Monday, November 30, 2009

Bulat, Tembam, Keriting : Aku Memang Bulat! Mendambakan Sebuah Kasih Sayang Dari Dunia Yang Berbentuk Sfera, Bukan Bulat.



Saya memang bulat.
Bulat mata.
Mak saya kata saya tembam dulu.
Masa kecil mungkin tembam, sekarang saya gemuk.
*ketawa*



Nama saya SFZ. Awak boleh panggil saya Zara.
Gelaran Lord itu saya dapat daripada siapa adalah cerita lain. Awak panggil saya Zara.
Mak saya kata, tanggal 29 Ogos 1987, Mak sedang berada di sekolah penempatan pertama dia (yang secara ajaibnya telah menjadi tempat saya menghabiskan persekolahan menengah setelah kami berpindah ke kawasan tersebut selepas 10 tahun).

Tatkala Mak sedang mengajar, Mak merasakan tahap keganasan saya mula memuncak. Mak terpaksa meminta pertolongan rakan sekerja untuk menghantar Mak ke Hospital Muar (kini dikenali sebagai Hospital Pakar Sultanah Fatimah). Memendekkan penerangan, saya dilahirkan pada jam 12.55 tengah hari yang sedikit sebanyak mempengaruhi emosi saya yang agak panas baran.

Oh ya, mengenai gambar ini - secara terangnya, ia adalah saya sebelum berusia satu tahun. Menurut keterangan di gambar yang mengiringi gambar ini, tatkala saya sedang terduduk seperti seekor beruang di lantai rumah moyang saya pada bulan Januari 1988. Secara harfiahnya, saya berumur lima bulan saat itu.


[16 Ogos 2009]

...dan sebelum saya menjangkau usia 22 tahun Ogos lepas, ternyata selepas 21 tahun, saya masih menggemari kaedah duduk yang sempurna seperti seekor beruang itu. Masa mungkin berlalu pantas, tetapi adakah cukup pantas dari menghalang saya menjalani kehidupan yang menggembirakan? Tidak!

Oh ya, penulisan ini adalah khas untuk pertandingan yang dianjurkan oleh saudari yang gemarkan warna merah jambu tetapi menjadikan warna hitam dan putih sebagai warna asas dalam penulisan blog nya. Ya, tepukan untuk Laila.

Zara : Sedang menyanyikan lagu 'Ternyata' oleh Estrella. Entah mengapa bait-bait lagunya tiba-tiba menusuk hatiku.


Saya Suka Mukabuku Sebab Saya Suka Membaca Buku Dan Halaman Buku Kita Panggil Mukasurat. Ulat Buku Dibenarkan Masuk, Ulat Bulu Kita Lenyekkan.




Ada orang tanya aku.
Kenapa aku suka sangat dengan Mukabuku aku.
Kenapa aku sudah tinggalkan laman sosial lain.
Jawapan aku senang.

Aku seorang ulat buku.
Buku adalah dadah penawar bagi kegiatan aku yang lain.
Beri aku buku, dan aku akan menjadi manusia pendiam.
Tapi kalau kamu bagi aku buku lima, kamu akan dapat balik lima kuasa dua, bukan lima kali dua.

http://www.afcea.org/signal/images/socmed/facebook-logo.jpg

Buku.
Orang yang gila membaca kita panggil ulat buku.
Halaman buku kita panggil mukasurat.
Jadi Mukabuku adalah berkaitan dan berkait secara signifikan dengan kegilaan aku.
Gila dengan buku.

Dan di Mukabuku aku juga boleh mengenali penulis-penulis blog lain yang mewarnai Dunia Sebelah Zara. Oh, ramai juga yang menjadikan Mukabuku sebagai kesinambungan ukhuwah yang terjalin di blog. Aku baru menambah beberapa rakan di situ, antaranya Hans dan Zafa.

Zara : Alhamdulillah, Mukabuku sudah berfungsi seperti biasa setelah aku menunggu selama hampir empat jam dan sempat beramah mesra dengan penulis blog lain.


Sunday, November 29, 2009

Bila Cikgu Gula-Gula Bertemu Dengan Bapak Gula-Gula Yang Terlebih Manis. Tiada Urusan Melibatkan Anak Gula-Gula Atau Anak Ikan Di Sini.




Salam semua!
Oh, semalam adalah hari bertemu dengan seorang penulis blog dengan ditemani oleh bekas rakan sekolah yang juga penulis blog. Oh, Si Tunjang yang aku cakap tu.

Memang ngeri pengalaman kami semalam. Ngeri dan menghiburkan. Eh, bukan sarkas. Walaupun ngeri, kami seronok. Seronok berjalan dari masjid ke masjid. Naik kereta. Bukan berjalan kaki.

Setelah menunggu dan berpusing-pusing di bandar kelahiran aku, tangan lenguh memegang Si Merah, membelai punat dan butangnya - membuat panggilan dan menghantar pesanan kepada Bapak Gula-Gula, akhirnya penggilan diterima daripada beliau sewaktu aku sedang beratur untuk membeli Burger Kekayaan (baca : Prosperity Burger).

Sewaktu di restoran makanan segera.

Bapak Gula-Gula : Lagi 3 minit kami sampai.
Aku : Akan mula mengira.

(Habis 3 minit)

Aku : Masa tamat.
Bapak Gula-Gula : Aiseh, jam rosak! Hahaha...

