh Sean serta teman sebilik membuat aku tenang.

Aku lihat satu demi satu pemberitahuan yang aku terima.
Masih bukan apa yang menarik minat aku.

Bunyi letusan pemberitahuan membuat aku mengalihkan pandangan mata.
Kekasih gelapku?
Satu petanda yang agak pelik.
Aku akui itu.
Aku tersenyum.

Aku menegur dia.
Tiada balasan jawapan.
Aku redha - mungkin bukan dia.

1 minit.
2 minit.
3 minit.
Aku putus asa.
Kembali melaksanakan tugasan.

Bunyi pemberitahuan muncul.
Ucapan kasih sayang yang hangat dari kekasih gelap aku.
Aku senyum.
Ini pasti dia.

Perbualan yang disulami kasih sayang serta cerita kehidupan kami yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dan juga mungkin lautan sekitarnya.
Aku senyum serta ketawa dengan telatah dia.

Dia mengemukan satu pernyataan.

"Bila kita berjumpa di lain masa, saya harap awak tidak akan melarikan diri jika saya ingin memeluk awak"
(Aku terjemah ini semula, kerana perbualan kami menggunakan bahasa kedua aku)

Aku terkesima.
Aku melontarkan persoalan.
"Adakah di alam realiti?"

Kekasih Gelap : Ya, mungkin. Bagaimana?
Aku : Kita lihat bagaimana situasi itu nanti. (Jawapan selamat)
Kekasih Gelap : Di kaki pergunungan satu pilihan yang bagus?
Aku : Itu sesuatu yang diimpikan. Lebih bagus jika di tepi pantai.
Kekasih Gelap : Di sini banyak pantai yang akan menarik citarasa kamu.

Aku tersenyum.
Dia kekasih gelap aku yang cerah.
Sangat merindui dia.
Jika aku bertemu dia, adakah isterinya akan bermasam muka dengan aku?
Aku tertanya-tanya.
Tapi jawapan dia mencerna kebahagiaan yang tinggi.
Aku hanya mampu tersenyum.

Friday, April 03, 2009

Berguling Di Atas Ranjang Itu


Aku berguling di ranjang mencari ilham.
Maksud aku, ilham dari minda aku.
Bukan ilham lain pula.

Kepala berpusing lapan kali.
Aku lupa kiraan seterusnya.
Maaf.

Aku cinta kalian!

Bila Berbicara Mengenai Bogel, Kita Haruslah...




Seharusnya pemikiran manusia tidak dangkal sehingga tahap tidak mampu menafsir atau menerka. Hidup ini mempunyai pelbagai tafsiran, jangan kamu berfikir di kotak pemikiran kamu sahaja. Tafsiran itu tidak begitu penting jika kamu tidak menggunakan akal dengan sempurna.

**************************************************************

Kertas bertaburan di atas tikar.
Aku mana mampu beli permaidani.
Tikar sahaja dah cukup.

Permaidani lambang kemewahan, tikar lambang kecomelan.
Kenapa aku cakap macam tu?
Cuba kau tengok kaki dia...

Bila dia duduk lama-lama atas permaidani,
mana muncul corak di kaki dia?
Bila dia duduk lama-lama atas tikar,
muncul corak di kaki dia, kan comel itu?

Ketawa.
Senyuman.

Ketawa dan senyuman di bilik yang aku tak ketahui saiznya.
Besar untuk berdua.
Besar untuk seorang diri.

Kertas bertaburan di atas lantai.
Lantai aku sejuk.
Selipar jauh dari aku.
Aku senyum, kaki aku tiada corak.
Sebab aku duduk di atas kerusi.
Jadi, aku tidak comel.

Tengok dia...
Tengok sahaja, dia tidak mampu membuat apa-apa.

Oh ya, kalau kamu mahu corak di kaki kamu setelah duduk di atas tikar,
pastikan kaki kamu bogel.
Maksud aku, tidak perlu pakai sarung kaki.
Pasti kamu mahu jadi comel bukan?

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template