Thursday, December 31, 2009

Bila Pengetua Bertanya Tentang Mukabuku, Selamat Tahun Baru!


Tadi mesyuarat pertama untuk awal tahun 2010.
Dari pagi hingga ke petang.
Esok bakal punya mensyuarat lagi.
Senyum.
Penat.


[Gambar zaman kegemilangan]

Pengetua sekolah mahukan setiap guru mempunyai Mukabuku sendiri.
Aku tergamam bila dia ada menyebut beberapa orang guru yang telah dia temui ketika melayari laman sosial tersebut.
Keputusan drastik diambil.

Aku sudah punya Mukabuku khas untuk kegunaan sekolah.
Oh, jangan tanya apa namanya.
Diam sahaja.
Tampal senyum di wajah.

Sedang menyiapkan tugasan untuk sekolah.
Sedang membaca hasil karya kalian semua.
Senyum.

Selamat Tahun Baru semua.
Esok hari lahir Dunia Sebelah Zara.
Bila aku sempat untuk mengumumkan pemenang ya?

Zara : Esok ada mesyuarat panitia.

Wednesday, December 30, 2009

Bila Loceng Berbunyi 12 Malam Ini, Pertandingan Akan Tamat Sayang.


Malam ini pertandingan akan tamat.
Kamu masih sempat untuk meninggalkan penulisan walaupun ini kali pertama kamu membaca di blog aku.




Selamat mencuba.
Aku cinta kalian semua.

Zara : Punya urusan keluarga sebentar.


Tuesday, December 29, 2009

Kamu Boleh Padam, Ludah, Pijak Aku Tetapi Masih Gagal Membunuh.




Jari kau tunjuk satu pada aku.
Empat lagi ke mana?

Aku hanya mahu mendiamkan diri hari ini.
Diam.
Tampal muka senyum di wajah hodoh.
Hati yang tenang telah kamu kocak dengan tsunami hebat.
Ini bukan nilai yang aku cari.

Kamu curah cairan yang panas.
Kamu tabur serbuk sumpahan dalam senyuman aku.
Aku hanya mampu ketawa.

Kamu telah injak nilai persahabatan hingga ke perut Bumi.
Perut rasa mahu kentut.
Melepaskan ketawa berdikit-dikit.
Kentut.

Ceh, busuk.
Sebusuk nilai persahabatan kamu.
Senyap.
Diam.
Doa.
Perlahan.

Kamu tidak akan pernah mengerti.
Sebab kamu menulikan diri.
Jatuh ke sisi.
Bukan tahi.

Zara : Ketawa riang aku mahu kamu renggut. Ini bukan padang ragut yang penuh dengan haiwan berjanggut, ini bukan ladang ternakan yang penuh dengan rumput, ini sebuah hati yang sedang mereput.

Monday, December 28, 2009

Diam! Jangan Meracuni Pawana Hati Lara Seorang Wanita Muda.


Diam.
Diam.
Senyap dan sunyi menyelubungi semesta yang indah berseri.
Aku hirup wangian yang indah menanti setiap kunjungan cinta yang hadir dalam diri.
Dalam hati.
Sendiri.

Aku manusia yang tahu erti sepi.
Aku manusia yang faham erti sendiri.
Jangan kamu kocak ketenangan yang aku dirikan dengan peluh yang memercik di dahi.
Jangan buat begini.
Pilu hati.

Berdiri.
Tegak, jangan senget ke kanan atau ke kiri.
Biarkan tahkta hati disirami air sejuk yang membeku pawana hati.
Hati mahu senyum lagi.
Bibir mahu dikucup sekali.
Dengan si pemanis hati yang gemar dicumbui.
Bayi.

Aku mungkin lemah dalam erti kata dicuri dari rusuk kiri.
Tapi pernahkah hati itu kamu dasari?
Pernahkah kamu memungkinkan satu pengembaraan dan mencari?
Pergolakan, persengkataan ditolak ke tepi.
Biar ia mati.