Setelah dipaksa oleh kami, oh, memang wajib, akhirnya Bapak Gula-Gula muncul dengan ditemani oleh Mak Gula-Gula yang jelita dan seorang jejaka pendiam dan tersenyum. Aku ada dua anak ikan, dan Bapak Gula-Gula bawa dua orang juga. (Siapa nama jejaka ni ya Bapak Gula-Gula?)


[Lawa sungguh Mak Gula-Gula. Eh, kenapa kami seperti menganggotai pertubuhan haram? Terdapat elemen hitam di pakaian kami]

Dan atas permintaan untuk lari dari kebisingan dua syarikat yang menjual perkhidmatan jalur lebar yang saling merebut pelanggan : Saya Sudah Potong, Anda Bila Pula dan Ini Kawasan Kami, kami ke kawasan bersebelahan sungai di stesen bas tempatan. Kamu boleh kata domestik. Bak kata Bapak Gula-Gula, boleh panggil LCCT. *ketawa*

Sumpah!
Orangnya memang macam sudah lama dikenali walaupun selama ini aku bersorak bila melihatnya di kaca televisyen. Dia ke Muar untuk membuat liputan mengenai satu majlis perkahwinan. Kamu boleh baca di SINI. pelbagai perkara boleh dibualkan dan nampaknya, dia sudah ada gelaran baru untuk aku, MB. Eh, bukan Menteri Besar tetapi Mulut Becok. (Aku memang gila bercakap, sesiapa tolong bagi aku jadi pengaca televisyen).

http://4.bp.blogspot.com/_xtLMb1tXKnQ/SxHM-RyLBNI/AAAAAAAABI4/wqPzTiXLduo/s1600/Gath+In+Muar.png

Aku : Balik Johor ke lepas ni?
BGG : Eh tak. Nak ke Melaka, lepas tu ke Seremban, lepas tu baru balik Johor. Tak lah, mestilah balik Johor terus.

Dan ya, paling menambah kesengsaraan kami (rahang kejang akibat terlalu banyak ketawa), menerima panggilan daripada Bapak Gula-Gula sewaktu kami keluar sudah menaiki kereta. Si Tunjang lupa untuk membuka lampu kereta. Salah bandar sebab sudah terlalu terang benderang! (Pandai aku mahu salahkan keadaan persekitaran kan?) Memang kami gelak sampai terkeluar rahang, maksud aku, kami gelak kuat. Itu sahaja.

Terima kasih buat Si Tunjang (Olin) dan Ejat (Izzati) yang sudi menemani aku. Memang bernilai bawa Olin yang pandai mengenakan orang semula. Bijak Olin! Nanti aku bagi kamu cat putih! Buat Bapak Gula-Gula, tunggu aku ada kereta. Boleh aku cari kamu di Johor Bahru pula!

Zara : Baru menerima ceramah perdana daripada Tuan Punya Rumah Kuning akibat aku keluar bersama rakan-rakan.


Saturday, November 28, 2009

Bila Orang Perlukan Bantuan Pernafasan Mulut Ke Mulut, Aku Rela Buat Kerja Amal Secara Sukarela. Buih Bebuli Nafas : Jangan Lupa Bayaran!




Salam semua.
Ada orang tanya mengapa aku sudah mula membuat promosi mengenai blog orang lain di dalam blog aku.
Entah mengapa.
Aku rela bila orang meminta dengan baik.
Aku tidak kisah bila orang berbudi bahasa dan beralas kata.
Aku sudi bila orang berniat ikhlas.

Memang tiada bayaran.
Persahabatan itu lebih hebat bukan?
Ada bayaran untuk menjadi kawan?
Ada ke?
Kalau ada, mungkin aku sudah kaya.
Tetapi aku akan menjadi penempah tiket terawal ke neraka.
Eh, tak kuasa aku.

Terima kasih sebab menulis surat elektronik pada aku dengan baik.
Muka pucat kamu adalah watak kegemaran aku.
Nasib baik.
Eh, kalau Nuffnang kamu dapat banyak duit, separuh bagi aku pun jadi lah.
Sikit je separuh tu kan?
Ala, jangan kedekut.
Awak kedekut, saya bendera (baca : flag) blog awak.
*ketawa keji*

Walaupun aku tidak kenal kamu di dunia nyata, tetapi kehadiran kamu semua di dunia maya sudah membuatkan aku belajar lebih tentang rahsia kehidupan. Eh, bukan rahsia dalam selimut atau bawah bantal ya?

Zara : Akan menulis perjumpaan dengan seorang penulis blog yang manis selepas ini.


"Untung Lembu Betina. Tak Payah Dikorbankan" - Lembu Pandai Boikot : Haiwan Pun Suka Parti Liar.




Dalam perjalanan pulang dari rumah saudara petang raya pertama Aidiladha.

Emak : Tengok lembu di tepi jalan ni. Semua kurus-kurus.
Abang : Lembu tu mesti tak makan bila tahu nak dikorbankan. Tapi untung lembu betina kan? 
Emak : Kenapa pula?
Abang : Tak payah dikorbankan.

Emak : Ni kitab mana abang belajar ni? Kan dah belajar syarat sembelihan semua dulu. (Bila Ustazah mula buka bicara, telinga harus menahan sahaja) 
Abang : Eh, salah cakap ke? Betullah kan?
Aku : Mana ada syarat camtu. Siapa ajar kau ni?
Abang : *gelak* Hari tu lepas kertas Pengajian Perniagaan, aku duduk borak dengan kawan aku. Nampak lembu banyak tepi sungai. Bila dia kata lembu betina tak boleh kena sembelih, terus aku kata ya. Mesti aku tengah mamai tu.
Aku : Aku takut dia peluk lembu kat rumah dia je. *ketawa*

http://4.bp.blogspot.com/_-sHLaszPYoI/ShLZv7vklwI/AAAAAAAACF0/JvF3oFkr3bg/s400/Back+by.jpg

Mesti haiwan-haiwan semua akan mengadakan parti liar jika ada orang yang berfikiran macam Abang. Tu salah satu contoh, habis jawab peperiksaan, dalam keadaan mamai ditanyakan soalan oleh orang lain. Aduhai.

Oh ya, malam tadi sudah selesai cerita Nur Kasih bukan?
Tahniah Kabir Bhatia.

**Penambahan**
Aku diminta untuk mewar-warkan kehadiran sebuah blog baru di dunia maya ini.
Jika berkesempatan, mungkin kamu mahu melihat budak baru ini di SINI.

Zara : Sedang berusaha memujuk seorang rakan, Si Tunjang Yang Comel untuk menemani aku bertemu dengan Bapak Gula-Gula petang ini di Bakri. Moga ada kesempatan untuk bertemu beliau. Kalau Si Tunjang tidak dapat menemani, mungkin aku terpaksa memaksa seseorang itu. *gelak nakal*


Thursday, November 26, 2009

"B, Maafkan Aku Sayang. Ini Bukan Korban Cinta. Itu Hadiah Cinta. Tahniah Kerana Pintu Telah Dibuka Selepas Jejaka Berenang Pantas!"




Senja merangkak pergi tatkala laungan takbir memecah kehinangan langit yang bertukar warna.
Kegelapan menjelma.
Si Merah mengalunkan irama kesepian dendangan penyanyi antarabangsa.
Oh, lagu yang berada di tempat pertama dalam blog ini.
Mata tertancap melihat nombor telefon yang tidak dikenali.
Si Merah diangkat.
Kedengaran salam dihulurkan.
Suara yang dirindui.
B!

Aku : Salam. B, apa khabar kamu sayang?
B : Aku baik sahaja. Aku dapat tahu kamu yang kurang sihat kebelakangan ini. Betul ke?
Aku : Eh, mana ada sayang? Aku baik sahaja.
B : Jangan bohong Zara. Aku tahu. Aku dapat rasa.
Aku : Maaf sayang. Kamu baca blog aku ke Mukabuku?
B : Aku baru baca blog kamu. Patut pun Jejaka tak benarkan aku guna Internet kebelakangan ini. Mesti dia tak nak aku tahu dan terkejut.
Aku : Alahai sayang. Bukan apa pun. Aku tak menangis kalau itu yang kamu mahu tanya.
B : Aku tahu kamu tak menangis sebab kamu tahan. Cerita dengan aku Zara, tolonglah.
Aku : Malas aku.



B : Kalau kamu tak cerita, aku pun malas nak beritahu kamu sesuatu sayang.
Aku : Apa dia? Ada lelaki mata biru untuk aku? *ketawa*
B : Jangan nak menggatal. *gelak*
Aku : Sekarang boleh, dulu tak boleh.
B : Cepat cerita dengan aku!
Aku : Ya lah. Memang kaki mendesak betul ni. *cerita apa yang perlu pada B*
B : Oh, begitu. Sekarang saat yang dinanti.
Aku : Apa dia?
B : Nak aku cakap ke Jejaka yang cakap atau kamu nak teka? Teka kalau kamu pandai.
Aku : Kamu nak balik Malaysia?
B : Bukan. Peluang terakhir. *ketawa*
Aku : Kamu mengandung?
B : (ketawa) Pandai!
Aku : Tahniah sayang!
B: Jejaka nak cakap dengan kamu.

Orang di seberang talian bertukar. Senyuman menguntum di bibir aku.

http://www.snapshots.net/cartoons/00690-funny-cartoons-sperm-cell.gif

Jejaka : Salam Cikgu Garang.
Aku : Salam bakal bapa. Tahniah! Laju berenang. *ketawa*
Jejaka : Oh, keji pernyataan itu cikgu. *ketawa*
Aku : Jaga B elok-elok. Bincang dengan dia baik-baik. Nak bersalin di mana nanti?
Jejaka : Dalam kapal terbang boleh? *ketawa*
Aku : Boleh. Nanti kamu boleh jadi terkenal.
Jejaka : Aku dan B dah bincang sesuatu. Kami mahu kamu jadi ibu angkat anak kami nanti. Boleh?
Aku : Aku sudah jadi ibu angkat pada 3 orang budak. Anak Hazami Bahrin.
Jejaka : Anak HB? Alahai, baru 3. Boleh kan?
Aku : InsyaALLAH, aku terima.



Jejaka : Terima kasih Zara. Jaga diri kamu. Kami sentiasa memantau kamu. *gelak*
Aku : Pengintip. Salam aku buat B. Jaga diri kamu semua.
B : Sayang, betul kata Jejaka. Kami akan tahu kalau kamu sembunyikan sesuatu.
Aku : *ketawa* Selamat Hari Raya.
B : Sama juga sayang.

Ini hadiah terbaik sempena raya kali ini.
Hadiah terbaik dari dua sahabat yang sudah mendirikan mahligai mereka.
Hati gembira.
Hati berbunga-bunga.
Bibir menguntum senyum.



Zara : Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Moga kalian mempunyai hari raya yang menggembirakan. Moga kalian bertemu dengan makna sebenar pengorbanan. Selamat berhujung minggu semua!