Masih sedang pegang bayi.
Menggendong bayi.
Wajah suci.
Hati murni.
Bayi.



Bukan bayi tuan punya diri.
Tidak, tolong jangan salah erti.
Maaf, aku mahu undur diri.

Kalian masih punya dua hari.
Sebelum tarikh pertandingan tamat seperti yang telah dijanji.
Pelukan, ciuman kasih sayang buat mereka yang di sini.
Setai pada kasih, ikatan hati.

Zara : Eh, adakah kalian perasan bahawa penulisan aku kali ini diakhiri dengan huruf I sahaja? Hati aku tertawa dengan kebetulan yang mungkin naif ini.

Sunday, December 27, 2009

Selamat Pengantin Baru Zara. Maaf Kerana Tidak Dapat Hadir.


Aku menerima satu pesanan ringkas entah dari siapa susulan panggilan telefon yang kurang jelas butir bicaranya.

"Selamat Pengantin Baru Zara. Maaf aku tak dapat datang majlis kenduri kahwin kau. Aku kerja hari ini. Lagipun aku baru tahu tadi."

Daripada, Zaki.

Sekarang ini, siapa pula Zaki?
Aku sendiri tidak pasti.
Buat "Zaki" itu, maaf kerana mengecewakan anda.
Aku tidak melangsungkan perkahwinan hari ini disebabkan hujan lebat dan calon suami belum dijumpai lagi.
Entah Zara mana yang berkahwin hari ini.



Kamu tak percaya?
Tengok aku bersanding seorang diri.
Ketawa.
Sudah aku khabarkan yang bernikah dan berkahwin adalah sepupu aku.
Bukan aku.



Sudah.
Dua gambar sahaja kali ini.
Aku kepenatan menghantar pengantin tadi.
Perut sudah kenyang dengan nasi minyak bercampur air hujan.

Zara : Esok sekolah seperti biasa.

Saturday, December 26, 2009

Muallaf (24.12.2009) : Hujung Minggu Yang Terisi Akan Buat Aku Berisi.


Salam hujung minggu semua.
Buat mereka yang bertanya adakah Muallaf sudah ditayangkan di Malaysia ataupun tidak.
Jawapannya adalah YA.
Bermula 24 Disember 2009 yang lepas.
Senyum.



Tawaran istimewa!
Gadis berusia 22 tahun yang sudah bekerja.
Sudah memperolehi gaji bulan kedua.
Tiada teman lelaki dan bersedia menerima dengan seadanya. 
Ketawa.
Gila!

Ini wajah aku hari ini.
26 Disember 2009.
Di rumah sepupu yang melangsungkan pernikahan dengan teruna pilihan.
Oh, temanya adalah hitam-putih-kelabu-perak.
Rasanya pakaian yang aku kenakan sudah memenuhi tema.
Ketawa.

Mungkin akan ada yang memberikan komen aku kelihatan kurang menarik.
Redha sahaja.
Aku mahu ketawa mesra sambil memeluk hati yang bahagia.
Bahagia dengan diri sendiri.
Senyum ceria.

Zara : Maaf jika tidak dapat mengunjungi teratak kamu semua seperti biasa hujung minggu ini. Mungkin esok aku akan menghadiri kenduri di sebelah pihak lelaki pula.

Muallaf : Selamat Tinggal Semua. Itu Sebuah Kenangan Dan Kenyataan.


Ini mungkin yang terakhir kamu dapat lihat.
Ini mungkin yang terakhir kamu dapat tonton.
Maksud aku di pawagam.
Di layar perak.



Ini memang kepunyaan aku.
Kenangan terindah yang diberikan oleh seorang sahabat.
Ya, itu memang tandatangan yang asli untuk aku.

Ada tandatangan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Ada tandatangan Sharifah Amani.
Ada tandatangan Sharifah Alesya.
Ada tandatangan Brian Yap.

Ini sewaktu kali pertama ia ditayangkan kepada umum di Singapura setahun yang lepas.
Sudahkah kamu pergi menontonnya?
Kita sudah menunggu terlalu lama.