Korban : Kamu Letak Banyak Imbuhan, Ia Akan Memberi Makna Berbeza. Eh, Fikir Guna Akal.




Salam semua.
Rasanya sudah ramai yang pulang ke kediaman asal masing-masing untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma usai Maghrib petang ini. Selamat bercuti dan jaga diri disebabkan kita tidak mahu meningkatkan penjodoh bilangan tatkala cuti umum negara tercinta.

Korban.
Itu kata asalnya.

Pengorbanan.
Ah, itu merujuk kepada perbuatan, simbol korban.
"Saya tutup blog ini sebagai satu bentuk pengorbanan terhadap apa yang awak semaikan, najis yang kawan awak lemparkan pada saya".
*muntah*

Dikorban.
Terkorban.
Mengorbankan.
Berkorban.
Dikorbankan.



Tahun ini kali pertama aku menunaikan ibadah korban di Kemboja.
Gaji daripada menjadi guru ganti. Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu aku lakukan.
Belum berkesempatan melakukan di dalam negara.
InsyaALLAH pada tahun mendatang. Doakan.

Gemuk macam lembu.
Bodoh macam lembu.

Eh kak, dulu menyusu badan sampai umur berapa?
Tak pernah minum susu lembu ke?
Itu khasiat lembu tu.

Eh bang, ada ke orang korbankan lembu kurus?
Mana ada kan?
Rugi bang.
Rugi.



Makan keju?
Makan.
Minum susu?
Minum.
Eh, bukan ke itu sumbernya dari lembu yang kamu kata tadi?
Bodoh ke kalau makan dan minum?
Macam tak kan?

Jadi, fikir dulu sebelum cakap.
Fikir.
Fikir guna akal yang dikurniakan Yang Maha Esa.
*senyum*

"Jangan pernah mendabik dada mengatakan anda yang terbaik kerana sekali anda menyatakan sedemikian, anda melahirkan berjuta musuh pemusnah."
(Zara Syed - 26 Nov 2009)



Zara : Hidup dengan lebih gembira. Dengan lebih nyata kerana sudah pasti, bila ada mulut yang gatal mahu bicara, bila ada tangan yang mahu memusnah - mereka sedang mengatakan hidup aku. Bukan hidup mereka.

Wednesday, November 25, 2009

Profesionalisme : Kamu Ukur Guna Penanda Aras Versi Tiada Otak Atau Kain Dan Seluar Dalam?




Ketuk kepala.
Usap dahi.
Mulut terkumat-kamit.
Lidah membasahkan bibir.
Gigi berkelatuk menahan perasaan.
Entah marah, entah mahu ketawa, entah mahu menyumpah.
 *ketawa*

Mahu menyerang peribadi dengan mengatakan aku tidak profesional dalam menulis?
Sengal.
Kamu masuk ke blog peribadi aku.
Ya, ini peribadi dan pernah aku menyentuh kamu?
Asal usul kamu tidak aku ketahui, hatta nama pun di luar pengetahuan aku.
Mengapa?
Lain kali jangan guna TANPA NAMA.(baca : Anonymous)
Sebab apa?
Lepas berak, semua orang pun akan cuci. Mana ada orang berak dan tinggal?
Lepas guna air, jangan lupa kesat dengan tisu.
Nanti busuk, aku tak suka. Benci.
*muntah*

Aduhai.
Benci aku menulis tentang hati dan perasaan.
Ada sahaja yang masuk menunjuk jagoan.
Eh bang, kain pelekat tertanggal.
Eh kak, kain batik tersingkap.
Eh bang, seluar dalam terlucut.
Eh kak, seluar dalam terjatuh.

Cara kamu menulis kepada aku memang mudah diteka dari mana kamu.
Eh, walau kamu kata aku baru menulis setahun jagung, ini bukan blog pertama.
Ini bukan laman pertama.
Alangkah cinta pun bukan cinta pertama kan?
Alamak, aku belum ada ciuman pertama.
*ketawa*



Tiga perkataan itu memang menunjukkan siapa aku.
Aku suka ketawa - itu bukan pura-pura!
Kasih sayang - itu memang sumbangan aku pada dunia!
Cinta : semua orang ada perasaan - Kau bukan manusia?
Ciuman - Itu tanda niaga penulisan aku - Kau teringin juga?



Eh, jangan datang lagi kalau setakat mahu mengeji.
Kau buat aku bosan.
Sebelum kau pergi, ambil kain kau!
Ambil seluar dalam kau!
Basuh najis yang kau tinggalkan.
Jangan tercicirkan di dunia aku.
Geli.



Zara : Menonton terlalu banyak siri dokumentari mengenai pelancongan kebelakangan ini. Mencari peluang terbaik untuk melarikan diri daripada kesibukan duniawi. Oh, tadi berkesempatan melihat blog bekas anak murid sewaktu menjalani Latihan Mengajar.

Tuesday, November 24, 2009

"Kalau Berani Kenalkan Diri. Biar Aku Rotan Punggung Kamu Laju-Laju. Jangan Letak Buku Dalam Seluar"

Amaran di atas ditujukan kepada Putera Penyelamat yang menulis di ruangan Luahan Cinta. Eh, keji ke ayat aku? Putera Penyelamat, kalau awak berkuda putih sekalipun, awak mungkin hanya akan diperkudakan sebelum saya sempat mengatur kuda-kuda. Eh, berapa banyak kuda ni?



Punggung besar, salah ke?
Punggung kecil, salah ke?
Tentang punggung pun boleh jadi isu besar.