Zara : Sabtu ini hari yang memenatkan. Tabah Zara. Tabah.

Friday, December 25, 2009

Musim Mengawan Terpenting Bakal Muncul Esok - Sedia Zara!


Esok sepupu tersayang bakal melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinan.
Tahniah buat dia.
Teringat perbualan dengan bekas rakan seperjuangan ketika di matrikulasi dan di kampus selatan.
Kelmarin ulang tahun dia.



H : Sarip, bila kamu nak kahwin?
Aku : Apa pula aku dulu? Kamu lagi tua. Kahwin dulu la.
H : Aku nak makan nasi minyak kamu dulu.
Aku : Apa kata kita makan nasi minyak Pijan dulu?
H : Itu bahagian lelaki, yang perempuan kamu dulu la.
Aku : Gila ke? Aku muda lagi. Lagipun aku tiada teman lelaki. Carikan aku seorang.
H : Ala, aku baru nak suruh kamu cari untuk aku. Cikgu-cikgu muda ke?
Aku : Carikan aku jurutera-jurutera muda dulu la.



Sebahagian dari gambar pertunangan sepupu setahun yang sudah.
Bila tiba giliran aku?
Siapa tanya soalan tu aku gigit dia punya hidung sampai putus.
Ketawa.

Selamat hari Natal buat kekasih gelap yang cerah.
Selamat hari Natal buat semua teman-teman pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Selamat berhujung minggu buat teman-teman semua.

Zara : Pelik mengapa semua orang menulis tentang lebihan lemak. Terbaca di SINI juga.

Thursday, December 24, 2009

Kalau Kamu Rasa Tegang, Kamu Perlu Baca Ini Secara Tenang.


Hari ini keputusan PMR diumumkan.
Tahniah buat semua calon PMR 2009.
Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk masa hadapan.
Tahniah buat adik aku yang culas mahu belajar. 6A 2B itu sudah baik buat kamu, malahan lebih daripada usaha yang kamu curahkan.
Buat sepupu-sepupu tercinta yang masih belum dihubungi, aku pasti kalian juga punya cerita bahagia.
Senyum.



Suasana sibuk disekeliling membuatkan aku pening.
Aku duduk di satu sudut, berusaha menyelesaikan kerja aku sendiri.
Aku keluarkan apa yang aku perlukan.
Aku buka satu-satu, cermat.

Aku tunggu dia datang.
Harapan aku, dia datang cepat agar yang lainnya akan lebih pantas.
Dia ibarat magnet berkuasa tinggi.

Mereka datang.
Permohonan maaf aku kepilkan di dalam hati.

Aku : Bahan dah siap. Aku tunggu korang datang.
D : Mari aku tolong kau bukakan.
Mereka : Kau nak tolong buka apa? Jangan main-main.
D : Bukakan sampul ni lah!
Aku : (Tahan marah dalam hati)

Kerja-kerja kami mulakan.
Aku benci bila buat kerja ini - penat, sungguh aku benarkan diri aku gembira.

Aku : Tolong tegangkan bahagian ini.
D : Sekejap, aku tukar posisi dulu.
A : Gilalah! Kau nak tukar posisi?
B : Kau jangan nak main-main kat sini Jang.
D : Jangan bisinglah, kau tolong aku sekali cepat!
Aku : Kalau nak buat benda ini cepat, baik kau tolong tegangkan bahagian tu.
Kalau tak sampai esok kita berkampung kat sini!
C : Kalau nak tegang, mestilah kena pegang. Apalah budak-budak ni.

Tahap kemarahan aku semakin meningkat nampaknya.
Tuhan, tolonglah aku.
Aku penat dengan kerja ini.

Ya, itu tugasan kami.
Tugasan yang buatkan aku separuh mati.
Bantulah aku.



Mulai esok, aku agak sibuk dengan urusan keluarga.
Sepupu terdekat bakal melangsungkan pernikahan dengan teruna pilihan hatinya Sabtu ini.
Khabarnya perlu menjadi pengapit, oh, tidak mungkin.
Aku mahu lari.

Zara : Hujan - cuaca sangat sejuk. Ada sesiapa mahu berikan pelukan hangat buat aku?

Wednesday, December 23, 2009

Mulut Berbuih, Suka Bebuli Termometer, Nafas Wangi : Jilat Punggung


Aku terima pesanan dalam talian mati. (baca : offline)
"Cikgu, ada penulisan untuk kamu. Jangan lupa baca dan sebarkan. Ini cerita baru dari seorang pucat yang memerlukan darah tetapi belum menghisap dan dihisap dara"

Mulut berbuih.
Suka termometer.
Nafas wangi.
Membunuh sel otak sebagai hobi waktu lapang.

Berani kata nak singkap kain, londeh seluar aku?
Nak kena lempang ke nak tolong jilat punggung kasut aku pula?
Ketawa.


[Tekan SINI kalau kamu mahu beri dia manisan]

Budak muka pucat.
Jangan lupa kongsi gambar lelaki berkemeja merah jambu memakai seluar dalam wanita di luar.
Kalau tak, kamu mungkin akan jadi mangsa seterusnya.
Tak sangka, kamu lebih keji dari aku.
Ketawa.

Oh, kamu boleh jumpa Si Pucat yang gemar membunuh ini di SINI.
Gila tetapi mungkin mesra.

Zara : Sepatutnya aku menulis tentang perkara lain, tetapi penulisan si pucat kali ini buat aku ketawa. Gila.

Bila Bahu Menggalas Bebas, Gaya Dan Watak Lucah Itu Bukan Pilihan


Hari ini lihat senarai tugas lagi.
Oh, guru tingkatan juga aku.
Kelab Fotografi juga aku.
Serta merta aku mahu menabung untuk DSLR secepat mungkin.



Penat.
Hari ini aku belum berlari ke tandas lagi.
Ketawa.
Pegang perut.
Tanda bahaya.
Lari.



Suasana di rumah.
Bapa dan anak sedang mandi di dalam sebuah tab mandi.
Suasana nyaman serta diselangi dengan gelak tawa bapa dan anak.
Suasana sangat harmoni.

Anak tolong gosok badan bapa.
Bapa tolong gosok badan anak.
Perbualan hangat disulami senda gurauan antara mereka.

Anak dan bapa keluar dari kamar mandi.
Masih bergurau senda sambil mengeluarkan perbualan begini:

Anak : Gajah…Gajah…
Bapa : Tikus…Tikus…
Anak dan Bapa : Gajah…Gajah…Tikus…Tikus…

Ibu di bilik sebelah menunjukkan muka yang meluat.

Adakah kamu merasakan aku bersikap lucah lagi?
Itu hanya salah satu episod kartun kegemaran aku.
Kamu tidak percaya?
Sudahlah.

Sumpah, kamu buat aku ketawa.

Nota : Kartun tersebut antara kartun kegemaran aku. Cakera keras aku hampir dipenuhi olehnya.

Zara : Sedang menghabiskan masa bertukar-tukar pesanan ringkas dengan seorang bekas tenaga pengajar aku di kampus selatan. Rindukan dia yang mempunyai nama tengah seperti aku.

Bila Aku Menggigil Hingga Mahu Terkucil Tanpa Henti Sejak Isnin



[Gambar asal dipinjam di SINI]

Sedang menahan sakit perut yang amat sangat.
Akibat mahu mudah lawas, aku telah tewas.
Asyik ke tandas.

Sejak hari Isnin menarik tirai menunjuk mentari, aku hampir hilang diri.
Mula-mula hanya sakit perut berskala sederhana, tetapi semalam kitaran muncul selepas 28 hari.
Rasa berganda sakit sambil berguling tidak berguna hingga mahu berlari.
Eh, rasa mahu ke tandas lagi.
Mahu ke sekolah sebentar lagi.