Orang selalu tanya, kenapa mesti nak rotan di punggung. Kan susah nak duduk lepas kena.
Aku jawab : Nak kena rotan kat depan ke? Lagi sengsara bukan?
Eh, ayat panas telinga.

Orang tanya sakit tak kena rotan?
Aku jawab : Awak tadah anggota badan baru awak tahu.

Orang tanya, awak pernah kena rotan ke?
Aku jawab : Pernah. Dengan cikgu hanya sekali. Dengan ibubapa, ada beberapa kali sewaktu kecil dahulu.

Orang tanya, kenapa awak kena rotan dengan cikgu?
Aku jawab : Sebab saya tak pakai kasut sekolah hari akhir persekolahan Tingkatan 3. Saya buat persembahan pentas dengan rakan sekelas dan ingat tiada lagi pemeriksaan disiplin. Ternyata saya silap.

Orang tanya, awak pernah rotan orang?
Aku jawab : Belum lagi. Tapi kerusi dan meja banyak yang sudah menjadi mangsa.

Orang tanya, selain rotan, apa awak pernah kena denda sewaktu sekolah?
Aku jawab : Saya pernah kena lempang dengan Cikgu Bahasa Inggeris sewaktu Darjah Tiga sebab terlupa bawa kerja sekolah. Perempuan untung, kena lempang di muka sahaja. Tangan cikgu lebar. Selepas kena, ada cop mohor di pipi kanan masing-masing. Kalau lelaki, kolar akan dicekak, kaki tidak akan menjejak lantai, dan penampar akan hinggap di muka. Ya, dan guru itu seorang perempuan.



Eh, kenapa tiba-tiba aku cakap pasal rotan?
Mungkinkah rotan antara hasil terbaik di negara kita?
Maksud aku, rotan di hutan yang kita jadikan perabot.

Tadi petang berbual dengan rakan baik.
Tadi petang berbual dengan sepupu terbaik.
Tadi petang berbual dengan teman sekerja terapat.
Dan manusia bernama Zara memang suka berbual.



Suka panda yang tertonggeng-tonggeng ni.
Dia tunjuk punggung ke?
*ketawa kecil*

Seperti yang pernah diingatkan sebelum ini, jika tidak berpuas hati dengan penulisan aku, sila gunakan cara paling berhemah untuk meluahkan ketidakpuas hatian. Jangan pernah berak di tepi jalan dan biarkan lalat menghurung secara berkelompok. Benci kalau penyakit merebak. Tak suka tau?
*kaki hentak-hentak ke lantai, mulut muncung-muncung*



Zara : Merancang perjalanan ke Melaka bersama seseorang pada bulan Disember. Mahu menikmati keindahan dan menggila setelah usia masing-masing meningkat dewasa. Moga keinginan akan terlaksana. Eh, mahu ketawa sambil membuat tarian tiang secara tiba-tiba. Alunkan irama!

Monday, November 23, 2009

Memenuhi Keperluan Atau Memuaskan Nafsu? : Hadapi Kenyataan Walaupun Ianya Satu Kesilapan Sayangku.

Kenyataan Yang Terbelit Atas Penulisan Yang Berbelit.
Aku tidak bercinta dengan pelajar sendiri.
Aku bukan memulangkan pemberian orang.
Aku tidak menangis.
Aku hanya aku.



Keperluan atau nafsu?
Mana yang menjadi pilihan hati?

Aku perlukan ubat, pil untuk penawar sakit.
Aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.
Aku perlukan bahu untuk bersandar.
Aku perlukan bantal untuk mulakan pergaduhan.
Aku perlukan darah untuk menjadi diri sendiri semula.

Tengik : Aku perlukan seseorang untuk bercakap.
Busuk : Aku.
Tengik : Tiba-tiba aku rasa ingin menangis. Kenapa ya?
Busuk : Perubahan hormon.
Tengik : Aku kesepian di dalam - menyumpah kebodohan sendiri.
Busuk : Sabar kawan. Lumrah lah. Kekosongan kau itu, penuhkan dengan hidup kau.

http://stevewilson.subpacket.com/wp-content/gallery/existential-beasts/flat_emotionless.jpg

Keperluan dan nafsu.
Aku memilih keperluan.
Tiada bahu, aku masih punya dinding.
Tiada seseorang, tetapi aku masih punya kamu sekalian.
Tiada bantal, aku masih punya selimut untuk memulakan serangan.
Tiada darah, aku masih punya hati yang merupakan azalinya darah.
Masih darah.

Melepaskan kekuatan terakhir kepada seseorang.
Suatu bentuk perkongsian?
Ajar dia menghadapi kenyataan walaupun pahit.
Sendiri pasti itu kesalahan, kesilapan tetapi diri masih tegar menidakkan.

Jangan pernah muncul jika mahu memualkan.
Jangan pernah wujud jika mahu meluatkan.
Jangan pernah.
Jangan.

http://th01.deviantart.net/fs45/300W/f/2009/114/c/c/emotionless_by_moonshield_addicted.jpg

Tiada pemuas nafsu jika yang kamu perlukan adalah keperluan.
Jangan pernah abaikan keperluan kalau kamu bisa membezakan.
Nafsu dan keperluan.

Aku masih manusia.
Bila aku manusia, aku masih punya organ yang perlu dijaga.
Aku masih punya sistem badan yang harus dipelihara.
Kalau aku sakit, aku dambakan seorang pengamal perubatan.
Tapi jika pengamal perubatan yang sakit, aku tertanya, siapa yang akan merawatnya?
Begitu juga dengan aku.