Moga kalian punya hari yang ceria.
Aku pula?
Moga tidak diwarnai tandas di hujung bengkel di tempat letak kereta.
Ketawa.


Oh, mahu ke tandas....

Zara : Teh herba ini amat membantu menyelesaikan masalah sakit yang berpanjangan.Peluh dikesat. Mahu tersenyum riang sepanjang hari.

Tuesday, December 22, 2009

Bila Cinta Pertama Mengusik Tangkai Hati Yang Berdegup Kencang.


Ada orang kata, cinta pertama akan kekal selamanya.
Ada orang kata cinta pertama tidak akan pernah kita lupa.
Ada orang kata, cinta pertama penakluk segalanya dalam diri kita.
Adakah itu benar-benar cinta pertama yang setia?
Tepuk dada, tanya diri, tanya akal, tanya iman, bukan nafsu yang menyala.

Tapi bila orang tanya aku cinta pertama aku, aku akan jawab dengan bangga.
Ya, aku cinta dia.
Ya, aku sayang dia.
Dia ajar apa yang aku mahu dalam dunia.
Apa yang kamu lihat sekarang adalah hasil aku bersama dia.

Dia buat aku tertawa ceria.
Dia buat aku senyum mesra.
Dia tidak pernah buat onar atau conteng muka dengan perkara duka.
Dia tidak pernah melempar kata-kata nista.
Gembira, bahagia, itu kata-kata bila bersama dia.

Hari itu, segalanya berubah dalam sekelip mata.
Dia : aku sembunyikan dari pandangan mata.
Bukan dari mata aku tetapi mata mereka semua.
Mata yang pernah menjilat, meneliti setiap inci tubuhnya.
Bukan salah dia, bukan salah aku - tetapi keadaan memaksa.

Tapi hari ini, hati aku tiba-tiba terbuka.
Atas arahan pihak atasan, aku kembali menjenguk dia.
Diam-diam aku berfikir tentang dia.
Bibir mahu tersenyum bila lihat dia, si cinta pertama.
Intai-intai dia, dia tahu aku masih suka.


[Setelah ditambah dengan unsur tertentu, gambar asal lihat di SINI]

Dia tahu aku masih cinta.
Dia tahu aku masih gemar dia.
Dia tahu aku masih perlukan dia.
Ya, mungkin sudah tiba saatnya dia dibuka semula.
Bukan untuk siapa, tetapi untuk mereka-mereka yang aku cinta.
Untuk diri sendiri yang sentiasa kuat bertenaga.
Ketawa.



Ya, aku berbicara mengenai permintaan dan arahan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang mahukan aku mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun hadapan. Cinta pertama yang aku maksudkan adalah blog pertama aku di pelantar Blogspot. Ya, aku tulis ia sebelum aku mulakan Dunia Sebelah Zara. Mungkin akan menulis semula di sana. Sudah tentu kamu tidak akan jumpa aku bermadah dalam bahasa pertama seperti di sini.

Cinta Pertama.
Oh, ia masih dalam keadaan peribadi selepas Hari Raya Aidil Adha yang lepas.
Bila dibuka kembali, insyALLAH, aku bakal maklumkan kalian.

Zara : Aku juga diminta untuk menjadi Timbalan Bendahari Koperasi Sekolah tahun hadapan. Aku harap dengan pertambahan tugas, aku akan dapat mengurangkan berat badan. Mari cepat doakan aku.

Bila Bekas Kekasih Pertama Berguling Laju Merayu Di Lutut Kamu...


Salam semua.
Hari ini hari Selasa dan merupakan hari ketiga aku bertugas di sekolah pada waktu cuti.
Mari raikan kegembiraan ini.
*ketawa*

Semalam, ada lagi orang berak bersepah dalam Dunia Sebelah Zara.
Aduhai, geli. Walaupun aku cirit birit kerana minum teh herba, aku masih mampu ke tandas dan membersihkan diri sewajarnya. Biarkan sahaja komen di dalam penulisan ITU. Aku mahu sambung ketawa selepas pulang dari tandas.


[Gambar ini telah ditambah unsur tertentu, gambar asal dipinjam dari SINI]

Semalam juga seorang teman ada mengadu pada aku. Dia minta pendapat tetapi aku sendiri seperti buntu bila ia melibatkan hati dan perasaan manusia lain.

Dia : Kekasih pertama aku datang balik?
Aku : Apa dia nak?
Dia : Dia tahu aku sudah berpisah dengan kekasih ketiga aku, dia mahu aku kembali bersama dia.
Aku : Apa kamu beritahu dia?
Dia : Tiada jawapan. Dia berikan aku tempoh masa untuk memberikan jawapan.
Aku : Dia yang beri kamu tempoh masa? Sampai bila?
Dia : Awal bulan dua tahun depan.
Aku : (ketawa) Hebat dia berlakon.
Dia : Memang hebat. Dia merayu pada aku. Dia kata aku bertambah cantik.
Aku : Macam mana dengan perempuan-perempuan genit di samping dia?
Dia : Dia kata semua tak sama dengan aku.
Aku : Ayat manis lagi.
Dia : (ketawa) Yang paling kelakar, aku lihat di dinding Mukabuku (baca : Wall Facebook) dia, ada seorang perempuan yang asyik tolong jawab apa yang orang lain tanya, siap status hubungan dia "ada hubungan dengan" (baca : in relationship with) perempuan itu. Kelakar bukan?
Aku : Sah dia ni memang pelakon hebat.
Dia : Bak kata kawan aku, telur dia ni kecil.
Aku : Kawan kamu pernah tengok ke?
Dia : (ketawa)


Secara jujurnya, aku tidak mahu dia kembali kepada kekasih pertama dia yang nyata suka berpoya-poya.
Tetapi bila dia kata hati masih berdebar, terusik dengan gelagatnya, aku terdiam seketika. Itu cinta atau  khayalan indah yang tidak mungkin tercapai?


Apa pendapat kalian?

Zara : Mahu ke sekolah.

Monday, December 21, 2009

Bila Bulan Bertukar Merah Dan Catur Bertaburan, Sivik Jadi Taruhan.


Tadi aku melaporkan diri untuk bertugas sempena cuti sekolah.
Sampai di sekolah pada jam 7.30 pagi dan menunggu pejabat buka.
Peringatan buat diri sendiri : Dengarlah kata Bonda yang telah menjadi guru selama 23 tahun, guru bertugas mula jam 8.00 pagi, bukan ikut waktu persekolahan. Degil sebab takut dengan lori - kena bawa kereta perlahan, jadi keluar rumah awal-awal pagi.

Kakak pejabat datang tersengih-sengih jam 7.50 pagi.
Melemparkan senyuman manis walaupun perut memulas akibat teh herba.
Menyumpah diri sendiri laju-laju.
Padan muka.

Kakak pejabat berikan tugas.
Buat dengan tekun dengan rakan lain.
Telinga mendengar kata-kata kakak pejabat.
Senarai tugas untuk tahun depan sudah keluar - dia sedang menyudahkan kerja menaip semula untuk buku mesyuarat minggu hadapan.
Menyelinap berjumpa kakak pejabat.

Terkejut.
Mahu ketawa walau hati terselit rasa gundah gulana.
Senyum.



Ini muka bakal Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan tahun 2010.
Ini muka guru penasihat Kelab Catur.
Ini muka guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah.
Ini muka guru penasihat rumah pasukan Merah.
Baiklah, anda semua boleh pengsan.


Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
Berhenti.
Macam mana dengan nasib mata pelajaran yang bakal diajar tahun depan?
Guru Penolong Kanan, cepat keluarkan jadual, aku sudah menggigil kepala lutut.

Guru Penasihat Bulan Sabit Merah.
Ini tidak mengapa.
Pernah menjadi sebahagian daripadanya ketika sekolah menengah.
Kalau susah, panggil sahaja pakar-pakar yang dikenali.