Nafsu aku?
Pada ketagihan yang aku sering puaskan.
Aromanya memanggil aku - jangan tarik!
Lepaskan, biar aku dapat unjurkan diri dengan sempurna.

Zara : Memerlukan seseorang untuk bercakap. Terlalu memerlukan. Jari sedang mendail talian kecemasan. Mungkinkah ada seseorang yang bakal menjawab? Senyap. Senyap. Senyap. Aku cuma perlukan rehat dan sumpah, aku sedang tersenyum.

Hanya Mereka Yang Tinggal Sebagai Peneman Di Ranjang Yang Sepi Dalam Kamar Yang Suram : Hati Mewangi

Salam hari Isnin semua.
Maaf jika komen-komen yang diberikan belum sempat dibalas akibat kekurangan kesihatan diri. Bila cuaca merenggut dan mengalirkan air hidung, bila daerah peribadi dijajah sehingga berlaku pertempuran darah, ya, aku hanya insan yang meredhai segala ketetapan setiap purnama.

Tiada lagi Zahrin Hakimi.
Tiada lagi Zahrin Daniel.
Tiada lagi Adam Danish.
Mereka sudah diletakkan di sebuah daerah berbentuk empat persegi.
Biar mereka dikurung didalam tempat yang mempunyai sisi yang serupa.
Panjang, lebar, tinggi yang sama.
Biar.

Ranjang ini pernah sepi.
Kamar ini pernah suram.
Tetapi hati masih mekar mewangi dan tidak akan mati.
Pasti.


Belakang : Pooh, Si Kuning, Robinson
Depan : Rayyan Zarith Hakimi, Kenny, Airul Farish.

Mereka ini tinggal kenangan.


Belakang : Zahrin Daniel, Adam Danish, Kenny , Zahrin Hakimi
Depan : Charlene

Mereka hanya kenangan.
Mereka hanya cebisan memori yang mendamaikan.
Manis, pahit, suka dan duka sudah dilalui bersama.

Daerah empat persegi adalah destinasi terakhir mereka.
Mungkinkah akan pulang ke penghantar mereka?
Mungkin.

Jangan pernah ketuk kepala.
Jangan pernah usap dagu.
Jangan biar cubitan pipi.
Itu menganggu tidur aku yang belum abadi.

Zara : Perjuangan menentang penjajah baru bermula. Bekalan dadah semakin tipis. Pil biru semakin mengempis. Pil kuning membuatkan air hidung berhenti menitis. Tuhan, aku dambakan kesihatan yang terbaik!

Saturday, November 21, 2009

"Zara, Kamu Ini Hati Batu Atau Hati Kertas Ya? Putus Cinta Tapi Asyik Menulis Tentang Perkara Gembira!"

Oh, itu adalah apa yang aku terima dalam surat elektronik aku yang ditaja oleh Google.
Terima kasih buat Deena yang menulis kepada aku. Gembira bila membaca surat-surat elektronik yang menyokong aku walaupun aku gemuk dan hodoh sebegini. Eh, bukan aku kata, orang kata. Aku bersyukur sahaja apa yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

"Zara, kamu ini hati batu atau hati kertas ya? Bila baca blog kamu, kamu seperti baru putus cinta, tetapi penulisan kamu kelihatan gembira. Mungkin ada dua atau tiga sahaja yang berkaitan dengan peristiwa itu. Tidak mahu menulis mengenai itu? Kamu kata kamu ikut lawatan. Mana gambarnya? - Deena"

Terima kasih sekali lagi Deena! Aku rasa tidak perlu aku menulis mengenai cinta lama disebabkan tiada apa yang perlu ditulis. Oh, memang hati aku begini. Pengalaman banyak mengajar aku mengenai kehidupan dan itu bukan kali pertama. Ini kali kedua, jadi aku lebih tabah dan tidak mahu memikirkan mengenainya.

Tentang lawatan aku?
Aku akan ringkaskan dengan gambar yang menggambarkan tempat yang aku lawati.




Di perkarangan Muzium Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ya, aku memang sentiasa teruja bila bergambar.


Bersama entah budak dari mana yang gigih berenang hingga membasahkan baju aku.
Oh, ini di Dunia Basah Kolam Air Panas Pedas.


Sebelum turun di destinasi terakhir kami iaitu di Mydin MITC, Melaka.
Eh, aku kan penggiat seni? Takkan kamu lupa?
Oh, topi itu kepunyaan pelajar aku. Perlukah aku menari tarian bulan-jalan (baca : moonwalk)?
*ketawa*

Tadi petang berbual dengan teman wanita aku. Senang sekali dapat meluahkan rasa hati kepada dia. Eh, siapa kata hati aku konkrit lagi? Sila tepuk punggung dua kali dengan ucapan, jangan nakal. Nanti Cikgu Zara rotan di punggung laju-laju.

Zara : Sedang berusaha membaca blog kamu semua secara pukal agar tidak terlalu ketinggalan. Eh, penguasa rumah sedang marah-marah. Mungkin ada kesilapan lagi? Aduhai...

"Awak, Esok Kita Jumpa Ya? Takut Bil Telefon Mak Saya Melambung Sebab SMS Awak"

Hari ini cuti sekolah bermula!
Tiga sorakan untuk sistem persekolahan Malaysia!
Satu!
Dua!
Tiga!

Cuti sekolah bermula, dan manusia bernama Zara ini juga akan bercuti walaupun nampak gayanya akan terperap di rumah dan menghadiri puluhan jemputan perkahwinan. Oh, tahniah buat rakan persekolahan, Rodziah yang akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Disember 2009. Eh, sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran Kekasih Gelap Yang Cerah. *ketawa*

Tidur malam tadi telah diganggu dengan pesanan ringkas yang aku syak dari salah seorang pelajar aku. Mungkin mereka yang mengikuti rombongan sambil belajar Khamis lalu. Tetapi pesanan ringkas itu ternyata bukan untuk aku, aku pasti.

http://test.metromomsblog.org/wp-content/uploads/2008/04/angry-mom.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]


"Awak, esok kita jumpa ya? Takut bil telefon mak saya melambung sebab menghantar pesanan ringkas (baca : SMS) awak. Jumpa masa kelas tambahan pun boleh nanti. Selamat malam sayang. *cium* "

Eh, ada nampak macam aku punya pesanan ringkas ke? Sungguh menganggu tidur aku yang acapkali tidak lena akibat menahan kesejukan malam. Selamat bercuti buat semua pelajar! Buku jangan tinggal tepi ya?

Zara : Akan ke sekolah pada 9 Disember 2009 dan dua minggu terakhir cuti persekolahan untuk melunaskan tanggungjawab kepada sekolah. STPM akan bermula pada hari Isnin ini untuk adik aku yang kedua. Dan ya, Isnin lepas adik aku yang kedua sudah mula berjuang untuk SPM. Selamat berjaya semua!

Friday, November 20, 2009

La Tahzan - Jangan Bersedih : Buatlah Minuman Yang Sedap Dari Limau Nipis Yang Masam

Salam semua!
Apa khabar?
Maaf, malam tadi aku tiba di rumah dalam jam 11 malam. Terima kasih yang mengikuti perkembangan perjalanan aku di Mukabuku dan Twitter. Terima kasih! Aku suka dengan pandangan yang kalian berikan pada aku. Sungguh, memang terharu!

Oh, waktu sudah hampir ke jam 6 pagi dan harus bergegas ke sekolah. Ada apa dengan tajuk penulisan aku pagi ini? Ini adalah yang akan aku sampaikan dalam Kuliyyah 5 Minit dalam Budaya Al-Quran pagi ini di sekolah. Bayangkan, dengan mata bengkak umpama panda, aku akan duduk tersimpuh di hadapan para pentadbir, guru-guru serta kakitangan swasta dan menyampaikan isi kuliah yang berkisar mengenai kesedihan.

http://2.bp.blogspot.com/_QsoGdcIKlvQ/SRLt6CsdefI/AAAAAAAAAFE/qN53NtEKJR0/s400/la+tahzan+(edeazry).jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Tajuk itu aku pilih dari salah satu bahagian dalam buku karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni iaitu La Tahzan. Ya, aku memiliki naskahnya dan Alhamdulillah, ada di antaranya dapat mengubati hati aku. Isi penulisan yang menarik dan mudah difahami. Oh, maafkan aku. Harus bergegas untuk bersiap ke sekolah!

Doakan yang terbaik buat aku ya? InsyaALLAH, akan menulis mengenai lawatan aku selepas ini. Jaga diri kamu semua! Selamat hari Jumaat!

Zara : Tahniah buat adikku, Khadijah yang mendapat 5A dalam UPSR. Tahniah juga buat sepupu-sepupuku, Anas, Hajar dan Azim yang mendapat 5A juga. Buat Afiq yang tidak mendapat 5A, tidak mengapa, Kak Imah tahu kamu akan berjuang dengan lebih gigih lagi. Pujuklah hati Mama kamu ya?

Thursday, November 19, 2009

Peta Cinta : Kalau Tidak Dapat Bertemu Zaquan Adha, Mungkin Akan Mencari Pahlawan Melaka Mengubati Duka.

Salam semua!
Hari ini aku akan bertugas sebagai guru pengiring untuk lawatan ke Negeri Sembilan dan Melaka bagi Tingkatan Tiga dan Dua. Seramai lapan orang guru akan bertugas mengiringi tujuh puluh orang pelajar yang memenuhi isi perut dua buah bas. Oh, ahli sihir wanita juga ikut serta dalam rombongan ini. Hati aku tertanya juga, adakah anaknya yang masih menyusu badan walaupun berusia tiga tahun itu akan ikut bersama.

http://www.tourism.gov.my/corporate/images/Maps%20of%20Malaysia/map_negeri_sembilan.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Mengikut perancangan, kami akan berada di Sri Menanti dan Kolam Air Panas. Aku juga kurang pasti tentang lokasi kedua disebabkan tidak pernah berkunjung ke sana. Oh ya, tugasan aku adalah untuk menjaga pelajar Tingkatan Dua.

http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/malacca-fun-map.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Jam sudah menunjukkan angka 5. Lima pagi. Eh, mengapa aku masih di hadapan Sean?
Perlu bersiap-siap ke destinasi yang sudah dirancang. Kekal mengikuti aku di Twitter untuk menerima laporan secara langsung di mana aku akan berada hari ini. Oh, perasan artis sungguh! *ketawa*

Zara : Hati sedang menyanyi lagu indah. Ada kenangan comel yang terjadi di sekolah semalam.

Wednesday, November 18, 2009

Bila Emosi Menguasai:Ceritera Indah Berakhir Tetapi Dunia Baru Bakal Bermula! Aku Manusia Ceria!

Salam semua!
Maaf!
Maaf!
Maaf!
Maaf atas kata-kata kasar di dalam penulisan sebelum ini.