Guru Penasihat Kelab Catur.
Habis ketar tulang berterabur.
Entah berapa kurun tidak bermain permainan itu.
Tidak mengapa, ada jurulatih peribadi yang sudah habis sekolah.
Wajib paksa si kering itu mengajar aku semula.

Guru Penasihat Rumah Merah.
Harap-harap atlet sekolah berkumpul di dalamnya.
Eh, dulu di sekolah aku rumah Biru - Hidup Tun Razak!
Itu dulu, sekarang Merah, entah Temenggong, Laksamana atau apa lagi senarainya?
Aku lupa.



Itu senarai tugas awal.
Mungkin nama akan muncul sebagai guru kelas.
Mungkin nama akan terpacul di bahagian-bahagian lain juga, tidak mengapa.
Itu tugas, amanah, tanggungjawab.
Hasil keluaran kampus selatan tidak akan mengalah.
Mana mungkin berserah tanpa berjuang sampai mengalir peluh dan darah?
Ketawa.

Zara : Minta kebenaran keluar dari sekolah awal untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang bekas rakan sekolah. Hebat musim mengawan tahun ini, hari Isnin pun orang buat kendiri kahwin. Esok pihak lelaki juga jemput ke rumahnya. Alahai.

Sunday, December 20, 2009

Kamu Nak Suruh Tekan Sampai Kejang Pun Tidak Mengapa Asalkan...


Salam semua.
Maaf jika penulisan kali ini mengundang sengketa.
Maaf tujuh petala langit, tujuh petala bumi aku pohon bagi yang terasa.
Tapi aku menulis dari hati yang sering mendongkol dan tertanya.
Maafkan aku ya?
Maafkan Shafaza.
Maafkan Zara.



Sumpah.
Aku sangat bahagia dengan kalian yang suka datang nak menekan iklan dalam blog aku. Aku juga memang akan membalas kunjungan kalian yang meninggalkan pesanan di ruangan Luahan Cinta. Kalau kamu kata dapat naik keretapi sambil makan aiskrim, aku juga sanggup naik kapal terbang sambil membeli-belah di pasar raya.

Kalau pasar raya tutup.
Kalau aiskrim cair.
Kalau kapal terbang terhempas.
Kalau kereta api lambat.
Aaku sanggup ketuk dan segarkan (baca : refresh) banyak kali agar kunjungan balas aku tidak kosong.




Tetapi ada sesuatu yang sering buat aku marah.
Aku tidak marah dengan iklan - aku masih akan buat kunjungan juga.
Ucapan terima kasih kerana sudi singgah di Dunia Sebelah Zara yang serba sederhana.
Aku bertuah kerana kalian tidak pernah jemu melawat mesra.
Aku marah kalau kalian tidak tinggalkan alamat (baca : URL) blog kalian di situ. Aku tidak dapat berkunjung balas semula.
Sedih.

Aku pantang bila orang tinggalkan alamat yang tidak sepatutnya.
Ya, aku tahu kalian mahu aku tekan dengan tidak sengaja dan itu akan menyumbang dana bukan?
Aku tahu bukan semua.
Tetapi, tidakkah itu seperti menipu?
Kalau kalian tinggalkan alamat di dalam pesanan, aku tidak akan keberatan untuk menekan demi dana kalian. Sumpah, aku suka - itu sebagai satu cara aku dapat memberi sesuatu kepada kamu kembali.



Ini tidak.
Bila aku tekan, entah iklan mana yang keluar untuk dana kamu.
Itu kerja gila.
Aku mahu lihat blog kamu, bukan iklan penajaan kamu.
Bukan.
Iklan penajaan kamu itu adalah perkara wajib bila aku berkunjung balas, membaca walau secebis coretan kamu - dan selepas itu ya, aku menekan apa yang perlu.