Maaf atas penulisan yang amat dikuasai emosi malam tadi.
Sungguh tidak terkawal hingga terlupa diri. Dan buat mereka yang menghubungi aku melalui sistem pesanan ringkas, Mukabuku, Twitter, blog serta panggilan telefon, sumpah, aku amat hargai!

Pertama
Tiada lagi siri Ceritera Indah Si Kosong dan Si Comel lagi.
Penggambaran pengembaraan tidak dapat diteruskan akibat pelakon utama sudah mencari haluan hidup masing-masing. Doakan yang terbaik buat mereka berdua dalam menjalani kehidupan seterusnya. Mungkinkah akan ada siri baru selepas ini? Entahlah.

Kedua
Oh, terlalu mengikut perasaan bila ditegur oleh Emak malam tadi akibat kesilapan kecil. Perubahan hormon mungkin, tetapi ini kesilapan sendiri. Bulan belum mengambang, daerah belum dijajah, tetapi fikiran dan minda gagal dikawal. Manusia keji aku malam tadi. Eh, ke memang keji sentiasa? *ketawa*

Ketiga
Buat sesiapa yang menyatakan supaya aku tidur baik-baik serta jangan menangis, aku hanya ingin menyatakan yang aku memang tidur lena malam tadi dan aku tidak menangis. Sejak bila aku mempunyai hati batu, aku kurang pasti. Eh, mana pergi hati kerak nasi? Mungkin sudah dimakan oleh burung-burung yang berterbangan di dalam hati dan di sawah padi. *ketawa*



Oh, cukup sahaja buat kali ini. Mungkin aku terpaksa menguasai ilmu menghilangkan perkara tertentu di dalam dunia ini. Sudah mahu ke sekolah. Jaga diri kamu semua! Terima kasih kerana sentiasa menyokong aku! Terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan aku sendirian.

Zara : Hati sedang menyanyikan lagu indah serta ceria. Menuju ke sekolah dengan penuh semangat Waja walaupun hajat hati mahu memiliki kereta MyVi. Eh, ada kaitan ke? Layan sahaja. Cinta kamu semua!

Tuesday, November 17, 2009

Hidup Ini Memang Macam Palat : Aku Tidak Akan Pernah Menangisi Nasib Diri Lagi!

Hidup ini memang macam palat.
...dan ini apa yang aku hadapi sekarang.

Keluarga.
Cinta.
Kerjaya.
Semua termasuk dalam hidup aku adalah palat.
...dan aku sebagai manusia yang sudah hilang kesabaran, memang mahu menjerit perkataan itu sekuat mungkin.
Ya, hidup aku memang macam palat.

Jahanam.
Celaka.
Ya, memang mulut aku sudah jadi macam sampah sekarang ini.

http://wawan12.files.wordpress.com/2008/08/tong-sampah.jpg

Memang!
Memang!
Memang!

Hidup sudah terbiar.
Hidup sudah berbaur binasa.
Aku sudah hilang kembali.
Jangan pernah tanya ke mana aku bakal pergi!

Zara : Sudah dimarah dan dimaki berbaldi-baldi. Aku hanya mampu menahan telinga mendengar leteran yang tidak akan terhenti selagi aku masih di rumah batu berwarna kuning itu. Sakit dan aku keseorangan. Ya, memang sudah kembali keseorangan.


"Nama Saya Zara, Bukan Izat Dan Saya Tidak Pernah Melakukan Pembedahan Menukar Jantina!"

Malam tadi Si Merah menjerit-jerit minta diangkat.
Nombor yang tidak dikenali terpampang di paparan dada Si Merah.
Tangan mencapai Si Merah dan terdengar suara gemersik seorang perempuan di hujung talian.
Ya, perempuan bukan wanita (PBW).

PBW : Salam. Boleh cakap dengan Izat?
Aku : Maaf, awak salah nombor.

http://www.art-research-communication.net/artstream/rascic/wp-content/uploads/2007/07/05-sorrysmall.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

PBW : Awak bukan Izat ke?
Aku : Awak tahu tak dah berapa kali awak telefon saya sebelum ini? Dah banyak sangat dah.
PBW : Tapi Izat beritahu saya ini nombor dia. Awak siapa?

Aku : (bercakap dalam Bahasa Inggeris dan setelah diterjemah) Nama saya Zara, buka Izat dan saya tidak pernah melakukan pembedahan jantina! Awak dah kena tipu ni.
PBW : Tapi, saya betul-betul nak cakap dengan Izat.
Aku : Awak tahu tak saya ada nombor telefon rumah dan telefon genggam awak? Sekali lagi awak telefon dan meracau-racau mahu bercakap dengan Izat yang entah mana datang itu, saya buat laporan polis.
PBW : Baik. Selamat tinggal.

http://images.teamsugar.com/files/upl1/1/15111/41_2008/high-heel-phone.jpg
 [Gambar penghargaan di SINI]

Perlukah aku membaling PBW itu dengan telefon sebegini?
kasut tinggi bewarna merah yang menarik hati.
Mungkin akan tercacak di kepalanya sebagai hiasan tambahan.

Entah berapa kali Si PBW ini menelefon aku bertanyakan lelaki yang bernama Izat.
Sesiapa yang mengenali Izat, sila beritahu aku.
Aku mahu buat tuntutan menjadi setiausaha tidak bertauliah buat dia.

Zara : Majlis jamuan bermula jam 1.00 petang! Entah ada berapa orang pelajar sahaja yang datang ke sekolah hari ini. Alahai...
 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template