Kalau kamu tinggalkan pesanan cinta dalam setiap penulisan aku, aku akan berusaha untuk membalasnya selagi aku termampu dan aku punya masa. Aku juga datang menyelinap ke blog kamu, membaca dan sedaya upaya akan meninggalkan jejak. Bila aku dihimpit kesibukan, aku hanya mampu menyumbang sekadar terdaya. Kelemahan aku sebagai manusia. Maaf.



Mungkin selepas membaca ini akan membentak.
Mungkin ada yang bakal memberontak.
Mungkin.
Maaf, hanya maaf dapat aku nyatakan - ini cuma luahan sekeping hati yang bakal mati tidak berapa lama lagi. Entah bila, diri tidak pasti. Menunggu dan tidak akan berdiam diri.


Buat mereka yang mungkin tertanya siapakah yang layak menyertai pertandingan ulang tahun pertama, ingin aku nyatakan semua orang layak walaupun kamu hanya melintas di sini. Oh, tidak kira anda lelaki atau perempuan, anda layak menyertainya. Silakan. Aku hamparkan sejuta kasih sayang buat kalian untuk menulis.

Zara : Esok akan mula bertugas di sekolah sehingga cuti sekolah berakhir.

Keliru Dengan Jantina : Jangan Singkap Kain, Jangan Londeh Seluar


Selamat berhujung minggu semua.
Moga kalian sentiasa dalam rahmat Yang Maha Esa.
Hari ini mungkin akan sibuk lagi dengan aktiviti senyum-makan-salam.
Musim mengawan memang popular jika hujung tahun bukan?
Bak kata aku, orang Malaysia pantang ada cuti - mesti proses mengawan secara halal dan besar-besaran akan dibuat. Yang tidak halal itu masuk cerita lain.

Pertandingan sempena Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara masih berlangsung.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Disember 2009.
Setakat ini penyertaan masih dihantar dan aku sedang menilai sambil tersenyum melihat cara penulisan kalian yang mesra dan hangat.



Kebanyakan peserta sangat suka dengan ruang PENCINTA DIRI yang berada di sebelah kiri atas.

Seorang ahli kimia berusia 22 tahun yang gilakan pelukan dan ciuman. Dia kadangkala keliru dengan jantina sendiri setelah berjaya menghasilkan tiga kilang kasih sayang, cinta dan juga racun untuk digunakan terhadap makhluk yang memakai seragam putih-hijau-biru secara konsisten setiap hari.



Berikut adalah sedikit penjelasan tentang perkataan yang ditebalkan.

Ahli kimia - itu merupakan kursus utama ketika pengajian sarjana muda aku. Oh, memang aku dalam fakulti pendidikan tetapi aku juga merupakan sebahagian daripada fakulti Sains. Maksudnya, kaki aku berpijak atas dua fakulti dan sijil akhir yang aku genggam ada tandatangan dua dekan fakulti ini. Seperti sarjana muda berganda.

Keliru dengan jantina - aku lelaki atau perempuan? Kalau kamu tanya bekas rakan sekolah dan bekas rakan matrikulasi - aku percaya jawapannya pasti berbeza dengan jawapan bekas rakan seuniversiti.*ketawa*

Tiga kilang kasih sayang, cinta dan juga racun - itu adalah manifestasi perjuangan aku sebagai diri aku yang kamu kenali di sini.

Seragam putih-biru-hijau - di mana kamu selalu melihat ini yang boleh kamu kaitkan dengan kerjaya aku sekarang?

Ada apa-apa lagi persoalan yang menganggu minda?



Aku masih menunggu jika kalian mahu menghantar penyertaan lagi. Mungkin hadiahnya tidak seberapa tetapi aku harap kalian sudi menerima jika penyertaan kalian menambat hati si gebu yang tinggal bersama aku.Aku rindukan kekasih gelap yang cerah, dia bakal berangkat pulang menemui bakal isteri tercinta sedikit masa lagi.

Zara : Selamat berhujung minggu semua. Terima kasih atas pelukan dan ciuman kalian semalam. Aku tidur dengan diulit bahagia.